Ahad, September 12, 2010

Mereka Memang 'Kebal'

2 Syawal 1431H saya berhari raya di kampung dan kemudian ke Jalan Hj Mustaffa Raja Kamal di Tg Malim, Perak.

Kegiatan kedai terbabit menjual cakera optik cetak rompak dan lucah dipaparkan dalam 999 episod 2 September lalu. Dalam episod sama, wartawan bertugas membuktikan premis sama turut memasarkan pelbagai jenis bunga api dan mercun berharga mencecah RM200.

Desas-desus mengatakan premis ini kemudian diserbu pihak berkuasa dari Tapah selepas kegiatan dipaparkan 999. Perinciannya tidak saya ketahui. Barangkali pihak berkuasa terbabit tidak berminat menghubungi 999 untuk tindakan penguatkuasaan mereka dipaparkan di televisyen.

Tindakan bagai pahat dengan penukul.

Sehubungan itu, saya kembali meninjau premis sama, jam 4.23 petang 11 September lalu. Berikut gambar saya rakamkan.


Kelihatan agak lenggang.


Mari kita lihat lebih dekat.


Dekat lagi.


Masih memasarkan mercun dan dipamerkan secara terbuka. Barangkali hanya buluh runcing mampu 'membunuh' mereka.

5 ulasan:

  1. heran jugak...tindakan dah diambil pown masih berani...kebal betul dieworg nih...hurm...

    BalasPadam
  2. Inilah sikap degil peniaga2 haram ni... mereka buat aje.. jika pihak berkuasa tangkap baru kantol.. kalau tak?.. kaya la mereka... dasar orang yang pentingkan diri sendiri...

    BalasPadam
  3. padanlah mercun masih berdentam-dentum... hmmmm

    BalasPadam
  4. kt tmpt sy, polis xamik tindakan apa2 (rasanya). sbb masa shopping raya hari tuh, peniaga ramai giler jual mercun. then siap bukak bersebelahan dengan tempat polis jaga lak tuh. sy yg dok rehat kat tepi kedai tu pun musykil, polis relax jer. huhuhu. slain tu, umah polis pun main mercun sakan time malam raya. hehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.