Jumaat, September 24, 2010

Ke Mana Hilangnya 2 Perkataan Penting Pada Logo PDRM? (Updated)

Saya menerima gambar dihantar kepada akaun Facebook.


Kita crop sedikit untuk menyaksikan logo Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM.


Jika gambar di atas asli, PDRM harus bertindak segera memperbetulkan logo dijunjung lebih 114,000 pegawai dan anggota polis termasuk Ketua Polis Negara.  

Berikut logo PDRM sebenarnya.



Logo 'kehilangan' perkataan 'Allah' dan 'Muhammad'.

Update

Saya difahamkan, sebilangan logo tidak dicetak 2 perkataan itu kerana bimbang dilangkah. Bagaimana pun papan tanda terbabit terlalu tinggi untuk diperlakukan sebegitu.

Hairan, pasti ada alasan lain.

21 ulasan:

  1. Salam

    Terima kasih kepada Pemeberi maklumat tu kepada abg mazidul. Sungguh prihatin dan peka sekali.

    Kepada yang berniat untuk berbuat jahat, hentikanlah...Manusia yang masih peka atas dunia sentiasa ada---

    BalasPadam
  2. Mungkin perlu disiasat terlebih dahulu kesahihan gambar di atas.

    BalasPadam
  3. Sebelum ini ada terdengar rasa kurang senang sesetengah pegawai polis, tentera bukan Islam dalam menyematkan lambang yang mempunyai nama Allah SWT dan Muhammad SAW.

    Ibaratnya macam kita orang Islam memakai lencana yang ada lambang salib.

    Apa pendapat tuan?

    BalasPadam
  4. Bkn Polis ade standard logo ke??knape boleh jadi cam nih??ni tak sengaja ke atau di sengajakan??

    BalasPadam
  5. jimat kos kot kontek tor ni atau kedai cetak bukan melayu,biasa aje nampak iklan yang salah eja kat area KL ni

    BalasPadam
  6. entahlah bagaimana itu tak diambil perhatian atau pindaan tak dimaklum...

    BalasPadam
  7. masyaAllah..kerja sapa la nie? mesti pembuatnya nie..yg polis situ pun tak perasan ke..aduhai..

    Miri? hurm..entah la apa yg hendak dikatakan..selepas ini..tukarlah yg baru...

    hehe

    BalasPadam
  8. aiks? macam mana boleh hilang perkataan Allah & Muhammad tu?? pelik.. memang pelik..

    harap pihak yang bertanggungjawab cepat2 laa ambil tindakan..

    BalasPadam
  9. welcome to Sarawak. Org luar dari sarawak pun nak masuk swk kena ada pas lawatan 3 bulan je. tidak boleh dibenarkan lama. mungkin ada perjanjian misteri dgn James Brooke dahulu. Rajah Putih.

    BalasPadam
  10. susah untuk orang kenal pasti yang nama Allah dengan Muhammad tu tak ada terutama orang awam.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..
    sekadar berdasarkan pengalaman dan pengetahuan..
    apa yang saya ketahui dlm perkara2 yang melibatkan printing di atas kertas, pihak PDRM sememangnya tidak mencetak perkataan ALLAH dan Muhammad kerana berhasrat menjaga adab terhadap kalimah tersebut.

    Sebagai contoh perlanggaran adab yang saya maksudkan ialah :
    adakalanya dalam urusan seharian, bila kita tersalah print pada kebiasaannya terus sahaja membuang kertas tersebut di dalam bakul sampah. Walhal, terdapat kalimah ALLAH pada kertas tersebut.

    oleh yang demikian, pihak PDRM berpendapat, elok kiranya perkataan itu dipadam dalam hal percetakan.

    Namun yang demikian, dalam isu gambar di atas..saya fikir mungkin terdapat kesilapan yang tidak disedari sewaktu menyerahkan contoh logo PDRM untuk dicetak pada papan tanda.
    Diharap pihak PDRM stesen terbabit peka dengan kesilapan ini dan memperbaikinya.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  12. Mungkin masa cetak tiada ketetapan dibuat samada digantung tinggi atau diletak di dinding. So risau terlangkah selepas siap dicetak sebelum diposisikan.

    Atau dikhuatiri terlangkah jika jatuh ke tanah?


    Ntah betul atau tidak andaian saya?

    BalasPadam
  13. Lebih baik xyah guna lambang Allah dan Muhamad tu pada lambang polis dan askar melayu.
    Org bukan islam pakai. Masuk tanda dengan lambang2 tu. apa hukum? takkan tu pun nak refer majlis fatwa?
    So kesimpulannnya. Taidakan terus lambang tuh

    BalasPadam
  14. bukan Islam sembahyang cara mereka pakai uniform ada dua kalimah tue.cuba byg kan

    pelik.bukan selama nie berebut kalimah ke

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.