"Dia dah datang buat laporan. Saya check IC dia, orang Segamat, Johor dan keluarkan saman RM300," kata Pegawai Penyiasat Cawangan Tradik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.
Awal minggu ini saya dimaklumkan pegawai Rapid KL melalui panggilan telefon, pemandu bas terlanggar kereta saya, warga Indonesia berstatus penduduk tetap.
2 kenyataan bercanggah.
Jika siasatan benar dilakukan, masakan perkara terbabit boleh berlaku. Namun, petang tadi, pegawai syarikat pengangkutan sama memaklumkan identiti sebenar pemandu akan diberitahu kepada saya Isnin minggu hadapan.
"Pemandu digantung bekerja selama 3 hari," katanya.
Saya dimaklumkan Pegawai Penyiasat Trafik, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan setelah didesak majikan.
Jam 8 malam tadi, mekanik saya telah menggantikan cermin sisi pecah, RM85 sekaligus saya tidak berhasrat membuat tuntutan kerugian daripada Rapid KL.
Saya cuma berasa kurang senang dengan perangai pemandu terbabit. Langsung tidak terkeluar perkataan meminta maaf setelah terlanggar kereta saya. Kita semua tahu, kemalangan bukan dirancang tetapi apa salah mengakui kesilapan dilakukan?
Amat biadap perkataan dihamburkannya.
Justeru pegawai Rapid KL berjanji akan mengatur pertemuan saya dan pemandu itu dengan kadar segera.
Duit boleh dicari, untuk kebiadaban, saya akan tuntut permohonan maafnya. Saya percaya Rapid KL juga tidak berhasrat menggajikan pemandu berperangai sebegitu.
Stigma kebiadan segelintir pemandu bas sukar dihakis but this time let me teach him a lesson.
aik??kate indon...sekarang org johor...hurm...driver bas dlm malaysia nih mmg ajak biadap skit..tp bkn semua la...tak salah rasenye klu mintak maaf..bkn kene bayar pown...
BalasPadamtapi tetap rakyat indon!! ic jer rakyat m.ysia..yang peliknya.tak pakai uniform?.apa tindakkan rapipkl.sib bro.org ramai kenal..kalau2 kita org nih..buat aduan.munkin buat tak endah..kan dah kena gantung kerja..mesti menyesal giler..marah org tak fikir..
BalasPadamsebelum nie pernah naik bus. dan ada sesetengah pemandu bas nie tak mesra langsung. buat muka ketat memanjang. kebanyakannya orang melayu yang saya perasan.
BalasPadamabg mazidul..zaman sekarang ni mmg susah nak jumpa org yg boleh meminta maaf bila buat silap.bagi mereka2 ni kalau meminta maaf tu macam kita bersalah.
BalasPadamorg2 yg lebih tua pon sekarang susah nak mengalah dan meminta maaf dari org yg lebih muda kalau buat salah..begitu jugak sebaliknya
tlglah buang ego tu..tak kemana pon..bukan rugi pon mintak maaf..gentleman la sikit..syabas kat abg mazidul sbb tak biarkan je perkara ni..jgn mengalah..biar dia ada akai sikit..lain kali biar dia ingat
hahaha!!stuju bro!....this time kasi ajar sama dia!!!
BalasPadamSukar saya fahamkan orang yang bersalah tapi tidak mahu meminta maaf.
BalasPadamcuba kalau dia diletakkan di tempat anda--i mean, dia punya bas yang kemek. mesti dia marah kalau tak minta maaf kan?
saya teringat minggu lepas saya pernah melanggar kereta di tempat sunyi dan gelap (parking lot). saya sanggup tunggu dalam hujan sampai tuan dia datang untuk saya pergi minta maaf. kerana saya merasakan kalau saya yang kena langgar saya tentu marah juga.
uncle mazidul, sedekah ajer penerajang sedas dua. Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah !
BalasPadam