Majoriti kita pernah menempuh pelbagai peristiwa getir dalam kehidupan. Samada peristiwa itu serupa atau berbeza. Saat kita bersendirian hampir tersungkur, apabila maruah dan semangat tercabar dek hasad dengki kerenah manusia.
Ketika itu, lihat berapa ramai insan bergelar kawan sanggup mendampingi kita. Maksud saya, kawan pernah kita bantu waktu mereka tersepit, kawan pernah kita tolong ketika mereka terhimpit.
Sedikit bukan? Sekadar boleh dikira menggunakan jari.
Ramai kawan sepi dan menjauhkan diri. Langsung enggan bertanya khabar berita apatah lagi menawarkan bantuan. Mereka hanya muncul kembali dan selesa berada di sekeliling kita ketika peristiwa getir berlalu.
Secara peribadi, kelompok sebegitu tidak layak bergelar kawan. Mereka semua bak parasit. Selepas zat perumah disedut, parasit berpindah ke perumah lain. Tidak kisah nasib perumah sebelumnya biarpun perumah itu pernah membantu parasit meneruskan kehidupan.
Saya ramai ‘kawan parasit’.
Apapun saya bersyukur atas setiap peristiwa getir bersifat sementara dilalui sepanjang kehidupan.
Mengapa?
Hanya dengan cara itu saya mampu mengenali mereka.
Ketika itu, lihat berapa ramai insan bergelar kawan sanggup mendampingi kita. Maksud saya, kawan pernah kita bantu waktu mereka tersepit, kawan pernah kita tolong ketika mereka terhimpit.
Sedikit bukan? Sekadar boleh dikira menggunakan jari.
Ramai kawan sepi dan menjauhkan diri. Langsung enggan bertanya khabar berita apatah lagi menawarkan bantuan. Mereka hanya muncul kembali dan selesa berada di sekeliling kita ketika peristiwa getir berlalu.
Secara peribadi, kelompok sebegitu tidak layak bergelar kawan. Mereka semua bak parasit. Selepas zat perumah disedut, parasit berpindah ke perumah lain. Tidak kisah nasib perumah sebelumnya biarpun perumah itu pernah membantu parasit meneruskan kehidupan.
Saya ramai ‘kawan parasit’.
Apapun saya bersyukur atas setiap peristiwa getir bersifat sementara dilalui sepanjang kehidupan.
Mengapa?
Hanya dengan cara itu saya mampu mengenali mereka.
i rs i igt lagi 'insiden' tu sir :) but stil, u the best :)
BalasPadam360 yesterday pretty sad nye show but u guys on 360 has showed the best for us. thank you :)
saya setuju sangat2 bro.
BalasPadampaling jengkel kalau yg bertahun tak berkhabar tiba2 beria mencari kita,rupanya nak ajak 'bisnes'.
bila kita dah mula tak layan,terus senyap.haih.
Kawan ketawa senag bersama, Bro Mazidul... Kawan menangis sama kita, susah nak jumpa.
BalasPadamSetakat ini isterilah 'kawan terbaik' pernah saya miliki. Susah senang, dan hampir 13 tahun kami sekapal. Dah jadi nakhoda kepada 6 orang 'kelasi'. Adat berumah tangga, macam lidahlah jugak. Adakalanya tergigit, tapi tidaklah sampai jadi parasit.
Saya tetap berkawan dengan orang lain, tapi banyak yang dapat dikongsi dengan isteri. halal pulak tu...
Salam lebaran. Mohon maaf zahir batin, kalu tersalah taip dan terlanjur kata sepanjang saya menelusuri blog anda..
Moga Bro Mazidul beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
ada kebenarannya...
BalasPadambila dinyatakan mereka menyangkalnya... mereka pulak kembalikan paku buah keras..
www.broframestone.com
tuela dunia ni mana - mana pegi ader jer kaum ni...kalau ader kepentingan bukan main baik lagi...klu dah abis...tegur pun tidak...whatever pun setuju dengan kata - kata bro mazidul...Allah swt let us get to know who is our actual friend..
BalasPadamparasit sebegini banyak ramai.
BalasPadamkawan2 yang berkualiti dari kuantiti.,susah nak jumpa yang betul2 ikhlas tanpa niat belanja/ wang dan MOU job.
macammana agaknya jika terjumpa insan yang tetiba prihatin semasa kita sedang berbalah antara dua orang?? kita dan B.
sedangkan ianya kenal kedua-dua orang ini. Insan ini bertanya khabar sihat ke?macam mana marah lagi ker kepada B, sambil menasihatkan kita supaya sabar dan sabar. Kemudian kita terasa ada yang perihatin, kita percaya, lantas lepaskan peluru laser,maki hamun, cerita keburukan B(ingatkan kawan yang jujur).
Kemudian insan 'baik hati' ini, menelefon pula B, bertanya khabar gaya yang sama, nasihat sabar dan sabar, sambil bercerita apa yang kita lepaskan tadi.
agaknya boleh dihukum tembak tak??
moralnya ;
bila ada telinga yang simpati bertanya khabar, hati -hati melepaskan kepercayaan, mana tau setiap baris ayat itu telah ditokoktambah dengan tujuan menghasut..nauzubillah..dijauhi dari keturunan
Salam..selagi kita bernyawa sejauh ceruk mana pun kita pergi pasti akan berjumpa dengan rakan2 sebegini..ada yang baik tu alhamdulillah..ada yg tngah sesak baru nak cari sahabat lama..ada yg lidah tajam dari pedang itu perlu berhati2..baru beberapa hari lepas ada mulut berbisa yg menyerang..itupun angkara parasit luar yg berbisa..setelah ape yg berlaku terserlahlah sifat sebenar seseorang..
BalasPadamSahabat sejati memang sukar dicari..sahabat ketika gembira bila2 saja mudah dijumpai..
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..Terima kasih atas segala info di sini walaupun ringkas ia tetap padat..Good Luck Sir..
Mybreakfastclub, sukar kita melupakan peristiwa pahit namun jadikan sebagai pengajaran.
BalasPadamYuz, kawan 'jualan langsung' pun ramai :)
Brahim, saya setuju. Isteri, antara kawan terbaik.
Frame, raya ke-2 saya InsyaAllah ada di Sg. Bill, sila datang ke rumah.
Fazmila, semakin kita dewasa semakin kita bijak membezakan di antara kaca dan permata.
Zeq, macam hal kan?
Maihani, selamat hari raya to you too.
AM ada dua cerita ringkas, pengalaman dengan orang bernama kawan. Tak tahulah samada ianya boleh dijadikan pedoman atau tidak.
BalasPadamKisah beberapa tahun yang lalu, seorang meminjam kereta AM kerana ada urusan keluarga, beberapa hari menjelang hari raya. AM baru service kereta dan touch up mana-mana yang yang perlu, maklumlah nak balik kampung. Tetapi kerana kawan, AM bagi juga dia pinjam. Nak dijadikan cerita, kereta am telah bergesel dengan sebuah lori dan pecah lampu belakang.
Dia ada telefon AM untuk memberitahu accident itu. Malangnya bila dia pulangkan kereta, dia hanya cakap 'sorry'. Mungkin lupa nak cakap terima kasih kerena bagi pinjam kereta, AM tak kisah lagi, tetapi lampu kereta pecah tu, dia tak buat apa-apapun melainkan 'sorry'. Dah dia cakap tak ada duit, tak kan AM nak bunuh dia pulak. Betul tak?
Kisah kedua, ada seorang kawan nak guna duit. Kerana AM tak ada cash, AM bagi dia cash cek dengan nilai yang lebih dari jumlah yang dia nak pinjam. AM suruh dia pergi bank dan ambil duit yang dia nak pinjam, selebihnya pulangkan pada AM sebab AM nak guna duit juga.
Malangnya bila dah keluarkan duit, dia terus hilang. Esoknya dia call dan beritahu, dia dah terpakai semua duit itu. Tak apa lagi, bila nak tuntut balik punyalah susah, macam kita yang mintak sedekah dari dia. Akhirnya dia bayar (setelah berbulan) dengan muka masam dan sampai sekarang menjauhkan diri seolah-olah AM yang bersalah dengan dia.
Lu fikir lah sendiri...
Rasa-rasanya lepas ni, lebih baik berkawan dengan badak sumbu, dengan kera, dengan tenuk, dengan ular tedung...tak payah pening kepala.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Salam kat semua
BalasPadamAnak Merdeka..sadisnya cerita awak..huhuhu..
Tapi saya personally takleh nak komen sangat on this topic kerana mungkin secara tidak sedar, saya juga mungkin pernah menjadi kawan parasit..wallahuaklam..saya berharap tidak..
kirana nakia (wah sedap nama)
BalasPadamyang penting kita tanamkan dalam hati, kita nak buat yang terbaik dan nak jadi kawan yang baik kepada rakan kita. Tetapi kita juga manusia, kadang-kala kita akan alpa dan melakukan kesilapan. (memang ada orang yang mengaku merekalah yang terbaik dan tidak pernah melakukan kesilapan - ahli syurga lah katakan..)
AM pun pernah menyakitkan hati kawan-kawan. Kadang kala disebabkan perkara yang kecik sangat. Bila dah sedar buat kesilapan, cepat-cepat mintak maaf. Tak perlu tunggu hari raya.
Nak pinjam lirik lagu Indon 'madu dan racun' (harap lepas ini tak ada orng Indon jadikan ianya sebagai isu curi lagu pulak)
"madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, yang mana satukah akan kau berikan kepada ku"
Semuanya terserah kepada kita. Kita boleh pilih nak bagi racun atau madu kepada rakan kita, kita yang membuat keputusan. (kepada yang dah kahwin, jangan bagi madu kepada isteri sudah la ya.. heheheh)
www.anak2merdeka.blogspot.com
Bersangka baik saja la pd Allah dengan ujian nya. Anggaplah itu sebagai KIFARAH!;ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika ketika itulah kita diuji oleh Allah. Tuhan menjadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai tebusan untuk menghapuskan dosa dan keterlanjuran kita. Bila mereka mengakui/memohon halal/maaf itu adalah kepuasan terindah. Saya pun pernah mengalaminya. Amat pahit!
BalasPadamBetul kata Mazidul. Bila kita senang atau susah, baru kita nampak sapa yang masih bersama kita atau tiba-tiba hilang, atau tiba-tiba muncul.
BalasPadamMasa recession tahun 1998, saya kehilangan kerja, masa tu saya kehilangan ramai kawan. Yang tinggal berapa kerat aje. Alhamdulillah, masih ada lagi yang sudi berkawan dengan saya masa tu. Masa tu baru saya kenal sapa kawan yang sebenar-benarnya..
Tahun 2001 pulak, saya menerima rezeki yang boleh dikata agak besarla jugak dan memang ramai yang tahu. tup tup time tu saya perasan secara tiba-tiba kawan saya menjadi lebih ramai. Yang saya penah jumpa sekali aje pun mengaku baik dengan saya (tau dari best friend sayalah yang kenal manusia tu) dan macam-macam lagi la.. "kawan-kawan" ini pulak, dah la tiba-tiba muncul, mintak tolong dari saya pulak tu dari segi kewanganlah.. tapi saya kata pada mereka ni, minta maaf.. dengan rezeki yang ada itu, saya tolong diri saya, dan keluarga saya.. ada lebih saya nak guna untuk kebajikan atau simpanan.. lantas, saya dituduh sombong, kedekut dsb.. tapi saya tak pedulik, kerana saya tau siapa mereka..
Kawan yang bersama saya masa saya susah tahun 1998.. tetap bersama saya pada tahun 2001, sampailah sekarang, tapi tak pernah pun menggunakan kesempatan macam tu pun. Dan saya amat bersyukur.. kerana dari 2 peristiwa itu, saya belajar mengenali sapa kawan, siapa lawan..
Audra..
BalasPadam..dan saya salah seorang kawan awak yang muncul tika u senang..
salam raya, maaf zahir batin halalkan hutang2 lama ..boleh kan?..
Nama pun dah parasit kan.. Nak jumpa manusia macam parasit ni memang ramai. Tapi nak jumpa 'perumah' yang setia agak susah sikit.
BalasPadamSetiap daripada kita pasti pernah mempunyai dan ada kawan 'parasit'.. Huh, lebih baik berkawan dengan budak kecil daripada mempunyai kawan macam parasit ni.
BalasPadamSalam Lebaran.. Inilah yang dikatakan parasit bro.. kadang-kadang cuba mempergunakan bila dah dapat dia akan cari lagi makanannya. Entah sampai bila pun kita tak tahu cara hidup dia. Lebih baik kita berhati-hati dan cuba elakan walau adakalanya perit dan pedih yang akan kita terima. Semoga berjaya bro..
BalasPadammemang betul.. kawan parasit nih bersepah di mana2 kalau nak dibandingkan dengan kawan yang lagi satu tu..
BalasPadamsaya pernah kehilangan kawan2 ketika saya diduga oleh Allah swt..yang tinggal memang boleh dikira dengan jari..dan yg pasti bila dikira tak payah nak campur dengan jari kaki..tapi saya bersyukur dengan dugaan dariNya, saya kenal siapa kawan yang benar2 & ikhlas berkawan..dan salah sorang nye en suami..
insiden mcm zeqzeq pun sy pernah alami.. tak semena2 saya diserang.. terpinga-pinga dibuatnya..
BalasPadamadehh.. mcm2 manusia ni ada...
Memang benar seperti Sdr Zeq ceritakan sering kita jumpa. Mengadu domba. Pun seperti AM nyatakan kita jadi batu loncatan dia sahaja. Saya pun pernah punyai peristiwa macam Yuz ceriterakan berbelas tahun tak jumpa entah macam mana dapat nombor telefon kita... sibuk dia nak jumpa & nak bertandang ke rumah; angkuhnya nak ajak buat bisnes jualan langsung. Bila kita taka layan. Senyap!.
BalasPadamBila sudah bersara begini, sakit kronik pula tu! memang kita dapat membilang memang ramai sahabat kita jenis Kawan Parasit isu Sdr Mazidul maksudkan. Bukan kita impikan simpati mereka tetapi janganlah sampai kita pula diperlekeh & diperkudakan. Semasa kita berupaya pelbagai bantuan kita curahkan. Bila kekawan jenis parasit ini telah senang, pasti dia akan menyisihkan kita.
hmm...been there done dat..selalu kene to be exact..
BalasPadamselalu pujuk hati sendiri " i'not the one in the losing end"
sesungguhnya pengalaman mendewasakan kita..