Jarang benar jika isteri dibunuh, suami sukar melontarkan komen. Selama ini, suami terkini Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, ahli perniagaan, 48 tahun dilaporkan berasal dari Indonesia dan bernikah dengan mangsa di Thailand enggan identitinya dikenali.
Media menghormati permintaannya, hanya komen beliau disiarkan.
Masyarakat telah mengetahui berhubung penangkapan suspek terbabit mengugut isteri jutawan dari India. A. Muthuraja, 34 tahun dilaporkan hilang di Banting setelah bertemu dengan suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati. Mereka direman 7 hari untuk membantu siasatan polis.
Saya tertarik membaca laporan akhbar The Star hari ini.
Isteri jutawan terbabit, S. Usharani, 24 tahun dikatakan membuat laporan polis di Malaysia pada 9 September lalu.
Terbaharu, S. Ramalakshmmi dari Tirunelevi, Tamil Nadu, India menyangkal berita Usharani isteri kepada jutawan terbabit.
Guru sekolah rendah itu mendakwa, dia berkahwin dengan Muthuraja pada tahun 2001 di Andara Club, T, Nagar, Chennai di hadiri orang kenamaan dan ahli politik.
S. Ramalakshmmi mendakwa, suaminya pernah membawa suspek utama dan adiknya ke rumah ayahnya untuk makan kira-kira 5 tahun lalu.
Jelasnya, orang hilang kini menjadi rebutan 2 wanita di India.
wah..orang dah mati pun menjadi rebutan 2 wanita. Yang mana satu isteri yang sebenarnya????
BalasPadamBertambah2 serabut rentetan kes ini dan menjadi bertambah ingin tahu.
berebut ler sebab taraf "brahmin" (jutawan) ...cuba kalau taraf "paria" ada mahu berebut suami kaa????
BalasPadamMacam selalu kita tengok kat drama, bila suami meninggal, tetiba jer muncul isteri ke-2, isteri ke-3...dan waris-waris lain..
BalasPadamItulah hikmah dari suatu kejadian.
Sebab tu ada simpulan bahasa 'pusing k*l*ng' agaknya...
BalasPadamckLah - cuba hormati bangsa lain juga. Kita juga ada perasan. Jangan salahkan semua orang India hanya kerana sekumpulan membuat salah.
BalasPadamKala,
BalasPadambetul2 tak elok kutuk/gelarkan sesuatu bangsa/kaum sahaja..
individu yang buat hal..
maaf jika awak terasa pedas..
halamak...yg nih berebut pulak...jutawan...mane taknye dieworg berebut...hurm..
BalasPadam