Isnin, September 06, 2010

Pemandu Bas Berwaspada

Jam 4 petang semalam saya dihubungi Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Rapid KL, Ebi Azly Abdul Rahman.

"Saya tahu kes tu tetapi tak tahu pulak encik Mazidul," kata beliau.

Seperti dimaklumlan blogger Hazrey, Ebi kedengaran seperti 'a nice guy'.

Menurutnya, dia pernah berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian di Johor Bahru, Johor sebelum ini.

"Pihak kami tengah menyiasat kes ini. Pemandu based in Kepong. Nanti saya akan minta pengurus saya untuk menghubungi you, nak dapatkan satu salinan laporan polis dan akan gantikan cemin pecah tu," tambah Ebi.

Terima kasih Ebi. Huh! Jimat RM260.

Bagaimanapun saya masih ingin bersemuka dengan pemandu bas terbabit dan bertanya kepadanya, "mengapa tidak membuat laporan polis?".

Saya menerima banyak aduan perihal pemandu bas sebelum ini. Sebilangan dikatakan merokok, menggunakan telefon bimbit dan memandu tidak mengikut had laju ditetapkan.

Wakil TV3 di Johor, Hazrey akan menaiki bas bersama pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Johor menyamar penumpang.

Destinasi mereka, biar saya rahsiakan.

Saya telah memberikan 'green light' untuk liputan, InsyaAllah bakal disiarkan pada 26 September (hari raya ke-6).

Bukan mencari salah, cuma ingin Hazrey merakamkan tingkah laku sebenar pemandu ketika bertugas menjelang musim perayaan. Namun, jika terbukti dia melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987, pegawai JPJ terbabit pasti akan bertindak.

12 ulasan:

  1. huih....masak la driver bas lpas nih...tp mmg btol ape yg Bro Maz cakap...kengkadang bas dok lane paling kanan skali...cukup laju...siap high beam kat kete lg...
    hurm...

    BalasPadam
  2. salam... ada hikmahnya cermin kereta en.mazidul dilanggar... kalu tidak, sampai bila2 pun tiada tindakan akan diambil - kalu rakyat marhaen mcm kami ni nak mengadu pun tiada siapa nak dengar...nak pandang pun tak sudi :(

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana bertindak pantas.

    HAZREY nak nyamar jadi penumpang? Wajah glamer dia terpampang di FB... sure ada yang kenal. Nak suggestkan dia pakai rambut palsu, atau tukar imej lebih remaja. hehehehehe

    Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

    BalasPadam
  4. ..oh ya, saya selalu juga naik bas Rapid terutama yang menuju Kajang. Rata-rata memang suka pandu laju sebab ikut highway sebelum tiba Tol Bt.9 dan sebelum tol Bt 11 sehingga ke Bukit Dokong.

    Memang saya suka sebab cepat sampai, tapi ada juga rasa seriau...!

    BalasPadam
  5. Daripada apa yang diberitahu kepada saya oleh seorang sahabat sekurang-kurangnya 300 anggota JPJ akan menyamar sebagai penumpang bas sempena sambutan Aidilfitri yang akan bermula pada hari ini untuk mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas.

    Destinasi tidak diketahui.

    Kebanyakan cuti anggota penguatkuasa dibekukan semata-mata ingin menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

    BalasPadam
  6. Eby tu okay je mazidul...ala berita harian bangsar dulu. kemduian Johor...you kenal dia. Dia pun tentu tahu fasal perangai driver bas ni. alhamdulillah dapat ganti. Kepada driver bas tu...hati-hati...perbuatan anda akan diperhatikan. jaga disiplin dan paling penting jaga keselamatan penumpang.

    BalasPadam
  7. setiap kali acu balik ke Kedah naik bas,selalu je lihat pemandu guna hp masa drive...bukan setakat bercakap je siap main sms lagi...merokok tak yah cite la...dah macam naga dah..

    BalasPadam
  8. Bas sekarang termasuk la bas persiaran, bas rapid KL...bas express semua kurang ajar..mentang2 dia besar.. patutnyer bawak 80/90 tp..agaknyer driver tu campur kot..80+90..siap kasik high beam tu yg tak bleh blah..saya selalu amik gambar bas2 yg bawak selaju 120 nih..pastu baru dia slow.. huh..

    BalasPadam
  9. alhamdullilah..abg mazidul banyak mendedahkan kes2 yg selama ni aku pendam dan tak puas hati.terima kasih bro..jgn lupa mention kat tuan eby yg pemandu2 rapid kl bawak bas macam org giler

    kalau org bawak kereta tak terasa sgt kot..tapi kalau yg bawak motor..rasanya dah sedia maklum benda ni..bila dilanggarnya motor..org tu dah mati..pandai lah dia kelentong..motor tu laju lah, terhoyong hayang la,rempit la & mcm2 lagi

    lagi satu asap..kalau ikut belakang dia dah macam asap rumah terbakar dah..sampai tahap tak nampak jalan kdg2..merbahaya kepada pengguna jalan raya yg lain disamping gila babas punya pencemaran

    BalasPadam
  10. bila ada urusan di ipoh kerap saya naik keretapi, kemudian disana pergi kedestinasi berurusan naik bas ... terasa nostalgia spr naik bas zaman sekolah dulu.. model bas dan bentuk walaupun lama tapi terjaga.. rileks je tak tergesa-gesa...

    BalasPadam
  11. dah announce mcm ni nanti diorg mesti extra carefull.. bagus gak kalau mcm ni.. kurg la bas accident nanti.. huhu

    BalasPadam
  12. tahniah bro,biar jadi satu pengajaran pada driver2 bas semua.jgn ingat bila depa besor sesuka hati nak main redah jer,,saya ada masaalah gak nga pemandu lori main parking tepi jalan laluan hanya sekadar mereka nak makan kat kedai makan cina...sakit ati bro..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.