Rabu, September 29, 2010

Kisah Anjing Kucing Dan Manusia

Haiwan dan manusia, 2 makhluk ciptaan Allah. Haiwan mati, manusia juga sama apabila tiba waktunya.

Saya yakin, majoriti pembaca mengetahui berita berhubung kes 9 anjing pelbagai baka disuntik pelali berdos tinggi sehingga mati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

"Ada 16 anjing Rottweiler di ladang tu"

Itu maklumat awal saya terima sewaktu berada di kawasan berhampiran ladang, lokasi Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 mangsa lain dipercayai dibunuh pada 10 September lalu.

Ternyata maklumat itu kurang tepat, sebilangan anjing terbabit bukan jenis Rottweiler.


Melalui pembacaan, saya dapati ramai 'menyalak' berhubung tindakan Majlis Daerah Kuala Langat, MDKL membunuh anjing terbabit.

Hemat saya, Malaysia memiliki sistem perundangan, jika tindakan MDKL itu bercanggah dan boleh disabitkan kesalahan, dakwa pihak berkuasa tempatan itu mengikut peruntukan undang-undang bersesuaian. Usah sekadar menyalak dan mengecam secara semberono. MDKL pasti arif berhubung kesan tindakan diambil sebelum melaksanakannya kerana anjing terbabit dibunuh di lokasi sama kes pembunuhan kejam 4 mangsa, kes hangat diperkatakan di seluruh negara.

Malangnya, sebilangan kita hanya cenderung mengutuk perbuatan  pihak tertentu tanpa tindakan susulan.

7 Februari 2009, saya menerima aduan 2 wanita berhubung kucing dikatakan dibelasah dan kemudian direndam di dalam tong drum di Pusat Kurungan Haiwan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Setapak, Kuala Lumpur sehingga mati. Sewaktu pengadu dibawa bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur, mereka enggan membuat aduan rasmi berhubung kes itu.

Tanpa laporan, maklumat disebarkan hanya berbentuk dakwaan biarpun saya melihat sendiri beberapa bangkai kucing ditanam di kawasan sekitar, sila klik di sini.

Jika diteliti, setiap kali berlakunya kes pembunuhan anjing, sebilangan rakyat bukan Melayu dilihat sering cuba memperbandingkan di antara sifat semulajadi haiwan itu berbanding kucing.

Bagi orang Melayu perbezaannya amat ketara. Salakan anjing lebih kuat, bising dan membingitkan telinga serta mampu membuat jiran kurang selesa tidur malam. Pada masa sama, anjing mampu mencederakan manusia, jika pemilik gagal memantau haiwan peliharaan mereka, kucing tidak. Lebih signifikan, orang Melayu dilarang menyentuh anjing biarpun tidak salah memelihara haiwan itu untuk tujuan menjaga keselamatan.

Sebelum ini, dalam kes berbeza, kumpulan pencinta haiwan dilihat melakukan piket secara aman, membantah 'kezaliman' di dakwa dilakukan terhadap anjing.

Bagaimanapun, kekadang manusia gagal menilai darjah kezaliman berlaku. Diakui, pembunuhan anjing itu zalim tetapi pembunuhan manusia, kezaliman tidak dapat digambarkan.

Setakat ini 7 mangsa disahkan mati, dipercayai dibunuh di ladang sama. Mereka semua manusia, bukan anjing. Anjing dibunuh, berbangkai, manusia? Abu mayat dilupuskan di sungai, kejam dan keparat penjenayah terbabit!

Mujur setakat ini tiada pihak membuat keputusan berpiket berhubung kes ini. Saya harap tindakan itu juga tidak dilaksanakan sewaktu suspek dihadapkan ke mahkamah di Kuala Lumpur kelak.

Cuma satu perkara bermain di minda.

Tidak dapat saya bayangkan apa bakal berlaku jika 2 suspek utama terbabit terlepas daripada tali gantung.

Nota

Khusus untuk wanita ingin menaikkan seri wajah, sila klik di sini.

14 ulasan:

  1. huhuhu.. bukan nye bunuh tak bersebab.. kalo tak bunuh hanjeng tu.. silap2 polis2 yang tgh cr bahan bukti plak kene geget anjing yang lapar dan ganas tu.. aiiii mintak la jauh...

    BalasPadam
  2. Lebih sayangkan haiwan dari manusia... Agaknya 'mereka' juga lebih menyayangi anak2 haiwan itu dari anak2 sendiri... :(

    BalasPadam
  3. Kenapa tak bagi suspek2 jahanam tu rasa gigitan anjing .............Bagi mereka rasa....ini baru adil

    BalasPadam
  4. Harap pihak Polis melipat gandakan usha dlm kes ini..Nampak macam kes ini sangat mudah kalau berpandukan kes2 sama sebelum ini, tapi kes kali berdepan dgn bijak-pandai undang2 akan menguji kehebatan sebenar PDRM & pihak pendakwa. Berikan sokongan.

    BalasPadam
  5. saya sayang binatang..sedih saya baca entry ni..tak kira la binatang apa..kalau tgk video org kena pancung pon aku blh rilek..tapi kalau menatang mmg tak blh la..nak buat camna kan..abg mazidul saya ni sebenrnya nak mengadu pasal jiran saya ni ada bela arnab..pastu arnab tu dok je dlm sangkar dah berapa tahun dah..sian tgk..duduk je dlm keadaan melutut..isk.

    kalau saya ckp terus terang kat tuan dia kang silap2 kena belasah pulak...blh ke saya mengadu kat memana bro mazidul?saya tak blh tgk la bila lalu lalang kat situ..dia letak depan rumah lak tu..terkelip2 mata dia tgk saya..isk

    BalasPadam
  6. "Cuma satu perkara bermain di minda.

    Tidak dapat saya bayangkan apa bakal berlaku jika 2 suspek utama terbabit terlepas daripada tali gantung."


    Ada kemungkinan kah??

    BalasPadam
  7. bagi pendapat saya, pihak yang mengambil keputusan untuk membunuh haiwan2 terbabit harus tampil mengemukakan bukti kukuh mengapa ia terpaksa dibunuh. Jika tiada bukti menunjukkan bahawa haiwan terbabit mencederakan atau membunuh sesiapa maka pihak yang terbabit harus didakwa. membunuh binatang sama saja zalimnya dengan membunuh manusia. tuhan berikan manusia akal fikiran dan darjat bukan supaya ia dapat membunuh makhluk lain sesuka hati. namun apa yang penting ialah tampilkan bukti jikalau ada. manusia tidak akan membenci sesama manusia jikalau ada kesefahaman antara mereka.

    BalasPadam
  8. mereka mungkin tidak dapat terlepas memandangkan ni kes yang berprofil tinggi.. tetapi siapa tahu.. 'Dia' juga seorang lawyer..

    BalasPadam
  9. en mazidul...
    tak mustahil mereka terlepas kan.. ^.^

    BalasPadam
  10. mungkin kah diorg nak check adakah anjing2 tersebut diberi mkan daging manusia yang telah dizalimi... Astagfirullah...

    BalasPadam
  11. Saya pun takleh bayangkan kalo semua suspek tu terlepas hukuman gantung. Penjara seumur hidup saja SANGAT TIDAK BERBALOI. Mereka WAJIB DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI.

    Kekejaman mereka lebih teruk daripada anjing-anjing tu. Anjing-anjing tu takde akal, tp pembunuh-pembunuh yg dikurniakan akal ni, lebih teruk daripada anjing tu.

    BalasPadam
  12. Kalau semua penjenayah yang kejam macam babi hutan tu terlepas dari hukuman gantung , saya cadangkan di adakan semula siasatan dicari bukti2 baru dan didakwa sekali dimahkamah tinggi lagi hingga kesemua beruk2 hutan itu dihukum juga sampai mati.
    Kalau terlepas juga saya cadangkan keluarga mangsa bunuh perlu menuntut bela...supaya roh mangsa2 bunuh itu aman damai di alam barzah....
    Tiada maaf kepada pengganas zalim.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.