Saya tertarik melihat papan tanda 'Welcome, KL'. 'KL' bukan Kuala Lumpur tetapi Kuala Lurah, kawasan digelar 'cowboy town' terletak di sempadan Limbang, Sarawak dan Brunei.
Barangkali tiada siapa ambil kisah berhubung papan tanda menyembah bumi, gambar saya rakamkan.
Begitu juga bangkai kucing hampir hancur dilanggar berulang kali dek kenderaan pelbagai jenis.
Pengunjung dari Brunei, penduduk tempatan dan peniaga di Kuala Lurah sibuk. Gambar tempat membuang sampah saya rakam tengahari tadi jelas menggambarkan 'kesibukan' mereka.
Oh! Kurang jelas?
Ya! Ratusan botol kosong beer, bukti betapa sibuknya aktiviti siang dan malam di kawasan ini. Menariknya, saya dimaklumkan gerai makanan di kawasan sama tidak memiliki lesen menjual arak.
Mungkin peniaga di sini baik budi, mengutip setiap botol arak habis diminum orang ramai, membungkus dan kemudian membuangkan botol kosong.
Must be kidding, right? Apapun, ada sebilangan berkata 'laws are made to be broken'. Pelanggan membeli arak murah, peniaga untung. Lesen? Ada siapa kisah? Arak adalah arak. Pasti ada pihak berkuasa sekadar tutup mata.
Barangkali papan tanda nama sebuah daripada kedai di tepi jalan utama ini merumuskan segala kegiatan di sini, perhatikan.
Nota Ibnu Marzuki al firdaus JANGAN hantar sebarang komen ke blog ini! Saya hanya berurusan dengan manusia waras sahaja di sini. Bawa kebodohan awak ke tempat lain.
Ya.. terpulang kepada anda (UP2U)..
BalasPadamAndai baik, tak mengapalah melibatkan orang lain.. yang susahnya, bila buruk.. bala itu tidak terturun kepada mereka yang mungkar sahaja..
xde penguatkuasaan la ni...
BalasPadampeniaga pun nauk kapla...
alahai..
BalasPadamcomel betul nama kedai..
ape2 pon, up to you right??
pilih yang baik..
jauhi yang buruk..
Wah wah wahh..! ayat tu nampak sangat supaya peniaga itu tidak mahu rasa bersalah langsung, kan?
BalasPadamxheran la kucing pun kne langgar ,
BalasPadamorg lalu mabuk lalu lalang
kalo setiap org guna 'UP TO U' pasti malaysia akan jahanam...
BalasPadampemandangan yg biasa jugak kat sini en mazidul.botol minuman keras dimana-mana jek.
BalasPadambaru-baru ni jumpa kondom diatas tangga ketika bawa bujang ke kelas memandu utk ujian komputer dikk.sgt menjijikkan.tak pasti tugas sape utk meninjau keadaan tangga bangunan kedai yg kotor dan berbau hancing :(
heran...kat atas tangga pun bole.uishh :(
Uih... pesta arak sungguh kalau gitu gayanya. Patut la bila siang rupanya macam pekan koboi mati, rupanya koboi2 mmg mati waktu siang pasal malam sibuk menembak.
BalasPadamBro
BalasPadam1. Di tempat tu penduduknya ramai orang bukan Islam kan?
2. Kucing tersebut mungkin di langgar (read: dilenyek) oleh pemandu mabuk
3. kisah si Sewel - > ha ha ha ha ha Nak tahap IQ dia? cuba tengok ejaan dia ... banyak yang tak betul, budak sekolah rendah libih pandai mengeja
( contoh: Ak N g x p2 tyg bd ff kk sms j t u r sj - setalah kaji selidik ia adlaah bermaksud: aku tak de credit nak balas sms korang, walaupun sms tu berharga 1 sen sahaja)
HA HA HA HA HA HA HA PADAN MUKA KENA MARAH DENGAN ENCIK MAZIDUL
Nota: Ada la sorang blogger tu, aku sms tanya khabar pun tak boleh nak jawab, credit takde katanya, wal hal (maxis to maxis) free kan?
ha ha ha ha 'Up2U'
Tiap2 kali tenguk lambang Calsberg ni sedih pun ada kadang2 dekt diding bas express dekat 7eleven ,dekat highway masuk shah alam(yg tu lg besar) ,boleh katakan tiap2 hari tenguk lambang ni...tiap kali tenguk lambang ni selalu nampak muka orang cina yg jadi sebahagian dari kita entah kenapa ye ,mau juga cakap tak de cina tak de tuak tapi macam salah je bunyinya.
BalasPadamAssalamualaikum En. Mazidul. Kalaulah KL itu dihuni majoriti umat Islam, sesungguhnya keadaan ini amat memalukan. Kita mengharapkan kemajuan dan ketamadunan akan segera hadir ke KL tersebut.
BalasPadamTerima kasih.
terkejut tenguk longgokkan sampah carlsberg tu..sebab kawan sy dr Brunei cakap kat sana benda2 macam ni mana ada, tak wujud peminum arak secara terbuka cam msia ...kat msia aje ada..terimaksih tuan mazidul..sy nak email gambar dan artikal ini kat kawan sy....
BalasPadamKesian kucing tu. Tak pasal-pasal jadi mangsa.
BalasPadamHurm...kalau dah sampai berkotak-kotak botol arak kat kawasan tu, mmg obvious la diorg kaki minum.
Hurm...menyedihkan.
salam sume..
BalasPadamMrsNor - mmg la di Brunei x wujud open drunken2 master ni coze polisi negara mereka melarang penjualan arak di sane..tp yg meramaikan area di KL sane 2 mostly pak2 aji n mak2 aji sebelah umah 2 la...(ini adalah fakta)..do some research b4 make judgement...x perlu email dia pun dh tau 2...sape yg berduyun-duyun dtg ke KL sane klu x....org Brunei..??? indahnye kaba dari rupe..sorry 2 say..tp bukan sume..mostly..kiki!!
alidyangon - majoriti ramai penduduk bukan islam...bisaya n iban...so no wonder la kan...tp ramai gak org islam yg g "minum" kat KL 2...haha..jgn mare jiran sebelah ye...(ini adalah fakta)
knowlee - semenanjung very diffrent wit sabah n s'wak....it about budaya bg masyarakat di sana...x heran klu ade yg buat breakfst...so thts the way bg masyarakat umah panjang...
kadang2 susah untuk menilai apa yg kita lihat dari sekeping gambar...kadang2 sekeping gambar sudah cukup menjawab segala2 nye...
bro Mazidul,
BalasPadamlagi kita kata JANGAN lagi la si sewel tu nak hantar komen kat blog ni dan blog-blog lain...jenis manusia celaka yang guna otak yg terletak kat kepala lutut...
kalau jumpa haiwan kena langgar esp kera n kucing, memang rasa nak turun kereta dan tolong ketepikan haiwan tu; tapi masalahnya takut kita lak kena langgar coz faham-faham lah pemandu di Malaysia nih...amat bertimbang rasa dan sopan santun di jalan raya...N=Akhirnya nangis dalam hati..selemah lemah tindakan yg mampu dilakukan
BalasPadamMaka yang haram itu sememangnya jadi buruan; tak kiralah arak mahu pun pelacur...
BalasPadamApatah lagi bukan umat Islam yang ramai di "KL" sana, sedangkan di mana buminya majoriti org Islam pun arak dijual bebas... kita pernah bangkitkan isu kenapa 7eleven, TESCO & mahupun Giant jual arak, bagi saya biarlah kedai arak semata jual arak. Tidak sampai kita akan dituduh berkompromi nanti!. Isu ini senyap, semalam saya ke TESCO masih dijual arak di sana!.
Sesuatu kena dilakukan untuk membetulkan keadaan ini, bermula dari "KL" sana hinggalah ke KL sini...
Ini kerja kita yang namanya Nahi Mungkar (Nahi itu bukan cakap Hindustan yg skripnya memeningkan)
Kenapa pihak penguatkuasa tak ambil tindakan terhadap kedai yg jual arak tue..
BalasPadamTak ada disiplin lah dorang nie...
so thats life bro.jgn nak kat tmpy org mcm2.i think there are somewhere more worst than this..tnah malaya
BalasPadamkalau dah tahu benda tak betul berlaku, jgan nak kutuk je.. cari jln mcmana nk selesaikan. klu syk kutuk bila nak maju.
BalasPadamPerkara ni bukan sesuatu yang baru bagi penduduk Limbang.Sangat nyata dan jelas.Bak kata Nabil "Lu Fikirlah Sendiri".Tempat ni berdekatan dengan Imigresen dan Kastam..Tapi persoalannya apa peranan pihak berkuasa??Jawapannya..."Mereka sudah 'Kenyang'.."Maaflah sekiranya komen saya menyinggung perasaan mana2 pihak.Tapi ini adalah kenyataannya.Saya sebagai anak tempatan juga merasa malu.Hakikatnya masih banyak lagi maksiat dan kesalahan di 'pekan' kecil ini...
BalasPadamBoys dan Isaikano65, kalau setakat berselidung di sebalik nama ingin berkokok seperti ayam jantan, tak payahlah.
BalasPadamKita pun tak tahu awak berdua 'bertaji' ataupun tidak.
Apbaila ada pihak membangkitkan soal ini, konon marah. Sudahlah!
* bila baca ayat2 Ibnu Marzuki teringat ayat2 'cinta' di RMKL tahun 2000an, bagaikan musang berbulu KUCINg..
BalasPadamsungguh kejam realiti ni kan. tetapi hakikatnya begitulah dan penjelasan bergambar membawa 1001 makna tersirat dan tersurat. Syabas bro atas beritanya.
BalasPadamSaya dari Brunei..Jangan menyalahkan rakyat Brunei kerana datang ke Limbang. Kerajaan Brunei mengharamkan penjualan arak di Brunei (tidak ada arak dijual di bumi Brunei). Peniaga tanpa lesen di Limbang semakin lama semakin dekat jaraknya dengan sempadan Limbang-Brunei. Ada 2 Pejabat Imigresen di sana, Imigresen Brunei dan Imigresen Limbang. Dan peniaga-peniaga nie cuma bersebelahan Imigiresen Limbang!! (bukan dekat dengan Imigresen Brunei). Ini adalah di luar kuasa Kerajaan Brunei. Sekiranya ianya berada bersebelahan dengan Imigresen Brunei dah tentu lama dulu diserbu hingga ke akar umbi..Sebahagian pendapatan Limbang dan Miri datangnya dari penduduk Brunei yang datang berkunjung, samada berkunjung keluarga di sana, membeli barangan harian, atau sekadar bercuti..Dan sekiranya ada Haji pun tidak menghairankan sebab menjadi kelaziman orang Brunei naik haji sebelum kahwin, malah sebelum berumur 10 tahun sudah pergi haji..Majoriti penduduk Limbang di kawasan tersebut juga bukan beragama Islam, mereka ini juga menjadi regular customer..Sekiranya betul-betul hendak menegakkan keadilan, pihak berkuasa di sana lah yang harus bertindak. Jangan menyalahkan 'jiran anda' di sebelah. Kerana 'jiran sebelah' ini sebenarnya selama ini membantu ekonomi di Limbang..
BalasPadam