Bukan mudah tugas dalam bidang kewartawanan apabila melaksanakan liputan berhubung kes pembunuhan kejam menggemparkan negara.
Saya lihat ramai rakan setugas daripada syarikat media cetak dan elektronik berbeza berulang-alik setiap hari dari tempat kerja ke lokasi kejadian.
"Ini nasi goreng pagi tadi, baharu sempat makan," kata rakan media.
Jam tangan saya menunjukkan pukul 6 petang ketika dia menyuapkan makan ke mulut.
Seperti diketahui majoriti pembaca, sejak 11 September lalu pihak polis tidak membenarkan kakitangan media menghampiri lokasi kejadian biarpun pada awalnya sebilangan wartawan dan jurukamera cuba menyusup masuk ke kawasan ladang, lokasi pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa lain. 3 daripada mereka ditahan polis, disoal siasat dan dibebaskan 30 minit kemudian.
Kredibiliti jurukamera akan dipersoalkan jika gagal merakamkan gambar berkaitan kejadian kini menjadi isu 'hangat' peringkat nasional. Keupayaan wartawan juga dipertikaikan jika gagal menulis fakta terkini berhubung kes terbabit. Namun, tugas itu bukan semudah disangka. Berita sekadar dengar cakap, hearsay jika disiarkan bakal memakan diri. Pasti pihak berkuasa 'melompat' dan berang dengan tindakan itu biarpun berita terbabit barangkali ada kebenarannya.
Saya yakin majoriti wartawan bertugas membuat liputan kes pembunuhan kejam terbabit mengetahui banyak maklumat berbentuk off record dari pelbagai pihak termasuk pegawai dan anggota polis. Namun, maklumat terbabit wajib disahkan pegawai atasan Pasukan Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu sebelum disiarkan.
Sewaktu berada di kawasan dianggarkan 600 meter dari lokasi kejadian, pelbagai isu kedengaran ditimbulkan orang ramai.
Mengapa hanya setelah kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 mangsa lain terbongkar, baharulah laporan kehilangan sebilangan mangsa sebelum ini akan disemak semula? Bagaimana jika mangsa terkini bukan individu berprofil tinggi? Adakah laporan kes kehilangan orang mempunyai hubung kait dengan suspek utama, peguam berstatus 'Datuk' akan senyap begitu sahaja? Apakah status kertas siasatan dibuka pegawai penyiasat kes sebelum ini?
Mekanik, P. Balasandam, 54 mula membuka mulut, baca di sini dan barangkali soalan sama bermain di mindanya.
Mekanik, P. Balasandam, 54 mula membuka mulut, baca di sini dan barangkali soalan sama bermain di mindanya.
Saya bukan individu berhak menjawab semua soalan terbabit. Namun saya percaya soalan sama akan terus meniti di bibir anggota masyarakat jika tidak dijawab secara logik.
"Polis akan membuka semula kertas siasatan kes terdahulu"
Kenyataan itu bukan berbentuk jawaban, hanya sekadar tindakan susulan pihak berkuasa.
Pagi ini, Ketua Polis Negara, KPN Tan Sri Ismail Omar dilaporkan akan berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kuala Langat. Tujuan sebenar lawatan itu tidak jelas setakat ini. Saya telah meminta wartawan 999 untuk berada di lokasi sama pada jam 9 pagi hari ini. Jika mengadakan sidang media, mungkin KPN bakal menjawab persoalan di atas.
Ahli perniagaan berusia 42 tahun saya temubual malam semalam di Dengkil mendakwa suspek utama kes pembunuhan gagal menjelaskan bayaran tertunggak hasil 2 transaksi pembelian dan penjualan tanah seluas seluas 30 dan 15 ekar di Batu Feringgi dan Butterworth, Pulau Pinang di antara tahun 2008 dan 2009.
Untuk transaksi pertama, tanah dibeli berharga 25 juta ringgit dan dijual 29 juta ringgit. Maksudnya, beliau, Datuk Sosilawati dan 2 individu kenamaan lain setakat ini masih tidak menerima bahagian keuntungan mereka diuruskan suspek. Saya difahamkan keuntungan diraih kononnya akan dijelaskan dalam tempoh 6 bulan. Kini lebih 2 tahun masa berlalu dan lebih malang seorang daripada rakan kongsi terkorban, pembayaran masih tertunggak.
Untuk rekod, kesemua 'mangsa' berstatus 'Datuk'.
Saya mengetahui tindakan ahli perniagaan terbabit membuat laporan di IPD Kuala Langat 2 hari lalu. Namun membuat keputusan berkongsi berita eksklusif terbabit bersama wartawan Harian Metro dan Berita Harian. Liputan mereka akan disiarkan pada hari Jumaat manakala rakaman temubual sama akan disiarkan di dalam program 999, malam ini. Itu memorandum of understanding kami persetujui.
Dalam temubual lebih sejam, ahli perniagaan sama mendakwa mengenali suspek utama dan Datuk Sosilawati sebagai rakan perniagaan sejak 3 tahun lalu.
"Datuk (suspek utama) sebelum ini kalau pergi ke mana pun bersama polis," katanya.
Wow!
Wow!
Pada masa sama saya dimaklumkan, suspek sama berusia 41 tahun itu juga acapkali diiringi beberapa pengawal peribadi mengikut keperluan.
Akhbar melaporkan, suspek memiliki aset dianggarkan bernilai 200 juta ringgit di simpan di dalam beberapa akaun bank.
Kenalan dan wang menjadikan suspek individu berpengaruh di kalangan masyarakat khususnya di Banting, itu hemat saya.
"Datuk bila bercakap lembut, fasih berbahasa Melayu dan kalau makan nasi lemak dan minum teh tarik di gerai biasa pun, dia tak kisah tetapi dengan pekerja dia, saya dengar, dia memang garang," ujar ahli perniagaan terbabit.
Kesimpulannya, penampilan luaran beradap manusia tidak semestinya menjamin kemurnian dan keikhlasan hati.
Saya percaya pembaca juga pernah mengenali manusia berperwatakan baik pada luaran tetapi hakikatnya bersikap bak iblis.
Cuba ingatkan kembali.
Nota
Kepada semua pembaca Selamat Menyambut Hari Malaysia!
Cuba ingatkan kembali.
Nota
Kepada semua pembaca Selamat Menyambut Hari Malaysia!
Selamat Menyambut Hari MALAYSIA Bro Maz!... Kesian wartawan yg ade kat lokasi...beriya² dieworg datang nak dapat maklumat tepat...tp tak bulih masuk...kang salah cakap kang aje je yg melompat...takpe la...sabar ye...Eh...Kenape pihak media tak bulih masuk plak??ADE PENJELASAN KE??
BalasPadamWah...dr statement P. Balasandam tu, dapat digambarkan duit adalah kuasa utama suspek nih...Btol apa yg org katakan selama nih... <>
BalasPadamDan entah berapa banyak musang berbulu ayan telah lepas dalam kandang politik kita. Sebenarnya kerana sikap kita adalah sama, iaitu diketuk kepala dulu baru terasa; menjadikan kes ini macam memijak kepala.
BalasPadamEsok lusa bila ada orang politik dari latar belakang gansgter dah bunuh 30 atau 40 orang baru kita nak siasat. Kalau kuman kita boleh tengok, tak kan latar belakang penjenayah kita tak boleh kesan.
kepada izz,,sebenarnya 'ketakutan' pada bayang-bayang sendiri menyebabkan keadaan ini berlaku. Kebebasan media tak seperti digambarkan. Saya adalah bekas wartawan jenayah, penerima Hadiah Kajai hasil laporan jenayah, bercakap atas pengalaman. Wartawan di negara ini tangan digari sebelah dan kaki diletakkan sebelah di dalam penjara. Konsep mendukung bebas dan bertanggungjawab tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekangan UNDANG-UNDANG DAN KEPENTINGAN POLITIK negara.
BalasPadamTahniah kepada semua wartawan termasuk jurugambar. Teruskan menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi.
BalasPadamRamai yang tak bercuti raya nampaknya wartawan tahun ni. Isteri dan suami wartawan kena faham dengan tugas pasangannya.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin.
www.kadikluang.blogspot.com
Bila lihat kembali gambar Datuk itu diiringi polis.. nampak penampilan polis tu pulak macam suspek!
BalasPadamdatuk tu mungkin psiko.
BalasPadamsatu lagi IPD k.langat ni memang pelik. Jutawan permata India yang hilang dan isteri dia buat report pun senyap je, publish lah kat tv ke paper ke, geram betul, apa yang diaorang buat?? tak buat kerja ke?
saya ni orang banting, memang banyak saya dengarlah cerita pasal datuk ni, yang geram tu depan batang hidung polis office dia beroperasi. Logiknya kalau masyarakat setempat dah tahu macam2 pasal samseng tu, mustahil police tak tahu apa2.. karang kalau kita kata dia makan rasuah, kena suap dengan datuk tu kita pulak yang kena sue.
Sejak kes anak saudara kepada kawan saya hilang dan dia buat report polis banting, tapi polis langsung tak bertindak, sebaliknya tanya lagi kat family budak tu " ada apa2 perkembangan??" sejak tu kepercayaan saya pada polis esp. polis banting semakin zsro. Selalu saya kata, polis banting tak buat kerja!!!
eloklah ketua polis turun IPD k.langat ni, siasat apa yang diaorang buat. Dahlah kalau ambik report semua dia nak short2 kan cerita potong sana-potong sini, kita buat report dia malas nak taip dia potong sana potong sini cerita kita. Bila tengok balai lain ambik repot panjang berjela seebijik2 ditaip.. IPD banting ni memang TERUK!!
sorry en. Mazidul kalau rasa tak sesuai jgn publish, just nak share rasa geram di hati ni. Tq
manusia berduit, manusia berkuasa
BalasPadamtapi kuasa duit menyebabkan dirinya tamak dan tupai pun jatuh sebab kena baling dengan duit syiling....
kesian, eh sekian (^_^)
ada juga jumpa setan bertopengkan manusia.. ngeri!
BalasPadamBro > memang susah kerja wartawan ni, silap berita makan diri pulak. Tapi bro... bila melihat rupa 2 Datok tu.. muka baik2 dengan berkaca mata tak sangka perangai setan dibandingkan denga pegawai polis yang mengiringi mereka muka cukup brutal tetapi orangnya bertanggungjawab kapada negara
BalasPadamsalam bro mazidul ..selamat hari raya.. hari2 singgah sini nak update berita terbaru ...no komen byk2 pasal kes sebab sy suka membaca mengutip fakta di sini ..syabas utk semua wartawan yg bertungkus lumus menyajikan berita terkini ...
BalasPadammentang2 syaitan pun bebas dari rantai~
BalasPadamselamat hari malaysia :)
mmg dahsyattt...semoga org2 mcm ni cepat2 dihapuskn! Semoga pihak polis bertindak lebih adil kpd semua mangsa! Mohon copy cket ya ayat2 best dr blog bro
BalasPadam"Apakah STATUS kertas siasatan dibuka pegawai penyiasat kes sebelum ini?"
BalasPadam"Apakah STATUS kertas siasatan dibuka pegawai penyiasat kes sebelum ini?"
ULANGI
X 1000..
siapa yang ambil kes,
balai polis mana,
negeri mana,
saja tanya tak semesti berjawab.
terima kasih wartawan. tapi jangan mengover-sensasikan sudeh.
BalasPadamsaya kecewa la bila baca pubic dok kutuk2 baik punya dekat pihak polis.'nape polis tak tangkap suspek sejak laporan sebelum ni di buat'?
-'polis dah tau dia jahat, tapi polis kena suap'....
ish! ingat senang ke nak tangkap orang. maybe dulu pihak polis tak cukup bukti nak sabitkan suspek.
tentang 'polis kena suap' pulak, agak2 la statement. bukan semua polis corrupt. jangan la nak generalise pihak polis.
suspek iblis bertopeng manusia. oh ye, tadi dalam berita, yang bunuh mangsa sume adalah suspek berumur 19 tahun!! psychological problem maybe + banyak tengok cita Tamil.
hmmm...nampaknya samseng di Malaysia dan setaraf dengan Sicilian Mafia dengan Mexican Druglord. i wonder if this 'killer lawyer' gang ada nama yang catchy..hmmm
Salam Raya Bro Mazidul....
BalasPadamBila di baca jenayah yang berlaku ni dah sebijik macam citer Tamil....yang buat jahat, ber'wang' sentiasa terlepas...
Apa yang saya tahu kenapa wartawan tak dibenarkan berhampiran atau masuk ke tempat yang berlaku sebab takut nanti ada bahan yang boleh dijadikan bukti terjejas @ tercemar @ terusik tanpa sengaja....
Apa-apa pun apa yang berlaku ni marilah kita sama-sama amik iktibar, samaada kita sebagai rakyat yang biasa-biasa, atau pengamal undang-undang atau siapa saje anda....
Biasalah..Kalau kita buat urusniaga libatkan wang berjuta dengan (ular) kaki penipu di tempat yang pelik spt. dalam kebun sawit atau tepi kandang ayam atau restoran cokia...
BalasPadamAlamatnya kita kena patuk le(tipu).
Lebih2 lagi dengan ular jenis brutal giler, memang tak lepas lari kita.
Barangkali ini ular ganas berpangkat Datuk yang dibeli dengan murah kot?
Lagi kali jangan buat urusan dengan ular, nanti kalau tak patuk, kena belit pun kita susah.
Rasa hati rakyat wajar di semak semula oleh pengurusan polis. Lihat di mana cacat celanya pengurusan polis banting.
BalasPadamKakcik, setuju! Polis India yang berambut panjang yang iring 'Datuk' tu yang nampak macam suspek! haha. Sebab itula "don't judge book bt its cover" kan?
BalasPadamSaya sangat senang dengan komen yang diberikan oleh penganalisis jenayah pertama di Asia, Kamal Afendi Hashim bahawa Dato Sosilawati menyumbang jasa sehingga ke saat akhir kematiannya. Dengan pembunuhan yang sangat kejam terhadap Dato sosilawati dan 3 rakannya, maka terbongkarlah keseluruhan Episod kejam pembunuhan yang berjaya ditutup sebelum ini. Pada pendapat saya, bukan hanya si pembunuh yang perlu dihukum, tetapi si penerima rasuah (jika ada) pun perlu dihukum. Kerana amalan rasuah lah yang merosakkan integriti sesebuah bangsa & negara sehingga menyumbang kepada kes-kes jenayah seperti ini. Wallahualam.
BalasPadam(Takziah kepada keluarga Dato Sosilawati dan 3 Rakannya. Semoga Tabah & diberi kekuatan menghadapi dugaan Allah yang berat ini)
September 22, 2010 6:34 AM