Ahad, April 18, 2010

Pelacur RM15

Melaka Bandaraya Bersejarah.

Jika Hang Tuah masih hidup, pasti laksamana lagenda itu bersedih melihat pelacur mundar mandir di Jalan Tun Ali.

"15 ringgit! 20 ringgit!" teriak bapa ayam.

Saya difahamkan majoriti pelacur memperdagangkan diri di lokasi terbabit dengan harga maksimum RM50 bagi satu sesi singkat berasal dari Sabah. Rakaman menggunakan kamera tersembunyi krew 999 juga membuktikan fakta sama.

"Mengapa ramai dari Sabah?," soal saya.

Namun tiada siapa dapat memberikan jawaban tepat sewaktu saya bertemu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Superintendan Hamdan Majid beserta pegawai dan anggota polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap jam 6 petang semalam.

Sewaktu tinjauan dijalankan, kami dapati majoriti pelanggan, warga Bangladesh dan Nepal. Mereka datang ke Jalan Tun Ali secara berkumpulan, sebilangan tersenyum lebar sambil berjalan berpegangan tangan sesama lelaki. 

Pelacur dilapor menawarkan khidmat seks setiap hari di antara jam 12 tengahari dan 10 malam di beberapa hotel murah dan premis di tingkat 1 rumah kedai.

"Tahun lalu sahaja polis membuat 37 serbuan di Jalan Tun Ali dan lokasi lain di Melaka untuk membanteras kegiatan pelacuran. Terbaharu, Ketua Menteri Melaka telah mengarahkan kita hentam kawasan itu," jelas Hamdan.

Hemat saya, kegiatan pelacuran di Melaka tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan kes pelacuran di Lembah Klang. Namun negeri Melaka kecil, aktiviti tidak bermoral seperti itu menjadi buah mulut orang ramai.

Tunggu perkembangan seterusnya.

20 ulasan:

  1. Salam Sdr. MAS..

    kakcik tertanya-tanya ke mana Sdr menghilang dalam dua hari lepas.. rupanya ada misi yang diteruskan.

    Bongkarlah segala keburukan, agar pihak yang berkenaan mahu membuka mata mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya bukan sekadar bersikap seperti pahat dengan penukul. Telah terlalu banyak perkara yang menyakitkan mata, hati dan perasaan berlaku bagaikan negara ini bebas dari segala penguatkuasaan. :(

    BalasPadam
  2. 'profesien' tertua di dunia ini berlaku di mana sahaja ya.

    pelik juga ya, kena Sabahan yang ramai sebagai penjawatnya

    BalasPadam
  3. Bro, walau bagaimanapun kita kasi gegar isu pelacur ini , sampai bila - bila pun pelacur takkan lenyap di dunia.

    BalasPadam
  4. Melaka Bandaraya Bersejarah...
    Sejarah apa? tanya anak2 zaman akan datang.
    Sejarah pelacur termurah cuma RM15 je.. jawab mak bapak zaman akan datang.
    Rupanya Lagenda Hang Tuah lima bersaudara dah telah dilupakan dek penangan pelacur murahan.

    BalasPadam
  5. rm15?murah sangat harga diri seorang wanita :(..saudara harus bongkar sedalam2 nya..biar buka mata sume orang..ana meminati rancangan saudara.

    BalasPadam
  6. say no to pelacuran, hentam habis2an ke akar umbi.. jika tidak, tidak mustahil negara malaysia yang dilabelkan negara islam contoh menjadi negara islam contoh yang penuh dengan maksiat..

    BalasPadam
  7. Selagi ada penawaran dan permintaan memang aktiviti sebegitu agak sukar dibanteras...tapi saya percaya pihak polis sentiasa memantau aktiviti tidak sihat ni dari terus menjadi barah kepada masyarakat....

    BalasPadam
  8. Salam bro MAS...
    Sekarang tengah buat serbuan kat Melaka??
    Kenapa tak bgtau??
    Boleh saya menyebuk dan dapat masuk tv..
    hehe..
    Baguslah krew 999 dah buat serbuan..
    tempat tu sangat horror terutama waktu tgh2 malam..
    takut nak lalu jalan tun ali..
    tahniah bro..
    teruskan usaha habis2an..

    BalasPadam
  9. jadi golongn mana yang menentang jika tiada PATI, bisnes kurang

    BalasPadam
  10. kan adil namanya pihak TV memasuki semua negeri samada Pro atau tidak kepada Kerajaaan Pusat.Jenayah ada di Malaysia.

    BalasPadam
  11. Bro

    Pelik lagi ni

    Apalah yang sedap sangat nya ni?

    Terus terang cakap, kalau air dalam gelas yang sudah dijamah pun saya geli hendak meminumnya,

    Inikan pula buah Kelapa Mawar yang sudah di tebuk tupai

    Bukan sebarang Tupai, tapi tupai Baru ka...lama

    ha ha ha

    Minta mahaf

    Free-Of-Charge sekali pun aku tak mahu

    Tak gitu Abang Aji?

    Mungkin mereka yang terlibat adalah mangsa Ekonomi sekarang atau alasan mereka sahaja

    Tidak suka, tidak rela, tidak dipaksa, perkara ini tidak akan menjadi, Tiada angin, tiada tupai melompat, tiada orang yang goyang, tiada bulldozer langgar, masakan pokok bergoyang

    Entahlah

    BalasPadam
  12. buat malu org Sabah je...
    salam, tuan mazidul... mgkin 'ayam2' ni PATI yg mmpunyai IC dr Sabah. di Sabah, mereka dah excessive supply.. so terpaksa cari lokasi lain..
    mmg sukar nak bezakan PATI dan org tmpatan sabah, mudah je. we can always tell them by their dialect and the way they pronounce 'R'..very2 distinctive...

    BalasPadam
  13. XKAN habis hal2 pelacuran nih...cuma akn bkurangan shj..itupn memerlukan usaha semua pihak..org awam pn patut sertai dgn melaporkan hal2 sebegini..kdg2 kita tau, tp kita juz diamkan diri shj..anyway, usaha 999 terbaikkkk....

    BalasPadam
  14. Kak cik,

    lepas Melaka, Negeri Sembilan pulak , bandar Seremban akan masuk TV hee

    BalasPadam
  15. RM15 sahaja untuk diri dijamah orang warga asing...

    Warga asing yang sememangnya dahagakan 'benda tu' memang tak banyak kira jika harganya begitu...

    Terfikir juga, mengapa Sabahan yang ramai terlibat dalam perniagaan tertua ini.

    Adakah sindiket yang membawa mereka ke sini? Ini mesti siasat...

    BalasPadam
  16. Salam semua.
    Wahai insan2 itu, kemalilah ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka untuk kalian.

    BalasPadam
  17. Sabah itu hanya sebutan mudah; kalau dulu tahun 80an mereka suka sebut Kelantan; atau Pantai Timur; hakikatnya mungkin tak semua dari Sabah. Sila siasat betul-betul, jika faktanya sahih barulah kita boleh pertikaikan; kenapa bah!... kasihan warga Sabah!.

    Setahu saya jika telah sampai ke RM15 pastinya pelacur itu telah berumur. Tak tahulah nafsu manusia; bagi manusia normal rasanya jika perempuan dah berumur atau tua pastinya gelora nafsu kita amat terbatas. Kecuali satu... asyik minum Kopi Jantan atau bahan perangsang yang sewaktu dengannya. Kurangkanlah pengambilan bebenda begitu!.

    BalasPadam
  18. teringat lagu ND Lala.. "Melayu tak hilang.. yang hilang maruah.."""

    BalasPadam
  19. sebenarnya bukan dari Sabah pun, mereka berasal dari Indon. mereka hanya menggunakan nama negeri Sabah or Sarawak untuk mengaburi pihka yang berkaitan ataupun para pelanggan.

    BalasPadam
  20. Fardhu kifayah yang 999 dan krew lakukan kita ucapkan terimakasih..double thumb pada semua krew
    terutama bro mazidul.teruskan usaha murni moga kita semua dipelihara dan dirahmati Allah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.