Tahun 1982, saya berusia 14 tahun, pelajar tingkatan 2.
Rutin harian mudah. Tepat jam 12.45 tengahari saya dan rakan sekampung menaiki bas Mogah Omnibus ke sekolah di Slim River. Tamat waktu sekolah, kami pulang ke kampung, mandi di sungai, makan malam dan mengaji Al-Quran di rumah.
Hujung minggu, suasana lebih menyeronokkan. Sebaik matahari terbit, sungai di hadapan rumah menjadi tumpuan setiap anak kampung. Memanah, menjala dan mengebom ikan, antara kegiatan kesukaan. Jarang benar pulang dengan tangan kosong, ikan Tengas, Sebarau, atau Selimang lazimnya dibawa pulang biarpun terpaksa berhadapan leteren emak.
"Itulah kerja awak Mal, berendam, berjemur, kalau demam, susah," ujar emak.
Ya! Sejak saya lahir, emak tidak pernah memanggil saya 'Mazidul', begitu juga orang kampung. Sejak kecil saya dipanggil 'Kamal', barangkali tercetus daripada perkataan 'Akmal'. Biarlah saya dedahkan 'rahsia' itu khusus untuk pembaca setia blog ini.
Lazimnya, leteren tidak berhenti di situ, adakalanya episod bersambung secara marathon sehingga ke malam selepas waktu mengaji. Bertambah teruk jika selsema dan batuk menyerang.
"Pergilah berendam lagi, kurang lagi tu, berjemur di atas batu sungai, lepas tu terjun balik, basahkan seluar, baju lain. Demam, pergi ke Tanjung Malim, hospitalkan ada," perli emak.
Bezanya, kali ini ayat itu diungkapkan di hadapan arwah abah. Biarpun tidak pernah memukul, jelingannya sudah cukup membuat saya mengambil keputusan tidak duduk di tikar mengkuang dibentangkan di atas lantai, untuk makan malam bersama biarpun juadah cukup enak tersedia untuk dijamah.
Diakui, sememangnya wujud 'tekanan' tetapi itu sahaja bentuk 'bantahan' berlaku.
Melarikan diri? Tindakan itu tidak pernah tercetus di benak fikiran. Jika berhasrat untuk lari, persoalannya, kemana? Ketika itu, menaiki bas bersendirian ke pekan terdekat, Tanjung Malim, tindakan membimbangkan apatah lagi jika ingin keluar jauh ke bandar besar tanpa bekalan wang mencukupi.
Itu antara kisah remaja lelaki mungkin dikongsi sebahagian daripada pembaca blog ini.
Pada masa sama, perlu ditekankan, tidak kedengaran langsung kes remaja perempuan melarikan diri akibat tertekan mahupun merajuk akibat teguran ibu bapa.
Namun zaman berubah, tindakan remaja juga berbeza. Sebilangan remaja kini andai tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa, mereka cenderung mengambil keputusan berlandaskan fikiran singkat.
Terbaharu, pasangan remaja kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14 tahun, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar, Perak sejak 11 September lalu, ditemui di Pulau Pinang semalam, mujur dalam keadaan selamat.
Dahulu, jika remaja diusik ...
"Mak Cik! Mak Cik! Anak mak cik dah ada girlfriend/boyfriend! Yeah! Yeah!," usik kawan.
Tanpa mengira jantina, semestinya usikan itu dianggap terlalu sensitif. Penafian demi penafian dilakukan, biarpun semua tahu itu hanya sekadar usikan. Jika penafian tidak dipandang serius, sebilangan remaja sanggup menitiskan airmata, menghentakkan kaki dan mengurung diri di dalam bilik, resah dan malu.
Kini keadaan jauh berbeza.
Hari dilaporkan hilang 3 remaja perempuan terbabit mengaku tidur di rumah kosong di ladang kelapa sawit di Perak sebelum secara sukarela mengikut 2 teman lelaki mereka ke Pulau Pinang dan mendaftar masuk ke hotel murah di Georgetown.
Manakala 18 September lalu mereka dikatakan tinggal bersama teman lelaki, pengawal keselamatan di rumah sewa.
Terfikir, sejauhmanakah kejujuran dan kemampuan teman lelaki berusia 19 dan 20 tahun terbabit menjaga 'keselamatan' mereka?
Lebih menarik, seorang daripada remaja lelaki itu masih berada di bawah pengawasan polis Kampar kerana terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah.
Kesemua gadis kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan jika didapati berlakunya hubungan seks, teman lelaki mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol remaja di bawah umur.
Marilah bersama kita berdoa dan cuba mencegah agar kejadian sama tidak berlaku kepada ahli keluarga mahupun saudara mara.
Ya! Sejak saya lahir, emak tidak pernah memanggil saya 'Mazidul', begitu juga orang kampung. Sejak kecil saya dipanggil 'Kamal', barangkali tercetus daripada perkataan 'Akmal'. Biarlah saya dedahkan 'rahsia' itu khusus untuk pembaca setia blog ini.
Lazimnya, leteren tidak berhenti di situ, adakalanya episod bersambung secara marathon sehingga ke malam selepas waktu mengaji. Bertambah teruk jika selsema dan batuk menyerang.
"Pergilah berendam lagi, kurang lagi tu, berjemur di atas batu sungai, lepas tu terjun balik, basahkan seluar, baju lain. Demam, pergi ke Tanjung Malim, hospitalkan ada," perli emak.
Bezanya, kali ini ayat itu diungkapkan di hadapan arwah abah. Biarpun tidak pernah memukul, jelingannya sudah cukup membuat saya mengambil keputusan tidak duduk di tikar mengkuang dibentangkan di atas lantai, untuk makan malam bersama biarpun juadah cukup enak tersedia untuk dijamah.
Diakui, sememangnya wujud 'tekanan' tetapi itu sahaja bentuk 'bantahan' berlaku.
Melarikan diri? Tindakan itu tidak pernah tercetus di benak fikiran. Jika berhasrat untuk lari, persoalannya, kemana? Ketika itu, menaiki bas bersendirian ke pekan terdekat, Tanjung Malim, tindakan membimbangkan apatah lagi jika ingin keluar jauh ke bandar besar tanpa bekalan wang mencukupi.
Itu antara kisah remaja lelaki mungkin dikongsi sebahagian daripada pembaca blog ini.
Pada masa sama, perlu ditekankan, tidak kedengaran langsung kes remaja perempuan melarikan diri akibat tertekan mahupun merajuk akibat teguran ibu bapa.
Namun zaman berubah, tindakan remaja juga berbeza. Sebilangan remaja kini andai tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa, mereka cenderung mengambil keputusan berlandaskan fikiran singkat.
Terbaharu, pasangan remaja kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14 tahun, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar, Perak sejak 11 September lalu, ditemui di Pulau Pinang semalam, mujur dalam keadaan selamat.
"Mak Cik! Mak Cik! Anak mak cik dah ada girlfriend/boyfriend! Yeah! Yeah!," usik kawan.
Tanpa mengira jantina, semestinya usikan itu dianggap terlalu sensitif. Penafian demi penafian dilakukan, biarpun semua tahu itu hanya sekadar usikan. Jika penafian tidak dipandang serius, sebilangan remaja sanggup menitiskan airmata, menghentakkan kaki dan mengurung diri di dalam bilik, resah dan malu.
Kini keadaan jauh berbeza.
Hari dilaporkan hilang 3 remaja perempuan terbabit mengaku tidur di rumah kosong di ladang kelapa sawit di Perak sebelum secara sukarela mengikut 2 teman lelaki mereka ke Pulau Pinang dan mendaftar masuk ke hotel murah di Georgetown.
Manakala 18 September lalu mereka dikatakan tinggal bersama teman lelaki, pengawal keselamatan di rumah sewa.
Terfikir, sejauhmanakah kejujuran dan kemampuan teman lelaki berusia 19 dan 20 tahun terbabit menjaga 'keselamatan' mereka?
Lebih menarik, seorang daripada remaja lelaki itu masih berada di bawah pengawasan polis Kampar kerana terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah.
Kesemua gadis kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan jika didapati berlakunya hubungan seks, teman lelaki mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol remaja di bawah umur.
Marilah bersama kita berdoa dan cuba mencegah agar kejadian sama tidak berlaku kepada ahli keluarga mahupun saudara mara.
Salam MAS...
BalasPadamkdgkala bila perkara yang tidak baik berlaku di depan mata, kita ingin menegur atas dasar sayangkan masyarakat. Tapi, keadaan sekarang seringkali tidak mengizinkan kita berbuat begitu. Menegur anak jiran atau orang yang kita kenali (apa lagi kalau tidak dikenali) akan dituduh penyibuk yang suka menjaga tepi kain orang lain. Akhirnya kita mengambil sikap berdiam diri - lalu kemungkaran pun terjadi secara bertimpa-timpa! :(
Kak Cik, terima kasih kerana terus sudi melontarkan komen bernas di sini.
BalasPadamItu antara masalah didepani masyarakat kita.
Sama amat setuju.
Saya amat setuju dgn kak cik...sekarang ni pasal teguran pun ade org kene bunuh...saya dulu kalau kene marah ngan mak ayah, terus masuk bilik...takde pikir jauh dr tuh...sampai nak lari rumah...Remaja sekaran nih agak aneh...cukup berani memberi kepercayaan kepada org yg mereka baru kenal dr keluarga yg menjaga mereka dari kecil... apalah nak jadi sekarang nih...
BalasPadamSalam..
BalasPadam"zaman dah berubah, dunia dah maju" tapi agama tak berubah kerana sesuianya adalah sepanjang zaman.. kerana dunia yang semakin maju ini seharusnya kita lebih kuat berpegang pada agama..
bukan nak kata 100% itu salah ibu bapa kerana anak2 juga membesar dalam pengaruh persekitaran, tapi mungkin ada salah silapnya dalam asuhan dari kecil... ingat! ini baru sikit.. jika masing-masing tak sensitif dengan gejala sosial macam ini...buat perangai "anak aku anak aku, anak kau.. anak kaulah" mungkin kita akan kembali serupa seperti orang-orang jahiliyah terdahulu...
salam Mal..makcik sangat setuju dgn cerita Mal masa kita berumur sebegitu.kadanag2 bila merajuk terlintas juga nak lari dari rumah tapi kemana?
BalasPadambudak2 sekarang terlalu berani kerana ada teman lelaki yg kononnya akan menjaga mereka.kita tenguklah apa akan jadi pada budak2 tu..minta2 mereka tidak diapa2kan oleh boyfriends mereka.
Saya turut bersetuju dengan Kak Cik.
BalasPadamYang membimbangkan sekarang kebiasaan anak-anak tidak hormat pada guru juga kian meningkat. Apabila seorang guru yang martabatnya cukup istimewa diperlekehkan bukan sahaja anak didik tetapi juga oleh ibu bapa; bagaimanakah pula dengan corak masyarakat kita? Siapa lagi yang kita percaya untuk menbentuk adab dan susila generasi masa hadapan? TV, artis?
Saya sangat setuju dengan pendapat kak cik.
BalasPadamYang membimbangkan sekarang adalah sikap tidak menghormati guru. Apabila guru yang mempunyai martabat yang istimewa tidak dihormati oleh anak didik mahupun ibubapa; siapakah yang kita harapkan untuk membentuk adab dan susila generasi masa hadapan? Artis/TV?
Saudara Akmal,
BalasPadambila memikirkan masaalah remaja sekarang kecut perut bila mengenangkan sendiri pun mempunyai anak remaja. Kekadang kita rasakan pendidikan dan kasih sayang telah diberikan dengan sepenuhnya, tetapi disebabkan pengaruh2 luar telah membentukkan mereka menjadi sedemikian rupa.
Memang benar, peredaran masa dan zaman mempengaruhi pemikiran semua golongan.
BalasPadamSewaktu mengandung sulung pada thn 1994 negara msh dikejutkan dgn gejala sumbang mahram dan mendera bayi. Ketika itu Saya berdoa siang & malam supaya tdk melahirkan anak perempuan kerana terlalu takut membayangkan kalau2 sesuatu yg buruk terjadi ke atasnya kelak (takutnya saya selaku bakal Ibu ketika itu seolah2 terlalu meminta2 kpd DIA & seolah2 terlalu takut menghadapi kenyataan).
Namun pada Jan 1995 sewaktu melahirkan permata hati saya iaitu seorang perempuan, saya mengambil iktibar bahawa Allah itu maha mengetahui dan tidak akan memberi sesuatu ujian melainkan DIA yakin kita blh mendepaninya dgn redha. Ianya menyedarkan saya bahawa salah satu doa saya iaitu ingin mempunyai zuriat telah dimakbulkan-Nya, manakala doa saya tdk mahu anak perempuan tdk diperkenankan-Nya di atas sbb2 yg hanya DIA shj mengetahuinya.
Hakikatnya DIA memberi kesedaran kpd saya utk menunaikan tanggungjawab mencorakkan kain putih tersebut sebaik yg mungkin.
Buat adik2 di luar sana berfikirlah dgn bijak dan janganlah memperbodohkan diri dgn menconteng arang di muka kedua Ibu dan Bapa. Keseronokan yg sementara itu hanya akan mendatangkan kekesalan yg tdk berkesudahan.
Semuanya msh belum terlambat. Jangan sia-siakan hidup kalian - dirimu sungguh berharga buat Ibu Bapa, masyarakat & negara.
Mana2 yg tersasar kembalilah ke pangkal jalan.
mmm... bila cinta mata pun buta... kenapa la singkat akal sangat budak-budak skrg ni?
BalasPadamSalam Abang Kamal..hihihi..
BalasPadamKita mungkin bertuah sebab membesar dalam zaman yang teknologi masih jauh terkebelakang. Sekurang-kurangnya, kita tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif seperti yang ada sekarang. Macam abg Maz kata, kalau kena leter mak tu, tak pernah pun terpikir nak lari..ye la..nak lari ke mana? habih kuat merajuk, tido bawah katil..huhuhuhu..sayangnya, anak2 sekarang..terlalu maju dengan teknologi, sehinggakan boleh bertindak luar batasan fikiran..tak payah gadjet yang canggih, setakat ada telefon Nokia 3310 pun dah cukup untuk menyusahkan kedua orang tua..perkara nie membuatkan saya berfikir, macam mana agaknya nanti di tahun 2020? *sigh*
benar apa yg difikirkan tuan mazidul ni. budak² sekarang jika ditegur perkara pertama difikirkan ialah lari dari rumah. mereka bukan memikirkan apa yg akan terjadi seterusnya. cuma yg mereka tahu kebebasan. mengertikah mereka dengan kebebasan tanpa kawalan ini memudaratkan. terutama wanita kekuatan mereka untuk memberontak hanya kepada seorang yg digelar boyfriends. itulah kekuatan mereka. sedarlah lelaki itu bukan mempertahankan mereka sebaliknya memusnahkan.
BalasPadammalu saya ,kampar ialah daerah saya sekarang
Zaman sudah berubah..
BalasPadamkini ada remaja perempuan terlebih dulu mencubit peha lelaki..
kak cik, andai berani jumpa mama dia rambut merah elok cadangkan anaknya rambut hijau
like mother like anak
saya pun xpaham dengan udak2 sekarang ni...
BalasPadamfikir keseronokan aje..sbb minda mereka dah terdedah dengan perkara2 tersebut..contoh terdekat adalah fesbuk....tgk sajalah gelagat2 mereka, tidak segan silu menunjukkan aksi ghairah, walau bawahan umur dan masih mentahan..
muda2 lagi sudah hilang kegadisan,..
Saya sedih mmbaca berita ini.. terlalu ceteknya fikiran remaja zaman skrg.smlm dalam Buletin Utama mereka cuba melindungkan muka.. taupun malu
BalasPadamSetuju sangat dengan program Anakku Anakmu jua...semoga masyarakat sekarang lebih perihatin dan sanggup menerima setiap teguran dari insan sekeliling demi menjaga kepentingan dan keselamatan bersama.
BalasPadamen mazidul..
BalasPadamsaya percaya jika anak-anak diberi perhatian dan kasih sayang mereka tidak akan 'couple' seusia begini.
bagi mereka ibubapa adalah rakan,teman,sahabat dan segalanya.mereka lebih senang utk kemana-mana bersama ibubapa.
tapi bukan semua ibubapa 'ada masa' utk bersama anak-anak sepanjang masa kerana kesibukkan bekerja atau pun 'tak kuasa' megikut rentak anak-anak.
pengalaman saya sendiri 'geng' dgn anak-anak membuat mereka rasa dihormati dan dihargai.
banyak cerita di dalam filem mahupun drama yang 'mempromosikan' gaya hidup 'bebas' sedemikian kepada penonton juga masyarakat.
BalasPadamrasa takut untuk membesarkan anak perempuan or even lelaki pon pada zaman mencabar ni mmg berasas.. tapi kita sebagai ibu bapa, kekadang terlalu menekankan pendidikan duniawi, berapa ramai ibu bapa yg rasa malu kalau anak nya tidak solat, tp ramai yang malu kalau anak tak dapat score A... so pendidikan moral kita seharusnya start dari yg Asaa seperti solat, puasa etc.. agar keimanan itu teguh dihati mereka, agar bila anak ini terfikir untuk melakukan sesuatu yg buruk dibelakang kita, dia tahu yang ada Mata yang sentiasa memandang... sekadar pendapat
BalasPadamBudak2 perempuan sekarang perlu dididik dengan betul kerana dari pemerhatian saya, mereka seolah-olah buta hati atau kabur tentang masalah kehidupan sebagai seorang wanita.
BalasPadamMereka tak tahu/tak faham apakah maksud menjaga diri, menjaga maruah, apa itu rogol, apa itu cabul, apa pentingnya dara, apa perlunya menjaga nama baik dan apa perlunya menilai tabiat lelaki bagaimana yang harus dipercayai dan sebagainya.
Yang mereka tahu - mesti ada boyfriend atau kekasih - tanda kononnya mereka dah ada yang 'jaga' atau dah 'laku' jadi masa depan cerah atau sekurang2nya bila keluar pekan ada 'peneman' untuk dimegah2kan kepada rakan2 sebaya. Ini satu kesilapan, kerana sikap gedik atau sosial seperti inilah biasanya akan memakan diri jika mereka tidak berhati-hati. Lebih baik jika mereka ini diberi pendidikan seks mengikut secara Islam sebagai panduan untuk menjaga maruah dan diri supaya mereka dapat menilai setiap tindakan mereka atau kejujuran tindakan 'rakan lelaki' mereka yang sepatutnya dinilai sejak awal2 lagi.
Lain macam tajuk kali ni... heheh... dia punya bunyi ayat lain dari yang lain. heheh
BalasPadamTahun 1982 - vic baru dilahirkan ke dunia.
Bapa mertua bekas driver bas Mogah kata, mana naik bas bro suka duduk belakang kerusi driver.. suka sembang. heehhehe
Budak2 zaman skang ngan zaman dulu memang beza... tapi ayah vic cakap... zaman dia, bapak tu orang yang ditakuti. Menurut perintah kerana takut. Tapi zaman skang, perhubungan anak dan ibubapa macam kawan2, boleh kongsi cerita macam2. Anak yang patuh kerana hormatkan ibubapa bukan kerana takut. Itu yang baiknya zaman skang.
Tapi ada juga yang tak baik bila ibubapa dah terlampau moden, tak ambil kisah sangat pasal anak. Ada juga anak yang jadi mengada2, ditegur sikit pun tak boleh.... Rasanya zaman makin maju, budak2 ni jadi makin bodoh peradaban dan social-thinking.
Tapi kalau periksa SPM/PMR/ UPSR - statistik menunjukkan pertambahan budak2 bijak dan cemerlang. Pelik!
Bro Kamal, saya setuju dengan kakcik, apakah kita sudah hilang nilai kemasyarakatan? Kita semakin bimbang status kita pada mata masyarakat, terutama jika kita menegur akan anak mereka.
BalasPadamLikewise, dulu, saya memang nakal, isap rokok, tapi bila nampak orang dewasa, terlintas dalam fikiran, ini kawan bapak aku, mampus aku. Sekarang, budak sekolah kalau boleh nak offer sekali kita isap rokok dengan diaorang.
Again, gadis yang lari rumah tu, perlu disiasat keluarganya, inilah yang perlu dilakukan pemimpin masyarakat, dekati keluarganya, ketahui pemasalahan sosial mereka. Mungkin ada yang tak kena di rumah.
Masalah yang belaku sekarang akibat maajoriti remaja hanya boleh sebut Allah tetapi tidak kenal malah lansung tidak takut. Bagaimana remaja hendak kenal sedangkan ibubapa mereka juga tidak kenal. Bagaimana remaja dan ibubapa nak kenal kerana hampir setiap hari kita didedahkan oleh kisah atau berita di Media termasuk TV yg menjauhkan kita dari Allah. Jadi menjadi tanggungjawab ibubapa dan media untuk kembalik ke asas yg benar jika ingin melihat perubahan ke atas masyarakat di masa depan.
BalasPadamAtau.... mungkin mak bapak sekarang suka memanjakan anak2 menjadi punca kepada permasalahan yang kronik ini.
BalasPadamMak bapak dahulu cukup garang dan tegas dalam mendidik anak2. Anak2 cukup patuh dengan arahan ibu bapa tanpa membantah. Anak lelaki dan perempuan dilarang bergaul bebas tanpa batasan. Sembahyang 5 waktu menjadi kunci asuhan dan anak2 mesti balik sebelum senja dan dikurung pada waktu malam untuk mengaji atau mentelaah buku pelajaran.
Mak bapak sekarang amat sibuk bekerja dan sukakan hiburan spt. muzik terutamanya filem2 barat dan hindustan di TV, hingga tiada masa mendidik anak2. Tugas mendidik hanya diserahkan 100% kepada guru atau ustaz disekolah.
Ada ketikanya hiburan diutamakan hingga tak sedar tertinggal solat. Sekarang juga mereka tak sampai hati memarahi anak2 dan beri apa saja kemudahan / keinginan yang diminta hinggalah melayari internet tanpa dipantau.
Salam Bro Kamal (sedap gak nama ni) :)
BalasPadamBudak2 sekarang nampaknya lebih rebel. tak boleh ditegur. agaknya mmg dari kecil 'terlebih manja' bila dah besar tak makan saman. Tak boleh juga nak salahkan mak bapak. Soh gi sekolah, bercinta. Karang perut dah ada isi, baru bercucuran air mata (termasuk air mata mak bapak diaorg) Sedih bila mengenangkan benda2 mcm ni kita kena bawa kehadapan utk menjadi negara maju. Saban hari diterbitkan cerita kerakusan 'teman lelaki' yang mungkin dikenali atau baru dikenali, menjadikan anak2 perempuan remaja sebagai mangsa. Apa tak baca akhbar, berita kah budak2 sekarang? Tepuk dada tanya selera. Dah tau buat juga, tanggunglah akibatnya.
Secara rambang dr laporan2 media, majoriti remaja perempuan yg lari berumur 13-16thn. Perlu dibuat kajian oleh ahli psikologi. Tak salah mak/bapak 100%. Pengaruh sekeliling juga mempunyai peranan. Ada yg telah diberi didikan agama secukupnya, namun bila dimarah melarikn diri.
BalasPadamMak ayah pun serba salah skrg, nak tegur salah, tak tegur pun salah. Apa yg sepatutnya mak ayah buat yek?
Sungguh mencabar menjadi ibubapa zaman sekarang.
BalasPadamSelepas begitu banyak kes yang berlaku di depan mata kita, dihadap dari sehari ke sehari, sehingga kita keliru, apakah cara terbaik menangani masalah remaja.
dah la lari lps tu kena reman satu hal..ni siap buat projek haram lagi..yg tanggung malu besar tu famili dia..mcm mana nk mengadp masyarakt skelilng..satu msia tau..menyusahkn betul...
BalasPadamSetuju dgn komentar2 kat atas.
BalasPadamKita nk salahkan siapa?
memetik kata Sdr Zulkifli Nordin semasa isu Aishah Bokhari (murtad) - "Anak d depan mata, kita bleh tgok apa yang mereka lakukan. Bla anak d luar? apa2 bleh berlaku..."
Bimbang sungguh dgn anak2 kita..
Pengaruh d luar lagi kuat dr dlm rumah!
budak2 ni bagi seliang 2 baru nak ingat...tak kesian mak ayah. budak2 jantan yang depa ikut tu dapat benda tu blah la depa...tu xpa lagi. buatnya kna jual makan nasik pun x abih. budak2 zaman sekarang kalau di tegur kemain lagi melawan. masa saya budak dulu mak jegil je cam nak terkencing. skrg ngan mak diorang main2 jer. kita kalau buat salah kna tibai ngan paip getah , tali pinggang polis ayah , penyangkut baju ingat smpai skrg. takut dah nak buat benda yang mak ayh larang. skarang ? hemm...taktau la...
BalasPadamUntuk mengekang maksiat hanya ada satu cara; iaitu pernikahan; kena permudahankan prasyarat agar tidak menjadi bebanan untuk remaja bernikah.
BalasPadamSaya baru sahaja menerima menantu; ada 1001 masalah terpaksa kita ladeni sebelum menerima menanti. Masih ada adat & percanggahan syarat seperti Mas kahwin antara negeri bagi sebuah negara. Terkadang syarat ini sampai mengaibkan kita yang tak pun tahu semua syarat di negeri lain.
Sebaiknya seragamkan Mas Kahwin bagi setiap negeri pun jangan sampai membebankan calon pengantin dalam masalah hantaran & belanja hangus. Jika kos perkahwinan dari masa ke semasa semakin tinggi amat sukar kita bendung masalah maksiat ini.
Islam menyarankan kita bersederhana bukannya sampai melampaui kemampuan bajet anak remaja.
Kita lihat contoh bangsa lain spt. Cina, mereka tidak ketara masalah anak2 muda seperti yang dialami oleh bangsa Melayu.
BalasPadamMereka diajar sejak kecil2 lagi supaya tidak mudah terpengaruh atau mudah percaya dengan orang baru dikenali. Hanya setelah yakin dengan perangai jujur dan kenal lama sikit barulah diorang menaruh kepercayaan.
Lagi satu, mereka diasuh supaya sabar menahan nafsu dengan sikap menggatal dan elakkan dari bergaul dengan orang2 yang suka menggatal iaitu bersikap buaya darat, kerana ini ada kaitan dengan sikap setia.
Ini amat penting untuk menjaga kaum gadis/wanita dari menjadi mangsa nafsu lelaki yang ganas.
sekarang ni parent bagi je abg bf/gf asal dapat jaga diri. Deorang bagi je baik lewat malam. Konon nya nak carik jodoh awal.
BalasPadam