Sabtu, September 25, 2010

Mengapa Begini?

Lihat basikal diletakkan di ruang pejalan kaki di bangunan ini. 


Ini tuan empunya basikal.


Mengapa dia tidur di sini? Hanya berkain sarung tanpa baju. Saya anggarkan usianya lebih 50 tahun dan pasti tubuh separuh abad terbabit kesejukan.

Gambar ini saya rakamkan pada jam 12.03 malam di hadapan Restoran Kapitan, Lebuh  Chulia, Georgetown, Pulau Pinang.

Nasib manusia berbeza, begitu juga rezeki mereka.

Pembaca, biarpun majoriti kita mungkin tidak hidup mewah tetapi hakikatnya berada di dalam keadaan hidup lebih selesa. Tidur di dalam bilik, berbantal dan berselimut di atas katil bertilam empuk.

Bayangkan jika lelaki ini kita.

Jika saya dari Kuala Lumpur dapat menyaksikan keadaan sebegini, masakan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang tidak mengetahui. 

7 ulasan:

  1. Salam
    Kesian dia..:( Semoga pihak JKM boleh membantu dia..

    BalasPadam
  2. Adakala juga bukan jenis merempat atau susah tetapi karenah dan perangai.

    Kita harap ini kes terpencil. Jika dia ada basikal, ada jamtangan, susah nak mengagak dia seorang yang terbiar atau merempat, mungkin ada masalah lain (mental atau nyanyuk contohnya).

    Tapi jika kita atau saudara kita, sungguh tidak tergamak membiarkan begitu.

    BalasPadam
  3. Betul, nasib manusia x sama. Diorang pun macam kita, ader hati dan perasaan. Harap JKM dapat bantu. Orang JKM rajin2 la turun padang. Xkan nak harapkan rancangan Bersamamu TV3 je...

    BalasPadam
  4. Kesian..mesti ade cerita disebaliknya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.