Ahad, September 12, 2010

Persoalan Belum Berjawab Berhubung Pembunuhan Datuk Sosilawati

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 lagi mangsa lain dianggap selesai berikutan tangkapan 8 suspek.

Tentunya majoriti rakyat Malaysia terfikir berhubung beberapa fakta masih belum dijawab pihak berkuasa.

Antaranya ...

Siapa membelasah, menikam, membakar dan membuang abu mayat kesemua mangsa?

Kesemua mangsa dilapor dibunuh berhampiran rumah pekerja dan ladang ayam, maksudnya? Di kawasan lapang? Di premis tertutup? Sehingga tampalan ini ditulis, pihak polis masih tidak membenarkan pengamal media berada di lokasi sebenar.

Polis menyatakan, motif kes berhubung konfliks perniagaan. Perinciannya?

Apakah berlaku kepada wang tunai dilaporkan dibawa mangsa ke Banting?

Perkembangan 3 lagi keluarga mangsa? Sejauhmanakah pembabitan mereka dalam kes ini? Adakah laporan polis dibuat?

Suspek utama, peguam bergelar 'Datuk' dilaporkan mempunyai pejabat guaman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, sebelum ini dipercayai memiliki 4 rekod jenayah lampau dengan modus operandi sama. Maksudnya, ada mangsa 'dihilangkan' sebelum ini? Siapa mereka? Mengapa tidak dilaporkan media?

Difahamkan, selain suspek utama, datuk, 48 dan adiknya doktor gigi, 38 tahun, 6 suspek lain diberkas, pekerja pejabat dan ladang termasuk 2 wanita. Mengapa individu didakwa perancang utama di katakan bijak dalam bidang perundangan dan memiliki hubungan baik degan ahli politik begitu mudah diberkas pihak polis?

Apapun, semua suspek direman sehingga 19 September dan kemudian akan dihadapkan ke mahkamah. Izinkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lebih terperinci. Bagaimanapun, kesemua suspek dikatakan telah mengaku terbabit dalam kes pembunuhan berprofil tinggit terbabit.

Selepas tempoh tahanan reman, kita semua akan mengetahui identiti mereka. Berikutan itu saya amat berharap perpaduan antara kaum di Malaysia akan kekal aman dan terkawal. Kejadian jenayah berlaku secara rawak bukan bergantung kepada faktor bangsa dan agama.

9 ulasan:

  1. Katanya laporan polis berhubung kehilangan mangsa terdahulu sudah dibuat tetapi tiada tindakan berikutan mempunyai hubungan baik dengan orang kenamaan.
    (Sumber : Kosmo!)
    Persoalan : Kenapa tiada tindakan daripada polis walaupun laporan telah dibuat?

    BalasPadam
  2. Alaa ,sekarang Datuk kan senang dapat senjata,buat apa nak belasah teruk2 kalau boleh ugut dan tembak....itulah kalau dah ikut nafsu sarakah~ mudahnya bunuh2 orang agaknya nyawa manusia tu disamakan dengan nyawa ayam ~entah sembelih cara islam ke atau main kelar jer..

    BalasPadam
  3. Betul jugak kata Bro Maz...kenapa dieworg tak beri perinciannye ek??hurm...heran...

    BalasPadam
  4. peguam bergelar Datuk tu mesti bukan Melayu, betul tak???

    sebab tu bro Mazidul cakap pasal perpaduan...

    BalasPadam
  5. Saye nie masih tertanya2, kenapa ek ada orang buat jahat macam tu sekali? :(

    Betul encik, kejadian jenayah terjadi secara rawak bukan bergantung kepada faktor bangsa dan agama...

    BalasPadam
  6. Bila duit menjadi RAJA dhati..manusia pun dah jadi mcm peragai SETAN.. apapun biar org yg bersalah dpt hukuman yg setimpal..

    BalasPadam
  7. tunggu dan lihat dulu hasil siasatan Polis, yang jelasnyer bukan motif perkauman ini pasti motif tamak harta

    BalasPadam
  8. ada 4 rekod jenayah lampau tapi masih dapat title DATUK?? kenapa xditarik balik?? masih jadi lawyer pulak tu..

    kenapa sistem perundangan kite kadang2 nampak longgar bile di kalangan orang2 berkemampuan?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.