Selasa, September 14, 2010

Siasat Dan Selesaikan kes 4 X-Files (Updated 1)


Polis mengeluarkan kenyataan, peguam berstatus 'Datuk' dan adiknya, dikatakan perancang utama pembunuhan 4 mangsa di Banting, Selangor turut dipercayai terbabit dalam kes 'kehilangan' 4 mangsa lain dalam tempoh setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin seperti dilaporkan akhbar Malay Mail Online, mengesahkan seorang daripada mangsa dilaporkan 'hilang' setelah berurusan dengan 2 suspek utama terbabit, peniaga juga jutawan batu permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja, 34 tahun.

Berikut gambar dipaparkan akhbar Berita Harian, hari ini.


Menurut laporan akhbar sama, isteri jutawan itu, S. Usharani, 24 tahun dilaporkan datang ke Malaysia membuat laporan polis di Banting berhubung kehilangan suaminya Januari lalu. 

Persoalannya, mengapa hanya setelah kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 mangsa lain hampir terbongkar, baharulah 4 kes 'kehilangan' mangsa sebelum ini timbul kembali?

Apakah status kertas siasatan dibuka polis sebelum ini? X-files? Apakah perincian laporan berhubung 4 kes lain itu? Siapakah mangsa lain dilaporkan 'hilang'?

Setakat ini Akhbar Kosmo Online melaporkan mangsa lain, 2 berketurunan India dan Melayu.

Menurut Datuk Seri Bakri, kertas siasatan baharu akan dibuka berhubung kes 'kehilangan' jutawan warganegara India terbabit.

Saya yakin, majoriti rakyat Malaysia dan keluarga semua mangsa ingin mengetahui perkembangan siasatan 4 kes sebelum ini.

Lebih menarik, kes kehilangan Datuk Sosilawati dan mangsa lain dikhabarkan terbongkar apabila polis menyerbu ladang ternakan ayam terbabit hasil maklumat Usahrani. Mengapa tindakan itu tidak dilaksanakan sebelum ini? Sedangkan informasi sama dimaklumkan kepada polis pada awal tahun ini, sewaktu suami wanita itu dilaporkan hilang? 

Untuk rekod, Ketua Polis Negara baharu dilantik semalam, Tan Sri Ismail Omar berazam akan melaksanakan tanggungjawab bersandarkan kuasa diperuntukkan kepada beliau. Mengarahkan pegawai dan anggotanya menyiasat dan menyelesaikan kes x-files itu akan membuktikan komitmen dan ketelusan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. 

Bagaimana jika mangsa sebelum ini juga dibelasah, dibunuh, dibakar dan abu mayat mereka dicampakkan ke dalam sungai?

Jika kegiatan jenayah itu benar berlaku, kredebiliti PDRM pasti akan dipertikaikan banyak pihak kerana laporan polis telah dibuat. Setakat ini, pada hemat saya, tiada pihak mampu menidakkan secara total kebarangkalian itu.

Sukar untuk dibayangkan, menurut akhbar sama, 4 mangsa terakhir dibakar menggunakan kaedah 'tradisi', mayat dibakar bersama najis lembu, cow dung dan renjisan minyak petrol, cara berkesan mampu melupuskan bahan bukti dalam tempoh di antara 30 minit dan sejam.

Kes kehilangan 8 individu terbabit harus terus disiasat secara terperinci tanpa mengira status, bangsa dan agama mangsa dan suspek. 

12 ulasan:

  1. saya sokong!...Harap Ketelusan itu dijalankan...

    BalasPadam
  2. Ngeri, ngilu, sedih, marah dan segala perasaan bercampur baur membaca bahawa semua mangsa telah disembelih terlebih dahulu.... :(

    BalasPadam
  3. Saya amat berharap Ketua Polis yg baru bijak menggunakan kuasanya semaksimum yg boleh.

    Usah amalkan sikap sudah terhantuk baru nak terngadah.

    Usah lagi mengklasifikasikan kes-kes terpencil lalu di X-files kan.

    Usah memandang enteng samseng-samseng bilis kerana merekalah yg akan menjadi jerung.

    Usah gentar dgn VVIPs, ahli politik mahupun insan2 berdarjat yg membelakangkan kredibiliti & kuasa Polis. Takut & penghormatan yg tertinggi hanyalah kepada Allah s.w.t.

    Usah lepaskan PEROGOL, PENCABUL & PEMBUNUH walaupun sesudah dipenjarakan - Jenayah pasti akan berulang. Tdk percaya? sila lihat statistik. Memang kejam, tetapi perbuatan mereka lebih kejam darjahnya. Untuk yg beragama Islam saya menggesa untuk menggunakan hukum Islam - Allah sudah tetapkan semuanya melangkaui masa & zaman mengapa dinafikan? Apa lagi yg mahu didustakan?

    Usah takut jika bertindak BETUL lagi BENAR.

    Pastikan saksi sebarang kejadian 100% dirahsiakan & diawasi secara profesional - Saya amat yakin jika amalan baik digunakan, ramai yg berani tampil menjadi saksi, mata & telinga pihak Polis. Jika pihak Polis benar2 membuktikan kerahsiaan saksi terjamin 100%, saya bertambah yakin dan percaya bahawa BANYAK kes jenayah dpt diselesaikan.

    Semalam adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan. Maka Bangkitlah! Buktikan! Mulakan dari sekarang! InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. semoga KPN yang baru mengambil iktibar dari apa yang terjadi.Setiap laporan polis harus diambil kira

    BalasPadam
  5. Saya rasa maybe mereka tersilap mangsa juga kali ini kerana Datuk Sosilawati antara ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia berbanding 4 lagi ahli perniagaan yang mereka 'hilangkan' sebelum ini..(mungkin)

    Isteri jutawan India datang pada 8 Sept sedikit terlewat kerana mungkin 4 mangsa sudah di3B terlebih dahulu.

    Ajal maut sememangnya di tangan Allah. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka..3B juga

    BalasPadam
  6. rakyat makin bijak berfikir dan menilai, tapi tergari dengan kuasa yang dimiliki pihak lain. besar harapan harapan kita untuk melihat agar jangan keadilan dibelenggu oleh pangkat dan pengaruh lagi.

    BalasPadam
  7. PDRM dan KDN perlu siasat secara telus semua kes tanpa mengikut kes beprofile tinggi sahaja . . kerana keadilan perlu ditegakkan.

    BalasPadam
  8. Rasa menyirap darah tgk muka pembunuh tu... klu dia terlepas dari kesalahan dia sbb dia peguam rasanya ramai lagi yg 'menanti' dia di luar... keje professional tapi BODOH!!!

    BalasPadam
  9. walaupun cik mazidul tak tulis mc ni,keyakinan sy pd polis memang dah luntur.u just sumd up perfectly what i ever thot of regardng tis case. masa ayah kwn saya hilang pun sama, kenapa polis tak terdaya sgt nak siasat sendiri? kenapa perlu 'tip-off' yg sgt obvious dan org awam suap sebiji2 baru kerja boleh nak bergerak. maaf emo.

    BalasPadam
  10. bro> keadilan perlu ditegakkan PDRM jangan pilih bulu dalam melakukan penyiasatan. Jangan bila sesaorang itu berelar Dato barulah beria-ria

    BalasPadam
  11. soltan mana yang bagi pangkat datuk nih..? Itu la..mula2 orang akan puji PDRM sebab cpt buat siasatan..lama2 org prasan gak. Bila kes dpt liputan luas media..cpt jer keje. Mcm kes Mona Fendi dulu..bila yang kena bunuh tu ada status..satu Bukit Aman gerak..padahal sebelum tu byk yg dah mati atau hilang..tapi sbb diorang bkn sesiapa..kes senyap jer walaupun ada siasatan dijalankan. Mana keadilan untuk rakyat..?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.