Jumaat, April 23, 2010

Usah Tuduh Sembarangan

Berikut komen dihantar blogger, pelajar dari Keningau, Sabah, 'Ajampeace' berhubung tampalan berikut.

'Tak perlulah mention pelacur Sabah, cakap pelacur tempatan sudahlah, nak juga malukan rakyat Sabah'.

Ajampeace, 12 daripada 16 pelacur diberkas dalam operasi di Brickfileds, Kuala Lumpur itu, warga Sabah. Itu fakta disahkan pegawai polis mengetui serbuan dan saya hanya melaporkan. Jika dilihat statistik, 75% daripada pelacur diberkas berasal dari Sabah.

Saya tidak menulis berdasarkan tanggapan dan sama sekali  bukan bertujuan memalukan rakyat Sabah. Jika pelacur itu dari Filipina, saya pasti catatkan mereka dari Filipina.

Saya mempunyai ramai kenalan di Sabah. Malah seorang daripada kawan rapat saya berasal dari Tawau, Sabah. Kali pertama saya muncul di kaca televisyen juga di Sabah, Kudat secara spesifik sewaktu kejadian gerhana penuh matahari pada tahun 1995. Saya percaya pada ketika itu awak mungkin berada di darjah satu. Sebagai pelajar, tolong jangan terlalu menonjolkan semangat kenegerian sekaligus melemparkan tuduhan tidak berasas.

Kegiatan sebilangan gadis Sabah terbabit dalam kancah pelacuran bukan isu baharu di Lembah Klang. Ramai juga antara mereka bekerja di rumah urut dan tidak kurang berkhidmat sebagai pegawai perhubungan pelanggan, GRO di pusat hiburan.

Namun, dilaporkan dalam akhbar sebelum ini, majoriti GRO di Lembah Klang berasal dari Kelantan.

Apapun, persoalan lebih signifikan harus diberikan perhatian, mengapa gadis Sabah sanggup datang dari jauh untuk memperdagangkan diri di Kuala Lumpur? Adakah mereka ditipu sindiket? Adakah kerana yakin, aktiviti tidak bermoral mereka sukar dikesan keluarga berikutan jarak jauh dari kampung halaman?

Atau ...

Adakah kerana kerjaya tertua di dunia itu kini dimonopoli warga asing dari Indonesia dan Filipina di negeri asal mereka?

Barangkali?

Dalam tempoh terdekat saya akan ke Sabah dan andai berpeluang, saya akan membuktikan kesahihan jawaban kepada soalan itu.

Melalui pengalaman, saya tidak menafikan, gadis dari negeri di Semenanjung Malaysia juga terbabit dalam kegiatan sama.

Namun dalam operasi  terbabit majoriti mereka dicekup pihak polis, gadis berasal dari Sandakan, Sabah.

Ya, mereka menawarkan khidmat seks pada kadar murah, RM50.

8 ulasan:

  1. Kalau nak ke sabah, Saya cadangkan mazidul bawa identiti pelacur yg mengaku dari sabah dan siasat sendiri ,cari keluarga,saudara,pelacur tersebut bukan untuk malukan mereka cuma nak sahkan betulkah dia orang sabah,pasal pengalaman saya sebagai orang sabah pernah jumpa indon yg ada IC tapi bila tanya saudara mereka ada tapi semua PATI dari indon jadi saya tanya camna dapat IC dia cakap IC boleh beli bah yg penting ada duit ,IC dia tu pun IC yg ORI macammana dia beli saya tidak mau tahu pasal saya tahu memang ada IC Projek,

    "mengapa gadis Sabah sanggup datang dari jauh untuk memperdagangkan diri di Kuala Lumpur? " pendapat saya mungkin "Gadis Sabah" ni dulu di sabah melacur dengan status PATI tapi dengan adanya IC projeknya kalau di sabah ada IC pun kalau PATI tetap PATI kerana orang sabah tahu,jadi untuk buang status pelacur PATI dia ke KL dengan status Pelacur Gadis Sabah dengan IC projeknya...( mungkin dengan satus barunya harga pun boleh di naikan kalau dengan status PATI murah....)..

    BalasPadam
  2. Ham, saya tidak berhak memegang IC sesiapa. Hanya polis dan kakitangan Jabatan Imigresen diperuntukkan hak itu.

    Saya juga mengesaki perkara sama. Saya boleh bercakap dalam loghat Sabah. Semasa menemubual pelacur mendakwa dari Sabah di Melaka minggu lalu, saya dapat mengesan loghat berbeza tetapi pelacur terbabit mendakwa berketuruan Suluk.

    Saksikan liputan itu bakal disiarkan pada hari Khamis minggu depan.

    Terima kasih kerana melontarkan komen berbentuk penjelasan.

    BalasPadam
  3. ok nati ana tengok liputan saudara minggu depan ;)

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ..

    pada pendapat saya, mereka (sebahagian) pembaca yang sering terasa dgn isu-isu tertentu adalah kerana:

    1. tidak sedar or terlupa, blog MAZ ini adalah blog menjurus berita. Fakta benar beserta bukti dan apa yang ditulis adalah kisah benar.

    2. terlalu mengharapkan berita yang baik-baik sahaja yg melibatkan "negeri sendiri" or penglibatan sendiri.

    Apapun kita semua harus berpijak di bumi nyata, di mana banyak sekali keruntuhan moral berlaku di keliling kita, di depan mata, malah mungkin di sebelah rumah kita...

    BalasPadam
  5. bro

    Cabaran sebelum, semasa, dan selepas melakukan tugas. Itulah dia tugas sebagai wartawan@ executive producer. Tapi rasaya ramai yang tidak faham kerana aqal mereka tak sama, dan ramai yang ada aqal tapi tidak menggunakan aqal. Cakap dan tulis macam - macam, cuma terbit dari hati masing masing.

    Apapun, teruskan usaha anda.

    BalasPadam
  6. Saudara,jika datang ke sabah boleh x sy turut serta operasi?;p
    mngikut pndangan sy,jika saudara nak dtg ke Sabah, buatlah secara rahsia,kerana selangkah saja anda memasuki tanah Sabah,satu negara suda tahu. Mengikut dr mklumat, bagi seorang pelacur, kegiatan aktivitinya ini jarang sekali dilakukan di tempat negeri asalnya, mereka mempunyai kecenderungan untuk pergi ke negeri lain...mungkin juga atas sebab mengelakkan kenalan2 dari negeri sendiri..trust me,siasat benda ini.

    BalasPadam
  7. ade lg ke 'kenegerian'? sokong mr.sanzo, bro maz kne 'gerakan underground' sket!(byk tul informer kt airport ek?)...

    BalasPadam
  8. Emmm!

    Ada sesuatu yang tak kena di Sabah ini. Tentang kewarganegaraan. Bukan menuding mana-mana pihak tetapi elok diselidik sebabnya ramai yang berkata agama Kristian amat berkembang di sana. Ramai pula yang kata ianya datang dari Filpina. Malahan orang Indon pun ramai masuk ke Sabah.

    Benarkah pelacur ini warga asal di Sabah atau Bumiputera Sabah; atau pun asalnya mereka ini dari negara luar berhijrah ke sana.

    Perkara ini yang elok kita bongkar. Jika memang sahih pelacur ini orang kita Islam, anak jati Sabah maka penduduk Sabah harus merasa malu.

    Jika pelacur itu 75% orang Perak sahaja, saya pun pasti rasa tersentuh!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.