Rabu, September 01, 2010

Tahniah Tan Sri Ismail Omar!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Musa Hassan.

Musa tamat kontrak perkhidmatan 12 September ini.

Pasti ada pihak menyambut gembira dan sebaliknya berhubung keputusan itu. Bak kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Saya mewakili program dan krew 999 mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail dan Timbalan beliau, Datuk Hussin Ismail.

Barangkali hanya kebetulan, Hussin bin Ismail bin Omar, kedua mereka berusia 57 tahun.

Diharapkan mereka menjadi gabungan mantap memastikan Malaysia sentiasa berada di dalam keadaan aman dan sejahtera.

4 ulasan:

  1. Kita doakan segala yang terbaik buat yang datang dan juga yang pergi. Kata orang semoga mereka akan 'membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul' bukan setakat 'bersih, cekap dan betul' sahaja... :)

    BalasPadam
  2. Semoga jenayah di Malaysia dapat dikurangkan dengan kehadiran ketua polis yang baru...

    BalasPadam
  3. Harap lebih mantap dalam memerangi jenayah di negara ini. Usah gentar.

    BalasPadam
  4. Bangga dgn Polis Diraja Malaysia...Jasa Mu Dikenang...Semoga Jenayah berkurangan...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.