Isnin, April 12, 2010

Pelacur 'Nenek Lampir'

Gambar di bawah membuatkan sebilangan individu di Limbang, Sarawak menarik nafas lega. Saya, Mohd Raziff Zulkafli dan jurukamera, Rafi Kassem pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2.50 petang tadi.


Namun sebelum menaiki pesawat, 999 mendapatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Cawangan Limbang menyerbu dan merampas ribuan cakeran optik cetak rompak di Plaza Purnama terletak di bawah hotel  kami menginap selama 4 hari. Sebelum menghubungi KPDNKK, Raziff dan Rafi menjalankan tinjauan dan rakaman awal.


Saya juga difahamkan KPDNKK Cawangan Limbang diarahkan KPDNKK Putrajaya dan Kuching menukar papan tanda dan 2 bendera terbabit dengan kadar segera. Baca tampalan berhubung perkara ini di sini.


Saya difahamkan, kehadiran 999 di Limbang mencetuskan keresahan pelbagai pihak. Sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras dan pelacuran, antara kelompok terjejas kegiatan. Saya maklum, pergerakan kami selama menjalankan tugasan di Limbang sentiasa diperhati dan dipantau pihak tertentu

"Orang ambil tahu kerana orang sayang bang," ujar pemandu, berseloroh.

Terima kasih kepada Yem dan abangnya sudi membantu kami melaksanakan tugasan.

"Padanlah pelacur selalu pagi pagi mundar-mandir di plaza ni, tiba-tiba tak nampak," ujar kakitangan kafe di hotel.

Saya juga dimaklumkan pelacur 'disimpan' buat sementara waktu sehingga krew 999 pulang ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun jam 10 malam semalam, kami berjaya 'memancing' pelacur Indonesia ke bilik dan Rafi menyamar pelanggan. Rakaman menggunakan kamera tersembunyi selama 1 jam berjaya kami sempurnakan, bukti kegiatan pelacuran berleluasa. Lihat persiapan rapi menyediakan kelengkapan audio video dilakukan Raziff dan Rafi di bilik hotel.


Pelacur terbabit berusia 28 tahun, berasal dari Pontianak, Indonesia menawarkan khidmat berharga RM250 bagi tempoh 12 jam.

"Cantik ke?," tanya saya.

"Macam nenek lampir," kata Rafi.

'Nenek lampir,' istilah diguna menggambarkan wajah hantu wanita hodoh di Sabah.

Rakaman temubual bersama pelacur terbabit akan disiarkan Khamis in, jam 9 malam dalam 999.

Buat seketika, biarlah Limbang tenang, saya pasti akan kembali lagi ke sana pada masa akan datang. Banyak kerja belum diselesaikan.

15 ulasan:

  1. Nenek Lampir? ohh...

    wuaaaa.. sekarang baru saya tau. Sebab dulu ada yang pernah panggey saya dgn gelaran tu.. cisssss... hodoh rupanya.

    Apapun selamat kembali ke KL, BRO. Snap dari belakang pun leh kenal dah itu BRO MAZIDUL.. heheehe...

    BalasPadam
  2. Opss baru terperasan dlm previous entry, ada peringatan untuk seseorang..

    Dan tergelak besar baca komen ALID..

    weyyy ALID. Lain kali hantor ler sms kat orang yg sudi balas.. Macam ANGAH nya nihhh..

    BalasPadam
  3. wakakaka.. bagaimanalah perasaan Rafi berhadapan dengan nenek lampir tersebut ya? :)

    Sdr MAS,

    link blog kakcik telah bertukar ke http://kakciknurseroja.blogspot.com (seandainya Sdr masih sudi meletakkan link kakcik.. hehehe..)

    BalasPadam
  4. Mujur terbaca sini. Alamat baru umah Kak Cik. Patut dok error jer sebelum ni...

    BalasPadam
  5. salam bro...

    citenye xkan abis disitu je....harap dtg lg...maybe kedatangannya dgn cara yg berbeza skit...who knowsss...rite????

    BalasPadam
  6. ada pembeli, ada penjual dan vicE VErsa...kalau perempuan hodoh = nenek lampir what about lelaki hodoh, apakah panggilannya di Sabah

    BalasPadam
  7. Bro..dia org lagi takut 999 dari penguatkuasa..999 agaknya nombor suwey bagi mereka..lol! teruskan usaha dan kerjasama dengan agensi penguatkuasa.

    BalasPadam
  8. nenek lampir!!! rasanya selera yang empunya diri pasti sejelek itu.

    payah meramal nafsu manusia ini, andaikata empunyai diri punyai isteri & masih berselera melanggani nenk lampir ini bagaimana?...

    apakah isterinya tidak menawan hingga sanggup menidur nenek lampir?.

    BalasPadam
  9. Bro

    'Nenek Lampir'? ha ha ha ha

    Peliknya - macam ni pun ada pelanggan juga?


    Suruh dia gi tanam sayur atau cendawan atau Pokok misai kucing atau ternak ikan keli lagi bagus...

    Agahnya (Mok Yang/ Azieazah)
    aku ikut gelak sekali lah

    ha ha ha

    ha ha ha

    BalasPadam
  10. mazidul,
    sentiasa lah berhati2 dalam menjalankan tugas. sya kira mesti ramai org tertentu yg memerhati anda. walaupun niat baik, ramai yg rasa diri dan perniagaan mereka tergugat dengan pendedahan demi pendedahan yg anda lakukan.
    semoga Allah sentiasa melindungi sdr.

    BalasPadam
  11. tak lama tu stop bro, lepas 2-3 minggu "Up to U" baliklah tu.. realiti

    BalasPadam
  12. Tahniah... teruskan usaha anda untuk membenteras gejala sosial yang memalukan di LIMBANG...

    Selalu-selalulah datang ke LIMBANG.. Banyak lagi yang perlu didedahkan.

    Memang ada pegawai-pegawai penguatkuasa yang bersubahat melindungi pelacur-pelacur dan kedai2 kelab malam di Tedungan (Kuala Lurah )Penyeludupan arak dan rokok melalui kapal dari Labuan perlu juga di dedahkan. Biar Penjawat Awam yang bertanggungjawab diambil tindakan.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum En. Mazidul, sy ucapkan terima kasih banyak2 sebab sudi datang ke LIMBANG... n d akui, kedatangan krew 360 memang awal2 dah diketahui org kat Limbang... Dengan kehadiran krew 360 ke limbang, sekurang-kuarngnya, orang tau kewujudan Limbang... P sayang tak berkesempatan melihat sendirii AYAM SANGKAR BANGKITA... Saya bukan nya bangga pun ngan keadaan tu, p sy puji niat 360 n saya sarankan... kalau krew 360,999 datang lagi nanti, jgn g tau sapa2. Buat2 macam datang melancong katakan.. nampak sangat ada "LEAKING" sampai ayam boleh berteraburan lari... kiranya En. Mazidul faham kan apa yg saya maksudkan LEAKING... n kalau perlu, cari wartawan yang kurang dikenali... mungkin lagi banyak isu boleh diketengahkan... N berkenaan AYAM MEDAN BANGKITA ni, rasanya sebelum ni pernah ada serbuan... p macam tu jugak, hampeh... ayam takder dah, lesap ntah ke mana. besar kan LEAKING tu? Wallahuallam...

    BalasPadam
  14. Tahniah crew 999 kerana telah pun membongkarkan rahsia aktiviti harian di Limbang... saya rasa ada lagi aktiviti2 harian yang crew 999 belum bongkarkan...so, berharap crew 999 hendaklah selalu datang ke Limbang lg untuk membongkar aktiviti2 ini... pihak berkuasa yang hanya tutup mata sebelah dengan masalah ini juga haruslah di ambil tindakan kerana ia sangat memalukan negara kita..

    BalasPadam
  15. Neneklampir, dah tua la tu, kalau dalam cerita indonesia ada cerita mak lampir pun orangnya tak berapa cantik tetapi berilmu tinggi. Hummm, dapat tambah satu lagi vocab bahasa pasar.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.