Sabtu, November 06, 2010

Konsert Ketika Negara Dilanda Bencana?

Hari pertama di Padang, Sumatera Barat, Indonesia, 31 Oktober lalu saya ke Andalas Mall.

Telinga bingit dan pandangan sekaligus tertumpu kepada kumpulan remaja sedang duduk dan berdiri.


Itu hari ke 6 selepas Kepulauan Mentawai dilanda tsunami akibat gempa bumi berkekuatan 7.2 skala Richter dan mengorbankan dijangka lebih 4,000 mangsa.

Apa mereka saksikan?


Ya! Rock Concert baby!

Tidak pula saya melihat sebarang banting mengatakan konsert terbabit bertujuan  untuk mengutip sumbangan orang ramai membantu mangsa bencana di Kepulauan Mentawai atau letupan Gunung Merapi di Jawa Tengah.

Sedang Indonesia berkabung meratapi mangsa terkorban dan cedera parah, saya berasa amat hairan bagaimana konsert itu boleh dianjurkan?

Ya, memang saya hairan.

Aktiviti itu terlalu jauh bezanya berbanding usaha sekumpulan pelajar sekolah menengah dan unversiti saya temui di tengah kota Padang. Mereka berdiri di tepi jalan utama di antara jam 2 dan 6 petang sejak seminggu lalu bertujuan mengutip derma daripada pengguna jalanraya untuk dihulurkan kepada mereka ditimpa musibah.

  
Ketika mereka saya dekati, jumlah wang dikutip berjumlah kira-kira 3 juta Rupiah, RM1,200. Bagaimanapun saya dimaklumkan lebih 600,000 remaja berusia di antara 17 dan 23 tahun menjalankan kegiatan sama di seluruh Indonesia.

Saya mengikuti perkembangan di Malaysia melalui akhbar online dan dilaporkan Kedah serta Perlis dilanda banjir besar, lebih 4,000 mangsa terpaksa dipindahkan.

Remaja kita buat apa?

Sebelum saya terbang kembali ke Kuala Lumpur jam 3.50 petang ini, ingin saya kongsikan gurauan masyarakat setempat berhubung presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono atau digelar 'SBY'.

SBY,  Selalu Bencana Yo!

10 ulasan:

  1. Bencana datang tidak mengenal agama mahupun pegangan politik... Andai Dia menurunkan bala, bukan hanya yang berdosa sahaja yang kena, yang tidak bersalah juga akan menjadi mangsa... Beringatkah kita? :(

    BalasPadam
  2. yer..dulu tahun 2005 aku tersangkut dan sama2 mengharungi banjir semasa menghantar adik masuk uitm Perlis...tapi kali ini 2010 aku pergi menghantar adik kahwin ke Perlis cuma awal 2minggu..jika tidak sekali lagi tersangkut d dalam banjir besar berkenaan..aku amat simpati atas kesusahan d kala ini kpd penduduk d Perlis kerana aku pernah sama2 alami pd 2005..

    BalasPadam
  3. Insyaallah, ada sebilangan IPTA menghantar pelajarnya menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir. Mungkin tidak pernah dilaporkan dan itu lebih baik kerana seikhlas-ikhlas pertolongan seperti tangan kanan memberi dalam keadaan tangan kiri tidak mengetahui.

    BalasPadam
  4. indonesia adalah negara yang pelik.

    tapi malaysia lebih pelik lagi.

    BalasPadam
  5. Mudahan tebiat rock sebelah sana tak berjangkit ke sini, kawasan banjir. Remaja malaysia tengok suasana jalanraya pada ujung minggu,tak semua..bala kpd sang fasik, cobaan dugaan kpd yg beriman tingkat iman ,ke bintang2.

    BalasPadam
  6. Bila Indonesia di timpa musibah begini, teringat saya kepada kumpulan BENDERA yang membakar bendera dan mahu ganyang Malaysia dahulu.

    Dimana mereka sekarang ?

    Hai ahli-ahli BENDERA tunjukkan kejantananMU dan tunjukkan kemaluanMU dengan membantu mangsa-mangsa Gunung Berapi ini...

    Atau sememangnya KAMU adalah manusia SIAL......

    BalasPadam
  7. BRO, bila U tanya apa remaja kita buat semasa sebahagian rakyat Kedah Perlis sedang bergelut dgn banjir...:

    pelajar IPTA sedang bergelut dengan exam..

    dan ada juga yang sedang berseronok di Nite Jem di I-City Shah Alam anjuran sebuah stesen radio yang "panas"!

    BalasPadam
  8. Ada jugak remaja kita yang perihatin. Walaupun x ramai...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.