Isnin, September 20, 2010

Suspek Berhadapan 102 Pertuduhan

24 Julai lalu, kira-kira jam 11 malam, krew 999 menyertai serbuan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah di rumah 3 setengah tingkat di Taman Bunga Cina, Taman Perlis, Kangar, Perlis.

Mengimbas kembali kes itu, saya menerima maklumat awal berhubung bekas guru, 50 tahun dan isteri, tinggal bersama 71 wanita Indonesia, pekerja mencuci rumah. Majoriti pekerja terbabit mendakwa didera dan dikurung majikan, sebilangan dilaporkan diseksa menggunakan alat renjatan elektrik dan dicabul ketika isterinya tiada di rumah.

Lihat beg kepunyaan pekerja dilonggokkan di luar rumah.


Berikut gambar eksklusif, ketika pasukan Imigresen memasuki rumah majikan tidak pernah disiarkan media.


Biarpun penguatkuasa Imigresen terpaksa memanjat pagar rumah suspek, ketika ditemui di pintu rumah, dia kelihatan tenang dan tersenyum.

Semasa memasuki rumah sama, saya merakamkan gambar, puluhan pekerja kecoh meluru berlari keluar dari bilik mereka, terkejut berikutan serbuan terbabit.


Rumah kediaman mereka dilengkapi 14 kamera litar tertutup untuk memudahkan majikan memantau 'pergerakan' mereka'. Berikut gambar bilik tidur mereka, sempit bagai tin sardin dihuni lebih 70 pekerja.


Turut ditemui, puluhan bahan cakera optik cetak rompak lucah dan 2 alat renjatan elektrik.


Begini keadaannya ketika semua pekerja terbabit dikumpulkan sebelum dibawa menggunakan bas ke pusat perlindungan di Kuala Lumpur.


Terbaharu, saya dimaklumkan, suspek terbabit kini berhadapan 102 pertuduhan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Dia djamin RM102,000 dan kes akan disebut semula pada 3 dan 13 Oktober.


Barangkali nota ditampal suspek terbabit untuk pekerja di luar rumah, harus ditujukan kepada dirinya.


Perincian lain boleh dibaca di tampalan awal, 25 Julai lalu, di sini.

4 ulasan:

  1. astagfirullah.. ramainya yang jadi mangsa,, paling tak faham..isterinya juga bersubahat??? tiada perikemanusiaan kah lagi manusia sekarang???

    BalasPadam
  2. Kelakar plak baca notis tuh...

    Hmmm dalam ramai-ramai 71 orang tu, takda sorang pun yang berani buat pakatan utk lari ya? Yang jaga bukan ramai, cuma majikan dan isteri saja. Atau ada pembantu/penjaga khas?

    Pemerdagangan orang ni memang sesuatu yang hina, wpun apa pun bangsa dan warna kulit.

    BalasPadam
  3. fuh...ikat jamin je sampai macam tuh banyak...nih satu lagi...tak berperi kemanusiaan langsung...ape bak jadik la sekarang nih...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.