Sabtu, April 24, 2010

One Shot RM100

"Sekarang dia orang ramai enjoy di Golok," kata rakan. 

"Siapa?," tanya saya.

TIdak mengejutkan, mereka didakwa pelajar beberapa institusi pengajian tinggi, IPT di Kota Bharu, Kelantan, mengenakan bayaran purata RM250 semalam.

"Hotel Genting dengan Marina di Golok sekarang kalau hujung minggu penuh dengan orang Melayu. Ramai lelaki Kelantan bawa girfriend ke sana. Lagi pun hotel di Siam murah, RM50 dapat bilik macam hotel three star di Malaysia ," tambahnya.

Pelanggan dan pelajar terbabit dikatakan keluar bersama dari Kelantan melalui Rantau Panjang. Menjalankan kegiatan memperdagangkan diri di Thailand dilihat lebih selamat, tiada penguatkuasa jabatan agama mengetuk pintu dan menyerbu hotel.

Jam 2.20 petang tadi saya menghubungi seorang lagi rakan lain di ibu negeri Kelantan.

"Saya baharu dapat, umur 21 tahun, putih molek lah, asal Machang. One shot, RM100 sahaja. Dia kata dulu ada kontraktor buat kerja kat IPT tempat dia belajar. Dia pinjam duit, kontraktor tu kata, tak kan pinjam sahaja, tak ada habuan? Sejak itu dia mula cari pelanggan, semalam 3 orang, dapat RM300," ujarnya.

Hotel disediakan pelanggan.

Jika dakwaan itu benar, kini pelanggan ingin mendapatkan khidmat seks tidak perlu lagi berkunjung ke Thailand untuk meratah daging muda. 

10 ulasan:

  1. Sungguh tercabar dan terduga sekali pemimpin negeri serambi Mekah bila kes sebegini semakin didedahkan..

    bagaimanapun, kita sedia maklum maksiat berlaku di mana-mana tak mengira negeri pun..

    Di mana mudah, kata orang. Selagi ada permintaan.. Selagi ada...

    BalasPadam
  2. kisah lelaki malaysia ke thai utk sex tu mmg dh biasa...

    tp kisah pelajar ipt menjual diri ni cukup mengejutkn.. memalukan!!

    apa nk jd dgn remaja skrg!!?

    BalasPadam
  3. saya dah pernah dengar cerita ni tapi mungkin versi yang berbeza. Mazidul ingat tak?awal 90an dulu ramai student ITM (masa tu belum jadi U lagi) jadi GRO kat klang dan KL.
    SO sekarang liputan dah semakin meluas samalah spt jalur lebar yg semakin pantas.
    inikah harga sebuah kemajuan.Awasi anak dara aku.......

    BalasPadam
  4. apa dah jadi ni.pelajar ipt jual diri :(

    BalasPadam
  5. dah dengar jugak.pelajar IPT jadi sugar baby kpd sugar daddy..mmg lumayan semua ditanggung.

    tapi saya rasa kebanyakkan mereka mungkin terdiri dari keluarga yg kurang berada dan kurang kasih sayang.

    hidup dizaman yg penuh pancaroba maka iman menentukan batas sempadan.

    BalasPadam
  6. pelajar ipt mmg ramai skg wt 'kerja sampingan'...rs sedey ngn keadaan ini...generasi pemimpin akn dtg musnah begitu sahaja...klu dulu org kata 'baik jaga 10 kandang kambing dr jaga seorang ank dara'..skg nih, bkn 10 kandang, jgn kandang 1 malaysia pn lg senang dr jg ank dara..ape2pn, didikan agama penting, amat penting!dek zmn skg manusia terdedah ngn mcm2 pkara, hny Iman mampu mcegah...
    org kata 'ppuan kelate nih comey2'! mai ramai2 kesane...he3 (alamak, terlebih sudaaa)

    BalasPadam
  7. Bro

    Inilah dia orang sekarang, selagi tidak berpegang kepada ajaran Agama Islam, selagi itulah perkara perkara sedemikian akan berlaku dan di lakukan.

    Baik yang menawarkan perkhidmatan mahupun yang menawarkan wang mahupun yang terlibat secara tidak langsung.

    Sesungguhnya setiap orang adalah dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan pesan dengan kebenaran.

    Pesanan ikhlas: Berzina adalah haram di sisi Islam dan satu daripada dosa besar.

    BalasPadam
  8. ITM Jalan Othman tahun 80an dulu memang kecoh fasal GRO & pelajar yang rosak moral ini.

    Sampaikan ada "Green Lady" di asrama mereka. Katanya berpunca dari mengandung pelajar tersebut mengantung diri ketika memakai baju tidur rona hijau.

    Biasalah kejadian begini sering menganggu!. Rohnya tidak aman.

    Dulu & sekarang mana jauh bedanya!.

    BalasPadam
  9. alaa kat kl pun byk ayam local..tak main ayam asing

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.