Sabtu, September 04, 2010

Dilanggar Dek Bas Rapid KL (Updated)

Petang semalam, jalan sesak. Barangkali ramai keluar membeli-belah atau mula pulang ke kampung halaman.

Saya memandu di lorong kiri Jalan SS21/1, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor dan begerak inci demi inci. Ketika kereta berhenti ...

"Kraaaaaaak!"

Cermin sisi kereta dilanggar dek bas Rapid KL, bersepai di atas jalan raya.


Saya keluar dari kereta, menunggu pemandu bas turun.

"So? Repair sahaja lah," ujar saya.

"Saya baharu sahaja bekerja, bayar sama-sama lah," katanya.

Oh! Begitu pula, detak hati.

"Oh! Rapid KL," keluh saya.

"Awak jangan tunjuk kuasa. Saya tahulah awak kenal ramai orang," balasnya marah.

Lebih menarik, pemandu bas mendakwa berasal dari Johor tetapi loghatnya lebih kurang  sama seperti gaya bahasa warga Indonesia.

Eh! Mana bas nya? Lihat gambar di bawah.



Ketika saya merakamkan gambar bas itu, pemandu terbabit juga mengambil gambar sama. For what? Persoalan bermain di minda saya.

Jika dia beradap, saya tidak kisah. Masih mampu mengganti cermin kereta rosak biarpun menjelang musim perayaan. Cuma saya berasa pelik, dari cara dan gaya dia bercakap, bagaikan saya bersalah melanggar bas dipandunya.

"Tak apalah, kita ada undang-undang, kita buat laporan polis," kata saya.

Tanpa berkata dia naik ke bas dan memandu ke arah Kuala Lumpur. Biarpun bertubuh kecil, ternyata dia agak garang tetapi kegarangannya itu belum mampu menggentarkan saya.

15 minit kemudian saya menghubungi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ di Putrajaya.

"Mazidul hantar tarikh dan masa kejadian beserta plat number bas. Saya akan check identiti pemandu," janji pegawai terbabit.

Sebelum ini saya pernah menerima laporan berhubung syarikat bas menggajikan warga asing khususnya dari Indonesia sebagai pemandu.

Hari ini saya akan membuat laporan polis berhubung kes itu dan menunggu maklumat berhubung identiti pemandu daripada pegawai JPJ terbabit. Mujur saya rakamkan gambarnya untuk rekod. Jika bukan warga Indonesia, barangkali dia berketurunan Jawa dari Johor.


Bukan berkira sangat mengenai cermin sisi berkecai, cuma terkilan dengan sikap angkuh pemandu terbabit. InsyaAllah, sebelum 1 Syawal cermin terbabit akan diganti, bukan kerosakan major berbanding kereta terbabit dalam kemalangan saya rakamkan dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 3.24 pagi tadi.

Kalau pemandunya Melayu, patah kaki lah nampaknya dia. Biarpun kenderaan rosak teruk, saya difahamkan pemandunya dilaporkan selamat.


Kurang seminggu umat Islam akan menyambut hari lebaran. Saya percaya ramai pembaca blog ini akan pulang ke kampung bersama keluarga. Ingatkan pemandu kenderaan agar lebih berhati-hati supaya tiada menjadi sebahagian statistik korban Ops Sikap ke-22.

Sebelum berangkat pulang pada waktu malam, bawa bekalan bawang kecil. Jika pemandu mengantuk, kemam bawang terbabit dan gigit sedikit. InsyaAllah mata akan terbuka luas sehingga tiba di destinasi dengan selamat.

Update

Saya telah membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit di Balai Polis Trafik Kota Damansara dan kemudian bertemu Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Kita dah check, pemandu bas tu belum membuat laporan polis selepas 24 jam," ujar pegawai terbabit.

Saya dimaklumkan blogger Hazrey, Pengurus Besar, GM Rapid KL, kenalannya, bekas wartawan Berita Harian di Johor Bahru, Johor.

"He is a nice guy, very nice," kata wakil TV3 di Johor itu.

"When a nice guy said that, I believe so," balas saya.

Saya percaya GM terbabit akan menghubungi saya untuk berbincang secara baik. Teringin benar bertemu pemandu bas itu buat kali kedua di hadapan GM nya. Harapan saya dia tidak segarang kali pertama saya bertemunya sewaktu kemalangan berlaku.

Soalan ingin saya ajukan dicetuskan pembaca blog ini.

"Pemandu bas Rapid KL memang bertugas tanpa uniform ke?"

How is that?

32 ulasan:

  1. Salam MAS...

    Sudah tak jadi pelik pulak.. orang yang bersalah menuding jari ka erah mangsa, seolah2 mansa yang bersalah! :(

    Kalau puasa, tak boleh kemam bawang, tenyeh kat hidung - boleh kot? :)

    BalasPadam
  2. Tumpang simpati apa yang berlaku. Sewajarnya kemalangan diselesaikan dgn berhemah bukan emosi.

    Elok tak nak marah tetiba jadi kita marah. Temper management failed...!

    BalasPadam
  3. Jgn lupa survey Metro Bus jgk, horror betul klu dorang bwk bus...

    BalasPadam
  4. Penat dah fikir - Pening dah kepala dgn segala masalah sosial - Pelik dah rasanya, masih tertanya2 nak tunggu petaka apa lagi baru Kerajaan nak ambil tindakan drastik?

    BalasPadam
  5. baru tau petua kemam bawang ni...thank you mazidul..
    betul,,survey bas metro juga!

    BalasPadam
  6. salam bro, sebenarnya itu mungkin petanda untuk tukar kereta baru. I will text GM communication Rapid KL about this, he happens to be a buddy of mine, and nice too. Lets see what is the next course of action.

    In the meantime, selamat hari raya bro, to you and your sweet wife and the children. Mudahan Aidilfitri ini membawa bersama ketenangan, kebahagiaan, keriangan, kekuatan ummah serta silaturahim dan kekuatan iman.

    BalasPadam
  7. Macam orang sakit datang klinik jugak. Marah2 kat doktor sebab dia sakit. Bukannya doktor yang beri dia sakit. Juga bukannya doktor yang suruh dia datang klinik.

    Manusia memang pelbagai karenahnya.

    Apa2pun, Selamat Bercuti panjang, Selamat menyambut Hari Raya dan hati2lah memandu.

    BalasPadam
  8. adus bro...saya tumpang simpati...
    buat malu warga kerja RapidKL yg lain jer...hehehe. Tapi yg herannya, mana pegi baju seragamnya???...bukan pemandu bas RapidKL kena pakai baju kerja ker...dari sikap sudah menunjukkan...emmm

    BalasPadam
  9. en mazidul...dia ambek gambar bas nak bawa pulang buat kenangan kot sbb lepas ni mungkin dia balik kg beraya dan tak datang2 lagi :p

    BalasPadam
  10. salam tuan mazidul,
    masalah utama rakyat kita (atau mungkin juga orang luar yg bekerja di negara kita) adalah sikap. kalau sikap nye elok, lebih bersabar, bertimbang rasa dan bertanggungjawab, maka takkan ada kemalangan dari sebesar remuk teruk seperti yg tuan paparkan sehinggalah kemalangan kecil yang melibatkan cermin sisi.

    terima kasih aas petua bawang berkenaan. saya boleh bayangkan rasa pedasnya tapi demi keselamatan tak salah mencuba kan?

    BalasPadam
  11. Salam,
    Benda memang kecil, kalau minta maaf, ada masa kita pun boleh aje lupakan hal tu begitu sahaja. Namun, bila dah gitu perangainya, rasa kesian pun boleh hilang. Apalagi hormat.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Bro

    BalasPadam
  12. mmg hairan lah kebanyakkan pemandu tak berani bertanggungjawab kalau dah buat hal..ada2 je dia nak auta or pusing2 ckp..dah salah bertanggungjawablah.kalau nak memandu kenalah spare duit sikit dlm bank..kalau ada apa2 hal senang..ini duit takde pastu kalau langgar org..mulalah nak buat cerita kartun or magic show taknak bayar..camna gitu?


    kalau lah betul pemandu tu indonesia..bangkitlah semua rakyat malaysia..jgn bagi muka lagi kat diorang..kalau dah berani2 sound org ..padahal dia yg langgar org..ni dah kes berat..nak mengalah sampai bila kita ni..bagi diorang susah sikit cari makan kat negara kita ni..kalau terserempak buat2 jeling2 sikit..jgn wat dek je..muka mesti serius dgn diorang..lahanat tullah..err tapi betul ke org indon

    BalasPadam
  13. terlepas ops sikap agaknya..boleh jadi pemandu..

    BalasPadam
  14. HUKUM syarikat bas bagi serik....setakat denda boleh bayar..

    BalasPadam
  15. Oh, berhati2 juga ya bang? Memandu ini, kadangkala kita cermat, orang lain langsung tak berhemah~

    Selamat pulang bercuti raya!

    =)

    BalasPadam
  16. Salam
    Bawang kecik..terima kasih petua tu ye...

    BalasPadam
  17. salam,

    hish..ada ke patut? ha,kalu dah buat sesi temuramah ngan pemandu tue..kongsi bang..nak tau gak perbualan.kekeke!

    wah..baru tahu petuan itu la.tq.

    p/s: ada tgk x iklan hari raya tv3 tue bang? kenapa iklan hari raya tv3 tue macam pelik sikit ye? hurm...

    BalasPadam
  18. bawang? a good tip tu saudara...

    as for iklan raya TV3, saya pun macam saudara Amir Izzat, terasa agak pelik... terutama sekali bahagian 'basikal/beca terbang' tu. dah nampak macam sledge santa clause christmas je

    BalasPadam
  19. Bulih la geng driver RAPID KL ngan METROBUS...cukup kerek...kesian bro maz..nak kene kuar duit lg...Bro...mane dapat petua tuh??betul² mujarab ke??slalu klu ngantok, sy minum kopi je...tak pown..carik R&R...TIDO!!...hehehehe...

    BalasPadam
  20. sabor je la abg mazidul..
    mungkin adde hikmah dia.. :)

    BalasPadam
  21. Selamat hari raya juga kepada abang mazidul. Sedih jugak bila kita di layan macam tue walaupun bukan kita yang salah. Btw, petua bawang tue sungguh menarik. ;D

    BalasPadam
  22. Salam angkel mazidul, gambar kemalangan iswara tu member ai dari Saga Iswara Club...terkejut dapat berita ni...dalam forum www.sagaiswaraclub.com pun dah diumumkan pasal hal ni...takziah buat syuk N9...

    BalasPadam
  23. driver tu tak pakai uniform rapidkl pun. satu kesalahan syarikat tu.

    mmg jenis tiada disiplin kot.

    BalasPadam
  24. Rata2 driver bas dan lori amat suka memandu di lorong kanan, ya?

    Polis, jpj tak nampak ke?

    BalasPadam
  25. bro, aku penah kena laggar dengan rapid kl. standard punya accident:langgar bahagian side mirror belah kiri. memang dia akan buat tak tau jek. sampai lah aku kejar dan stop kan bas tuh. dia buat tak bersalah. so aku cakap, kita settle kat balai. kalo tengok mua driver bas memang kesian..tapi die yang careless. daripada apa yang aku dengar dari orang yang penah keje rapidkl...most of them tak reti pandu bas.so thats why diorg memang selalu accident?why not...try check..btol ker diorang ada lesen?terbang ke tak?

    BalasPadam
  26. salam..mamam bawang..hemm..ha!! rapip kl..tapi mana uniformnya???

    BalasPadam
  27. salam,

    bang setuju klu abg gi tgk pemandu metro plak..merbahaya cara diaorg bwk..

    BalasPadam
  28. About the uniform tu, memang ada certain times pemandu tak pakai uniform, contoh macam petang2. Saya pun tak tau kenapa.

    BalasPadam
  29. en mazidul
    saya mohon buat liputan pasal bas sekitar KL

    kebnyakannya indon yang jd kondukter dan drver
    siap maki2 pnumpang kalau lambat
    siap park bas di bukan kotak parking khusus utk bas
    siap tunggu bas penuh baru jalan sedangkan banyak lagi bas yang akan datang. mereka fikirkan untung sbb itu pilih untuk kumpul penumpang smpai nak terbalik bas tersbut

    lagi satu, mereka suka berlumba lumba dgn bas yg lain. hingga membahayakan knderaan lain

    kalau nak tahu lebih detail, ampang park, ampang point, dan di hadapan stesen star ampang

    MMG INDON!

    BalasPadam
  30. Banyak pemandu kenderaan awam yang bukan warga tempatan. Memang pelik. Ada yg berani menyuarakan rasa tidak puas hati kerana pendapatan kurang dan banding-bandingan dengan negara lain...

    BalasPadam
  31. Bas rapid memang dah terlampau sekarang ngn bawa penumpang tapi yang psling gersm bila kita bawa motor pun dia macam nak langgar lagi2 lepas dia berhenti n nak gerak balik x pandang terus sape yang ada ditepi.bukan sekali dua dah kena tapi banyak kali lagi lagi area jalan barat pj nak masik federal highway menuju kl

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.