Khamis, April 29, 2010

Pengawal Keselamatan Tangkap Muat

Kita kerap melihat warga asing bertugas sebagai pengawal keselamatan, antaranya di taman perumahan, hotel, pusat membeli-belah dan kilang. Adakalanya sebilangan kita berasa gentar apabila berhadapan dengan mereka.

"Bagi IC"

Arah mereka apabila kita memandu memasuki pintu utama kawasan perumahan berpagar.

Ewah! Banyak cantik muka engkau! Jika pengawal keselamatan meminta kad pengenalan, usah diserahkan kerana mereka SEMUA tidak berhak memegang apatah lagi menyimpan IC kita, rakyat Malaysia. Lesen memandu boleh diserahkan sebagai rujukan.

Sebilangan kita pula kecut perut kerana mereka pengawal keselamatan, lengkap berseragam dan kelihatan amat berkuasa.

Namun, pernahkah kita terfikir, siapakah mereka sebenarnya? Kewarganegaraan mereka? Adakah mereka benar-benar layak menjadi pengawal keselamatan? Hanya melalui pengamatan fizikal, majoriti kita tidak berupaya menjawab 3 soalan terbabit secara tepat.

Apapun, untuk pengetahun pembaca, hanya warganegara Malaysia, bekas tentera Nepal dan mereka berada di dalam senarai diluluskan Kementerian Dalam Negeri SAHAJA dibenarkan menjadi pengawal keselamatan di negara kita. Selain daripada kategori itu, mereka bekerja secara tidak sah dan menyalahgunakan permit kerja.

Sekaligus, rakyat Indonesia berstatus penduduk tetap, PR tidak layak menjadi pengawal keselamatan. Jika mereka dilihat bekerja, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa. Tahun lalu, saya pernah menghubungi polis memberkas pengawal keselamatan bertugas di kawasan perumahan saya sendiri kerana dia mendakwa kononnya berasal dari Sabah walhal warga Indonesia memalsukan dokumen diri.

"Ya, saya orang Indonesia, bukan dari Tawau, Sabah. Kasihani saya pak cik, saya baharu kahwin, ada anak kecil nak kasi makan," rayunya, sebelum polis tiba.

Apapun, salah tetap salah. Niat tidak menghalalkan cara sehinggkan saya hendak dikelentongnya. Setelah diarah menanggalkan pakaian seragam, dia kelihatan tiada beza berbanding pendatang tanpa izin warga Indonesia lain pernah diberkas menyalahgunakan dokumen dalam operasi saya sertai sebelum ini.

Jika diperhatikan, tidak ramai warga tempatan termasuk bekas polis dan tentera berminat menjadi pengawal keselamatan selama ini. Gaji pokok dbayar terlalu kecil, di antara RM300 dan RM400 sahaja sebulan. Jadi peluang pekerjaan itu diciluk warga asing digajikan majikan, syarikat keselamatan secara tangkap muat. Ketepikan soal kelayakan dan dokumen, mansuhkan latihan kawat dan ujian fizikal, cuma pacakkan mereka di lokasi kehadiran pengawal keselamatan diperlukan dan ikut arahan.

Jam 4 petang semalam, sedang saya makan di restoran berhampiran rumah, pesanan ringkas dihantar 2 pengawal keselamatan bertugas di pondok pintu utama apartment.

'Assalamualaikum bang. Boleh tolong belanja makan, kami tak makan lagi dari pagi sebab bos masih tak bawa wang gaji'

Lalu saya balas.

'Order lah apa nak makan, no problem'

Pastinya mereka berada di dalam keadaan terlalu lapar, jika tidak, mustahil sanggup menagih simpati saya, mereka kenali kurang sebulan untuk membelikan makanan mengisi perut.

Bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, bermula 1 Mei ini, gaji lebih 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara akan dinaikkan di antara RM1,000 dan RM1,450 secara brperingkat, kenaikan lebih 67% berbanding kadar gaji lama.

Syukur, semoga dengan langkah kerajaan menaikkan kadar gaji mereka, kualiti perkhidmantan pengawal keselamatan sebagai 'front liners' juga diharap akan meningkat. Pada masa sama, diharap kadar gaji baharu akan menarik minat lebih ramai warga tempatan untuk menjadi pengawal keselamatan kita, bukan bergantung kepada warga asing tidak diketahui identiti mereka tetapi berlagak mengalahkan Ketua Polis Negara.

20 ulasan:

  1. "Front linner" lambang rona2 Ma;aysia.


    susah gak bila tersesat nak tanya jalan pun pelat,tak tau.


    * respect YB Kamal ...yang agak fasih berbahasa Malaysia...bukannya
    berbahasa
    "itu raya jalan..itu mali.".

    BalasPadam
  2. Salam Sdr MAS,

    Pekerja asing di mana-mana (tanpa diketahui status sebenar mereka) -

    * pengawal keselamatan
    * buruh binaan
    * pembantu rumah
    * atendan stesen minyak (ada yang jadi 'ketua'/cashier)
    * pekerja kedai makan/restoran
    * tukang cuci pejabat
    * tukang urut

    adoiiiii... sampai tak larat nak disenaraikan... Jangan nanti di pejabat-pejabat besar, mereka juga yang jadi bos...

    BalasPadam
  3. Dulu kompeni saya menggunakan khidmat pengawal keselamatan dari satu kompeni tempatan. Sayangnya pengawal keselamatan mereka silih berganti membuat kerjanya tak efisien kerana kerap dalam latihan - probation period. Masalahnya semuanya pendatang asing. Ada yang langsung tak pandai berbahasa melayu pun.

    Akhirnya kami memutuskan untuk bertukar kepada satu security kompeni yang international. Alhamdulillah, keenam2 pengawal keselamatan orang melaysia, 5 darinya melayu - dan mempunyai asas seni mempertahankan diri.

    Walaupun pihak syarikat terpaksa membayar 4 kali ganda lebih mahal dari syarikat yang lama. Tapi kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Malah kami tahu apa yang berlaku setiap 1/2 jam melalui report yang diberikan.

    BalasPadam
  4. setujuuuu...

    ..mmg gaji dinaikkan, tp ADAKAH rakyat tempatan ingin bkerja sebagai pengawal keselamatan?ada pn segelintir aje..Majikan(KONPEM) akn ambil pekerja yg sgp bergaji rendah, itu psl warga asing yg mengawal..

    ..BAHAYA kerja 'guard' nih...

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ..

    tapi bukankah pengawal keselamatan ini mewakili syarikat yang besar juga? Bagaimana syarikat2 ini boleh mendapatkan pekerja asing begitu ramai sekali. Pasti ramai selalu nampak, pengawal2 ini diangkut dengan van penuh (7-8 orang) setiap pagi ke lokasi2 tertentu untuk berkawal (shift).

    Jadi sebelum tangkap pekerja, syarikat tu wajar diperiksa sekali. Tak susah pun, kan?

    *Hasrat saya, ingin melihat kembali orang tempatan memonopoli bidang kerja itu termasuk menjadi maid. Seronok pula bila lihat dalam drama2 di rumah orang2 kaya, pembantu rumah mereka semua orang Melayu kita...

    Tak mustahil pun sebenarnya. Asal gaji memuaskan.

    BalasPadam
  6. Cakap pasal pengawal keselamatan ni, saya cukup tertarik dan 'respect' kepada pengawal keselamatan/polis bantuan bagi LHDN Pulau Pinang ( kalau boleh saya sebutkan namanya, Saudara Shukor ). Dia bukan sahaja pengawal keselamatan tapi bagaikan salah seorang staff di LHDN yang mana semua orang yang ingin menndapatkan nombor dan bertanya masalah terus mendapatkan layanan yang baik disamping menyelesaikan apa jua masalah( dengan memberi panduan ) yang dihadapi kami pelanggan LHDN. Saya perhatikan dia boleh berkomunikasi lebih baik lagi daripada sesetengah 'receptionist' di jabatan kerajaan yang lain!!!

    BalasPadam
  7. kak cik seroja>di bangunan tmpt sy bekerja mmg pekrja asing yg jd bos,those who r from europe,America, India & Hong Kong.

    Mazidul> bagus juga gaji mereka dinaikka,risiko kerja tinggi,& supaya kredibiliti pengawal keselamatan lebih terjaga.

    p/s:bagus mengingatkan supaya tidak memberi IC kp Pengawal Keselamatan,krn IC kita adalah paling bernilai. Jgn tinggalkan di mana2 kaunter sekali pon.Gantikan dgn Lesen/Kad ID yang lain.

    BalasPadam
  8. Salam en mazidul,

    saya setuju. pengawal keselamatan kebanykkannya tangkap muat je. ramai juga pendatang asing,asal ada. Dulu-dulu takut gak if derang mintak IC utk masuk premis. now dah tau, tak pernah beri. if nak juga simpan, beri lesen memandu.
    baguslah gaji minimum dinaikkan. mungkin menarik warga tempatan utk bekerja dlm bidang ini.

    BalasPadam
  9. Walaupun saya ada diploma, namun saya pernah ada pengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan atau 'Pak Guard' selama 3 tahun.Pesara tentera/polis dan remaja tercicir menjadi golongan yang memonopoli kerjaya ini.
    Bayangkan sebulan gaji kasar RM600-RM800,kerja 12jam sehari,7 hari seminggu.Gaji pula seringkali lewat diterima.Ini menyebabkan mereka bersikap pasif,seringkali tidur ketika bertugas,tak berdisiplin dan kurang berinteraksi dengan pelanggan.
    Saya tumpang gembira bila gaji pengawal keselamatan dinaikkan,kerana itulah yang pernah saya harapkan sebelum ini..

    BalasPadam
  10. sangat sukar kalau nak tanya jalan ke apa ke....macam percakapan antara ayam dan itik....nak bercakap bahasa Malaysia pun tak dapat, cakap English pun tak reti...jadi macam mana la majikan boleh amik diorang jadi pengawal kalau nak berkomunikasi dengan orang tempatan pun sukar...

    BalasPadam
  11. heheheheh kita berhak tak bagi IC pun... hanya beberapa badan penguatkuasa sahaja yang boleh periksa IC ni.... jgn salah faham, tak semua berpakain unifom boleh pegang IC orang lain... kena tau badan unifom mana yang ada aktanya sendiri yang memberi kuasa untuk buat pemeriksaan IC>...

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum,

    setuju dengan kakcik seroja. Kini terasa macam duduk menumpang di negara sendiri. Warga asing berlagak bagai raja sekarang. Di apartment saya tinggal pun ada warga asing sebagai pengawal keselamatan. Katanya warga nepal, entah betul atau tidak. Geram kadang2 bila lagak sombong ditunjukkan tiap kali tetamu datang .. Dah dapat tips dari cik mazidul, bolehlah lepas ni diadukan....

    Tersentuh hati bila baca pengawal keselamatan tempatan berlapar kerana majikan yang tidak prihatin. Elok majikan macam ni pun dikenakan tindakan. Melewatkan pemberian gaji.

    BalasPadam
  13. Emmm RM1,450 kalah pencen Staf kerajaan seperti kami ini! mahal gaji tu, belum masuk tuntutan lebih masa pelbagai!

    BalasPadam
  14. Pengawal keselamatan kat umah acu majoriti nye warga Indonesia..pastu berlagak nak mampus...

    BalasPadam
  15. salam,

    nnt bro bleh check sama ada terlalu byk syarikat keselamatan nie..sampai oversupply...or sekarang just ngam2 sahaja.

    bukan apa..pernah terbaca yg kos menghantar duit ke bank rm60 1 trip..tapi punya banyak company yg bersaing..1 trip jadi rm25 sahaja...dgn charge sebanyak tuh...mana tak gulung tikar company2 sekuriti nie kalau gaji pengawal naik.(figure sebenar saya terlupa..tapi lebih kurang itulah)

    nie pon menyebabkan duit berjuta2..yg sepatutnyer dibawa menaiki kenderaan khas kalis peluru..akhirnya dibawa menaiki van yg diubahsuai...mungkin tidak sesuai dgn jumlah duit yg dibawa.

    BalasPadam
  16. arituh terdengar pengawal2 nie berborak..dieorg mmg tak percaya langsung dgn kenaikan gaji nie..dieorg cakap..takkan lebih dari gaji konstabel polis?(saya tak check plak gaji konstabel berapa)

    pasal pengawal keselamatan tak cukup duit makan..yuppss..berlaku depan saya...masa tgh beratur amik makanan..die bisik pada tokey kedai..boleh tak masuk buku...die kate belum dapat gaji.

    korang yg makan gaji..pernah ker alami situasi sebegini sampai takde duit nak makan?syukur sangat2... n mmg patut revise gaji

    BalasPadam
  17. Salam En Mazidul,
    Saya mmg meluat dgn guard kat carefour klang ni,dah la bau bdn busuk lps pandang org mcm kita ni menumpang negara dia.setiap satu kaunter seorg guard asing ni mesti terpacak..memang nmpak diaorg ni dah melampau sgt,muka tu dah la sombong dgn pandang kita ni x berduit pula...dah berapa kali saya isi form complaint kat carefour tu sampai hari ni muka tu jugak yg tegak terpacak..

    BalasPadam
  18. btol tu..pelik gak..warga asing yg belum tentu ada pengenalan diri yg terpaksa jaga harta brg milik kita...tak ke brasa curiga ngn diorg nih...

    BalasPadam
  19. Bro

    Saya pun pernah mengalami pengawal di pintu masuk minta belanja makan , tambah lagi kawasan teratak buruk saya tu memang terpencil, kesian mereka.

    Khabarnya, antara syarat menjadi pengawal keselamatan ialah boleh berbahasa Melayu, mungkin boleh bercakap "Mau pigi mana?" "Jumpa siapa", sini ta boley mashuk" sudah dikira cukup padai berbahasa Melayu

    Entahlah...hanya Jauhari mengenal Manikam

    BalasPadam
  20. syabas tuan, kupasan seumpama inilah yang ingin kita lihat. tak payah berdolak dalik dan kelihatan santai sahaja. walau bagaimanapun, bolehkah jika saya bagi pihak seluruh warganegara Malaysia mencadangkan agar isu pekerja agensi kerajaan yang berstatus penduduk tetap (khususnya rakyat indonesia) diambil perhatian. sebagai contoh, terdapat dalam kalangan pensyarah yang ber IC merah dan mengajar kursus kenegaraan atau kursus-kursus yang berkaitan dengan isu-isu penting di negara kita. Adalah dikhuatiri jika mereka terus diberikan peluang mengajar kursus terbabit akhirnya akan menyebabkan para pelajar kita di IPTA/IPTS mendapat suntikan ilmu yang terpesong atau merosakkan pemahaman pelajar tentang dasar-dasar kerajaan serta harapan rakyat Malaysia seluruhnya...

    Cuba fikir-fikirkan....

    Si Pensyarah ber IC merah berkata "Perlembagaan Malaysia mengiktiraf mereka yang ber IC merah sebagai warganegara dan asal usulnya tidak boleh dipersoalkan"

    persoalan:
    1) apakah kesannya kepada kita?
    2) siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan thdp isu ini?
    3) bijakkah pihak pengurusan IPTA/IPTS mengambil mereka berkhidmat bagi kursus-kursus berkenaan?

    sekian, mohon perhatian.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.