Ahad, September 19, 2010

Dera Bunuh Dan Bunuh Diri

Amah, 26 tahun dari Jawa Timur, Indonesia didera dan dirogol majikannya, pasangan suami isteri di Blok 75, Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, Pulau Pinang.

Menurut mangsa, dia dipaksa mengadakan seks threesome bersama majikan dan isterinya. Jika tidak dipersetujui, isteri majikan akan memukulnya.

Lihat gambar disiarkan akhbar Harian Metro berikut.


Sejak Mei lalu mangsa dikatakan tidak dibayar gaji, belakang disiram air panas dan dada dilecur menggunakan sterika elektrik.

Kontraktor pemotong rumput, 41 tahun dipercayai merogol mangsa 4 kali itu dilaporkan memiliki 4 rekod jenayah. Kedua suspek ditahan reman 4 hari untuk membantu siasatan, lihat gambar mereka di bawah.


Apakah perbezaannya di antara 2 suspek kes dera di atas berbanding peguam, suspek utama pembunuhan Datuk Sosialwati Lawiya dan 3 mangsa lain? Melalui pengamatan saya, peguam terbabit tidak pernah cuba menutup wajahya biarpun dia juga digari di hadapan semasa dibawa polis ke pelbagai lokasi manakala suspek di atas menutup muka untuk mengelakkan identiti mereka dikenali.


Persamaannya? Suami suspek dan peguam terbabit memiliki rekod jenayah lampau, usia mereka sama, 41 tahun dan berbangsa India.

Lebih menarik, 11 September lalu untuk 'melupuskan' bukti, suspek kes dera terbabit membawa mangsa keluar sebelum meninggalkannya di kawasan perumahan dekat Nibong Tebal kira-kira 40 kilometer dari kediaman mereka tanpa dokumen pengenalan diri manakala suspek pembunuhan Datuk Sosilawati, membakar 4 mangsa dan 'melupuskan' abu mayat di 3 sungai berhampiran Ladang Gadong di Banting, Selangor dipercayai pada hari SAMA. Namun usaha mereka untuk melupuskan bahan bukti, kurang berjaya.

Manakala di Bukit Mertajam, Kosmo! Online melaporkan, rakan Datuk Sosilawati, pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya semalam. Polis mengklasifikasikan kes terbabit mati mengejut atau membunuh diri.


Setiap kejadian, pasti ada kisah di sebaliknya.

13 ulasan:

  1. Ke mana hilangnya iman dan taqwa? Apakah terlalu berat masalah yang ditanggung? :(

    Allah jua Yang Maha Mengetahui....

    BalasPadam
  2. semakin banyak "binatang" dalam masyarakt manusia!

    Yang sarina nie lak tak logik tekanan/stress krn kematian kawan baik gitu lak jadinya.... kalau nak kira strees/tertekan/pilu/hiba adalah anak2 dan family datok sosilawati.. ish ish ishh bila iman kurang di dada macam2 bolah jadi

    BalasPadam
  3. Apo nak jadi orang2 melayu Islam la nih...ishhh

    BalasPadam
  4. MasyaAllah... hmmm

    anak-anak dan keluarga rapat allahyarham pun redha dgn takdir ini, rakan karib pula yang tewas? tewas dengan cara paling hina.

    Moga diampunkan segalanya perbuatannya.

    BalasPadam
  5. ..nasib baik tak ajak anak2 sekali bunuh diri heee..

    BalasPadam
  6. Puan Sarina rakan karib Sosilawati mati bunuh diri....something fishy!....
    ada kaitan ker dgn apa yg diucapkan Aruah sebelum ni....yg dia tak sangka kawan karib dia sanggup tipu dia...dan melarang anak2 dia dari membenarkan masuk kenalan rapat ke dalam rumah diorang ( ada laporan dari suratkhabar ttg hal ni semua )

    BalasPadam
  7. umur suspek 41thn,merogol magsa 4 kali,pernah ada 4 rekod jenayah,direman 4 hari maka 4 la jawapan..dlm bahasa cina 4 bermaksud mati..hehe..

    zaman dh serba canggih..manusia semakin bijak mana la tau tah2 ada kisah yg kita x tahu di sebalik kematian sarina tue..tunggu saja siasatan polis..takot ada yg membunuh dia tapi menjadikan keadaan si mati spt membunuh diri..wallahuallam..

    BalasPadam
  8. Kematian yang bakal menimbulkan pelbagai spekulasi.Apa-apapun moga rohnya mendapat keampunan Allah.Takziah buat keluarga arwah.

    BalasPadam
  9. Errmmm....
    Makin dalam kes ni...makin banyak cerita dan bukti baru bakal diketahui..... dan makin serabut la kes nii
    Sekarang ni yg tahu....

    1. Allah
    2. Arwah & Rakan2 yg terkorban...
    3. Suspek n co..

    BalasPadam
  10. RASA YANG TERTANGKAP BARU IKAN BILIS.....IKAN JERUNG MASIH BEBAS DAN MASIH MENCARI MANGSA SETERUSNYA....

    MENURUT INFO SARINA JAAFAR MEMBUNUH DIRI DI RUMAH SEWA BELIAU DI BM ....

    PERSOALAN ADA BELIAU KENAL DENGAN SIAPA DATUK SOSILAWATI BERURUSAN DI PENENG DAN MUNGKIN BAGI MENGELAK IKAN JERUNG TERJERAT MAKA BELIAU MENJADI MANGSA SETERUSNYA...

    BERSAMA-SAMA LAH KITA BERDOA AGAR KEBENARAN AKAN TERUNGKAI...

    BalasPadam
  11. Hurm...kemana la pergi nilai² murni org kite nih...sanggup buat org cam tuh...ade satu lagi persamaan...JENAYAH KEJAM!

    BalasPadam
  12. tak faham lah, kenapa kena ada bunuh diri dan membunuh ni.
    dah banyak sangat pahala ka nak mati.?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.