Jika benar, Alhamdulillah.
Anggota band berkumpulan pernah bertemu saya sewaktu mengendalikan program bual bicara Malaysia Hari Ini menghantar sistem pesanan ringkas, SMS kepada saya tengahari semalam.
Kandungannya SMS terbabit amat menarik. Dia meminta saya menghubungi individu bergelar 'Dr' sekiranya berminat menjadi speaker. Nombor telefon bimbit Dr terbabit disertakan.
"Dahulu saya hidup mewah, banyak kereta. Bila perniagaan jatuh, saya susah, sampai naik basikal. Sekarang tak kaya tetapi ada 3 kereta Mercedes, office sedang buat renovation. Saya dapat projek kerajaan akan bermula tahun hadapan," ujar individu terbabit.
Belaiau kedengaran beradap, petah berkata-kata dan mendakwa mengenali ramai individu berpengaruh khususnya di Negeri Sembilan.
"Kalau berminat kita boleh berjumpa, di hotel Concorde, Palace Of The Golden Horses atau kedai mamak tetapi kena dalam 2 jam untuk saya menerangkan berhubung projek ini. Saya berasa beruntung dapat bercakap dengan Mazidul tetapi kalau berjumpa lagi baik. Kalau menjadi speaker, rumah dan kereta saya bayarkan. Buat part time sahaja, gaji di antara30 dan 40 ribu sebulan," tambahnya.
Too good to be true!
Tawaran terbabit menunjukkan betapa pemurahnya beliau. Saya kemudian menghantar SMS kepada beliau awal malam tadi.
'Would appreciate if Dr could text me your full name and the name of your registered company'
Sehingga tampalan ini ditulis saya belum menerima jawaban daripada beliau.
Salam Abg Mazidul.
BalasPadamPernah 1 ketika, tahun 2008 kalau tak silap, sy dihubungi seseorg individu, menjemput ke majlis makan malam. Anjuran sykt tertentu katanya (sy lupa nama sykt yg disebutkan). Dengan berbesar hati sy terima pelawaan tu.(Dengan tanggapan panggilan tsebut dr org yang dikenali sbb sy byk beri bzness card pd org). Makan mlm tu diadakan di Nikko Hotel. Rupa-rupanya, ia satu majlis "prospect closing" satu sykt MLM. Sy agak terkejut dan sgt kecewa kerana tanpa penerangan yang jelas rupanya dia menggunakan taktik jemputan majlis mkn malam untuk menarik prospect. Sejak itu sy sgt2 bhati2 andai ad seseorang menjemput sy utk apa2 undangan sekalipun.
>>>Lawat Blog Pondok Online
Macam ada yang tak kena je!
BalasPadamharap-harapnya berita betul..
BalasPadammewah Sdr Nanti..
kalau ada gambar tangkap skali apasalahnya insan baik hati bagi orang kenal..
aamminnn..(baik sangka)
Salam En. Mazidul,
BalasPadamHe!...he!...too gooooood to be true...jaman sekarang ni, ramai yang pandai bermain dengan madah..hati-hati, anda seorang yang dikenali ramai, popular macam selebriti jugak..jangan berani sangat...jadikan kes yang sedang hangat diperkatakan sebagai panduan.
Moga-moga Allah sentiasa melindungi tuan. :-)
Assalamualaikum sdr mazidul,
BalasPadamsaya nak tahu, orang yang macam ni biasanya apa motifnya? sekadar ingin menambah ilmu,sekian.
err..ni betul ke tipu eh?
BalasPadamkalau tak baals tu maknanya tipu la kan?
Salam,
BalasPadamMudah betul boleh jadi kaya sekarang ni ya...
Orang yang dah kaya dengan susah payah pula mudah sangat "dilupuskan"...mmmm kaya susah, kayap pun susah!
BRO, beruntung badan, menjadi individu terpilih..
BalasPadamPasti ada sebab besar, beliau memilih anda.
Bro, jangan makan sorang ek!!ha ha ha
BalasPadamp/s jadi duta@speaker untuk yakinkan orang lain supaya labur? Pastu kepala skim hilang, maskot yang sangkut le!ha ha ha
mintak jauh dari berita kehilangan...
BalasPadamhaaaa...soalan yg tepat Bro Maz....mesti ade bende tak kene..tu sbb diew tak balas...
BalasPadamgologan seperti ini selalu mewarwarkan kemewahan untuk memerangkap orang lain... sedikit rasa tamak dihati kita akan menyebabkan kita terperangkap.
BalasPadamMUNGKIN dorang nak gunakan bro sebagai sosial proof untuk bisnes dorang. Mindset kami (orang awam), kalo mazidul pon join.. that program/bisnes must be legal. Mazidul represent banteras/anti jenayah. Biasanya orang tak kasi duit pada kita tanpa pulangan yang setimpal. And perkara yang luar biasa plak sangat jarang berlaku.
BalasPadambiasanya dalam kes ini, melibatkan MENJUAL nama selebriti dek nak tutup LUBANG penipuan
BalasPadamselepas menjaja nama dgn kutip wang atau derma dari pejabat dan syarikat besar2, tolak cukai pendapatan.
Tanpa disedari surat tawaran telah dipergunakan nama , dalam senyap tanpa pengetahuan selebriti.
salahsatu contoh yang menggunakan selebriti, DJ...dan pengacara TV kerajaan untuk mencari DANA..sebagai Pengerusi atau ahlipengarah...
Dunia dunia..terutama dalam melibatkan HARTA anak YAtim atau bidang bertopengkan AGAMA.