Khamis, April 08, 2010

Telefon Bimbit Haram

Telefon bimbit bak sebahagian daripada darah daging hidup kita. Jika tidak digenggam, telefon bimbit diletak di dalam kocek, beg tangan, diselit di tali pinggang atau digantung di leher.

Andai diteliti, majoriti kita lebih kerap 'berkepit' dengan telefon bimbit berbanding kekasih, isteri, suami dan anak.

Ayuh kita cuba menjadi kreatif dalam berfikir. Apa bakal terjadi kalau kita semua TIDAK dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit?

Susah menghubungi rakan, kurang bilangan video lucah dirakam menggunakan kamera video telefon bimbit in circulation, semua syarikat operator talian mudah alih bungkus dan manusia menjadi lebih sihat kerana tiada pencawang memancarkan gelombang berbahaya kepada tubuh manusia.

Itu hanya sebahagian kesan jika penggunaan telefon bimbit diharamkan. Lagi?

32 ulasan:

  1. Kalau tak ada handphone, Pager company dan payphones hidup balik lah business.....

    BalasPadam
  2. Tak Sanggup Tiada Handphone...
    Sesungguhnya kalau tinggal sanggup pusing ambik semula

    BalasPadam
  3. Hurm...ada kebaikan dan keburukan pakai Hp ni...so terpulang kepada setiap individu utk menilai...

    BalasPadam
  4. rakyat jelata akan mula menyimpan duit syiling untuk digunakan di public phone...
    huhu...

    BalasPadam
  5. Apan, that's a good one. Anda faham kandungan entry ini.

    Lepas itu, orang mula belajar beratur untuk menggunakan public phone.

    Maka akan ada 'kutu' membuat percubaan berulang kali memecahkan kotak coins.

    BalasPadam
  6. susah lah nak contact balik kawan2 lama.

    dekat plkn xboleh pegang hp.
    merasa la jugak hidup tanpa hp selama 3 bulan.

    BalasPadam
  7. salam ziarah.. ssh gak kalo xde henpon ni, mcm sy oku lagi perlukannya

    BalasPadam
  8. telefon bimbit sgt penting masa skrg kerana rasa selamat jika nak kemana keseorangan ~psikologi

    "Apa bakal terjadi kalau kita semua TIDAK dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit?"

    1.bisnes jual telefon bimbit,gadget dsbnye tutup.ramai akan hilang mata pencarian.

    2.susah nak contact kawan,famili,ambulan,polis,jika ada kecemasan.

    3.kesulitan kpd bisnesman kerana telefon bimbit sgt penting kpd mereka.

    kebaikkan:

    1. takde org nak skodeng ambek gambar curi dlm toilet atau sebagainye.

    2.takde org sebarkan gambo org lain atau diri sendiri dlm keadaan lucah dan menggiurkan ~ eh...ngape ada org ambek gambo sendiri dlm keadaan mengghairahkan pastu letak dlm fb.pelik... :(

    3.jimat duit sbb takyah topup credit hehe.. :)

    ini yg ada dlm fikiran combi skrg yang lain-lain tu biar azie sambung pulak tehehee :D

    BalasPadam
  9. Mungkin juga kes kecurangan terancang akan berkurangan! :)

    BalasPadam
  10. 1- Belanja anak2 dekat kolej/ universiti semakin kurang sebab anak2 kat kolej tu belanja telefon lebih tinggi dari belanja makan dia hari2.

    2- Banyak la temujanji biasanya tak jadi. Sebab kalau janji jumpa kat mekdonal kul 3, member yg satu lagi sangkut kat traffic jam, 3.30 pun tak sampai lagi... nak carik public phone takde, kalau ada pun nak dail camna? member sana bukan ada hp. akhirnya member yg sorang lagi... kul 3.30 tepat balik dah.

    3- Pasangan bercinta semakin romantik. Sebab aku pandang ko, ko pandang aku... itu je kerjanya. Recently, kalau kita tgk pasangan bercinta ni tgh makan sama2 pun awek sibuk gayut kat hp dengan member2 dia, yg laki plak bosan2... bukak facebook dari hp. Belum kahwin lagi dah tunjuk muka bosan gitu... dh kawin tatau la.

    BalasPadam
  11. kepada kita semua yg bergantung dengan handphone... kalau lah terlupa bawa handphone, punyalah resah perasaan! tapi bagi mereka2 yg tidak mempunyai handphone ( mcm mak sya di kampung ) mereka biasa2 jer... Well, you don't miss what you don't have!

    BalasPadam
  12. Salam Bro,
    Teknologi begitulah. Apabila sudah terbiasa; rasa hilang sesuatu apabila tidak digunakan. Teori asasnya senang. Manusia suka berhubung. Rasanya sekarang tak ada lagi budak bercinta pakai surat berenvelop.

    BalasPadam
  13. Huhuhuhu COMBI niii...

    Bagi aku kan COMBI:

    1. gelisah ler sesapa yang ada “kekasih gelap kelabu” kat luar tuu.. cemana nak contact? hikhik

    2. Cemana nak tanya anak dah buat keja sekolah ke belum? dah solat ke belum? bini dah masak nasik ke belum? dah lipat kain? dah gosok baju abang utk esok, yanggg?

    3. cemana nak tanya result game bola awal pagi tadi pada kengkawan SEKEPALA? sebab tertidor awal dek kerana ada “agenda” lain? hahahahaa > please jangan tak ngaku..

    4. Payah ler nak call ofis kalu tetiba nak buat emergency leave..

    5. MOST IMPORTANT... cemana gua mau call BONDA nak tanya dia dah makan ubat ke belum.. wuaaaaa....!

    BalasPadam
  14. Telefon diharamkan? Secara automatik aku akan terasa hidup dizaman batu.Buat panggilan pakai asap pulak ker macam red indian.sesak nafas tu..hitam la lubang hidung.

    BalasPadam
  15. cengko xkisah kalau tertinggal hp pun... bukannya org penting pun. lagi pun nnti balik rumah balas ler sms @ call yg masuk tu... tp xde yg penting pun... biasa2 saja...

    BalasPadam
  16. Handphone macam yang kita tahu ada kesan radiasi yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin satu hari nanti boleh wat Hari Tanpa Handphone atau 60 minutes without handphone cam Earth Day hari tu.

    BalasPadam
  17. if without hp:-
    - kurang access to gambar2 lucah n intenet.. so mengurangkan kes zina, rogol etc dikalangan remaja/dewasa
    - kurang infertility case...
    - kurang spending
    - takde bunyi lagu kat dlm surau time org tgh solat :-)

    tp sunyinyer dunia ini without henpon kan..

    BalasPadam
  18. bagus juga.. xdelah asyik terima mesej2 sampah yang katanya kita menang RM20,000. penipuan semata...

    BalasPadam
  19. heee yang bestnye pejabat post kembali meriah and WANGI..sbb byk surat cinta akan dikirimkan...siap ada perfume...bedak dlm surat tu hehhehe...

    BalasPadam
  20. Bro

    Amboi kak echah...

    Saya sokong pendapat kak echah sebagai ahli panel dalam Forum kita kali ini

    ha ha ha ha

    Bagi saya ia tidak menjadi hal, kerana di Yangon saya dah biasa tak de handphone.

    ada handphone pun aku nak call siapa, sebab kebanyakkan rakan di Yangon tak de handphone, semua guna landline. he he he

    BalasPadam
  21. Telefon Bimbit..
    Kehidupan Manusia...
    Kecil, Muda & Tua...
    Sudah Sebati Jua Selari Dengan Peredaran Zaman Yg serba moden & canggih...
    Dari Telefon Bimbit yang paling berat, Hingga yg teringan..
    pelbagai bentuk & warna... ada yg menggunakan sebagai manfaat & bantuan, ada juga yg menggunakannya hingga membawa petaka... Pendek kata, kematangan pemikiran individu dlm menggunakan teknologi selular ini :D

    BalasPadam
  22. Rasanya bukan semua orang perlukan hp ni ,macam saya ada pun tak pe tak da pun tak pa..kalau dulu kot nak tahu khabr berita dari anak2 tapi sejak ada face book macm langsung tak pakai hp.Jimat pun jimat.Ada hp pun bagus juga untuk urgent kalau jadi apa2,alat pertama untuk berkomunikasi ada sebelah kita,contohnya kalau kereta rosak tengah jalan ke atau ada orang jahat ikut kita ke. Yang tak baik nya tu lah banayk salah guna ,rakam benda2 tak eluk dan forward2 kat org lain.Benda lain macam buang masa bersembang atas perkara tak penting walaupun murah bila di kumpul tetap duit.Satu lagi suka berlumba beli yg baru dan berjenama...sanggup tu kerja ot untuk dapt kan benda tu semua sdgkan bila jatuh rosak ,atau leka sikit kena curi...

    BalasPadam
  23. bisnes buku telefon kecil maju balik
    bila tak ada henpon, orang kena beli dan pakai buki telefon kecil. jenuh la nak ingat nombor banyak-banyak..pen pon laku n selit dalam poket sekali..ada yang selit buku telefon dalam wallet, ada dalam poket
    lepas tuh, kena hujan basah abeh buku tuh..dakwat kembang..nombor hilang..semua orang maki2 dapat dosa..keke

    BalasPadam
  24. Salam Bro Mazidul,
    sekiranya diharamkan maka layulah AF! haha dah tak boleh la mereka2 yg minat AF tu mengundi.. maka industri seni akan berubah.. pasti senarai juara AF berubah.. mungkin tiada MAWI.. MILA.. dsb.. sebagai juara AF.. (jgn marah ye para peminat yg AFUNDI tuh.. hahaha)

    kemudian tidak akan berlaku lambakan barangan telefon bimbit seperti bateri lama dsb.. ini semua menyumbang kepada pencemaran alam sekitar..

    BalasPadam
  25. kesan telefon bimbit diharamkan maybe dpat tingkatkan produktiviti kerja sbb sblum ni klo diorang buat kerja ,hp tu turut "bekerja" sekali hehe (not mention to everyone ,sape mkan cili dialah terasa pedas)

    BalasPadam
  26. eheh.. dulu time takdak handphone kita ok je. kenapa skrg tiba2 bila takde handphone hidup bleh kucar-kacir lak? hahahahahah..

    BalasPadam
  27. Penyebaran fitnah yang berleluasa akan berkurangan,pergaulan bebas yang semakin bebas boleh juga dikurangkan,pendedahan bahan porno yg merosakan minda remaja juga boleh dikekang...dan banyak lagi kebaikan nya...

    BalasPadam
  28. Bro..ada juga yg menyalah gunakan tepon bimbit ni...ada 2,3...pastu main sorok2 lak dr isteri...utk duk umah pakai yg lain,kat luor lain...ada juga oleh krn terlampau sorok akhirnya terjumpa juga dek isteri...kat mana jumpe tu???....hehehhe...dlm pasu bunga kosong tepi bilik air..apalagi..perang beso le jawabnya!!!

    BalasPadam
  29. Bila kereta rosak di Lebuhraya atau jalan persekutuan, terpekik terlolong, melambai-lambai. Rosak pulak lorong laju..berpeloh seorang diri.

    tau tau- Crane dah tiba,

    BalasPadam
  30. dulu boleh pun hidup tanpa hp.zaman saya sekolah dulu tahun 1990an. masa tu tak semua org mampu pakai hp. surat cinta, pos malaysia especially time raya meriah. skrg ni org sms jek. langsung tak rasa apa. sebab ucapan tu sendiri adalah diforwardkan oleh org lain. blaja kat skolah pun tak terganggu dan takdelah mcm skrg ni depan mak bapak pun dok pegang hp borak sakan ngan kawan time parents berckp... huhuhu

    BalasPadam
  31. Apa bakal terjadi kalau kita semua TIDAK dibenarkan sama sekali menggunakan telefon bimbit?

    1. Tiada lagi kes perceraian melalui telefon bimbit
    2. Tiada lagi bekas isteri diugut oleh bekas suami melalui telefon bimbit
    3. Tiada lagi rakaman siksaan terhadap mangsa menngunakan telefon bimbit
    4. Tiada lagi.....huh macam macam where words cannot expresss it...

    BalasPadam
  32. saya amat benci bila memandu isteri sebelah main SMS, tak ada benda itu mesti kami lebih mesra berbual.

    saya amat benci lihat orang senyum-senyum sendiri dengan benda pelik itu, tau bercinta lepas tu nak kahwin duit tak ada...

    saya lagi benci bila orang terhangguk-hangguk dengan muzik gila dari benda itu, nak berbual pun susah... kita jadi patung di sebelahnya

    lagi benci bila ngadu tak terima SMS sebab bateri habis, kalau nak berbual dengan cewek pandai pula cas bateri

    asyik ditipu beli yang ori dapat barangan lanun! angin betul..

    telah dua kali terkena lambat tambah kredit nombor hilang, merayu nak beli nombor itu biarpun dengan harga RM1 juta pun kompeni cekik darah ini tak layan. Sombong!

    Sejak lama saya benci benda itu telefon bimbit; tak ada telefon bimbit saya okey sahaja; sebab saya dah bersara siapa nak cari saya. Saya ada talian bebas tol di rumah!. Bayar RM10 boleh berbual 24jam seantero Malaya, apa masalahnya?.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.