Isnin, November 22, 2010

Misi Tercapai (Updated)

Tampalan ini dan ini dirujuk.

Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Fauzi Maarop berkata, penguatkuasanya telah menjalankan operasi merampas kelengkapan premis mencuci kereta terbabit awal petang tadi.

Perincian operasi akan dihantar kepada saya dan bakal dikongsikan bersama pembaca.

Esok saya akan membuat tinjauan semula ke lokasi dan merakamkan gambar tapak.

"Sehari sebelum Deepavali kita dah sapu 20 premis mencuci kenderaan tanpa lesen berlandaskan peraturan baru. Sebaik dimaklumkan mengenai komplen di blog, saya terus membacanya," ujar Fauzi.

Terima kasih kepada Fauzi atas tindakan itu biarpun saya dimaklumkan beliau berada di hospital melawat neneknya, tenat awal pagi tadi.

Hakikatnya, majoriti premis beroperasi tanpa lesen juga menggajikan pekerja tidak memiliki permit sah. Itu tanggungjawab penguatkuasa Jabatan Imigresen untuk membanteras kehadiran mereka.

Saya percaya  respon, emel dan panggilan telefon pembaca turut mendorong tindakan pantas dilaksanakan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jika pelawat mempunyai maklumat berhubung kegiatan haram di lokasi berbeza, sila hantarkan emel ke mazidulakmal@yahoo.com dan bersama kita membantu melaksanakan operasi maya.

Lebih molek, jika disertakan gambar berkaitan agar mudah difahami pembaca lain.

Usah kita hanya berbual kosong seperti anjing menyalak bukit sambil menuding jari kepada pelbagai pihak berkuasa sedangkan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia tidak prihatin menyalurkan maklumat dan bersama membantu mereka melunaskan tanggungjawab.

Kemas Kini

Berikut SMS dihantar Fauzi kepada saya pada jam 5.55 petang tadi.

'Sitaan dijalankan pada 1.30 pm. Barang barang disita 1 mesin compressor dan 1 mesin vakum di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974'.

9 ulasan:

  1. alhamdullilah jika benar tindakan suda di ambil...
    berhasil juga usaha rakan blogger sekalian...
    tahniah semua...(*_*)
    bersama kita menjaga negara kita demi kemakmuran dimasa depan untuk warisan anak2 kita...

    BalasPadam
  2. Salam..
    Tahniah BRO.

    U know what, beberapa jam selepas kita sama-sama komen di etri U itu,

    seorang blogger telefon saya dan kami berbual tentang isu ini, dan ayat "menyalak bukit" itulah yang beliau sebut...

    Alhamdulillah, berjaya juga kita... (bolehkah disebut "kita"?)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah berjaya. seronok sebab saya pun ambil bahagian juga. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. semoga lepas ini lebih banyak 'ketidakpatutan' yang berlaku dapat dibongkar dan diambil tindakan bersama secara maya. :)

    BalasPadam
  5. Salam semua
    Tahniah abang Maz. Usaha banteras cuci kereta haram dah berjaya..
    Usaha 'hentak' Celcom apa cerita? Harap boleh berjaya macam nie sebab hati ini dah panas sangat dan saya yakin pemberi komen yang lain turut berperasaan seperti saya.

    BalasPadam
  6. tahniah dan terima kasih kerana dgn sbg org yg dikenali en mazidul menggunakan apa yg ada utk menegakkan kebenaran...

    BalasPadam
  7. tahniah syukur,

    kekadang,ada org bekerja kerana malu pada tuhan ,malu pada org, kasihan pada alam atau pada binatang.
    tetapi kalau tak termasuk dlm bab itu tak tau nak kata apa.

    BalasPadam
  8. Salam .. syabas

    Bila blogger kena saman - http://hasrulhassan.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.