Namanya Amran, 'bin' nya saya terlupa. Apapun, dia pernah menjadi kawan saya.
Lima tahun lalu Amran taukeh kedai menjual telefon bimbit, sederet 7-Eleven di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Dia berasal dari kampung berhampiran Pengkalan Hulu di Perak. Isterinya baik, anak perempuannya ketika itu berusia 4 tahun, cantik.
Satu hari Amran menghubungi saya.
“Dul, aku nak pinjam duit hang sikit nak buat modal pusingan beli kad prepaid. Busines jual telefon la ni tak berapa ‘jalan’, aku tengah susah. Kalau aku pinjam dengan ah long nanti problem pula”
Jam 11 malam keesokan harinya dia datang menunggang motosikal kapcai kerumah sewa saya, di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Waktu itu kehidupan keluarga saya bukan senang, kami tinggal di rumah tanpa katil, almari dan sofa sementara menunggu rumah dibeli di Kota Damansara disiapkan.
Masih segar di ingatan, saya, isteri, anak dan Amran hanya duduk di lantai berlapikkan tikar Sarawak sahaja ketika wang simpanan isteri berjumlah RM3,000 diserahkan kepadanya dengan janji dia akan membayar kembali wang dipinjamkan.
Malangnya, itulah kali terakhir saya bertemu Amran. Berita terakhir diterima, dia tinggal di Bukit Beruntung, berkerja menjual aksesori telefon bimbit di pasar malam. Pada awalnya saya memang berhajat mencari Amran. Teringin benar menyimbah cat pekat berwarna merah ke dinding rumahnya atau menampal poster pelbagai saiz ditulis, ‘Amran tidak jujur, pinjam wang tidak bayar’ di pintu rumah bekas rakan saya itu. Namun, niat terbantut apabila terbayang wajah isteri dan anaknya, mereka baik dan cantik. Jika niat terbabit dilaksanakan, pasti maruah diri wanita dan anak kecil itu tergadai.
Mungkin sekarang kehidupannya senang atau masih di takuk lama. Bagaimanapun saya doakan semoga anak dan isterinya sihat sejahtera.
Rumusannya, Amran hanya sekadar manusia. Manusia sanggup menggadai persahabatan dengan harga RM3,000, tidak lebih daripada itu.
* Kalau terjumpa dia, kirim salam saya kepadanya. Bukan ingin menagih hutang cuma teringin hendak membeli telefon bimbit baharu :)
Lima tahun lalu Amran taukeh kedai menjual telefon bimbit, sederet 7-Eleven di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Dia berasal dari kampung berhampiran Pengkalan Hulu di Perak. Isterinya baik, anak perempuannya ketika itu berusia 4 tahun, cantik.
Satu hari Amran menghubungi saya.
“Dul, aku nak pinjam duit hang sikit nak buat modal pusingan beli kad prepaid. Busines jual telefon la ni tak berapa ‘jalan’, aku tengah susah. Kalau aku pinjam dengan ah long nanti problem pula”
Jam 11 malam keesokan harinya dia datang menunggang motosikal kapcai kerumah sewa saya, di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Waktu itu kehidupan keluarga saya bukan senang, kami tinggal di rumah tanpa katil, almari dan sofa sementara menunggu rumah dibeli di Kota Damansara disiapkan.
Masih segar di ingatan, saya, isteri, anak dan Amran hanya duduk di lantai berlapikkan tikar Sarawak sahaja ketika wang simpanan isteri berjumlah RM3,000 diserahkan kepadanya dengan janji dia akan membayar kembali wang dipinjamkan.
Malangnya, itulah kali terakhir saya bertemu Amran. Berita terakhir diterima, dia tinggal di Bukit Beruntung, berkerja menjual aksesori telefon bimbit di pasar malam. Pada awalnya saya memang berhajat mencari Amran. Teringin benar menyimbah cat pekat berwarna merah ke dinding rumahnya atau menampal poster pelbagai saiz ditulis, ‘Amran tidak jujur, pinjam wang tidak bayar’ di pintu rumah bekas rakan saya itu. Namun, niat terbantut apabila terbayang wajah isteri dan anaknya, mereka baik dan cantik. Jika niat terbabit dilaksanakan, pasti maruah diri wanita dan anak kecil itu tergadai.
Mungkin sekarang kehidupannya senang atau masih di takuk lama. Bagaimanapun saya doakan semoga anak dan isterinya sihat sejahtera.
Rumusannya, Amran hanya sekadar manusia. Manusia sanggup menggadai persahabatan dengan harga RM3,000, tidak lebih daripada itu.
* Kalau terjumpa dia, kirim salam saya kepadanya. Bukan ingin menagih hutang cuma teringin hendak membeli telefon bimbit baharu :)
bab pinjam meminjam $$$$ ni lah yg boleh buat hidup jadi x tentu. kalau boleh elakkan meminjam, bila pinjam bayar balik. usah biarkan hidup diselebungi................
BalasPadam-isi sendiri ;')
bro, taktik bawa anak bini untuk pinjam duit ni adalah taktik paling power yg selalu sangat diamalkan. tujuannya nak minta simpati tahap maksima. patutnya bro kasi masa untuk fikir dulu. masa 'break' tu bukan untuk kita tapi untuk si peminjam. hari tu ada member nak pinjam RM5k. gulp! telan air liur bro. balik fikir dlm seminggu last2 kasi RM500 je. org kalau nak pinjam duit ni bagi RM50 pun depa sapu. so, tak terasa sangat.
BalasPadamSalam Sdr Mazidul
BalasPadamkakcik pernah terputus saudara (saudara kandung lg!) gara2 RM50!. Katanya tengah sesak sangat, nak pinjam RM100, tapi kakcik pun waktu tu baru kerja, hanya RM50 mampu diberikan. Bila orang kata nak pinjam, mmg kita menantikan bayarannya. Lainlah kalau kata 'minta'. Kerana RM50 tu, kakcik terus tidak dihubungi.. shg dpt bertemu semula, atas usaha suami kakcik slps 20 thn! bukan utk menuntut RM50 itu, tp utk menyambungkn semula siraturrahim...
biasalah tu manusia. sedangkan pinjam rm1 pun susah nk bayar..
BalasPadamOrang zaman skang bukan setakat sanggup menggadaikan persabahatan demi wang, malah sanggup memutuskan hubungan adik beradik, ibu dan anak, membunuh pun sanggup. Semuanya demi wang. Saya pun pernah terkena nasib yg sama, tp akhirna sy dapat tahu bukan sy seorang, rupanya semua kenalan pun dipinjamnya sebelum menghilangkan diri. licik betul perancangan.
BalasPadamSalam..Bro.
BalasPadamDah lama tak meninggalkan komen kat sini....huhuuuuuu....
Gua nak pinjamkan Entry Lu nih....nak Tujukan pada sesorang yang Binawe lagi menyakitkan hati juga....huhuuuuuuu....
Pada si dia....( Sendirik mau hengat )
Gua tau.. Lu selalu disini!
Janji tak hengat!!
Habuk ponk tadaaaaaaaaaaaak!
P/S - Amran .....Abg Dol nak telefon baru tuh woi!!!! :)
duit2 . duit boleh buat macam2 . duit juga boleh buat hilang sahabat . dengan duit juga kita dpt mengenali sahabat. tanpa duit kita tak boleh hidup , terlebih duit nyawa terancham.
BalasPadamKesimpulan:
"hidup tak kaya , tak miskin (sederhana) selamat.
bab kawan pinjam duit ni i rasa semua orang pernah mengalaminya. ada yang bayar ada yang buat2 lupa atau ada yang tersempak (si peminjam buat2 tak tau plak) .
*kalau bro Mazidul ganaih sikit , pegi umah dia di hari raya minta duit balik huhhuhuuhuh..
Betul tuh .. yg pinjam tuh... ingat2 lah... org segan nak mintak...
BalasPadamTapi jgn pulak yg bg pinjam tuh yg ikhlas jd tak ikhlas.. asal gaduh jer sebut2 cam mintak sedekah lahh... padahal pakai kejap RM 30.. esok dah bayar.. tapi bila dah bertengkar abis semua keluar... mcm pakai beribu2... hmmmmmmm ... yg dgr ni malu...
Tuh kes jiran2 bila bergadoh .. bila baik... aduyaiii cam adek beradek.. tapi bila gadoh... mak ai... berungkit2 hina menghina... ihh takut dgr... lupa status 'ustazah' yg dipegang... Dunia dunia
Biasala tuh zaman sekarang. Demi duit sanggup putus kawan putus sedara. Banyak jugak yang sanggup dikorbankan semata-mata nak kejar kemewahan, pangkat, nama,......Saya kalau boleh mmg akan mengelak kalau member nak pinjam duit nih. Adik beradik takpe. Takut masalah2 macam nie timbul kemudian hari. Bagi aje alasan tak ada duit. Abis cerita..
BalasPadamkadang2 sy terfikir, kenapa org yg kita tlg sanggup menganiaya kita. mungkin ada hikmah disebalik itu. sy pn ada bg hutang dkt kwn2, bila nk pnjam sanggup dtg mlm2, suruh bank in kn. bila nk baya, next week,next month. tk kisah la, bila rasa nk baya, bayar la. tp tkkn dgn hanya RM100 kita nk putus kwn. terpulanglah pd diri masing2.
BalasPadamRoh ssorg mukmin itu tergantung disebabkan hutangnya..
Bang Mazidul,
BalasPadamFirstly, Selamat Hari Raya :)
Berkaitan dengan "member" yang dikatakan mejual persahabatan dengan nilai wang ringgit, saya juga punyai pengalaman sebegini.
Tetapi, kawan saya "murah" sikit.
RM500 sahaja.
Semasa menagih simpati daripada saya untuk bagi pinjam RM500, bukan main kesian lagi; risau Ah Long datang buat kacau di tempat kerja, takut anak bini diapa-apakan, tak terpikir kalau si Ah Long datang ke rumah sampai menakutkan ibubapanya yang duduk serumah, dsbnya...
Namun, kita hanya boleh persalahkan diri kita sendiri; telinga lembut sangat, senang terpedaya dengan kata-kata yang diucapkan, janji-janji yang dikotakan & terlalu teringat saat & ketika bilamasa "member" ini selalu berkongsi "suka & duka" bersama-sama...
Well, happy to say; I am now free of the burden of wishing for the money back.
For if there's 1 thing I learned, is the true value of friendship.
Because if it involves money, there would no longer be true friendship after all...
Thanks.
P.S.: Won't mind if it involves a few Lattes at StarBucks, though... ;)
rm3000 tu byk bro...mcm2 leh buat tu...
BalasPadamFadhieo, "Saya tak ada duit". Macam itu?
BalasPadamStephen, terima kasih. Kekadang manusia tetap milik rasa simpati. Namun ramai mengeksplotasi perasaan itu.
Am, itulah, setakat handphone murah, boleh dapat banyak, rasanya.
kalau nak dikira hutang kena bayar, tapi kalau nak dikira duit tada memang tak cukup, kalau kerja/bisnes masih sama macam dulu,takok lama, alamak tunggu kena loteri atau duit tersepak rm5000.00 baru hutang akan langsai..
BalasPadamBagi saya RM50 itu pun kira banyak, jika saya beli Beras Siam memang takkan habis sebulan makan sekeluarga. Apatah lagi jika kita beli garam... dulu pernah saya tulis ini, boleh mandi garam.
BalasPadamSeyogia RM3,000. Banyak tu!. Masa saya nikah tahun awal 80an sekitar RM2,000 telah kira munasabah sebagai wang hantaran. Emmm! kalau dilaburkan dalam ASB pasti telah banyak membiaknya.
Sdr Mazidul, memang ramai rakan kita mengadu hal & mahu meminjam wang tanpa memikirkan kita juga bukan jenis berduit. Kita ada wang lebih pun setelah berjimat & mengikat perut. Kita ikhlas memberi pinjaman tanpa sebarang faedah. Si piutang pula endah tak endah mahu membayar semula.
Cumanya kita berharap ada rahmat akan melimpahi hidup kita yang rasa tertipu dengan perbuatan kacang lupakan kulit ini.
Firman Allah SWT “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.” – (al-Baqarah 2:245)
Cumanya jika sekali kita terkena dengan orang yang liat membayar hutang ini; janganlah terusan terkena atau simpati dengan sahabat sebegini. Takutnya dia naik lemak & terusan mengambil kesempatan.
Hidup orang yang sengaja lari dari membayar hutang ini sebenarnya tidak akan senang & selamat. Di dunia pun kita akan dapat melihat mereka ini sentiasa diuji Ilahi dengan pelbagai musibah. Biarpun kita tidak pernah berharapkan begitu. Allah SWT akan menyempitkan rezeki mereka.
Dulu ada seorang kawan AM beritahu AM tentang sikap tiga bangsa utama di Malaysia. Tapi itu cuma persepsi dia.
BalasPadamKatanya, orang cina kalau berniaga mesti menipu. Orang India kalau bercakap mesti akan berbelit-belit dan orang Melayu kalau berhutang akan liat untuk membayar.
Dia kata lagi, kalau ada peluang nak berurusan perniagaan dengan orang cina, kena belajar dulu macam mana nak menipu. Dengan orang India kalau bercakap, kita kena cakap terbalik, dan dengan orang Melayu, jika bagi pinjam duit, kena halalkan terlebih dahulu. Kerana peluang untuk mendapatkan kembali wang itu mungkin terlalu nipis.
AM selalu amalkan begini. Jika ada kawan nak pinjam duit RM50, AM akan beri Rm10 dan cakap dengan dia, "aku tak ada duit tapi ko ambillah RM10 ini, tak perlu bayar"
Kalau nak pinjam RM3000, AM akan kata "tunggulah kalau aku kena lotri nanti aku bagi" heheh. Sebenarnya kisah pijam duit ni AM pernah cerita kat entry Bro Mazidul bertajuk parasit.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Bro,
BalasPadamHatimu masih mulia kerana terpaksa memikirkan kebajikannya sementara dia masih alpa dengan piutangnya..
Aku pula masih menunggu kalau kalau ada khabar berita si POE penyanyi reggae. Peristiwanya baharu 10 TAHUN sahaja. Meminjam untuk membayar tunggakan rumah sewa katanya. Penuh airmata! Bukannya lama, 2 minggu sahaja.
Kalau kalau terserempak, beritahu padanya aku masih mahu uangku 4 ribu.Eh, bukan mahu membuka aibnya! Sekadar mahu memelihara NILAI maruahnya!
kamal fnd hashim
Kamalfnd Hashim, kalau kumpul RM4000 awak dengan RM3000 saya, dah RM7000. Boleh buat belanja melancong ke Krabi, Thailand.
BalasPadamRehat, santai, best!
aku pun ada jugak kawan pinjam bang!...tp bab nak mintak duit balik ni aku segan la..tak reti nak bukak mulut dulu...ada yg pinjam cecah ribu jugak...yg pinjam 10 hengget pun ada...yg 10 hengget tu aku boleh la anggap macam duit aku tercicr je..yg ribu tu canner yep...kepada kawan2 aku yg meminjam tu..tolong la bayar sebelum aku jatuh bankrup pulak...
BalasPadamSuhaila, bila lama terasa sakit hati dengan manusia tidak berhati.
BalasPadamsalam..bab hutang2 melampau ne teringat ngn 1 member ne.nasib x dkt lg dah.dr time study smpi ler dah keja skrg ne.asik kata 'pinjam dulu sikit,kang pas elaun/gaji aku bayar'.tp dh 5thn dh abis bljr n bkeja,xpnah2 pula byr nya.nak kata xder duit 2,mewah lah pula dia. Abg mazidul,ada sorg perantau yg bekerja d daerah saya mnyatakan,kalau org 2 ckp hutang,dia akan byr.sbb namanya pn hutang.tp kalau kata pinjam,jan harap ler kena byr blik duit 2 ;D!
BalasPadamSetiap amal dimulakan dengan niat. Harga sebuah kesabaran pada Dul bernilai lebih RM 3000.. orang yang sabar adalah gagah di sisi Penciptanya. Berdoalah agar kesabaran itu dihadiahkan pada kita semua. Tolonglah Dul berdoa agar saya juga sesabar macam Dul kerana saya juga hilang RM 9000 akibat pinjaman kawan lebih 10 tahun dahulu.
BalasPadamtu kire ok jew lg..
BalasPadammembe aku dtag umah sewa aku, pastu curi botol2 plastik(air mineral) yg aku simpan dalam 2 beg plastik besar time aku xde kat umah..
Tu la nilai persahabatan kitorg..
bersamaan nilai botol plastik yg dia g jual tu..
skrg ni bila jumpa aku wat muka xbersalah lak tu..
As-Salam.....
BalasPadamUlasan ini bukannya bermaksud untuk berpihak kepada sesiapapun.
Ini cumalah pandangan saya sahaja.
Dia punya dosa kerana tidak memulangkan RM3,000.00.
Tapi adakah berbaloi dengan cara menyiarkan artikel bersama dengan gambar beliau.
Tidakkah tindakan ini akan memalukan beliau???
Bukankah sama juga dengan tindakan AH LONG iaitu menampal gambar peminjam.
Cuma perbezaannya, AH LONG menampal di tempat awam,
sini tempat bacaan awam.
Putri, izinkan saya menilai dari sudut berbeza.
BalasPadamAh long kalau peminjam tidak membayar hutang, dia kurung dalam bilik kecil, dekat tandas. Lebih zalim lagi, gari tangan peminjam dan bagi mereka makan roti 2 kali sehari.
Ah long hanya ditemui sekali dua dek peminjam. Bukan kenalan kononnya baik sanggup ditipu.
Jika meminjam duit orang, wajib dipulangkan kembali. Jika tidak berkemampuan, hubungan si pemberi pinjam dan jelaskan sebab musabab menjadi halangan. Ramai orang baik dan sudi mendengar masalah dihadapi orang lain. Ah long tidak menerima apatah lagi mendengar penjelasan peminjam.
Setakat ini, saya tidak berhasrat menarik kembali tempelan itu.
Bukan wang dipertikaikan tetapi betrayal manusia tidak berhati perut.
Apapun, terima kasih atas teguran awak. Boleh saya pinjam duit awak RM3,000 and I'll saya bye bye to you? Halalkan sahajalah, RM3,000 kan?
If you agree to do that, I'll take out the picture instantly. That's my promise to you, who ever you are.