Rabu, September 01, 2010

Kemboja Buat Hal

Petang semalam saya berkunjung ke pasar malam di Jalan TSB/10A, Petaling Jaya, Selangor.

"Orang Indonesia ke Kemboja?," soal saya kepada peniaga.

Lazimnya, petak perniagaan itu diusahakan warga tempatan menjual kek. Namun sewaktu tiba, saya melihat ruang terbabit dipenuhi pelbagai jenis sayuran dan kelihatan 2 wanita berbaju hijau dan hitam Perhatikan gambar di bawah.


"Kau tak tahu ke nak beza orang Indonesia dan Kemboja?," balasan saya terima.

Amboi!

Itu kenyataan lelaki berdiri berhampiran mereka, tiada di dalam gambar di atas.

"Tak boleh tanya ke?," celah saya.

"Kau tanya kasar," katanya.

Wow!

"Kasar apa la pula? Saya cuma bertanya?," soal saya kepadanya.

Saya menghampiri lelaki barangkali berusia lingkungan 40 an itu. Dia kemudian cuba menyelinap ke lorong di antara gerai peniaga. Berkebetulan membawa kamera digital, pantas saya cuba merakamkan gambarnya namun dihalang isteri lelaki terbabit.


Ops! Macam polis trafik, kan? Suaminya berjaket hitam di kanan. Semakin curiga, saya terus mengekorinya dan dia cuba mengelak gambar dirakamkan.



Sebagai rakyat Malaysia, saya hanya sekadar bertanya. Jika pertanyaan itu dianggap kurang sopan, saya keliru. Setelah berulang kali didesak isterinya, dia menghulurkan tangan memohon maaf. Namun berikutan sikap awal ditampilkan, saya cuba menyiasat identitinya. Lalu saya bergegas kembali ke ruang perniagaan mereka dan bertemu 2 wanita ini.


Nenek berusia 73 tahun ini, ibu kepada lelaki terbabit manakala wanita bertudung merah itu saudaranya. Saya difahamkan keluarga warga Kemboja terbabit berhijrah ke Malaysia pada tahun 1973. Kini mereka tinggal di Kubu Gajah, Paya Jaras, Selangor.

"Tadi, masa saya nak buka gerai, siap bergaduh dengan dia orang tu. Saya peniaga berlesen, setahun bayar RM416 kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBBJ untuk 2 petak. Ruang saya pun dia nak," keluh peniaga kain bersebelahan petak mereka, berasal dari Kelantan.

Betapa terkilannya dia.

"Petak saya sepatutnya bukan di tepi sini, di tengah tetapi setiap kali masalah ini saya ajukan kepada penguatkuasa MBPJ, masalah tetap tak selesai, dah lebih 2 tahun," sambungnya.

Ya! Itu pengakuannya bakal disiarkan di dalam program 999, Khamis ini. Manakala peniaga di sebelahnya, warga Kemboja TANPA lesen, jika peniaga asal tidak membuka gerai, mereka akan mengambil alih lokasi terbabit sejak 2 bulan lalu.

Susukan beruk di hutan, biarkan anak di riba mati kelaparan! Barangkali tidak ramai sedar jika kemelut ini tidak dibongkar, itu hemat saya.

Jom tengok sekali lagi, biarpun terlindung, wajah lelaki Kemboja begitu berani mencabar kesabaran peniaga tempatan itu.


Berani kemudian penakut! Mujur ada isteri mempertahankan suaminya tidak sebesar cakapnya. Mereka berdua kemudian menghilangkan diri entah ke mana.


Untuk rekod, warga Kemboja berhijrah ke negara ini sebagai pelarian berikutan peperangan berlaku di negara mereka. Tidak disangka, sebilangan besar kepala, tidak tahu dek untung nasib.

Bangga benar lelaki beranak 6 itu memberitahu, dia berhijrah ke sini pada tahun 1973. Kononnya sudah terlalu lama bermastautin di Malaysia.

"Awak datang ke sini tahun 1973, saya DILAHIRKAN di sini tahun 1967," jelas saya kepadanya sebelum dia melarikan diri.

Melalui temubual saya bersama peniaga tempatan di pasar malam sama, mereka jelas muak melihat kebanjiran peniaga asing TANPA lesen termasuk dari Indonesia memonopoli ruang perniagaan dikhususkan untuk warga tempatan. Namun mereka tidak mampu mengambil tindakan kerana bukan pihak berkuasa, sama seperti saya. 

Justeru saya menghubungi Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarop, memohon tindakan tegas diambil.  

Tuan Fauzi, bantu saya mengembalikan hak rakyat tempatan. Berikan hak kepada mereka berhak, usah kita membenarkan warga asing melacurkan hak rakyat Malaysia sewenang-wenangnya.

Seperkara lagi, InsyaAllah jika tiada aral melintang, saya akan membongkar kes panas di kawasan sama. Panas bagai lava gunung berapi! Barangkali mereka terbabit menjalankan kegiatan 'panas' itu menganggap saya buta sedangkan saya melihat kegiatan berlaku dengan menggunakan mata hati. Jika gunung itu 'meletup' pasti ramai 'terkorban'.

Salam.

Nota Kepada pembaca mempunyai akaun Facebook, sila search '999 TV3' dan sudi menjadi ahli page terbabit bagi memudahkan anda semua membuat laporan berhubung kes jenayah. Terima kasih.

17 ulasan:

  1. Hendaknya pihak berkuasa tidak lagi 'berlembut' dengan mereka ini konon atas 'dasar itu, dasar ini'. Jangan rakyat sendiri silap sikit dibelasah sesuka hati, tapi pendatang itu dibela mengalahkan anak emas yang tidak boleh disentuh!

    BalasPadam
  2. salam..

    aik..kenapa hanya pihak berkuasa je yang boleh bertindak? nak tunggu pihak berkuasa..berjanggut la jawapnya..

    harap2..pihak berkuasa tidak la menjalankan kerja dengan membabi buta kerna...kerna..di akhirat kelak pasti dituntut balik..

    kesian..kesian dengan warga tempatan..kesian dengan warga Malaysia yang bersusah payah untuk mencari rezeki..tetapi..warga asing pula buat kacau..Terbela ke nasib mereka?

    kalau rakyat tempatan buat salah,mati la jawapnya kena belasah..(ini realiti)..

    kalau hendak diluahkan perasaan..memang panjang..

    Harap2..Akan terbela lah nasib peniaga tempatan kelak..InsyAllah....

    w'salam.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    Terharu rasanya bila mengetahui ~ membaca & melihat, masih ada lagi org2 yg diatas (mainstream) memperjuangkan nasib & kedaulatan bangsa & negara.

    Tahniah & terima kasih bro. Perjuangan hari ini adalah untuk anak cucu kita masa depan.

    Kalau perlukan apa2 (within my expertise), juz let me know. (Insyaallah I do my best utk membantu)

    BalasPadam
  4. ni yang buat tak sabar nak tengok 999 nanti ni

    BalasPadam
  5. Salam sdr Mazidul...

    Dah lali sikap pihak berkuasa Malaysia yg gemar medukung biawak hidup, menyusu kera di hutan.. kenapa negara kita mempunyai populasi imigran (baik pati mahupun secara sah) yg membimbangkan???

    Kerana.. memang sikap pemimpin2 negara yg terlampau berlembut dan pengecut utk bertindak.... -maaflah bahasa kak sue kasar, sebab dah muak sgt melihat telatah pendatang asing ni.. Mereka membawa budaya dan amalan hidup yang tidak sihat dan mencemari keharmonian negara, umpama DURI DLM DAGING.

    Sdr Mazidul, selamat menjalankan tugas.. Smoga dirahmati Allah. Salam.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Ramai yang berterima kasih dengan usaha sdr. Di pasar malam Serdang, ramai juga warga Bangla jadi peniaga.

    BalasPadam
  7. Warga asing jagi samseng sebab kita baik sangat rela kena pijak..kerajaan kena sirius dalam soal ini..mereka ini ibarat parasit..tolong la kerajaan buat lah sesuatu..jangan sampai bendera kita kena pijak dibumi sendiri.

    BalasPadam
  8. "Susukan beruk di hutan, biarkan anak di riba mati kelaparan! Barangkali tidak ramai sedar jika kemelut ini tidak dibongkar, itu hemat saya."

    saya setuju dgn kenyataan ini..
    bongkar..

    mmg pendatang ni kurang ajar...
    raih rezeki di Malaysia, tp biadab...

    BalasPadam
  9. bro

    terus teruskan korek yg salah mcm ni
    saya tahu bukan habuan yg dikejar melainkan perjuangan mengembalikan malaysia utk malaysian

    teruskan bro, teruskan!
    nanti kau jdik hero

    BalasPadam
  10. Bila mereka ramai, mereka jadi berani. Berani macam tempat ini mereka punya. Tak hormat kita lagi.

    BalasPadam
  11. salam..bro saye berketerunan malayu champa..tp bahase kasar kemboja..mak ayh saye pelarian pd taun 70-an..kebanyakan saudara atok nenek saye pun ikut same..mmg ad segelintir yg mcm nie..kalau bro nk tau bole pegi ke kg delek di klang, tapah road di perak..tp xsemua yg mcm 2..ad yg lupe diri sy sndr pun xsebulu ngn golongan mcm nie..kalo ad mase bro leh sndr g tapah road..sy bole ikut bro untuk tgk ape ad di tempat sy itu,

    BalasPadam
  12. Saya pernah membuat aduan berkenaan warga kemboja yang tinggal di Kg Kubu Gajah berkenaan kepada MBSA. Mereka pengotor dan tidak mesra alam.

    Jawapan yang diterima; "Orang kita juga yang beri mereka tinggal di tanah mereka, buka kedai, berniaga di tanah mereka."

    BalasPadam
  13. terima kasih bro mazidul..kalau bro tak mulakan tak tau bila lagi kita nak mula..mari kita semua berubah..jgn bagi muka lagi kat diorang.(kalau boleh kacau area chow kit bro)sakit betul jiwa dan raga kalau gi sana.

    kita tak boleh bagi muka dah..kita baik sgt..org ingat kita penakut

    teruskan perjuangan bro mazidul..kami sentiasa support..harap pihak berkuasa ..tak tau bila la nak setel..dgn protokol nyer, dgn itu-ininya..bosan

    BalasPadam
  14. Sepatutnya kita perlu bertegas kepada mereka para pendatang yang kurang ajar, lupa diri dan tak sedar diuntung. Kedatangan mereka bukan sahaja mencemar dan mengganggu gugat, tetapi juga menjejaskan ekonomi anak tempatan terutamanya yang berpendapatan rendah. Lihatlah di kilang-kilang pengeluaran, tidak adakah pekerja tempatan yang bersanggupan bekerja? Adakah pekerja tempatan tidak berkelayakan? Adakah pekerja tempatan tidak mencukupi? Mengapa ada 'banner' di luar kilang perlukan pekerja, anak tempatan memohon pekerjaan ditolak dengan alasan tiada kekosongan, akan tetapi sebulan kemudian pekerja asing mengisi kekosongan yang dikatakan 'tiada'???

    BalasPadam
  15. ...YANG MANA anak beranak 'terasa' makan duit TEA o milo O tu, elok taubat segera mana tau, tahun depan akan beras'a BERAS yang dibeli masuk dalam HATI jadi gelap..

    BalasPadam
  16. Penguatkasa perlu bertimbang-rasa namun dlm perkara ini nampaknya timbang rasa tak bertempat... seperti betapa mudahnya orang tak puasa dapat beli makanan... takkan penguatkuasa berkenaan tak dapat kesan.. ataupun seperti takde peruntukan urk buat operasi.. atau terlalu kaku dgn peraturan tak boleh operasi jika tidak dilancar pihak atasan, kalau gitu gaji butalah namanya...

    BalasPadam
  17. saudara Mazidul
    saya BENCI kepada pendatang-pendatang yang TAK SEDAR DIRI ni semua. Baik INDON maupun KEMBOJA. Kaduk Naik Junjung. Nak2 mat-mat & minah-minah INDON yg tak sedar diri. Tangkap semua hantar balik,tak pyh tanggung makan minum diaorg.kang kalo saya ckp pihak berkuasa makan suap marah plak. tapi inilah kenyataannya. manusia2 tak sedar diri ni semua tak takut pd pihak berkuasa Malaysia. Itu yg buat mereka ni semua berani & bebas bergerak melakukan aktiviti2 yang diaorg suka!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.