Khamis, November 11, 2010

Apabila Isteri Mendakwa Suami Curang (Tips Khusus Untuk Pembaca LELAKI)

Saya tahu, apabila dicatatkan di tajuk tampalan ini 'khusus untuk pembaca lelaki' maka ramai pembaca wanita terangsang untuk mengetahui kandungan tampalan ini. 

Kan?

Tindakan itu lumrah, memang wanita gemar untuk mengetahui rahsia lelaki kerana boyfriend atau suami mereka berjantina sama.

Maka bacalah ... Tidak salah berkongsi maklumat.

Hemat saya, sebilangan wanita kurang memahami jiwa lelaki biarpun telah hidup bersama mereka bertahun lamanya. Mereka fikir, memarahi, menuduh  lelaki secara emosi dan kasar mampu mengubah perlakuan manusia berlainan jantina terbabit.

Tidak kisah samada lelaki itu boyfriend atau pun suami.

Hakikatnya, jika dimarahi, keegoaan majoriti lelaki mudah tercabar dan sekaligus mereka bertindak balas samada secara kasar atau lembut biarpun hakikatnya mereka bersalah.

Itu fitrah.

Semalam kenalan saya berkongsi cerita berhubung masalah didepaninya sejak 2 minggu lalu. Sewaktu pulang bekerja, isterinya berusia 38 tahun, tercegat di muka pintu dengan wajah menyinga.

"Ada kawan saya cakap, awak ada girlfriend. Dah tua, masih tak sedar diri!  Curang! Saya seorang tak cukup ke bagi awak? Kalau dah gatal sangat nak ada girlfriend, awak tinggalkan saya!, " jerkah  isteri.

Jika diperhatikan, sebilangan isteri masa kini, tidak begitu ambil kisah jika suami pemabuk atau kaki judi tetapi amat sensitif mendengar perkhabaran jika suami mereka mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Saya lontarkan pandangan peribadi kepadanya.

Lelaki bijak tidak akan terjerumus membuat sebarang pengakuan, sekali pun jika dakwaan itu  benar. Mengapa? Sekali mereka mengaku, lazimnya wanita akan terus berprasangka dan beranggapan pasangan mereka tidak akan berlaku jujur sehingga ke akhir hayat biarpun  hubungan suami  dengan teman wanitanya dinoktahkan. 

Jika suami menidakkan dakwaan itu, saya yakin isteri tetap tidak menerima kenyataan malah berasa lebih tercabar. Justeru, andai dakwaan terbabit tidak berasas, sebilangan suami bertindak mendiamkan diri atau sekadar menguntum senyuman sinis.

Namun perlakuan itu kerap kali mencabar kesabaran wanita. Mahu atau tidak, suami terus didesak sehingga pengakuan didengar.

Maksudnya dalam kes ini, isteri ingin benar jika dia berkata ...

"Ya, saya ada girlfriend"

Namun jika kenyataan sebegitu diluahkan, saya yakin, isterinya tidak akan berpuas hati. Maka pasti tercetus pertelingkahan, berakhir dengan sikap bermasam muka atau senario lebih buruk berlaku. 

"Mazidul, terus terang saya katakan, saya tak ada girlfriend. Kawan perempuan ramai tetapi tak ada special"

Lelaki jarang berbohong mengenai perhubungan 'luar' mereka sesama lelaki kerana menganggap kaum sejantina lebih dipercayai berbanding segelintir wanita, kekadang mempunyai mulut murai menandingi kehebatan syarikat penyiaan elektronik dan cetak, CNN, CNBC dan Reuters.

"Kalau saya cakap kepada dia, tidak! Saya tak ada girlfriend, macam dia nak percaya, dia tetap tidak akan berpuas hati," ujarnya kepada saya.

Saya katakan kepadanya, sebilangan wanita gemar mendengar kenyataan suami memperakui dakwaan mereka sekalipun dia terpaksa berbohong.

"Kalau saya kata, ya! Saya ada girlfriend, sedangkan itu tidak benar, saya menipu diri sendiri dan isteri saya," sambungnya lagi.

Hakikatnya, kekadang wanita membuatkan lelaki berada di dalam keadaan serba salah.

Lalu saya cadangkan kepadanya untuk membuat kenyataan berikut dan melihat reaksi isteri seterusnya.

"Dalam negara kita, ada mahkamah sivil. Jika seseorang dituduh melakukan kesalahan, dia harus dibicarakan manakala mereka membuat pertuduhan harus mengemukanan bukti nyata dan hujah sahih bagi membuktikan tertuduh bersalah. Cakap kepada dia, usah menjadi hakim, menghukum awak sebelum perkara sebenar disiasat dan diselidiki secara teliti. Kalau benar dakwaan itu tidak berasas, awak minta isteri untuk membuktikan dakwaannya"

Dia terdiam.

"Satu kaedah efektif, tanya dia, siapa kawan memberitahu dia, awak ada girlfriend? Katakan awak ingin bersemuka dengannya. Lazimnya, isteri tidak akan expose sumber dakwaan itu. Dia akan kata, "kawan lah", " sambung saya lagi.

Saya kongsikan hujah seterusnya.

"Kalau dia tak nak beritahu, siapa kawannya itu, awak tanya dia satu soalan cepu emas, " ujar saya.

Pantas dia bersuara.

"Apa dia?"

"Tanya dia, apa tujuan kawannya itu memberitahu dia, kononnya awak ada girlfriend? Supaya awak lebih disayangi isteri? Supaya isteri awak gembira? Supaya tidak timbul sengketa di antara awak berdua?," soal saya.

"Tidak," katanya.

"Jadi jelaskan kepada isteri, jika rumah tangga awak berdua bergolak, menjadi porak poranda berikutan dakwaan dilontarkan, adakah 'kawan' nya itu akan turut berduka? Atau gembira, bertepuk tangan melihat sengketa berlaku?," hujah saya.

Kepada isteri mampu berfikir secara bijak, pastinya kenyataan itu dapat dicerna sebaik mungkin sekaligus memberhentikan dakwaan.

Saya hanya melontarkan pandangan sebagai manusia biasa, bukan Dr Mazidul Akmal kerana saya tidak memiliki PHD.

LOL!

23 ulasan:

  1. aku rasanya sebelum bersoal jawab begini, pasti ada sessi bersoal-jawab periuk belanga terbang, bang mazidul..

    BalasPadam
  2. Salam TM..

    Wanita/isteri dan curiga/cemburu = sinonim....smuanya sbb syg/cinta. Tak suka diduakan (tak suka juga menduakan)...lelaki/suami mesti tahu jaga gerak geri agar cerita yg menyakitkan hati tiada peluang wujud.

    Wanita - kebanyakannya - dlm sebulan tu ada dua minggu jer rasional, seminggu lagi agak2 ting tong dan seminggu lagi totally ting tong due to hormon special semulajadi...kalau berita 'kotor' sampai pd saat ting tong, tu yg boleh jadi gorilla tunguu hubby dpn muka pintu...kalau hubby tak pandai kemudi kapal, silap haribulan kolek mmg boleh tergolek....

    Kesimpulannya suami jgnlah buat benda2 yg boleh mengundang buah mulut org...mulut2 longkang tersumbat mmg melambak2 skrg....
    bila isteri dah mula curiga dan naik hangin, kan dah pening... saper suruh cari pasal...

    BalasPadam
  3. Saya tumpang bersimpati dengan nasib yang menimpa kawan Bro. Sejujurnya, saya pun pernah di-serkap-jarang walaupun tiada bukti sahih tetapi hanyalah "hearsay" dan andaian hati. Agaknya kaum wanita selalu berasa "intimidated" apabila pasangannya mempunyai ramai rakan wanita. As one saying goes, "I lied,but I never cheated on you".

    BalasPadam
  4. orang lelaki kena bijak. dia kan pemimpin rumah tangga.

    cuma tak faham maksud LOL diakhir teks. adakah ada TO didepannya?

    kebetul ada TO di depannya, siapakah yang **LOL itu?

    BalasPadam
  5. "saya ada girlfren sebab awak comot dan 24jam pakai baju kelawar?"

    Boleh tak bro? hahahah...

    BalasPadam
  6. Azzad, LOL, laugh out loud.

    Hazrey, sure boleh kalau keadaan itu benar. Kalau ada gadis di luar sana masih kelihatan comel berkebaya, mengapa tidak?

    MSS, menyerkap jarang itu sebahagian daripada percubaan wanita kononnya to find the truth but sometimes the truth still does not prevail.

    BalasPadam
  7. harap mazidul masih kenal saya..

    bekas suami saya langsung tidak mengaku dia ada gf. selepas bercerai pun dia masih tak mengaku dan berkata pompuan tu hanyalah office mate sahaja.. alih2 dia kahwin dgn 'office mate' pompuannya tu...

    dan bila dah bekahwin dgn pompuan tu, still berhubungan dengan saya. bila pompuan tu iaitu isterinya sekrang ni bertanya samada ex hubby saya tu masih berhubungan dengan saya, exhubby kata, tidak ada. sedangkan pada hakikatnya kami masih berhubungan, masih keluar tengok wayang dan setiap petang lepas pejabat keluar dating. kalau isteri dia outstation lagilah dia suka sebab boleh keluar dgn saya seharian.

    segala sms, panggilan masuk dan panggilan keluar serta no. phone saya dia delete setiap kali sebelum dia pulang ke rumah. no. phone saya pula dia hafal dan dia tak save dalam hpnya. isteri tak boleh nak trace nombor saya sebab dia pakai phone company jadi bilnya sampai ke office.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya wanita sangat emosional. Bila berpasangan, dia mengharapkan lelaki itu menjadi pemimpin dia, tempat dia mengadu susah senang, tempat dia merujuk apa saja sebagai panduan yang baik dalam melayari rumahtangga. Wanita juga bila berkahwin, mereka menganggap hidup berumahtangga adalah suatu perkongsian walaupun tidak 100%.

    Wanita kebanyakannya setia pada suami yang satu. Bila dah bernikah, takkan adanya terfikir untuk berdating dengan lelaki lain, even kalau nak keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan, mesti campur lelaki dan perempuan, dan semestinya suami akan diberitahu untuk minta izin supaya tidak timbul persoalan di kemudian hari. Tapi lelaki, bila dah bernikah, anggap hanya isteri perlu mintak izin untuk melakukan sesuatu, tapi lelaki tidak perlu memberitahu isteri atau bertanya isteri samada okey atau tidak dia melakukan sesuatu perkara.

    Jadi, bila isteri dapat tahu dari mana-mana sumber tentang perlakuan atau kegiatan suami yang dia tidak tahu, semestinya isteri akan menaruh syak wasangka dan beranggapan suaminya tidak mempercayainya lagi atau tidak lagi mahu berkongsi. Dan memang fitrah wanita, "once bitten twice shy". Tak kira apa jua yang si suami kata, susah untuk isteri mempercayainya lagi. Tapi ini untuk kes yang sahihlah.

    Kalau setakat hearsay, si isteri perlu siasat dulu. Sebenarnya, senang nak tau, hari-hari hidup dengan pasangan, mesti dah tau rutin seharian.. kalau ada yang berubah secara tiba-tiba dan suami pulak takde nak bagi warning ke apa ke, maka siasatlah. Mesti ada benda baru yang akan ditemui.

    ;)

    BalasPadam
  9. saya selalu p endon, sendirian tanpa isteri. satu hari, isteri saya 'dinasihat' oleh mertua saya. "hang bagi laki hang p endon, nanti nikah dengan orang sana baru tau"
    apa lagi, balik saja terus dia cakap. "lain tak boleh p endon lagi"

    saya cakap, kalau saya nak nikah satu lagi tak payah p endon. kat sini pun boleh kawin. nikah kat perlis sangat mudah. kawan saya boleh uruskan dan boleh daftar terus.isteri tak tau punya. dan saya cakap kat dia, ini mesti ada orang nyucuk ni.

    sebenarnya, saya sangat bertuah kerana isteri saya sangat percaya pada saya. p lah mana saja dia tak ken cemburu dan bertanya itu ini. dan saya tidak akan mengkhiati kepercayaan itu.

    konsepnya mudah. kalau kita tidak suka isteri kita buat sesuatu yang tidak elok seperti makan berdua2an dengan jantan lain, kita pun janganlah p makan berdua-duaan dengan pompuan lain.

    baru balik dari endon. tengok merapi

    baca selanjutnya dalam
    www.azzadwa.blogspot.com

    BalasPadam
  10. salam...

    bagus jugak tips ni..anyway betul, pmpuan seringkali buatkan lelaki jadi serba salah. bukan stakat dlm hal rumahtangga jer, dlm hal2 lain pun byknya gitu..

    bila kita buat benda betul pun salah, bila buat salah bertambah salah..so, mana yg betul kalo gitu??

    BalasPadam
  11. Salam semua. Saya percaya suami saya 200% ok. Saya yakin tahap ultra dia takkan mendua/mentiga/mengempatkan saya w/pun dia kerja jauh dan hanya berjumpa sekali sekala. Cuma saya yg kurang yakin dgn diri sendiri, adakah saya boleh dipercayai...???

    BalasPadam
  12. Suami saya takkan tak boleh ada gf even dah ada saya....dulu memang la rasa sengal skang takdah sebab tau dorang2 tu tak kekal lama. ehm lagi satu perasaan saya terhadap suami saya perasaan hormat kerana dia bapa kepada bayi2 saya...sayang boleh hilang but hormat must ada...dia juga membesarkan anak2 saya...well kaum wanita kita tak sepatutnya depend 100% pd hubby kita...blaja2 la berdikari....

    BalasPadam
  13. Tapi instinct seorang isteri boleh menghidu kecurangan suami nyer... dan selalu nyer instinct tuh memang betul seperti di serkap jarangkan... hehehe

    BalasPadam
  14. Jauhilah kebanyakan dari pasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang. (Al-Hujurat, ayat 12)


    “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

    BalasPadam
  15. best entry ni..tapi kalu terserempak macam ni takkan ada terlintas idea yang macam saudara Mazidul utarakan ( saya la )mungkin terkedu atau terkejut...selalunya kalau berhadapan masalah macam ni saya diamkan diri je...Tapi very good idea, kena set dan simpankan dalam otak, so buleh gunakan bila perlu...Thanks

    BalasPadam
  16. i like u mr azzad...!

    untungnya jadi isteri azzad :)

    tuhan berkata~lelaki yg baik utk isteri yg baik.

    *suami i pun baik jugak tapi segan la nak wawarkan hoho :p

    BalasPadam
  17. kalaulah bekas suami saya mcm ezzad, beruntung i...heee

    i baik tapi bekas suami tak baik maknanya saya akan dapat bakal suami yang baik laa tu tak lama lagi...

    BalasPadam
  18. apa maksudnya suami curang tu? kalau suami pasang dua, tiga atau empat isteri itu curang, dan salah, tidakkah itu bermakna kita tuduh Nabi kita Muhammad SAW juga sebagai curang, dan yang benarkan dia berbuat 'curang' itu ialah Allah SWT, di dalam surah an-Nisa'.

    Tidakkah monogami ini satu salah konsep yang merosakkan dasar kita, akidah kita? Apa nilai kita mengaku islam kalau benci dengan hak Allah untuk menentukan sistem hidup kita?

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Nampaknya dari jawapan2 lelaki diatas masih mempertahankan ego masing-masing. Hakikatnya walaupun bermadu tu manis bagi lelaki tapi kena ingat xberapa manis utk perempuan. Kalau dulu anda bercinta bagai nak rak semata-mata nak kan si dia menjadi isteri. Kenapa anda sanggup melakukan sesuatu yang anda tahu mehancurkan hatinya.

    Kalau memang awak-awak semua bercita-cita utk berpoligami, saya nasihatkan anda bagitau awal-awal bakal isteri masing2 yang anda bakal memberi dia madu 2 3 tahun akan datang. (Kalau anda berani lah...Mungkin dia akan jawab blah la ko..x hidup dengan ko pun aku tak mati lah...) mungkin... atau dia akan jawab..ok i tak kisah..i suka hidup bermadu...

    Hakikatnya anak lelaki tetap tak rela jika ibu nya di tipu hidup-hidup oleh lelaki yang di gelar ayah. Anak itu tak kan menyokong perbuatan ayah dia yang menyebabkan si ibu makan hati, kecewa n down..anda semua suke kalau benda ni terjadi dalam keluarga anda? Ibu mendapat madu dari hasil temberang si ayah yang sudah terlanjur.. Kesian

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.