Jumaat, September 10, 2010

Mengemis Di Malam Lebaran

Saya masih di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, esok InsyaAllah akan pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak.

Jadi jam 10.40 malam tadi saya meninjau ke Uptown D'kota. Gambar saya rakamkan di bawah, semua anak kecil orang Islam pada malam Hari Raya Aidilfitri.


Saya percaya majoriti anak kecil seperti mereka berada di rumah bersama keluarga, menanti ketibaan hari lebaran. Namun 3 anak kecil di atas mempunyai nasib berbeza. Lihat gambar di bawah.


Mereka dibawa ibu mengemis.

"Mana ayah dia?"

Soalan saya ajukan kepada setiap pengemis wanita berasal dari Kemboja terbabit namun tiada jawaban, seolah-olah mereka tidak mengusai bahasa tempatan.

Persoalannya, mengapa perlu membawa anak kecil mengemis tambahan pula pada waktu malam? Jawabannya mudah, untuk meraih simpati orang ramai menghulurkan sumbangan biarpun perlakuan itu berupa eksploitasi kanak-kanak.

"Baharu malam ni dia orang datang mengemis di sini, sebelum ni tak nampak," ujar peniaga.

Ketika meneruskan tinjauan, saya terserempak lelaki berkaki cacat, berusia 22 tahun ini.


"Saya duduk Damansara Damai, datang sini naik teksi, bayar RM4. Selalu pergi Puchong," katanya.

Dia mendakwa berhijrah ke negara ini sejak 2 tahun lalu dan berada di pasar malam terbabit pada jam 9 malam.

"Macam mana awak datang Malaysia?," soal saya.

"Saya naik keretapi dari Kemboja ke Thailand dan datang Malaysia," jawabnya sedikit pelat.

Pengemis lelaki di bawah juga tinggal di Damansara Damai tetapi mendakwa tidak mengenali di antara satu sama lain. Mungkin dia fikir saya anak kecil berusia 6 tahun, mudah ditipu.


Saya yakin mereka datang secara berkumpulan dan dikoordinasikan individu atau kumpulan tertentu. Jika tidak, masakan mereka berada di lokasi sama serentak. Untuk rekod, Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah mengeluarkan visa untuk warga asing mengemis, maksudnya mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kita bersama melihat, pengemis warga asing berani mempertaruhkan nasib berkunjung ke negara ini untuk mencari rezeki secara tidak sah. Namun, pengemis tempatan berbeza. Tidak pernah saya mendengar atau membaca laporan berhubung pengemis tempatan ditahan di Jepun, Amerika Syarikat atau Britain.

Mereka hanya mengemis di Malaysia. Tindakan itu menunjukkan negara kita masih mempunyai ramai individu pemurah, sudi menghulurkan wang tunai kepada mereka. Malangnya kini mereka mempunyai saingan, pengemis warga asing semakin bermaharaja lela.

Apapun di hari lebaran ini, seharusnya kita semua bersyukur kerana kita dan keluarga tidak berada di tempat mereka.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan selamat Hari Raya kepada krew 999, selama ini bekerja bersama saya. Jika ada termarah, tertegur dan teremosi, maaf saya pinta. Berikut gambar ketika mengadakan rakaman 999 di Balai Polis Genting Highlands bakal disiarkan pada 16 September akan datang.


[ Dari kiri: Rosli Abdul Rahman (Penolong Penerbit), Norasliza Norasikin Mohd Yusoff (Wartawan), Hazlin Hussain (Wartawan/Pengacara), Nora Mahpar (Wartawan Pelatih), Mazidul Akmal Sidik (Penerbit Eksekutif), Shahnun Hanif (Penerbit) dan Khairul Aswad (Wartawan) ]

9 ulasan:

  1. Salam 'Idilfitri.Pohon ma'af Zahir & Batin pada semua.
    كل عام وأنتم بخير

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya MAS

    Hati-hati dan semoga selamat di mana jua berada. :)

    BalasPadam
  3. Pengemis pown ade pesaing...kesian budak² tu semua...Selamat Hari Raya kepada semua...

    BalasPadam
  4. Salam, kalau meminta kerana betul-betul memerlukan tak apa lah juga, tapi kalau sindiket, melampau, duit yang dikumpul sudah pasti bukan mereka yang dapat.

    BalasPadam
  5. Orang Malaysia memang pemurah...
    sebab tu ada pendatang yang sudah pandai pijak kepala...

    BalasPadam
  6. saudara mazidul saya minta saudara tolong saya untuk menjawab satu blog dari kompasiana yang mana penulisnya tinggal lama dimalaysia tetapi memberi info yang sangat sangat salah kepada pembaca di indonesia linknya http://luar-negeri.kompasiana.com/2010/09/11/pengemis-bawa-anak/

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.