Isnin, September 13, 2010

Perangkap Jam Tangan Sosilawati (Updated 2)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, 4 daripada 8 suspek diberkas polis mengaku membelasah, membunuh dan membakar Datuk Sosilawati, pemandu, peguam dan pegawai bank dilaporkan hilang.

Berikut gambar lokasi kejadian dirakamkan akhbar The Star. Hebat, berjaya memperolehi gambar ini biarpun semua pengamal media dilarang memasuki lokasi kejadian.


Suspek juga mengaku pernah terbabit dalam perlakuan sama membabitkan mangsa berbeza sebelum ini. Alah bisa tegal biasa.

Memang perbuatan mereka teramat kejam.

'Membelasah', 'membunuh' dan 'membakar', bagi kita hanya sekadar 3 perkataan menggambarkan perbuatan jika tidak dinilai secara terperinci

Perbuatan tanpa perikemanusiaan suspek 'membelasah' 4 mangsa termasuk wanita, sukar dibayangkan. Pastinya sewaktu kejadian mangsa merayu, meraung dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan.

Barangkali penyeksaan dirasai mangsa hampir sama ketika tragedi malang menimpa penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian pada tahun 2003. Dia dirogol, ditikam dan mayatnya dibakar pesalah, Ahmad Najib Aris.


Pastinya sebelum menghela nafas terakhir mangsa terbabit menggigil dan merayu berulang kali agar mereka tidak dibunuh. Sukar untuk kita membayangkan saat suspek mencurahkan minyak petrol ke tubuh mangsa, menyalakan api bertujuan melupuskan bahan bukti  dan kemudian mengutip abu mayat dan tulang sebelum dibuang ke Sungai Panchau, 2 kilometer dari lokasi kejadian.

Pasukan polis marin kemudian terpaksa menyelam mencari cebisan daging dan tulang manakala pegawai dan anggota forensik bertungkus-lumus mengumpulkan bahan bukti.


"Kalau masa cremation (pembakaran mayat), orang India pakai kayu dan minyak. At least ambil masa 24 jam sebelum daging dan tulang hancur dan sejuk, sebelum boleh kutip abu," kata kenalan berbangsa India.

"If hanya pakai petrol sahaja?," tanya saya.

"Mahu makan four to five hours juga," jawabnya.

Apapun, dipercayai 4 suspek terbabit bertindak menurut arahan perancang utama, mengikut logik akal, kelak dia tidak akan mengaku bersalah di mahkamah berikutan latar belakang dan pengalamannya sebagai peguam.

Berikut antara gambar suspek dipaparkan akhbar Utusan Malaysia dan beberapa lama web.


Berikut pula gambar dimuat turun daripada akaun Facebook dipercayai milik suspek kini tersebar luas di dunia maya. 


Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen


Surrendren a/l Nalliannen

Dari laman web Bar Council saya cetak semula maklumat berikut.

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen
Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid
Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihati mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007
Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam

Menariknya dalam kes ini, seorang daripada 2 suspek perempuan kemudian tergamak mengambil jam tangan Datuk Sosilawati dan memakainya sebagai 'cenderahati' dan akhirnya memerangkap diri.  What a bloody stupid act! Wrong advisers?

Update 1

Pasukan polis forensik masih berada di lokasi dan pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan ladang.

Update 2

Menurut akhbar Malay Mail, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan peguam ditahan berkemungkinan terbabit dengan kehilangan jutawan dari Chenai, India setahun lalu. Keluarga mangsa dikatakan membuat laporan orang hilang di Malaysia

25 ulasan:

  1. Memang tak terbayang azab yang dideritai mangsa sebelum nyawa melayang pergi... :(

    BalasPadam
  2. harap2 takde keluar isu 'double standard' bila mahkamah mengendali kes ni nanti sampai pembunuh tu boleh terlepas..

    hukuman gantung sampai mati mandatori adalah hadiah sesuai buat semua penjenayah tu termasuk yang bersubahat membunuh 4 nyawa tak berdosa tu..

    BalasPadam
  3. hebat PDRM kerana berjaya menemui lead lead penting. tapi mesti susah suspek nak mengaku tak? JAHAT gilaaaaaaaa...!!

    BalasPadam
  4. semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan perbuatan penjenayah tersebut akan mendapat pembalasan . . berharap agar pihak polis mendapat bukti yang secukupnya untuk mendakwa mereka kerana kesilapan sedikit akan membuat mereka terlepas . . biarlah undang2 yang menentukannya.

    BalasPadam
  5. sudahlah dibelasah. dibakar. kemudian abunya dilemparkan ke sungai. mati tidak berkubur mereka ini. harapnya si penjenayah mendapat balasan yang cukup setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. hukum mati rasanya yang paling terbaik untuk penjenayah-penjenayah ini.

    BalasPadam
  6. Hukum mati ? tak cukup ....bagi mereka rasa ....tikaman ,pukulan dan bakar mereka hidup ....bagi pengajaran kepada bastard yang mempunyai hati gelap seperti mereka .Jangan bagi mereka mati senang2 ...bagi mereka rasa apa yang mangsa mereka rasa ...

    Rest in Peace

    BalasPadam
  7. yang tragisnya mereka buat keputusan dan penghukuman di tgn sendiri.. hukum karma ..

    tutor saya sedang buat phd kajian bgaimana seorg yg dilihat punya kelebihan diri, maju, akedamik baik, berkedudukan .. bertindak di luar jangkaan normal akal spr yg berlaku kpd mangsa tragedi ini.. contoh lain .. berkereta hebat tapi memandu tak berhemah.. kereta besar tapi otak.. kecil..

    ambil minuman dan korma percuma di stesen petronas tapi buang cawan dan kotak kertasnya merata-rata atau sumbat kelongkang.. apa semua ini ..

    fikirlah apa makna maju.. jika tabiat buruk jadi amalan tak sedar itulah cerminan realiti diri..

    akademik dapat A+ tapi sikap dapat F+ juga... fikirlah..

    BalasPadam
  8. Tak sangka di Malaysia pun ada penjenyah yang sekejam ini...macam dalam filem-filem jenayah yang pernah kita tengok...
    Tapi yang tak faham...sebelum ni ada juga yang hilang bila berurusan dengan mereka...tapi kenapa tiada penyelesaian...

    BalasPadam
  9. Tak terdaya rasanya nak maki.
    Sedih sgt.

    We should just pray semoga Allah mengampunkan dosa-dosa keempat-empat mangsa dan tempatkan mereka di kalangan org yg beriman.

    al-Fatihah.

    BalasPadam
  10. Kejam! kalau terbukti bersalah, patut biar mereka rasa apa yang mangsa mereka rasa!!!

    Semua mengikut nafsu. Apabila dunia jadi matlamat inilah akibat. Sanggup berbunuhan kerana harta dan wang ringgit. Dikhabarkan mangsa menukar wang RM5 juta kepada jongkong mas secara tergesa-gesa di sebuah bank sebelum dilaporkan hilang.

    Di manakah jongkong emas sebanyak itu pergi?

    BalasPadam
  11. ya allah..tak tahulah nak cakap diorang ni manusia jenis apa..kenapa sekarang ramai sangat yang tak berperikemanusiaan..apa nak jadi dengan orang macam ni..macam takda family je tau orang-orang macam ni..harap diorang dapat balasan yang setimpal..kesian kat isteri dan anak-anak si mangsa..

    BalasPadam
  12. harap polis membelasah balik celaka berempat neh...

    BalasPadam
  13. ape nak jd manusia sekarang nih...tak dapat dibayangkan betapa siksanya mangsa...harap² sangat dieworg nih dapat balasan setimpal...Bulih dapat lg ke cebisan daging tuh Bro?cam payah je bunyinye...

    BalasPadam
  14. time2 macam ni la aku selalu berangan ..kenapa la dulu taknak jadi polis...bahagian soal siasat punya.

    aku tgk tragedi yg 2 beradik kena pukul sampai mati dekat india ari tu pon tak sampai ati nak tgk sampai habis..punya lama nak bagi sampai habis nyawa tu..ini kan pulak sampai 4 org..isk...betul2 sakit mental la depa2 ni

    BalasPadam
  15. innalillah..semoga roh mereka dicucuri rahmat...al-Fatihah... :(

    BalasPadam
  16. astaghfirullahal azim...
    ya Allah...dah kembali ke jahiliyah kite ni..
    semoga roh mereka dicucuri rahmat.saya sejak kes kehilangan dato sosilawati, berdoa tak putus2 jgnlah ada musibah menimpa dia..
    selagi laporan forensik tak keluar..sy masih berharap moga2 dia bukanlah antara 4 itu..
    sedih anak Melayu berjaya hilang begitu..
    tp kalau dah ajal..

    BalasPadam
  17. al fatihah untuk mereka. kesian ahli keluarga mangsa. sita seluruh harta penjenayah bangsat itu dan agih kepada keluarga mangsa. mereka dah ilang tempat bergantung.

    BalasPadam
  18. halamak...sampai jutawan negara laen pown jd mangsa??dasyat jugak dieworg nih....

    BalasPadam
  19. gantung sampai mati rasanya tak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.. biar mereka merasa bagaimana rasanya dikurung, dibelasah sehingga mati dan mayat dibakar sehingga hancur.. abu pula dihanyutkan..

    BalasPadam
  20. HUTANG DARAH BAYAR DARAH ...HUTANG NYAWA DIBAYAR NYAWA...DAMN IT YOU BASTARD

    BalasPadam
  21. apa nak jadi manusia skrg ni..tak berhatt perut langsung!!
    keja profesional..tapi perangai mcm ishhhhh.....

    tak dapat bayangkan mangsa2 kena pukul..terseksa sungguh rasa..

    BalasPadam
  22. kemungkinan untuk lawyer nih lepas dari hukuman agak tinggi, dengan skill dan bukti yg terhad..... tapi aku pasti orang melayu takkan lepaskan diorang nih bebas.... hopefully PEKIDA dapat memainkan peranan....

    BalasPadam
  23. jgn nanti dibuat pemeriksaan mental dikata tidak siuman.. terus tak salah

    BalasPadam
  24. Jangan bagi peluang kedua pembunuh2 ganas dan kejam ni hidup....
    Jika mereka dilepaskan sebab kepandaian mereka menipu hakim, mereka perlu dihukum ala filem hindustan, jika tidak ramai yang akan jadi mangsa......

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.