Jumaat, November 26, 2010

MESTI BACA Kes Rogol, Love Bites, Mengandung Anak Luar Nikah Dan Ketagihan Pil Kuda SEMUA Di Kelantan (Kemas Kini I)


Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.


Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?


"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.


Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.


"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?


Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.


Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.


Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

Apapun catatan saya di atas hanya sekadar 10% daripada liputan bakal saya sajikan kepada penonton setia program 999.

Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota menjayakan misi kali ini.


Kemas Kini

Jam 7.28 pagi ketika menunggu pasukan serbuan di atas menyiapkan laporan kes, tiba-tiba hati saya menjadi sayu.

Sayu ...


Bertambah sayu ...


Semakin sayu ...


Teramat sayu ...


Di Kelantan, ramai mampu membeli gelang emas besar dan cincin lelaki berharga RM13,000 tetapi tidak prihatin untuk menggantikan Jalur Gemilang berharga lebih murah berbanding harga se balang budu.

Kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim I, Pengkalan Chepa, tolong gantikan bendera koyak rabak itu dengan kadar segera!

Jika tidak perasan, gambar Jalur Gemilang itu telah saya rakamkan.

35 ulasan:

  1. astaga apa nak jadi ni..
    kecik2 dah pandai buat love bites
    kecik2 dah mengandung...
    terkedu jap...

    BalasPadam
  2. La..ari tu khabar Kelantan negara yang paling kurang penganggur! nie yg jual brg2 cam nie...keja ka? sure penganggur! (agaknya)

    BalasPadam
  3. Sedih mengenangkan nasib bangsa sendiri yang sudah makin hancur.Pendedahan begini sepatutnya mendapat tindakan dari pihak yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin.Sebelum mencanangkan kemajuan Negara,perhatian untuk memulihkan moral dan akhlak bangsa perlu diutamakan.Sudah tidak tahu nak harapkan siapa lagi.

    BalasPadam
  4. kesiannya budak kecil yang kena rogol and budak2 yang mak bapak dia kena tahan tu..

    dunia makin hari makin kejam..

    BalasPadam
  5. Bro, saya cuma nak sentuh mengenai budak menangis lepas mak bapak dia kena tahan. Tengok rumah dia. Ini masalahnya Kelantan. No offence tapi mana wakil rakyatnya? Mana penghulunya? Mana sistem pembangunan yang diceritakan masa kempen dulu? What will happen to the children?

    BalasPadam
  6. bahana Pil kuda..mengkhayalkan..

    jiran sebelah dekat sangat..

    * pernah dengar cerita dua buah Treler membawa Pil kuda selamat landing di Lembah Klang dari Rantau panjang....cuma antara betul atau tak betul cerita itu..

    kalau tak nyamar manakan dapat sagunya

    BalasPadam
  7. tidak terkata...

    syabas mazidul
    syabas 999
    syabas tv3

    BalasPadam
  8. kesian tgk jalur gemilang jadi gitu..

    kesian lagi laa tengok anak2... terbiar, sesat.. hilang arah...

    BalasPadam
  9. bendera di bangunan UMNO sendri lebih teruk. http://juweialhaj.blogspot.com/2010/08/selamat-menyambut-hari-kemerdekaan-ke.html

    BalasPadam
  10. sedih tgk masalh gejala sosial yg melanda negara ni dewasa kini..

    keep it up bro mazidul..

    bongkar lagi..

    BalasPadam
  11. astaghfirullahala'zim...
    macam2..
    cerita yg pertama, maknya macam tak kisah je?
    cerita kedua, mak bapak tak kisah bg anak mkn hasil jual benda haram?
    yang ketiga..tolonglah beli bendera baru..malu betul...!

    BalasPadam
  12. kisah 1001 macam kehidupan....kenapa perlu pilih jalan yang singkat sedangkan jalan itu sgt kotor dan keji...kenapa harus ada manusia yang perilaku seperti haiwan sedangkan d kurniakan akal fikiran yang......sedih melihat pekara mcm ni jd...

    BalasPadam
  13. A'kum Saudara Mazidul. Saya tertarik dgn pendedahan kali ini krn ia mlibatkan negeri kelahiran saya. Ssungguhnya p'libatan sbahagian anak Kelantan dlm xtvt x bermoral tlah mencemarkan Kelantan. Krn kekayaan dunia ramai yg menjadi hamba dadah. Krn kseronokan nafsu ramai yg lesu.

    Sbg anak jati Kelantan saya terasa amat malu dgn keadaan ini.

    *Sedikit pembetulan mengenai fakta catatan akhir tampalan ini. Sekolah bsebelahan IPD KB tu Sek.KEBANGSAAN Dato' Hashim 1, bukannya Sek.MENENGAH.

    Sek. Menengah di sekitarnya ada 5. 1- Sek.Men.Keb.Pengkalan Chepa 1 (bersebelahan UMK); 2-Sek.Men.Teknik Pengkalan Chepa (berhampiran Pusat Sumber Pendidikan Negeri); 3-Sek.Men. MRSM Pengkalan Chepa dan, 4-Sek.Men.Keb.Pengkalan Chepa 2 (berhadapan PGA dan di antara MRSM & SMKPC 2 tu ada Sek.Keb.Dato' Hahim 2); 5-Sek.Men.Faiz Petra (bersebelahan IPG KB).

    Ibu bapa Sek.Keb.Dato' Hashim 1 bukan calang2 org. Dengar2 mereka drp kalangan berada dan golongan elit jg

    BalasPadam
  14. Inilah dikatakan masyarakat yang tak perihatin.
    Apa-apa hal main lantak awaklah.Tentang jalur gemilang tu memang dah jadi kebiasaan,pandai meletak tak pandai nak ganti.Kes sosial yang amat teruk tanpa jika tiada pembelaan.
    Sedih,sayu dan amat terharu.

    BalasPadam
  15. truth hurts
    tapi org zaman sekarang mane suka benda2 yang betul.
    because lies overpower them.

    haha~

    BalasPadam
  16. BRO,
    10 tahun dulu sering juga ulang alik ke Kelantan. Ketika itu sungguh lurus dan gembira saya berjalan ke sana.

    Kini, saya tak sangka, anak2 remaja di sana sungguh hebat lebih hebat dari anak2 bandar. Dulu saya tak terfikir mereka akan pakai seluar pendek dan baju tali halus mcm tu.

    Agaknya saya ni naif kot...

    BalasPadam
  17. http://juweialhaj.blogspot.com/2010/08/selamat-menyambut-hari-kemerdekaan-ke.html
    ni lg teruk.

    BalasPadam
  18. Syabas En. Mazidul dan team 999 ... memang menarik cerita kali ni. Sesuatu yang terduga langsung berlaku, tapi itu lah yang berlaku.

    BalasPadam
  19. Pada pandangan Saudara Mazidul kenapa perkara ini berlaku? Saya rasa kasihan kepada keadaan orang-orang sebegini. Saya berpendapat golongan ini jahil tentang ilmu agama.

    Disamping itu mungkin keadaan ekonomi keluarga yang rendah, membuatkan mereka cuba mencari peluang untuk menjadi "usahawan" dengan menjual barangan terlarang. Kesan dan akibatnya, macam-macam perkara boleh berlaku seperti rogol, sumbang mahram, berzina dan sebagainya.

    Yang menyedihkan saya perkaraini berlaku di Negeri Kelantan, negeri yang dikenali sebagai tempat banyaknya sekolah-sekolah pondok didirikan. Saya baru pertama kali pergi ke Kelantan seumur hidup saya pada bulan Julai 2010.
    (Pengalaman ke kelantan ada dikongsikan dalam blog http://www.sembanghari2.blogspot.com)

    Ini semua kekuasaan tuhan yang menentukan segalanya. Kita sebagai hambanya perlu ingat memperingati, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran

    BalasPadam
  20. MasyaAllah! Berdegup kencang jantung saya dgn pengisian En. Mazidul kali ini.

    Mudahnya maruah tergadai - anak gadis kehilangan perawan, Ibu bapa yg tenggelam punca erti kehidupan & remaja hilang arah tujuan.

    Saya nak ingatkan diri sendiri & Ibu bapa di luar sana : Jaga pakaian anak anda walaupun berusia 1 tahun - Sila lihat pakaian beberapa orang anak2 di entri ini - Apa yg kalian nampak?

    Usahkan jantan di luar, Bapak sendiripun meleleh air liur lihat lekuk ketiak anak,lihat lurah dada, lihat belakang badan, lihat betis, lihat tengkuk - Siapa yg tdk teruja nak lihat, nak rasa & nak ratah BAWAH?

    BalasPadam
  21. awat la masyarakat zaman la jadi lagu ni...takut saya bila pandang wajah anak2 saya..zaman ke depan lagi mencabar...
    kita yang jadi mak bapak ni, kena la kuat semangat mendidik anak², berdoa juga pada Allah moga hati anak² kita dalam peliharaanNya

    BalasPadam
  22. Nauzubillah.. Minta dijauhkan Allah.. Seram sejuk membaca entry ini... Apa nak jadi pada generasi akan datang?

    BalasPadam
  23. Ya Allah, kesiannya dengan mereka. Siapakah harus di persalahkan? Sesungguhnya segala kebaikan itu datang dari Allah jua, dan segala keburukan itu datang dari kita & kekurangan kita sendiri

    BalasPadam
  24. Malam td No berkempatan menonton 999..ya, seperti yg sedia maklum mmg itulah yg sebenarnya berlaku..klo km blk klantan time nk kua g pasar ke shoping ke..mmg suami melarang membawa beg/tas tangan..peragut dimana2..beringat sebelum kena..dh kena menyesal tak guna..masalah sosial pl di depan mata..

    Tahniah3x di atas segala pendedahan ini..

    BalasPadam
  25. lepas ni harap dapat fokus jugak masalah dan hal sama yang berlaku di seluruh malaysia..cukup lah kalau buat liputan di chow kit road..jgn jadi 'bias'...lapurkan kebenaran walau di mana saja...bukan kebenaran 'berpilih' aala2 'demokrasi terpimpin' abdul wahab dn abdul wahub..

    BalasPadam
  26. Puspawangi, saya telah banyak melaporkan kes jenayah di pelbagai lokasi termasuk di Chow Kit.

    What is your problem?

    Laporan di Kelantan berdasarkan fakta bukan sekadar tanggapan.

    So, take it!

    BalasPadam
  27. dah ko prihatin sngt... Ko g la panjat gantikan bendera 2..... Ish... Kocek ja pandai.... Lakukan doh....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.