Selasa, September 15, 2009

Mengintai Odometer

Pembaca, 'NenekPenne' melontarkan komen berhubung entry bertajuk ‘Curang Eh?’, klik di sini, saya siarkan pada 13 September lalu.

'Telefon bimbit diletakkan ‘silent mode’ ketika bersama isteri. This is what happen to me, my hubby silent modekan hp dia, sebelum tu I tak realised, lama kelamaan tetiba I rasa pelik bila dia menjawab hello sedangkan ringing tak berbunyi. Akhirnya saya diceraikan setelah dia curang dgn saya selama 3 bulan, kalau phone dia bebunyi, mestilah I akan bertanya, siapa yang call, jadi nak elak I daripada bertanya, dia buat lah silent mode'

Saya sedih membaca komen berhubung keruntuhan rumahtangga pembaca blog saya. Tetapi jelasnya satu daripada ‘petanda’ suami mula curang itu terbukti berlaku, bukan sekadar tulisan sahaja.

Mungkin lelaki tersinggung sekaligus tergugat membaca nukilan berikut.

“Abang nak pergi kemana? Dah malam ni,” soal isteri pada jam 10 malam.

“Nak minum sekejap dengan kawan kat kedai mamak, dekat sahaja,” balas suami.

Bukan semua suami melencong, masih ramai suami sayangkan isteri, setia dan jujur. Tetapi sesekali isteri boleh mencuba formula diperturunkan kepada saya dek rakan polis beristeri dua sebelum ini.

Ingin tahu?

Ya?

Ok. Begini.

Sebelum suami keluar dan menghidupkan enjin kereta, cuba isteri intai odometer (meter mencatat jarak perjalanan) kenderaan. Jika bacaannya 120,000, ingat nombor itu. Congak jarak di antara kedai mamak dan rumah. Katakanlah 2 kilometer, pulang balik 4 kilometer sahaja.

Jika suami mendakwa bersembang 5 jam, sebaik pulang kerumah lihat kembali odometer kereta. Andai tercatat 120,200, maksudnya kereta sama dipandu 200 kilometer, jauh. Sedangkan kedai mamak hanya terletak 4 kilometer pergi dan balik, perbezaan, 196 kilometer.

Selepas itu, tanya suami secara baik dan berkhemah. Usah mengamuk tidak menentu fasal.

“Sejak bila kedai mamak tu jaraknya 200 kilometer pergi balik?”

Lihat reaksi dan dengar penjelasannya biarpun mungkin bibir suami terketar-ketar :)

* Ada sesiapa ingin berkongsi 'Petanda Awal Isteri Curang?'? Silakan.

21 ulasan:

  1. berterus terangkan lebih baik, tak baik menipu bini woooo, semua dia uruskan hal ehwal rumahtangga, dengan kawan-kawan, rakan sekerja kita tak berani tipu, tapi dengan teman sehidup semati kita tipu pula?, hatta kalau nak pasang satu lagi kalau gentleman bagitau sahajalah, lepas tu kalau isteri pun nak pasang satu lagi janganlah marah pulak, amacam ada berani?

    BalasPadam
  2. Nampaknya banyak lah lepas ini kereta suami yang rosak Odometer.

    Oleh itu semasa nak balik raya dan balancing tayar boleh la suruh mekanik adjust odometer.

    BalasPadam
  3. Pengalaman saya sebagai seorang lelaki la, buat masa ni yang mana perkahwinan sudah menjangkau 6 tahun,tak pernah pulak isteri mencemburu yang bukan2, bila hp saya berbunyi dia tak angkat, begitu juga sebaliknya. Mungkin sebab dia tahu yang suami dia ni jujur orangnyer.....Bahkan saya selalu masuk dalam bilik bila HP berbunyi meninggalkan isteri dan anak2 di ruang tamu tanpa ada prasangka( sebenarnya di rumah saya signal telefon tak berapa baik kecuali dalam bilik atau dalam toilet, sementelah pula kalau menjawab telefon depan anak2 yang yang suka bermain dengan bising tentulah tidak selesa berbual-tk ada maksud lain )

    BalasPadam
  4. xleh gak bang. kang dibuatnya dia parking jer kat mamak pastu lompat naik keta gefren payah gak. hehehe

    BalasPadam
  5. Isteri yang prihatin akan menyebabkan si suami yang ingin berbuat curang jadi serba salah dan gelisah. haha.. Boleh try kaedah dari Bro ini wahai si isteri- si isteri.

    BalasPadam
  6. salam en.mazidul.....hai abis lah pasni sume isteri2 sibuk nk tgk odometer kt keta suami masing2.....hahaha.

    Tapi tu lah kekadang isteri pn kena lah percaya pada suami nk wat cmne dh kate lelaki....sabar je lah sabariah......bkn lah sokong .....tp selalu nye lelaki ni lagi kita control lagi die nk wat.....jadi bior je lah.....ckp je ngn die.....lu pk lah sndiri......hahahah

    BalasPadam
  7. kreta saya dh dekat setahun rosak odometer....kena pkir cara lain lg tu bro...

    BalasPadam
  8. Isteri-isteri kena pandai tengok odometer lepas ini. dari tak tahu tengok odometer, secara automatik isteri akan pandai baca odometer. hehe..

    BalasPadam
  9. Salam kat semua
    Kawan saya seorang dah pernah buat benda nie..memang hubby dia kantoi..ditambah lagi dengan keadaan meter minyak yang dah susut..hmm...entahlah..sang suami sangat sukar diduga..

    BalasPadam
  10. Hahahah... ramai suami curang akan benci sama ini olang. Manyak busyuk kasi itu tembelang picah busat busat. Sulah picah, manyak busyuk.

    I dun bring my handphone to the toilet tapi wifey yang selalu ambikkan sebab tengah melaram dalam toilet time tulah memacam manusia dan raksasa serta ultraman dan juga Ben10 yang telefon.

    Maka, ia dengan sendirinya, wifey adalah rakan subahat.

    BalasPadam
  11. cik Mazidul,

    formula nih jugak la yg selalu saya gunakan.. hehhehe.. :)

    setakat nih alhamdulillah belum lagi la ada yg kantoi..

    tapi kalau time balik kg 'sebelah sana' saya ubah sket tektik.. selain cek odometer, saya akan telefon apabila dah sejam/2 jam dia keluar.. bukan utk bertanya dia kat mana.. tapi pesan belikan barang.. x kira laa apa jugak barang.. setakat nih formula tambahan menjadi.. :)

    BalasPadam
  12. Setakat ini kawan-kawan suami saya adalah kawan saya juga, dan begitu sebaliknya. Jadi kalau ada time nak melepak dengan kawan-kawan, dia bawak saya sekali tanpa banyak soal and vice versa. Kalau ada kawan baru, berlainan jantina, kami akan introduce so that takkan timbul syak wasangka dsb.

    Cuma bila ada sekali-sekala ada "boys night out", dia akan beritahu saya awal-awal (tak pernah lagi impromptu), di mana, pukul berapa, sapa yang pergi dsb.. dan bila saya ada "girls night out", saya pun buat macam tu..

    Dalam apa jua sekalipun, alhamdulillah, komunikasi kami sangat baik. Jadi kalau salah sorang berubah sedikit, memang nampak jelas....

    BalasPadam
  13. terimakasih mazidul kerana memberi ulasan mengenai pengalaman saya yang bersuamikan suami yang curang...

    tapi skrang kalau saya nak tengok odometer kereta suami pun sudah terlambat...knapa la tak terfikir dulu2... :)

    sekiranya suami curang, hati sang isteri akan berdetik kerana itulah keistimewaan yang ada pada isteri yang setia pada suami ..dan itulah yang saya rasa dan detikan itu adalah benar sama sekali...

    sehingga kini, kepercayaan pada bekas suami sudah tidak ada lagi walaupun dia cuba untuk mendapatkan semula kepercayaan itu.....

    maafkan saya kerana tidak dapat memaafkan kamu wahai bekas suami..

    berbalik kepada komen puan tijah, ada betulnya disitu...

    BalasPadam
  14. Mohamad, sejak bila ODOMETER boleh direset?

    Awak tersalah meter kut ...

    BalasPadam
  15. Tijah, betul. Ada juga suami park kereta dia, naik kereta girlfriend. Jimat minyak, jimat tayar.

    BalasPadam
  16. ekekeke...bijak...bijak...tapi ingat kaum lelaki...isteri tak nampak...Tuhan nampak yer...Lu Pikirla Sendiri cam ner nak jawab nanti depan Dia...

    BalasPadam
  17. cmne plak kalo odometer kete tu da rosak ek??laki ni kdang2 kepercayaan yg kte berikan disalahgunakan.mengambil kesempatan...xpnh bersyukur dengan ape yang ade kt dpan mata lansung.nt bila da terhantuk br nk terngadah.knp isteri leh setia bagai nk giler ngn suami tp suami sanggup curang ngn isteri.isteri tu cuba seadanya menjadi isteri yg sempurna.tp knp mesti curang jgk?

    Pe pendapat abg maz kalo isteri tu da leh dikatakn perfect da...means...ade rupa(solid g)..tmpt tido jage..makan pakai suami jaga..berkerjaya..ank2 x terabai...uma terurus...sgala2nye la perfect...tp suami still gak curang.cmne nk wat tu?

    BalasPadam
  18. dulu bru2 kawen kalau ade call in wife sy slalu tolong jawabkan hp sy....mgkin masa tu dia x brape prcayakan sy..tp sekarang klo hp sy berbunyi 10x pon dia x akan tolong jawab..sbb dia tau dan percayakan sy...hahaha...

    BalasPadam
  19. curang..

    bolehkah para isteri memberikan sebab kenapa curang??
    bila umur dah 30an bekerja tetap stabil, muda cantik mempunyai suami yang kacak..

    tetiba curang?? apakah alasan logik???
    adakah wang?? rasanya tidak..

    sudikah insan yang bernama isteri membeikan alasan kenapa ??
    alasan sanggup??

    BalasPadam
  20. zeqzeq...
    kenape msti awak tye para isteri sbb ape suami curang?cbe awak bagtow pasal ape suami tu curang..kalo sume yg isteri da wat smpurna tp ttap gak curang...

    ntahla kan..mungkin,ade hikmah disebaliknya.kte hanye mampu merancang,Allah yang tentukan segalanye...

    Seandainya pnjang jodoh,kekallah..kalo tidak sebaliknye la...

    So,hadapila sume dengan senyuman..
    hehehhe..(^_^)...peace no war..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.