"Baca Bismillah dan double check. Lazimnya kita membuat salah bila terlalu yakin dengan jawaban," itu pesanan saya.
Kita semua pernah menduduki peperiksaan sewaktu kecil, remaja dan dewasa. Dalam peperiksaan, kita menjawab soalan, betul dan salah. Kalau semua soalan dijawab betul, kita dianggap pelajar cemerlang, sebaliknya kita pelajar tercorot. Apapun, keputusan peperiksaan bukan penentu mutlak kepada kejayaan di dalam kehidupan namun dianggap 'lesen' ke arah mengecapi kehidupan lebih selesa.
"Tak update blog, nanti lepas UPSR," ujarnya.
Mungkin kerana selalu melihat saya selalu menulis, dia juga ingin melakukan perkara sama. Tulisannya boleh dibaca di sini. Dia merekacipta dan menghasilkan blognya sendiri tanpa bantuan saya. Anak sekarang berpemikiran lebih terkehadapan, barangkali.
Saya akur, 3 hari mendatang, tempoh waktu penting dan antara saat mencabar anak berusia 12 tahun ini. Namun saya tidak berhasrat mewujudkan tekanan kepada dirinya, cuma saya sering tegaskan, setiap ilmu diperturunkan guru di sekolah, harus dihargai.
"Study and enjoy yourself," kata saya.
Kami pernah berbincang dalam perjalanan balik dari sekolah.
"Hari ini belajar fasal 'daya'," katanya.
"Force is equal to mass times accelaration?," soal saya.
"Ayah, itu terlalu complicated, Afif baharu darjah 6 lah. Daya is like 'tarik' dan 'tolak''," jelasnya.
Saya terdiam.
"Kenapa setiap benda kita lambung ke atas akan jatuh?," tanya saya.
Dia pula terdiam.
"Kerana ada daya graviti. That is pull, tarikan. Daya tarikan graviti. Bear in mind, bila belajar, jangan lupa melihat applikasi sebenar dalam kehidupan then you can enjoy learning," jelas saya.
Dia tersenyum dan saya sekaligus berharap mesej ringkas itu terpahat di pemikirannya.
Sama seperti golongan dewasa, andai tidak menggemari dan meminati kerja dilakukan, semua perlaksanaan akan dibuat separuh hati.
Apa pun, Muhamad Afif, selamat berjaya. Ayah mendoakan kejayaan kamu di dunia dan di akhirat.
Amin!
good luck utk Afif... adik sy pun tgh berjuang.....
BalasPadamUntuk Muhamad Afif dan anak2 lain yang menduduki UPSR bermula hari ini, makcik doakan agar kalian mendapat kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.
BalasPadamadik saya pun UPSR pagi ni =)
BalasPadamAmin.
BalasPadamselamat berusaha.doa jangan dilupa.
BalasPadamgood luck Afif! anak bijak begitu...semua A tak susah lah!
BalasPadamGood Luck Afif!!!!
BalasPadamsemoga Muhamad Afif dapat buat yg terbaik tok exam ni....amin
BalasPadamada anak-anak yg UPSR hebat tapi PMR hampeh...
BalasPadamada anak-anak yg PMR hampeh tapi SPM CEMERLANG...
ada anak-anak yg semua diatas hebat masuk U kena tendang..
apa yang penting biar sederhana kerana mereka tidak merasa bangga diri dan insyaALLAH akan menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.seimbang dari segi emosi dan rohani (*.*)
good luck afif!
good luck afif. mazidul, how's your feelings for your son taking the exam? anak gadis saya, anis fariha, pun seperti afif hari ini. nervous dia sampai tak boleh tidur. kita sebagai ibubapa pun ikut "nervous" sama hehehehe .. semoga mereka berjaya dgn keputusan yg cemerlang. amin ya rabbal a'lamin ...
BalasPadamGood luck to Afif..
BalasPadamSelamat maju jaya afif
BalasPadamBro
BalasPadamSaya doakan semuga Afif mendapat yang terbaik. Insya Allah di masa hadapan dia menjadi seorang pemimpin yang terbilang (tengok gaya dan bakat tu dah ada tu...lebih hebat dari ayah dia. ha ha ha
bro, you can be sooooo sweet sometime, do you know that? I have this picture in my mind while reading, you, him talking like two buddies. Cool dad!
BalasPadamAfif, selamat berjaya, dan selamat menjadi Perdana Menteri. Anak bekas wartawan TV3 dipilih rakyat menjadi Perdana Menteri. Mintak tanah pleaseeeeee...
Salam semua. just 2 inform semua bloggers agar tak jadi mangsa. please read my post and BE ALERT! kalau boleh, silalah forward to others. tq
BalasPadamAttacked Page I
Attacked Page II
Baca kalau taknak jadi mangsa
Tengok btul2!!
kalau ada apa2, blh komen di blog saya..
Daddy Coollllllllllllllllllllllll
BalasPadamsalam,
BalasPadamgood luck untuk anakanda tercinta.
ramai yang kecundang dahulu, berjaya kemudian..
.. dan ramai juga yang berjaya dahulu tapi tersadung dipertengahan..
apa2pun moga berjaya dalam apa jua yg diusahakan kerana usaha tangga kejayaan..
DUIT
BalasPadamD - DOA
U - USAHA
I - IKHTIAR
T - TAWAKKAL
DOA - semua yg dilakukan tentu kita berdoa agar dpt diharungi tanpa halangan tentu juga pada sesuatu yg penting penentu masa depan contohnya ibu bapa akan berdoa untuk kejayaan
USAHA - peribahasa spontan usaha tangga kejayaan, beri tumpuan minda dan tenaga demi cita-cita yg disasarkan
IKHTIAR - apa saja yg dihrpkan kejayaan utk dicapai perlu taktik dan teknik dalam penyelesaian cara penentuan impian akan pasti dimiliki
TAWAKKAL - selepas pengembelingan masa dan tenaga diiringi pengorbanan RM dan perlaksanaan yg teliti kita hanya mampu berserah kpd allah ... hanya dia akan beri keizinan makbulnya
bila dah berjaya tentu tak masalah utk dapat kelegaan DUIT
AFIF.. semoga kejayaan menanti kamu...
good luck to afif! :)
BalasPadamSelamat Berjaya adik Muhamad Afif!...Kami mendoakan kejayaan anda...lpas UPSR bulih update blog...Ikut cakap ayah tuh...study and enjoy... Teringat zaman sekolah dulu...ayah ngan ibu saya slalu pesan..."kalau nak ingat ape yg kite blajar, kaitkan dgn hidup seharian kita"...
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSaya nampak saudara di sebuah warong di Bentong sblm Solat Isyak tadi.ada assignment ker?
Aminnnnn....
BalasPadaminsyaAllah jika berjaya jadi Perdana Menteri nanti, Untie AZIE cuma nak mintak elaun dan juga batu bata, nak buat rumah batu atas tanah yang dimintak oleh UNCLE HAZREY tuh....
Tuan,
BalasPadamSepatutnya, "bear in mind", bukannya "bare in mind".
'Bare' tu semacam berbogel, telanjang, kosong.
AMIN.....
BalasPadamAminkan doa dari seorang ayah...
Mudah2an diperkenan Allah..
Good Luck Afif..
Azim juga ambil UPSR seperti Afif; dia kata sekitar 10 soalan BM mengelirukan dia! sinonim yang memerangkap anak Melayu, seumpama bisng, gamat, riuh mana sesuai untuk dipilih..
BalasPadamSampai kini saya masih tertanya-tanya masalah ini; kenapa soalan BM ini mesti dikellirukan... anak kita bukan tak pintar tetapi BM sering buat anak kita bermain teka-teki.
Aziq dapat 4A 1B ... yang B adalah BM. Anif pun 4A 1B cuma dia cemerlang BM dapat A tetapi dia mengaku sukar mengingati Sains dalam Bahasa Inggeris.
Saya akur A bukan segalanya, anak jiran kita dapat 5A lantaran memang menjadi ulat buku; anak kita asyik leka dengan komputer & aktiviti luarnya.
Afeef saya juga dah selamat menempuh upsr..moga anak2 kita sama-sama berjaya..
BalasPadambukan semata mensasarkan keputusan yang hebat, harap kita tak tinggal mengisi pengalaman menempuh perjalanan mereka ke destinasi kejayaan sekaya mungkin..:D