Selasa, September 28, 2010

Bar Korek

Jam 8.21 malam tadi saya terpandang apek tua, 64 tahun duduk selamba di meja bar di Jalan Burmah, Georgetown, Pulau Pinang ini. Melihat kedutan di wajah dimamah usia itu, saya menjangka semestinya dia sudah bercucu.


"Apek buat apa di sini?," soal saya.

"Makan kacang, minum Tiger beer," jawabnya perlahan.

"Tapi apek tak ada gigi?," balas saya spontan.

Dia kemudian menyeringai dan menunjukkan sebatang gigi di sebelah kanan sambil tersenyum lebar.


Waktu sama, penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang menjalankan permerikasaan.


Berikut gambar saya rakamkan ketika mereka berada di dalam bilik di premis beroperasi di antara jam 10 malam dan 1 pagi terbabit.


Ya, ada red rose.


Barangkali lambang 'cabaran' mereka depani ketika melayan dan memenuhi kehendak pelanggan di rumah kolonial ditukar kepada pusat hiburan bersesuaian dengan nama 'bar korek'. Setiap gadis dilaporkan menerima imbuhan RM100, bekerja sepanjang tempoh ditetapkan.

 

9 gadis pelayan pelanggan, warga Vietnam dan China di atas dirakam sewaktu cuba memboloskan diri tetapi berjaya diberkas penguatkuasa Jabatan Imigresen. Dalam usaha menghalang mereka melarikan diri, sebilangan penguatkuasa terpaksa memanjat pokok berhampiran pagar.


Melalui pengamatan, didapati kesemua mereka tidak memakai coli. Rasionalnya, lihat gambar berikut.


Gadis diberkas 'berkerja' dan dipercayai 'dikerjakan' di dalam bilik suram seperti di bawah dan mereka dikatakan boleh diperlakukan mengikut kehendak pelanggan. Tidak perlu saya huraikan tajuk tampalan ini kerana maksudnya terlalu jelas, gunakan imaginasi anda.


Hasil operasi, 24 gadis warga asing ditahan dan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen di Butterworth.

10 ulasan:

  1. Cara mudah nak cari duit...

    Cara mudah nak dapat penyakit. hehehehe

    BalasPadam
  2. Dah berzaman pun bro BAR nii beroperasi,maybe dari zaman apek tua yang dalam entri tuh muda remaja lagi

    BalasPadam
  3. cemanalah depa2 ni boleh masuk m'sia nih? adehhhh...tak abis2 dgn isu sosial..

    BalasPadam
  4. selagi ada permintaan, selagi itu lah ia masih berterusan...

    BalasPadam
  5. That's why I said don't go there, bro...
    Basah jari nanti! :P

    BalasPadam
  6. assalamualaikum tuan ....pada hemat saya , sungguh murni usaha tuan memaparkan kisah2 ini semua...akan tetapi dapatlah sekiranya pihak tuan hitamkan bahagian mata atau samarkan muka-muka pegawai2 penguatkuasa yang terlibat...ini supaya dapat megelak agar identiti mereka dikenalpasti ...saya katakan begini disebabkan pengalaman....mereka juga melakukan risikan dan penyamaran ....dan ada kehidupan peribadi dan punyai keluarga...saya tidak mempunyai maksud terisrat disebalik apa yang dipohonkan ...jasa baik tuan saya ucapkan terima kasih....

    BalasPadam
  7. Cara mudah dapat bala
    apa kata cari cara mudah buat duit!!
    wakakaka..
    www.freedownline.biz

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.