Selasa, September 21, 2010

Pengiklan Terdesak WTF!


Terdesak sungguh peniaga terbabit sehingga tergamak melekatkan iklan sebegitu di khalayak ramai namun lokasi tidak saya ketahui.

Wanita mendakwa ibu menghubungi saya melalui Facebook dan mengajukan soalan berikut.

"Apa harus saya jawab jika anak terlihat iklan dan bertanya, apa dia adult sex toy ibu?"

Kepada pihak berkuasa, nombor telefon bimbit pengiklan jelas tertera, sila ambil tindakan sewajarnya agar ibu atau bapa tidak perlu menjawab soalan anak mereka. 

16 ulasan:

  1. Bkn dah lame ke bende nih??tp masih jugak ade yg brani....Kebal jugak ke dieworg nih??harap ade tindakan diambil...tak perlu la ibu bapa menjawab soalan cepu emas dr anak mereka...

    BalasPadam
  2. Pihak berwajib perlu ambil langkah proaktif. Jangan tunggu bila ada aduan baru nak buat kerja.
    -sekadar beri pendapat yg ikhlas-

    BalasPadam
  3. hurm.. byk dah iklan sedemikian dah ditampal. Nanti budak2 ingat tu mainan biasa naya tuu..
    Harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan dan tidak hanya pandang sebelah mata.

    BalasPadam
  4. Iklan yang memualkan ini ada di mana-mana. Memang 'puas' hendak menjawab dengan anak kecil yang suka bertanya... :(

    BalasPadam
  5. Izz, ya iklan sebegitu sudah lama kelihatan tetapi majoriti hanya ditulis 'Ubat kuat untuk lelaki' tetapi bezanya kali ini ada 'adult sex toy'. Cuba Google dan lihat gambar apa keluar.

    Itu bezanya.

    BalasPadam
  6. memalukan.. sifat ingin tahu budak2 ni yg bahaya sbb mereka rajin bertanya sampai tak tahu nk jelaskan mcm mana...

    BalasPadam
  7. Apa ya saya nak jawab jika anak saya bertanya?

    Hmm..alat permainan jantina..

    BalasPadam
  8. en mazidul, saya pun penah nampak, kat section 5, kota damansara..dekat trafic lite masjid lagi..hampeh betoi.

    BalasPadam
  9. ye betul tu..saya pernah jugak terlihat iklan ni tapi tak sempat nak snap..kadang2 ada juga iklan "escort girl" and "special massage" di kebanyakan lif, hingga ada sekali saya naik lif dan seorang kanak2 bertanya mak nya, "mama, escort girl tu ape?" "escort tu macam maskot sukan lah" sambil mak nye senyum pada saya...(kreatif jugak mak budak ni)

    BalasPadam
  10. Vic banyak kali nampak iklan ni.... salah satu lokasi yang vic masih ingat nampak iklan ni dekat jalan Ampang bawah flyover.

    BalasPadam
  11. Iklan ni ada satu di Simpang traffic light depan main entrance Technology Park Bukit Jalil. :( Satu kali rasanya dah diturunkan, ni naik balik. :(

    BalasPadam
  12. pasang spy amik gambar sape pasang iklan tuh

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.