Sami dari Thailand menyediakan minyak urut mengandungi 107 ramuan herba.
"Dia 'herba' ke 108," komen penguatkuasa Jabatan Imigresen.
Mengapa? Lihat gambar seterusnya.
Sami terbabit duduk bersila di dalam bekas minyak urut disediakan dengan api menyala. Saya percaya gambar pelik terbabit asli, tanpa applikasi teknik superimpose. Minyak dijual dengan harga RM5 sebotol itu dikatakan berkesan 'membuang angin' di dalam badan.
Berikut gambar seorang daripada pelanggan dirakam menggunakan minyak urut sama.
Menurutnya, selepas diurut, badan menjadi lebih segar manakala kulit terasa bertambah licin.
"Sini urut murah, 1 jam RM20 sahaja," tambahnya.
Saya memasuki kelab rekreasi terpencil di Bukit Tambun, Simpang Empat, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang bersama penguatkuasa Jabatan Imigeresen Pulau Pinang pada jam 7.26 malam semalam. Berikutan terlalu leka mengurut beberapa pelanggan, wanita warga Thailand bertugas tidak menyedari kehadiran penguatkuasa.
Biarpun rakan setugas mereka sedang diperiksa, sebilangan tukang urut (di belakang) terus melaksanakan kerja mereka.
Beberapa minit kemudian kesemua penguatkuasa tiba di lokasi sama dan memeriksa dokumen perjalanan mereka.
Hasilnya, 12 tukang urut 'veteran' diberkas kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial. Maksudnya, mereka berkunjung ke Malaysia menggunakan visa pelancong namun kemudian bekerja di premis terbabit.
Ya! Veteran, majoriti mereka berusia lebih 50 tahun dan dikatakan pakar mengurut badan berbekalkan ilmu diraih di negara asal.
Jam 7.38 malam, saya rakamkan gambar lelaki warga Myanmar berikut. Bekerja sebagai tukang masak di premis sama, dia kelihatan langsung tidak gentar biarpun diberkas.
"Apa fasal kena gari?," soal saya.
"Saya tak ada passport," jawabnya selamba.
"Kalau saya pergi Myanmar tak guna passport, boleh ke?," balas saya.
Dia membisu, sebelumnya dikatakan cuba melawan sewaktu ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen.
Tukang urut turut menawarkan urutan untuk melangsingkan tubuh kepada pelanggan wanita menggunakan jeli 'panas'.
Barangkali gambar seksi terbabit digunakan untuk menunjukkan 'hasil' penggunaan jeli 'panas' turut dirampas penguatkuasa sebagai bahan bukti.
"Kita sudah tua, semua urut 'bersih', tak ada urut lain, no extra," komen tukang urut berusia 57 tahun.
Di lokasi serbuan kedua, kisahnya berbeza. Lebih menarik, lebih memberansangkan. Lihat gambar di bawah.
Siapa mereka berpakaian seksi? Mengapa mereka diberkas? Maklumat dan perincian berhubung serbuan eksklusif bersama penguatkuasa Jabatan Imigresen itu akan saya kongsikan bersama anda dalam 999, episod 30 September, jam 9 malam.
Salam,
BalasPadamMorning BRO.
Masa baca di perenggan awal, saya teringat filem (versi dari Perancis) title PERFUME (saya tengok 3x). Sangat best dan betapa perfume ni pengaruhnya sangat besar.
Orang yang terhidu, tak kenal pun nak berkenalan.
Kuasa minyak urut berzaman diyakini cuma di samping berurut ada lak khidmat lain yang lebih menguntungkan.
Tugas penguatkuasa tu saya yakin bukan isu minyak apa diguna atau kuat mana urutan, tapi bak kata U, masuk negara orang tanpa passport...
Apa yang keluar dari badan sami tu ya? Yerk!
BalasPadamrumah urut? kenapa setiap kali premis diberkas,beberapa minggu selepas tu diorang boleh bukak balik operasi. Xkan tangkap tukang urut je kot? Tangkap la 'tauke urut' sekali.
BalasPadamdia berendam dlm minyak gamat kot.....
BalasPadamMacam-macam
BalasPadamhttp://miecyber.blogspot.com/2010/09/kereta-terbang-vs-kapal-terbang.html
Jgn sampai 'ada' yg menumpang ikut balik.. bagi yg perasan, kat tempat2 mcm nie.. "aduii... banyaknya!"
BalasPadamSemoga penguatkuasa/petugas dilindungi dan diberi kekuatan. Takut pada Allah.
Salam,
BalasPadam"Kealiman" sami tu melarut dalam minyak, sebab tu mujarab hu hu hu
Malaysia namapaknya sudah jadi tempat longgokan najis2 dan sampah2 maksiat serta noda2 termasuk lah penjenayah2 yang dibawa (diimport) dari negara jiran. Begitu mudahnya Malaysia menjadi tempat longgokan benda kotor dan busuk sedangkan kita ini negara Islam yang ada juga pihak imigresen (kastam), polis dan pihak penjegahan maksiat.
BalasPadamDari pengemis, pelacur dan penjenayah2 telah menjadikan Malaysia sebagai tempat 'perlindungan' yang aman atau dunia baru (harapan)bagi mereka2 tersebut....Aneh dan memualkan...
adela air ape2 yg sami tue lepaskan time dia duk dalam minyak tuh...
BalasPadamhuhuhu
Dah kene serbu...tak lame lg...bukak la balik tu...tp soalan Bro Maz tuh mmg pedih...mesti mamat tu dah mati akal tatau nak jawab ape...hehehehe...
BalasPadam