Jumaat, September 17, 2010

Hati Kering

Melayu, India, Cina mahupun etnik dari Sabah dan Sarawak berkebarangkalian menjadi penjenayah.

Penjenayah dibenci kerana kegiatan mereka membawa musibah kepada masyarakat. Penjenayah antaranya menyamun, merompak, merogol, meliwat dan membunuh.

Dalam kes samun dan rompak, mangsa kehilangan harta. Namun harta boleh dicari selagi manusia bernyawa. Manakala perempuan dan lelaki menjadi mangsa rogol dan liwat akan menempuh kehidupan penuh tekanan dan stigma namun mereka mampu menghela nafas.

Dalam kes bunuh, mangsa kehilangan nyawa.

Kejadian bunuh bukan asing di negara kita mahupun di negara dunia lain. Warganegara sendiri saling berbunuhan, begitu juga di kalangan warga asing bermastautin di Malaysia.

Cuma kaedah pembunuhan dan darjah kezaliman berbeza.

Sebilangan mangsa bunuh ditikam senjata tajam, dihentak senjata tumpul, ditembak senjata api, diracun, dilemaskan dan dicekik.

Semua kejadian terbabit pernah direkod berlaku di negara kita dan perbuatan penjenayah terbabit dilabel zalim.

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 mangsa lain, dianggap terlalu kejam dan tidak berkemanusian. Mengapa?


Sebelum ini sebilangan mangsa jenayah turut dibakar. Saya pernah membuat liputan awal pagi, kes lelaki dibakar di Puchong, Selangor beberapa tahun lalu. Ketika tiba di lokasi, mayat mangsa terlentang di dalam longkang masih berasap dan bau daging terbakar menusuk hidung. Namun, perincian kes tidak mampu saya ingati malah identiti mangsa sudah lupus dari ingatan.

Bagaimanapun saya yakin tragedi pembunuhan Datuk Sosilawati akan kekal terpahat di dalam minda sepanjang hayat. Bukan kerana mangsa berstatus 'Datuk' tetapi kerana terbukti kes itu membabitkan penjenayah berhati kering bertindak TERLALU kejam.

Kesemua mangsa dibelasah, diikat, ditikam, dibakar dan abu mayat dibuang ke sungai. Jumlah mangsa, 4 bukan 1. Setiap mereka melalui pengalaman getir dan menyeksakan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Untuk rekod, sebilangan penjenayah berbangsa India sebelum ini, lazimnya 'memenuhkan' kepala mereka dengan alkohol atau 'tani' di dalam bahasa Tamil sebelum melakukan jenayah. Jika kepala 'kosong', keberanian dan keyakinan mereka mudah digugut.

Saya difahamkan, penjenayah berusia 19 tahun diberkas polis antara suspek mengaku terbabit membunuh mangsa. Dia dikatakan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, maksudnya ketika menikam mangsa dia berada dalam keadaaan waras.

Akhbar melaporkan penjenayah ditahan menerima upah RM2,500 untuk membunuh tetapi sumber saya memaklumkan upah terbabit lebih rendah, RM2,000 sahaja.

Berita berikut saya petik dari akhbar Harian Metro bertarikh 29 April 2010.

“Siasatan mendapati telefon bimbit itu hanya dijual dengan harga antara RM250 hingga RM700 berbanding harga asal iaitu mencecah RM2,000 bagi seunit,” katanya.

Maksudnya, upah membunuh sama dengan harga telefon bimbit asli sahaja.

8 suspek diberkas berhubung kes pembunuhan sama, 2 daripada mereka wanita warga tempatan dan asing. Identiti mereka masih dirahsiakan. Desas-desus 'kuat' mengatakan, wanita tempatan itu, teman wanita suspek, remaja berusia 19 tahun manakala warga Filipina, teman wanita peguam berstatus 'Datuk' dibeli dengan harga RM180,000 daripada ahli perniagaan belum dikenal pasti.

Lazimnya, sebilangan besar remaja berusia 19 tahun berada di menara gading, memburu diploma dan ijazah. Jika benar remaja terbabit pembunuh, pastinya dia mendapat pendidikan di 'universiti' jalanan. Universiti tanpa kuliah tetapi mempunyai 'pensyarah'. Setiap arahan pensyarah, wajib dipatuhi jika ingin menjadi 'graduan' di universiti terbabit. Saya harap pembabitan remaja terbabit di kancah jenayah, kes terpencil.

Tanjung Malim juga mempunyai 'graduan' dan 'pensyarah' di 'universiti' jalanan. Sila baca di sini.

Antara pekerja, 'graduan' kedai terbabit, saya anggarkan masih remaja, lihat gambar di bawah.


Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Tapah, Perak memaklumkan saya melalui pesanan ringkas, kedai menjual bahan cakera optik cetak rompak dan lucah terbabit dilaporkan diserbu 29 kali sejak Oktober 2003 dan nilai barangan disita hampir RM700,000. Berikutan paparan 999 pada 2 September, pihak polis dilaporkan menyerbu premis sama 5 hari kemudian, hasilnya 196 kotak mercun dirampas. Untuk makluman, Balai Polis Tanjung Malim terletak kurang 2 kilometer dari premis terbabit.

Jelasnya, pada 11 September lalu ketika tinjauan saya jalankan, kedai sama masih beroperasi dan memasarkan mercun secara terbuka.

Untuk rekod, 'pensyarah' dan 'graduan' berbangsa India. Bukan bersifat perkauman, cuma mendedahkan fakta sebenar.

Peguam, 41 tahun suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan mangsa lain disyaki terbabit dalam pelbagai lagi kes jenayah lain sebelum ini namun berjaya 'mengelak' dari tindakan perundangan dipercayai berikutan dia dikatakan mempunyai connections dengan ramai individu berpengaruh. 

Manakala kedai di Tanjung Malim, diserbu dan pengusaha dihadapkan ke mahkamah namun masih menjalankan kegiatan sama.

Beza di antara kedua kes? Skala, besar dan kecil tetapi siapa lebih hebat?

Siapa pula connections mereka?

Tanjung Malim, home town saya dan saya telah mengistiharkan 'perang' terhadap pengusaha kumpulan 'kebal' mencemar nama baik pekan itu.

Apapun, saya sama sekali tidak berhasrat untuk dibelasah, diikat, ditikam dan dibakar. Sungai Bernam, sempadan Perak dan Selangor terlalu hampir dengan kedai terbabit ...

20 ulasan:

  1. Salam MAS...

    semoga Allah sentiasa melindungmu. 'Kerja' yang Sdr buat juga mengundang risiko yang besar walaupun maksudnya hanya untuk menyalurkan maklumat kepada khalayak...

    BalasPadam
  2. kabel tak akan ujud jika sikap ambil tahu,peduli kawan buat kerja.
    melainkan tumpang sekaki.

    logiknya tak kan kawan2 sebelah atau rakan sekerja tidak sedar?

    -ciri-ciri ponteng
    -banyak cuti

    sedar bermewah2, dan lain lain.

    atau sama-sama-sama jaga periuk nasi??

    Istilah yang sesuai BERSEKONGKOL dari segi MATA dan RASA.

    BalasPadam
  3. erk, rumah saya pun di sempadan selangor perak.

    tapi saya merantau ke negeri lain.

    tiap kali pulang ke kampung pasti ada cerita.

    di kampung saya ramai PATI yang menjadi buruh di kebun-kebun penduduk. masing-masing ada motorsikal.

    pelikkan bagaimana PATI boleh ada motorsikal tanpa lesen?

    mustahil tak ditahan ketika roadblock?

    hmmmm

    BalasPadam
  4. Bagi saya polis tak boleh diharapkan membantu jika kita ni hanya org biasa.
    Banyak kes kat tv. Premis diserbu berkali2. Buka lagi. Kenapa? Susahkah PBT menyita kedai tersebut, TNB/pembekal airi paip putuskan bekalan?

    BalasPadam
  5. rambut sama hitam. hati lain-lain. orang yang paling rapat dan baik dengan kita pun bisa menikam kita, walau dari belakang. menikam juga kan?

    BalasPadam
  6. selain di pekan tanjong malim tu, penjual dvd cetak rompak yang di pasaraya tf behrang 2020 pun boleh tahan hebatnya.

    BalasPadam
  7. Di Malaysia ni jenayah semakin hari semakin parah , ganas macam dalam cerita filem Rambo - tiada rasa kasihan - membunuh sesuka hati tanpa rasa berdosa.
    Terbaru kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 yang lain. Dahulu kes Mona Fendy dan kes meletupkan untuk membunuh model Altantuya.
    Perlu di bersihkan negara kita dari para penjenayah2 gila dan zalim dari pada terus hidup bermaharajalela.

    BalasPadam
  8. Bro, betul ke cerita bhw ada lagi 20 sisa mayat ditemui?

    kalau betul nampaknya mmenag Datuk Loyar Buruk tu serious serial killer. Berapa ramai dia bunuh baru kita semua tahu.

    p.s. moral of the story: if you are not a famous, good looking millionnaire that once married a rockstar, nobody would even investigate if you go missing or murdered. Haih.

    BalasPadam
  9. bagaimana terlepas pandang sekatan jalan, PATI menjual aiskrim roda tiga? di Klang.

    BalasPadam
  10. jenayah ada dimana mana. sesiapa pun boleh jadi mangsa. berhati hatilah didalam kehidupan seharian kita

    BalasPadam
  11. Morase,
    Awak menyamar jadi Dato' lepas itu sewa Mez E240 atau S siries kemudian buat laporan..

    saranan..

    BalasPadam
  12. entah la...selalunya GAJAH yang didepan mata PBT wat tak nampak..cuma nampak KUMAN je,imbuhan yang GAJAH bagi lumayan kut

    BalasPadam
  13. "Sungai Bernam, sempadan Perak dengan Selangor terlalu hampir dengan kedai tersebut..."

    Janganlah Mazidul. Na'uzubillah!

    BalasPadam
  14. Bimbang juga kalau2 penjenayah2 yang telahpun mengaku membunuh Datuk Sosilawati serta 3 lagi rakannya itu terlepas (dibebas) bila perbicaraan dimahkamah berjalan nanti, maklumlah penjenayah itu, Datuk - Peguam pulak tu....Memang pakar dalam memutarbelit undang-undang!
    Bila tersilap fakta atau fakta terpesong atau laporan psiko pula positif, maka seronok sakanlah penjenayah2 zalim seperti binatang tu bergelak ketawa dapat dibebas bersama wang berpuluh2 juta yang dicuri dari Datuk Sosilawati dulu...Padahal bukti dah jelas terang2 sangat 99% mereka adalah pembunuh sebenar2 nya dan mengaku membunuh pulak tu....Stop!
    Ini yang saya tak faham dengan undang2 sivil ni; orang jahat dan bijak akan mungkin terlepas(bebas) ,mangsa dan keluarga akan terinaya.
    Sampai bila nak aman Malaysia kita dari jenayah brutal kalau mcm ini ?

    BalasPadam
  15. Salam semua
    Ada kawan saya yang tak paham hati kering tu apa..kalaulah kawan saya itu membaca blog abg mazidul..definately he'll understand apa itu HATI KERING..
    BTW, kes terbaru ini memang sangat sadis dan menyayat hati. Saya tidak dapat membayangkan keadaan sewaktu arwah DSL itu dipukul. Betapa rayu rintihnya tidak dipedulikan oleh remaja tersebut..Apa-apapun, tahniah kepada PDRM kerana berjaya menangkap setan2 tersebut..Alfatihah buat semua..

    BalasPadam
  16. kenapalah nyawa manusia semakin murah???

    terutamananya bayi yang baru dilahirkan...

    sedih...

    BalasPadam
  17. Melompat tinggi sangat....takkan ler tak terjatuh sekali..

    kali ini dia jatuh terduduk. dan jangan sekali kali benarkan dia BANGUN lagi...!!

    BalasPadam
  18. Hati busuk masih boleh dimaafkan lagi. Untuk kes ni, hati kering tahap hancur dah hati tu! Malah perkataan terlampau KEJAM, ZALIM, DURJANA pun masih tak cukup!

    Harap2 untuk kes yg jenis 'kebal' dan 'berconnections' ini disiasat dengan telus.. Dan moga keselamatan mereka yg mencari kebenaran dilindungi:)

    BalasPadam
  19. Semoga ALLAH S.W.T Melindungi Bro Maz...apa yg bro buat tak salah pown disisi undang²...dieworg yg bersalah nih cukup bersenang lenang kat luar...heran...ape bagus sangat ade cable nih??dan...siapakan cable dieworg tuh...kene siasat jugak tuh...tuh dah kire RASUAH!...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.