Jam 12.30 tengahari tadi saya dan krew 999 menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang diadakan di rumah Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob.
Berikut antara gambar saya rakamkan.
Di Majlis sama saya berpeluang bertemu penyanyi tahun 80 an, anak kelahiran Selangor, Datuk Malek Radzuan, sejurus sebelum beliau mendendangkan lagu menghiburkan tetamu. Antara lagu didendangkan, Salam Terakhir, lagu dipopularkan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Sebelum memulakan persembahan, beliau secara selamba memperkenalkan saya kepada ribuan tetamu. Berasa tergamam, saya hanya mampu mengukirkan senyuman buat seketika.
Di majlis sama, tetamu utama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan isteri sudi mengabadikan gambar bersama wakil syarikat media di Pulau Pinang.
Sewaktu beliau melangkah ke kenderaan untuk pulang, kami saling berpandangan dan saya menghulurkan tangan.
"Tan Sri, Mazidul," saya memperkenalkan diri.
"Terima kasih kerana sudi datang," ujar beliau.
"You take a good care of yourself Sir," kata saya spontan.
"Thank you," kata beliau.
Hemat saya, Tan Sri Ismail, individu bersifat rendah diri dan mudah mesra biarpun saya tidak pernah berpeluang bersua muka dengan beliau sebelum ini. Saya doakan Tan Sri Ismail mampu menampilkan karisma beliau menerajui lebih 114,000 pengawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Sebelum beredar, saya mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah, Datuk Ayub kerana sudi mengundang saya ke majlis terbabit.
Beliau kemudian memanggil Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan) Pulau Pinang dan berbisik sesuatu kepadanya berhubung tugasan 999 masih tidak selesai di Pulau Mutiara ini. Perkembangannya bakal saya kongsikan bersama pembaca dalam tampalan seterusnya.
Berdiri di sebelah kiri saya, jurukamera 999, Christopher Thomas.
Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada wartawan pelatih 999, Nora Mahpar, bakal menamatkan latihan praktikalnya pada 15 Oktober 2010. Nora bersama krew saya selama 4 bulan, melaksanakan tugasan tanpa keluhan sekaligus banyak menyumbang terhadap penerbitan 999. Jika sepanjang bersama, pernah saya 'terjerit' anggaplah itu antara asam garam kehidupan sebagai wartawan. Mewakili semua krew dan penerbit, Shahnun Hanif, terima kasih Nora. Semoga berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan di dunia dan akhirat. Berikut gambar Nora dan Ismail Supardiyanto, krew semasa menjalankan tugasan di Pulau Pinang.
Abang mazidul, tolong krim salam kat nora ya.. ;)
BalasPadamWahhh bertuah BRO dapat hadir di majlis individu hebat dan bersua dengan Ketua Polis Negara.
BalasPadamLama tak dengar Datuk Malek Riduan tu nyanyi, kan? Dulu popular seangkatan Ibnor Reza, Dayangku Intan...
Salam,
BalasPadamAwassss penyangak Pulau Pinang, Mazidul sudah datang!
Psssttt: Kalau terserempak dengan ketua menteri, boleh tolong t anya tak: betul ke guna duit judi untuk hapuskan miskid tegar? -----> persoalan ni tidak berunsur politik, sebagai rakyat malaysia beragama Islam, saya kena tahu ;)
Pulau Pinang dalam kepanasan untuk menangkis...
BalasPadamI'm so proud of u ..
BalasPadam