Rabu, September 30, 2009

Bahaya Semut Hitam Berkaki Dua

Sebelum ini saya pernah menulis, perempuan berparas cantik lebih kerap berhadapan pelbagai cabaran berbanding perempuan berpenampilan sederhana.

Wow! Cantiknya dia, itu reaksi awal saya ketika pertama kali menatap gambar dipaparkan Utusan Malaysia Online hari ini. Gambar isteri lelaki beranak dua, pegawai Jabatan Imigresen ditangkap dan dituduh berkhalwat bersama lelaki Cina di bilik hotel murah di Kangar, Perlis, klik di sini. Sekali imbas, dia kelihatan seperti artis, berpakaian serba hitam, bertudung, berkacamata hitam sewaktu tampil dituduh di mahkamah.

Saya percaya sebagai kakitangan kerajaan dan pegawai penguatkuasa, dia tahu kesan perbuatannya. Dia juga maklum, lelaki Cina ditangkap bersama tidak akan mengiringinya di mahkamah. Apapun, izinkan dia dibicarakan di mahkamah, jika bersalah dia akan dihukum, andai tidak dia dibebaskan.

Perempuan cantik bagai gula. Jika diletak di tempat terbuka pasti banyak semut hitam datang mengurung. Ketulam kecil kristal gula dicair menggunakan air liur sebelum cecair disedut masuk ke dalam perut kecil semut. Jika gula dimuatkan di dalam bekas tertutup, semut melopong, sekadar mampu melihat, akur kemanisan gula tetapi tidak mampu menyentuhnya.

Maka, jika mempunyai kekasih atau isteri cantik, pilih tempat sesuai untuknya, usah biarkan dia berada terlalu kerap berseorangan di lokasi terbuka. Terlalu banyak ‘semut hitam’ berkaki dua mengintai peluang ‘mencairkannya’ hanya sekadar menggunakan air liur sahaja :)

Gambar Utusan Malaysia Online

Nota Ini entry ke-700

Berita terkini Jam 6 petang tadi, gempa bumi bermagnitud 7.9 pada Skala Richter melanda barat Indonesia. Bangunan dilaporkan runtuh, gegaran turut dirasakan di Malaysia. Manakala korban tsunami di Kepualauan Samoa meningkat ke 80 orang lapor CNN pada 6.53 petang tadi.

27 ulasan:

  1. Bro Mazidul, adapun perempuan tidaklah sama seperti gula yang mudah disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan dia disedut oleh semut hitam. Perempuan ada hati dan ada kaki. Lainlah jika suami sanggup kurung isteri semasa dia pergi outstation.

    Semasa peristiwa israk dan miraj Nabi Muhammad s.a.w terlihat terlalu ramai wanita di dalam neraka. Lalu baginda bertanya kepada Jibril kenapa ramai wanita di dalam neraka, maka jawab Jibril kerana wanita terlalu mudah melakukan dosa berbanding lelaki.

    Ada jenis wanita, yang walaupun suaminya tidak pedulikan dia, dia tetap taat kepada suami dan ajaran agamanya, tetapi ada juga jenis yang bila suami keluar ikut pintu depan dia akan keluar ikut pintu belakang walaupun telah diberi segala kemewahan.

    (Kalau tidak, tak mungkin gigolo boleh cari makan hehehe. Jika Bro Mazidul korek cerita gigolo dan siarkan dalam 360, rasanya ramai yang akan terperanjat beruk)

    AM tak tahu samada ini disebabkan oleh nafsu wanita sebanyak 99 berbanding 1 yang dimiliki oleh lelaki. AM pernah tengok dalam youtube, seorang suami dan rakan-rakannya menangkap isterinya yang sedang berasmara dana dengan lelaki lain dalam sebuah bilik.

    Cerita yang keluar dalam akhbar itu hanyalah satu dari berpuluh cerita yang mungkin serupa. Cuma kita yang tak tahu.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. itulah susah sangat kalau gf/ isteri cantik sangat. huuh.. nak kena "pagar" rumahtangga nih~ no komen sebab belum berumahtangga lagi .

    "semanis madu"

    1st time i belajar di semenanjung (sbb asal sarawak) . dan masa tu nak study groups kat umah perempuan , hihihi pastu tak dibenarkan masuk , dorang cakap tak boleh masuk nanti tangkap basah .(saya pun blur pasal tangkap basah sebab hari mana ada hujan dan siapa yang tangkap) akhirnya study group kat luar rumah je . hihihi. di taman ramai2 best ilmu pun banyak sebab ramai.

    Dan satu pengalaman yang tak boleh saya lupakan . 2tahun yang lepas dimana Anak adik ayah saya dari sarawak datang ke KL dan tinggal bersama saya selama sebulan tiba - tiba satu malam rumah sewa saya diserbu oleh rukun tertangga . huH!~ dan saya diminta IC begitu juga saudara perempuan saya . Akhirnya (mereka) minta maaf ,atas kerana laporan orang ramai bahawa saya berdua .

    "Maaf dik ngangu malam2 ni , ingatkan Orang Melayu tadi" kata salah seorang ahli rukun tertangga.

    "tak apa bang , dan biasa macamni " jawap saya.

    "nanti kita akan jumpa org yang buat laporan ini , tak selidik betul2" balas salah seorang.

    "biasalah tu bang, kitakan satu Malaysia , macam2 kaum ada. i dari sarawak ni anak adik ayah i , menumpang sebab tak lama lagi lapor diri di Uitm , maklumlah hanya i sorang saudara yang ada disini." balasku.


    dan saya hormat ahli rukun tertangga ini kerana menjalankan tugas mereka.

    sekian, ceritera saya ..

    BalasPadam
  3. laki perempuan sama je... yang penting guna fikiran dengan waras dan kuatkanlah iman itu. Banyak lagi yang lebih menarik di dunia ini untuk diterokai...macam-macam ada!! heheh..salam

    BalasPadam
  4. Mr J, dulu-dulu orang buat maksiat dalam rumah atau dalam kereta. Yang penting tempat tertutup. Malu dan takut orang nampak (tapi tak malu dan takut Allah nampak)Sebab itu bila org berduaan dalam rumah, terus timbul syak.

    Tapi sekarang, orang dah tak peduli tempat. AM pernah terkejut beruk semasa pergi kat Padang Kota Pulau Pinang satu ketika dulu. Waktu dah larut malam. AM dan rakan-rakat duduk melepak kat Padang Kota. Tiba-tiba terpandang di depan mata, tak sampai 5 meter dari tempat kami duduk, dua makhluk sedang bercantum jadi satu, yang pasti bukan bercumbu-cumbuan. Lu fikir lah sendiri...

    Bila fikir-fikir, tak ada bezanya mereka dengan yang berkaki empat kat tepi jalan tu.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  5. AnakMederka,

    "dua makhluk sedang bercantum jadi satu, yang pasti bukan bercumbu-cumbuan "

    ada bawa camera tak? . :P

    BalasPadam
  6. wow,,bahu dia,, woww.jenama bag dia..(gambar isteri)

    oh kacak juga (gambar suami)

    dua keping gambar seribu ulasan,

    ada sesuatu yang tak kena bila berlaku dengan pasangan bukan Islam, bisnes suami? hutang? dan report TERANCANG serta dendam?

    supaya kelihatan kesalahan diletakkan ke atas bahu isteri ..

    -apakah tiada bau ARAK?
    meraikan hari jadi tanpa arak?
    -kondom?


    andaian tak semesti betul..
    dah nama andaian.

    BalasPadam
  7. Sekali tengok gambar yang Bro utuskan memang menarik dan cantik perwatakan wanita berkenaan. Justeru betul seperti yang Bro ungkapkan 'gula' yang 'cantik' dan 'manis' perlu di letakkan di tempat yang sesuai dan betul.

    BalasPadam
  8. Terima kasih di atas kupasan 360 pada malam ini. Jelaslah sekarang 'tiga line' bukan PEKIDA.

    BalasPadam
  9. Mr J, kalau rajin pergilah ke Tasek Permaisuri Cheras, Tasek Titiwangsa Jln Tun Razak, dan tempat-tempat tumpuan muda-mudi (dan muda tua), boleh tengok dengan mata sendiri, terutama malam minggu. Cuma mereka masih 'malu', buat dalam kereta.

    Yang dalam clip 'budak sekolah' tu pun mereka buat kat public, kat tepi longkang. Dah tak pelik pun perkara macam tu berlaku sekarang.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  10. entah dimana silapnya bangsa ku.

    setiap hari pasti tersiar berita sebegini.
    ini yg tersiar & diketahui umum.
    tetapi... berapa ramai yg tidak dikesan berlakunya kemungkaran.

    begitu juga pekerja2 dikilang2.
    dikolej2, dihostel2 & dimana2 jua.

    tiadakah suara yg lantang yg dapat memberi keinsafan.

    BalasPadam
  11. Btoi2..kta Mazidul...sya sokong..kdg suami yg punya isteri cntik..isteri sudah x cntik di mata dia slepas khwin..kluar kerana keje blhlah diterima...tp kdg 2..ada suami di dpn mata..tp sbuk 24 jam mghdp komputer..brcatting...x sedar ada lelaki d luar sna sedang intai cr pluang..nk rembat...alangkah ruginya suami2 mcm ni...

    BalasPadam
  12. Jika perempuan cantik sekalipun tetapi mempunyai agama saya percaya perkara sebegini tidak akan berlaku. Walau siapa yang datang dia akan tetap setia kepada suaminya kerana imannya. Sebab itulah Rasullulah mensyaratkan wanita yang beragama dalam soal pemilihan jodoh. Jadi pilihlah wanita yang beragama, cantik itu hanyalah bonus. Rupa paras tidak akan berkekalan.

    BalasPadam
  13. Cinta pada bunga,
    Bunga akan layu.
    Cinta pada manusia,
    manusia akan mati.
    Cinta pada Allah,
    Allah kekal abadi.

    Contohilah wanita-wanita seperti Rabi'atuladawiyah,Siti Khadijah,Siti Aisyah,Mariam.

    Persoalannya kenapakah amat sedikit wanita seperti mereka di zaman ni ?

    BalasPadam
  14. en mazidul..

    combi setuju dgn INNA AB..

    ade lelaki yg punya isteri cantek tapi tak prasan atau sengaja tak prasan sehingga ade org lain yg lebih menghargai kecantekkan isterinyer.

    *ada kwn combi ckp..org lelaki ni masa bercinta gf dia yg paling cantik tapi bila dah kawin..bini org lain yg dipandang cantik.adehhh :D

    BalasPadam
  15. Yg Seronoknyer yg Lelaki bersama pompuan kena tangkap tu. Yg Malunyer Lelaki iaitu suami Pompuan yang kena tangkap dan Lelaki iaitu bapa pompuan yang kena tangkap. Tu bukan SEMUT HITAM...TU ANAI ANAI PUTIH........

    BalasPadam
  16. pada saya memang gambar boleh beri seribu ulasan..tapi pucuk pangkal kalau dier buat meeting kat kedai atau restaurant pun boleh kan...kenape nak pilih bilik hotel...pucuk pangkal kalau perempuan boleh jaga harga,maruah diri sendiri dan suami dier tidak akan jejak dalam bilik tue tanpa seorang mahram dier...senang citer tak terfikir nak jumper dalam bilik la...berita pagi ni tadi mengaku tidak bersalah dan diminta bicara..harap kalau ader bukti kukuh..kalau betol salah...kali ni hukuman aper plak..sebat juga ker????..ker nak sekalikan dengan Kartika?????

    BalasPadam
  17. apala nak jadi zaman sekarang ni...jangan nanti orang guna peri bahasa baru plak.."harapkan muka jer cantik...adab takder"..jadi senonim dengan orang melayu...MALU...MALU...

    BalasPadam
  18. Bro cantik diluar tak semestinya cantik di dalam...dulu org tua2 kata rambut sama hitam hati lain-lain.Tapi sekarang rambut dah tak sama warna apatah hati orang!-Mat Salvia.

    Huh gempa bumi semalam berlaku ketika saya sedang solat asar. terasa gegarannya walaupun salvia tu cuma 6 tingkat ajer.

    BalasPadam
  19. sian suami dia..beria-ia suami nye beli kan kek nk celebrate birthday tapi si isteri lebih senang celebrate nye bersama lelaki lain...huhuhu..

    p/s:: abg dol, nasib baik acu tak cantik..hehehehe
    syukur dengan apa yg ada

    BalasPadam
  20. Acu,,

    itu untungnya pasang spare..dapat banyk kali celebrate..hadiah pun 4 barangan jika pasang 4 BF..

    bahagia tu..mana tau ada hadiah melancong ke OV sea dari BF.. tuah badan..

    Acu ...kena cari adik angkat atau abang angkat..berbanyak..

    kat umah pun celebrate juga..

    BalasPadam
  21. salam...
    xtowla sape yg harus dipersalahkan dlam hal ni.tp kan,xpatut wat suami cmtu.sian suami dye.da siap beli cake nk celebrate besday isteri.las2 kne tangkap khalwat plak isterinye...huhuhuhu...

    xpela,ade hikmah disebalik kejadian...

    muhasabah diri tu penting..

    BalasPadam
  22. Umat akhir zaman. Perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah SWT ialah bercerai. Tapi kalau nusyuz, haram bagi isteri mencium bau syurga. Tepuk dada tanya selera. Saya nak syorkan buat satu liputan kisah perempuan muda/janda muda yang mengorat lelaki tua yang nak pencen. Saya ada dengar beberapa kisah sebegini. Malangnya anak bini bila suami yang dah tua jatuh cinta, dah berhabis wang ringgit bagi kat perempuan muda, semata² kata yang dia sayang. Rasanya ada sindiket sebegini sekarang ni. Pikat pakcik²yang nak pencen, then bagi diorang tangkap lentok, mintak semua duit pencen, lepas dia sapu semua, lesap. Pakcik² ni pulak tak sedar diri, ikut jer. Anak bini dah tak endah. Esok² bila wang sudah habis dikebas, kudrat dah tak larat, baru balik ke rumah, harapkan ehsan anak bini. Eiii geli tekak tengok org tua perasan muda, berkepak dengan perempuan muda yang selayaknya dipanggil anak/cucu. Kalau dah takdir dan jodoh lain kira la kan. Ini kalau kes gatal, hermm tak tau nak cakap apa. Amal ibadat entah kemana, sedang kubur makin dekat melambai.

    BalasPadam
  23. salam
    kalau setia mcm saya pastu suami curang jugak, tu nak kira mcmmana

    alangkah baiknya kalau perkara mcm ni terjadi kat ex suami saya....

    BalasPadam
  24. NenekPenne,

    Kesetiaan itu terkadang tidak perlukan balasan.

    Jika kita balas kecurangan suami yang rugi cuma diri sendiri.

    Tiada siapa akan membantu kita jika telah terlanjur. Malahan menghina & bertepuk tangan itu memang lumrahnya.

    Janji hati puas itu cuma duniawi.

    Jangan dekati zina itu.

    BalasPadam
  25. Idan..

    kalu suami curang sesekali balas dendam boleh kan..ala sekalijer..
    mesti bolehkan..sama adil, sama merasa kelainan..
    (ala gaya emansipasi wanita)

    BalasPadam
  26. comments from Sinful Soul make me...errr...shock?!

    Sinful Soul writes:

    Salam

    Thank to my understanding in Malay language, I've been able to follow the discussion that is happening here. In contributing info to this website, having history roots back in europe gives me the advantage of knowing some knowledges that is very exclusively secretive. Well, to start with, lets us look a Al Fatehah. Observe the the phrases " Guide us in your righteous path, The path of those on whom You have bestowed your favor, not of those who have earned Your anger, nor of those who go astray". I have come across with some ustaz, back in your country, explaining that, those who have earned God's anger is referred to the christian, while those who go astray is referred to Jews. As a simple understanding, in this verse, God explain that in this world there are 3 group of people. And that is very simple grouping yet very true. The first one is those who is blessed with hidayah, the second is those who has gone astray, and the third one is the worst, the damned people.

    The third group do know about the truth, the truth in Jesus, In Allah, in Muhammad and even in the reality of Iblis or lucifer. They know exactly about paradise and hell and the effect of what ever we do now in hereafter. Yet they follow Lucifer, why, 2 reasons, first their is blind with the world that the lucifer offered them. Second because Lucifer convince them to believe that the universe can have alternative Governing God. Lucifer told them that he is amassing army in Djinn realm to fight God and angels and He convince them that He has overpowered God and will take His throne any time. Once Lucifer has replaced God, those who follow his path will be the righteous people and vice versa. Since He said He is close to victory over God, it is wise to allied with His as his forerunner in this clay world of ours.Therefore, the third group of people pledged their support to Lucifer and execute all his plan for this world. When the author of this site mentioned that the steps to zinah has been provided that is not happened coincidentally. It happens intentionally by these group. They have conquered all resources in the world and dispose it back to us to usher their agenda. For their agenda is none other that One world government. It the illuminati, and they are kicking their ass to make sure it will happen. Right now, I don't see any country free from their influence. Not just in business but in Government. I suspect they have inflitrated all level of society all around the world to follow their path, the Lucifer path. So beware of extremist, whether extremist from Islam, christian, hindu and other. These extremist may have indirect connection with illuminati.Remember, illuminati is the most cunning munafiq ever know in the world. Do not be deceived. Someone appear too pious, dont just follow him blindly. Check and refer back the Quran and hadith. There will be a even greater battle that world war 1 and 2. The third world war will happen and this time it is between the bloodline of Prophets (Muhammad, Abraham, Jesus) and the decendent of egyptian pharaoh.

    What? You thought the pharaoh has disappeared. No, my friend. They are the one that control the world now. Where do you think is the centre of the world now? Washington, NO. it in Britain. Yup, the queen and the family are decendant of pharaoh. USA? She just reporting every action to the Queen, so is the mafia, drug cartel, porno ringleader etc.

    The entire world systems is design to keep the faithful busy and drive them away from the duty that is bestowed to us. it is their doing. We need a revolution to alternate the corrupt system. Now, think !

    http://my.opera.com/azmibhr/blog/sentuhan-kasih-sayang?cid=10195923...

    BalasPadam
  27. salam,

    watch this video...

    The Arrivals part 13
    (Lady in Red)


    kerbala? jewish magic? christina vs. britney? keanu reeve..watch until finish and u'll understand

    http://www.youtube.com/watch?v=RXQ0WRznnXg

    thanks..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.