Jam 12 tengahari semalam, kemalangan berlaku membabitkan kereta Proton Iswara dan van sekuriti pembawa wang. Pemandu dipercayai terlalu leka memerhatikan orang ramai, wartawan dan jurukamera berhimpun di deretan kedai berhampiran jalan utama.
Kereta terbabit terpaksa ditarik ke bengkel. Saya tidak menyalahkan pemandu terbabit kerana kejadian berlaku di kawasan sekitar cukup signifikan. Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun dan 3 lagi dibawa pegawai dan anggota Unit Forensik ke pejabatnya. Ketika keluar dari pejabatnya pada jam 12.30 tengahari, saya rakamkan gambar suspek terbabit.
Dia kelihatan selamba berjalan dengan tangan bergari dan kemudian dibawa ke pelbagai lokasi lain bertujuan membantu siasatan polis. Saya difahamkan aset di dalam 4 akaun banknya bernilai 11 juta ringgit. Kini kesemua aset terbabit sedang cuba dibekukan pihak berkuasa.
Ramai bertanya kepada saya berhubung kronologi kejadian trajis itu. Namun saya hanya mampu menjangka.
Petang 30 Ogos lalu, mangsa dilaporkan beredar dari kedai menjual kerepek di Jalan Cempaka, Kanchong Darat, Banting. Saya ke lokasi itu semalam.
Saya sempat menemui pemilik kedai terbabit, Mahmudin Abas, 55 tahun.
"Datuk letakkan kereta BMW X5 dia di bawah pokok sukun tu. Pemandu dia bawa semua kerepek dia beli, lebih kurang RM200 dan masukkan ke dalam bonet kereta. Pukul 5.17 petang dia orang beredar," ujar lelaki beristeri tiga terbabit.
Oh! Ini lokasi kenderaan pacuan empat roda itu diparkir, pokok sukun di belakang.
Anak berketurunan Jawa, Mahmudin mengusahakan ladang kelapa sawit miliknya seluas 50 ekar manakala 3 isterinya menjalankan perniagaan menjual kerepek.
"Is-one, is-two dan is-three, baharulah complete," guraunya.
Dia kemudian menunjukkan kepada saya rumah isteri pertamanya.
Ini pula gambar rumah isteri keduanya, warga Indonesia, Widayati Supardi.
"Rumah isteri ke tiga jauh sikit dari sini," kata lelaki 10 anak terbabit.
Hemat saya ketiga-tiga isterinya amat beruntung berbanding nasib Datuk Sosilawati dan mangsa lain.
Tidak pasti sejauhmanakah kebenarannya, 4 mangsa termasuk Datuk Sosilawati kemudian berkemungkinan dipelawa berkunjung ke ladang milik suspek. Hemat saya, suspek percaya Datuk Sosilawati membawa wang tunai 4 juta ringgit untuk membeli tanah di Pulau Pinang. Kononnya penduduk tidak menerima bank draf untuk transaksi pembelian.
Malangnya, dipercayai Datuk Sosilawati bertindak bijak, tidak membawa bersamanya wang tunai dalam jumlah dijangka. Peguam terbabit beserta 7 suspek lain kemudian disyaki menikam Datuk Sosilawati dengan senjata tajam sekaligus membelasah pemandu, peguam dan pegawai bank menggunakan objek tumpul.
4 pekerja ladang kemudian dipercayai menyediakan peralatan pembakaran mayat secara tradisional di kawasan terbuka di hadapan ladang lembu. Zing dijadikan lapik tanah, kayu diletakkan di atas, diikuti 4 mayat mangsa. Biarpun najis lembu dikata digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran bersama minyak, abu hanya dikutip pada pagi 31 Ogos, ketika seluruh rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan negara pada bulan Ramadhan.
Zing terbabit ditemui Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur petang semalam dibuang ke sungai berhampiran.
Setelah disoal siasat pihak polis, 4 suspek sama dikatakan mengaku terbabit membunuh 3 mangsa lain sebelum Datuk Sosilawati dan mangsa lain menggunakan modus operandi sama.
Dua suspek utama sejak 3 hari lalu menunjukkan lokasi, beberapa sungai abu mayat dan tulang serta barangan milik peribadi mangsa antaranya jam tangan berjenama dibuang.
Itu kronologi kejadian terpahat di minda saya. Seandainya benar, semua itu hanya secara kebetulan sahaja.
Salam,
BalasPadamDah ada 11 juta pun masih belum cukup? Ohhhhh!
fuih...dasyat btol pakcik tuh...Tp pembunuh tuh mmg kejam...Sepandai² tupai melompat...Akhirnya jatuh ke tanah jua...
BalasPadamRasa tak sanggup nak baca kisah pembunuhan ini.. tapi nak baca juga untuk mengetahui dan tak sabar nak tunggu hukuman yang seberat2nya dijatuhkan ke atas 'binatang2' itu... :(
BalasPadamBRO,
BalasPadamberdasarkan berita/fakta yg didedahkan media, itulah juga kronologi yang saya jangkakan.
Apapun sungguh trajis, kematian sebegitu tidak seharusnya berlaku di saat kita meraikan hari patriotik, dan hari Lebaran.
alfatihah...
harap semua terlibat tidak terlepas dari hukuman yang berat
BalasPadamharap2 peguam tu tak terlepas hukuman..takut dia pandai belit jer kata dia tak bunuh..pekerja dia yg bunuh
BalasPadamsgt sedih walaupon mereka bukan saudara kandung..tapi saudara seagama
nampaknya byk sgt laporan polis sebelum ini yg hanya sekadar dibuat tapi tiada tindakan susulan yang serius dibuat. negara kita sedang berdepan dgn masalah apa sebenarnya? apa silap negara kita hinggakan perkara2 sebegini mampu terjadi?
BalasPadam11 juta?? pergh..dasatnya...memang patut kena beku terus
BalasPadamhm...seperti kes yang 'itu' bukan?
BalasPadampada hemat saya orang yang secara direct terlibat dalam membunuh dan membakar akan menerima hukuman. tetapi kepala besar, tukang suruh, bos akan terlepas sebab tak ada direct evidence.
we do have loopholes.
oh, kesian mangsa. tak dapat pembelaan sewajarnya nnt.
salam bro, selamat hari raya.. cuma nak tau, apa kenderaan yang digunakan untuk membawa abu mayat ?
BalasPadamSukar diramalkan ketepatan hukuman di negara kita; apa-apa pun pihak berkuasa pastinya akan berkerja keras mencari keadilan bagi si mangsa.
BalasPadamBila ianya melibatkan wang nan berjuta kita makin gerun jika dilahirkan menjadi hartawan; menjadi orang biasa ada ketikanya lebih damai!.
Peguam yang tahu undang2 pun sanggup bunuh orang secara kejam, apa lagi orang2 awam yang tak tahu undang2.
BalasPadamLebih2 lagi berpangkat Datuk pulak tu
Apa nak jadi dengan negara kita ni.
Orang yang sepatutnya 'disegani' pun buat kelakuan jenayah.
Sepatutnya manusia kejam seperti ini tidak harus diberi tempat dalam negara kita termasuk keturunan2nya.