Rabu, September 29, 2010

24+27=51

Isnin jam 8.15 malam, penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang menyerbu pub di Jalan Burmah, Georgetown, Pulau Pinang, seperti saya catatkan di sini

Visual operasi eksklusif penahanan 24 gadis pelayan pelanggan, GRO warga asing dirakam 999 tanpa pembabitan media lain itu akan disiarkan Khamis minggu hadapan.

Selasa jam 11.30 malam, kurang 24 jam, pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Bukit Aman menyerbu premis SAMA.

Hasilnya, 27 gadis warga Vietnam dan China diberkas.

Saya kemudian menghubungi Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang dan dimaklumkan warga asing ditahan Isnin lalu masih berada di Depot Tahanan Imigresen Juru. Mereka tidak dijamin atau dibebaskan.

Maksudnya, dalam tempoh kurang sehari, pengusaha pub terbabit berjaya mengumpulkan hampir 30 GRO untuk mengambil alih tugas GRO diberkas Jabatan Imigresen sebelumnya.

Saya difahamkan, GRO terbabit menawarkan khidmat seks sesi pendek berharga di antara 150 dan 250 ringgit mengikut rupa paras kepada pelanggan di bilik premis sama.

Hebat sunggguh Pulau Pinang!

13 ulasan:

  1. Salam semua
    Bang, itu maknanya tokey tu ramai manpower extra..huhuhuhu..KIV list pun boleh jadi jugak..

    BalasPadam
  2. BRO, tu baru Pulau Pinang, belum lagi pulau-pulau yang lain...

    BalasPadam
  3. hebatnya

    50xRm4nasi =Rm200.00 sehari.
    30xrm200 =sebulan dah berapa RM

    BalasPadam
  4. tengok PBT lah orangnya siapa..hohoho..kafe doremi diroboh, premis GRO diberi lesen..

    BalasPadam
  5. salam bro.. sy dulu muda2 penah juga rakan2 bawa enjoy di pulau pinang tu.. tu baru sikit jer.. explore betul2.. ramai la sy dengar orang cakap penang tu 'heaven'.. sy pun akuinyer sendiri..

    BalasPadam
  6. hari-hari kisah gro dan pelacur keluar di tv.rasa cuak jugak sebab nanti malaysia disamakan dgn thailand~bisnes org dlm kaca :(

    BalasPadam
  7. di negara aku ini berniaga goreng pisang, ABC cendul, air tebu susah... hari-hari kena kacau.

    meniaga olang pula sangat senang...
    hidup susah, mati pun susah.

    BalasPadam
  8. kafe DOREMI tak bagi masyukkkkkkkkkkkkkkkk...tempat tempa macam nih bagi masyukkkkkkkkkkkkkkk

    BalasPadam
  9. ecah
    jika nak aman sila masuk BLOG Persis mutiara..
    sana tenang jerr

    BalasPadam
  10. abg mazidul saya nak tanya sikit lah, dah lama soalan ni timbul di kepala saya....

    yang selalu masuk tv ialah gambar2 gro ni kena tangkap. apahalnya pulak dengan tuan punya premis?

    kenapa tak pernah tunjuk owner pub tu ditangkap? tunjuk muka dia? bukankah dia yang mengambil gro2 tu?

    kenapa lesen pub tu masih disambung? bukankah boleh gunakan alasan kesalahan tu untuk menghentikan/gantung operasi pub tu?

    sama juga kes dengan dadah. yang selalu ditangkap ialah pengedar kecik2. tapi supplier kepada pengedar tu tak tahulah ada ditangkap ke tak?

    saya betul2 tak faham. gro tu pun kadang2 sebenarnya ialah mangsa, ditipu jadi gro. kenapa tokey premis tu seolah2 tak diambil tindakan? selalu masuk tv ialah gro2 yang gebu2, tak pernah saya dengar nama tuan punya premis tu disebut. dalam 999 pun tak pernah dinyatakan nama tuan punya premis yang keji ni (bayangkan salah seorang gro tu anak saudara, kena tipu/paksa). yang selalu disebut "20 orang GRO ditangkap bla bla bla"... kalau boleh sebut la jugak "... tuan punya premis ini ialah sekian sekian..." tunjuk muka dia sekali... ni asyik tunjuk muka GRO je.... nak hentikan sesuatu maksiat tu hentikanlah pada puncanya... asyik tangkap gro je bila masalah nak selesai. tangkap la tuan punya pub tu.. dia buat kesalahan apa!

    sori teremosional sket... hrp abg mazidul blh bg penjelasan sket...

    BalasPadam
  11. Armouris, pemilik premis, warga Malaysia. Dalam kes ini, dia SUSPEK belum disahkan bersalah dek mahkamah.

    Semasa liputan jika wajahnya dipaparkan, bagaiman jika setelah disiasat dan didakwa, dia didapati tidak bersalah?

    Maka akan Wujud ruang dan peluang untuk dia menyaman syarikat media. Saman membabitkan jumlah jutaan ringgit. Itu sebab utama.

    Sebenarnya wajah GRO juga tidak sepatutnya disiarkan kerana mereka juga berada di situasi sama namun kebarangkalian mereka menyaman itu kurang.

    Jadi sebilangan syarikat media membuat keputusan memaparkan wajah mereka untuk tontonan awam.

    BalasPadam
  12. terima kasih atas jawapan.

    sebagai susulan, saya ada 2 lagi soalan :

    1. daripada statistik, selepas premisnya diserbu dan GROnya ditangkap, apa tindakan yang dibuat ke atas pemilik? disaman? dibawa ke mahkamah? jika didapati bersalah, hanya didenda, kemudian mereka ambil GRO lagi?

    2. berdasarkan alasan yang sama yang abg mazidul beri di atas, iaitu khuatir disaman jika tidak bersalah nanti, kerana mereka hanya suspek, kenapa pula dalam banyak kes, di kaca tv, dalam kes rasuah, bunuh dsb, gambar suspek ada ditunjukkan? selalu saya tengok, semasa suspek dibawa oleh polis, tangan bergari, suspek cuba menutup muka dengan tangan, kertas suratkhabar, baju dan sebagainya, tetapi jurugambar 'berusaha sedaya-upaya' untuk mengambil gambarnya? kadang-kadang saya naik kesian dengan mereka yang berusaha untuk menutup muka, tapi wartawan mengerumuni dia macam semut. yang paling latest gambar 'suspek' majikan India yang merogol dan memperdagangkan orang gaji Indonesianya. Begitu juga suspek pembunuh Sosilawati, pun wartawan ambil gambar mukanya. tak takut disaman kalau akhirnya mereka tak bersalah? Kenapa 'suspek' pemilik pub ini sangat istimewa? sama la juga dengan pemilik kedai VCD haram, kilang VCD haram, premis judi haram. Selalu ditunjukkan ialah visual VCD dirampas, tapi tak pernah ditunjukkan 'suspek' pemilik kedai/kilang VCD haram tu. pattern macam ni dah lama saya perhatikan di tv dan sangat2 menghairankan saya.

    walaubagaimana, abg mazidul, saya boleh memahami, bahawa kerjaya membongkar pub, kedai VCD, judi haram, adalah amat berbahaya, kerana pemilik2 ini ada kemungkinannya adalah kongsi gelap, yang boleh membahayakan nyawa wartawan, malah keluarga mereka.

    BalasPadam
  13. Armouris, pernah dengar orang berkata 'berani buat berani tanggung?".

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.