Ahad, September 26, 2010

Rokok 'Murah' Di Lorong Kulit

11.40 pagi tadi saya ke Lorong Kulit di Georgetown, Pulau Pinang. Seperti biasa, pagi Ahad, kawasan membeli-belah itu dikunjungi ramai.

Ada peniaga menjual pelbagai barangan terpakai.


Ada peniaga menjual pakaian berjenama asli dan tiruan.


Ada peniaga menjual topi keledar.


Ada peniaga menjual dokong.



Ada peniaga menghalang saya merakamkan gambar di kawasan awam terbabit. Lihat set walkie talkie di hadapan lensa kamera.


Mengapa peniaga terbabit berang?

"Ini kawasan public, salah ke ambil gambar?," soal saya.

Saya percaya rokok dijual dengan harga di antara RM2 dan RM2.50 sekotak. Jika dibeli 10 kotak, percuama 1 kotak.

Berikut antara gambar rokok dijual, antaranya berjenama Ray, Fisher dan Luffman.


Adakah rokok terbabit sah dijual? Jika sah, mengapa saya dihalang merakamkan gambar kegiatan mereka?

10 ulasan:

  1. sila2 la crop dlu gambang muncung tu tuan..satu malaysia tgk tuuuuu

    BalasPadam
  2. Bro,sah atau tidak tuh susah nak cakap...tapi for your info..pihak penguatkuasa yang sedia ada selalu pi sana pun tak pernah nak amik tindakan.MPPP,PDRM,KASTAM mahupun KPDNKK bukannya tidak tahu apa yang berlaku disitu kerana mustahil yang amat kalau tidak ada seorang pun yang bekerja dengan pihak berkuasa tidak pernah menjejakkan kaki ke Lorong Kulit...tapi semua nak tunggu laporan dibuat.Malah bukan disitu saja cuba plak bro melawat Batu Feringghi nite market..

    BalasPadam
  3. sama ada rokok yang sah atau tidak sah, kedua-duanya membahayakan kesihatan. :)

    BalasPadam
  4. Ambil gambar barangan saya pun kata tak salah.

    Tapi kalu ambik gambar wajah, tanpa izin tanpa sebab, saya sendiri tidak selesa bila tetiba jer orang hala kamera nak amik wajah saya.

    Dalam isu entri ini, keadaan berbeza. Dan saya rasa, pasti ada sebab dia halang BRO snap, mungkin dia bimbang atas kesalahan tertentu yang dia saja tahu.


    Tingat, kalu pegi Rope Street ni, mesti pekena Laksa dan ABC!

    BalasPadam
  5. PBT, KDNHEP kastam dll..banyak nya yang terlibat..

    ada W.talkie macam Pasar/Pudu pulak ..

    jarak setengah KM penguatkuasa datang, pakat-pakat bungkus..lari.
    selamat pada hari itu.

    BalasPadam
  6. lolsss, bro, sebab yang amik gambar tu mazidul, kalau azieazah amik, gerenti takder orang halang. lols !!

    BalasPadam
  7. Salam,
    Dah banyak kali dok pi Penang, belum ada kesempatan lagi nak singgah kat sini...

    BalasPadam
  8. Damn!

    U're right BRO HAZREY. hahahaha.. Memang tadak yang halang, ntah-ntah ajak posing sekali plak lagi. Ahaks!

    BalasPadam
  9. Lorong Kulit memang best. Saya semasa menjadi student USM .. tempat ini adalah tempat shopping yang paling kerap saya lawati .... memang best .. macam2 leh dapat pada harga yang murah .. nak dapat FREE pun bleh .. lebih2 lagi kalau ada demo pasal rawatan dan ubatan ... :)

    Memang lorong kulit ada kesannya pada Penang - bleh masukkan dalam kalendar pelancongan tanpa perlu ubah apa2 sbb itu adalah identiti lorong kulit ...

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.