Rabu, April 07, 2010

Bila Nafsu Mengatasi Akal



Usia remaja Indonesia di atas dilaporkan di antara 12 dan 14 tahun. 132 gadis di bawah umur seusia mereka kini didakwa diperdagang dan dilacurkan di Malaysia. Saya memperoleh gambar di atas daripada Komisi Perlindungan Anak Indonesia, KPAI di Jakarta Utara, 25 Mac lalu.

9 April, saya akan ke lokasi seorang daripada mereka berusia 12 tahun diselamatkan KPAI sebelum ini. Bandar kecil di sempadan Brunei-Malaysia, destinasi sasaran saya.

Nafsu lelaki pelbagai. Sebilangan mereka sanggup membayar harga berlipat ganda untuk melampiaskan nafsu meniduri gadis terbabit. Pelanggan dikatakan diberi peluang meneliti mereka satu persatu dalam keadaan bogel seperti gambar di atas sebelum membuat pilihan.

Siapa antara pelanggan mereka? Pasti pembaca terkejut jika saya dedahkan.

Wanita dikatakan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki pula, 9 akal dan 1 nafsu. Peliknya, jarang dilaporkan kes wanita bernafsu 9 mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak lelaki di bawah umur.

Sedangkan lelaki bernafsu 1,  berakal 9, sanggup melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira usia pasangan mereka.

Siapa lebih bernafsu, siapa lebih berakal sebenarnya?

38 ulasan:

  1. Mak aiii.. soalan.. hmmm semua orang ada akal ada nafsu.

    Tapi kalu dah ada akal tapi tak reti guna, ada nafsu tapi salahguna, samalah ibarat menjadi NA + KAL.. adakala lebih teruk dari nakal, terus jadi setan...

    BalasPadam
  2. Azie, bayangkan lelaki bergelar ayah, bagaimana mungkin dia sanggup menyetubuhi gadis remaja mungkin seusia anaknya?

    Doakan perjalanan saya selamat pergi dan kembali.

    BalasPadam
  3. jangan cakap ayah sanggup setubuhi gadis remaja sendiri, bayi sendiri pun berleluasa sekarang.. terjadi kerna bila sifat iblis mengatasi keimanan..

    BalasPadam
  4. pandangan saya,
    nafsu lelaki hanya 1. wanita

    nafsu wanita banyak 9. bkn pada 1 perkara itu sahaja.

    BalasPadam
  5. begini lah jadinye kalau nafsu yg satu digunakan tanpa had dan batasan.apelah yg ada pada tubuh kecil masih hanyir..adehhh sgt kejam..!

    eh..en mazidul nak gi mana?combi ketinggalan info nmpknye :)

    btw..takecare.

    BalasPadam
  6. Echah, selepas saya balik pada 13 April, InsyaAllah saya akan kongsikan lokasinya.

    BalasPadam
  7. lelaki walaupun satu nafsu..tapi itu saja yang selalu terlintas..entahla...kesian dengan nasib gadis-gadis itu..muda2 sudah diperdagangkan..

    BalasPadam
  8. Sure BRO.
    Semoga selamat pergi dan selamat kembali.. aminnnnn....

    Balik 13hb? Lama tuuu. Jaga diri ya. We're proud of you, BRO..!

    BalasPadam
  9. Azie, yeah! I need that. Dengar kata lokasi tu ramai gengstar, seriously Sis.

    BalasPadam
  10. Salam MAS..

    Selamat pergi dan selamat kembali. Berhati-hati dan jaga diri.

    BalasPadam
  11. Nak buat mcm mana dah susah. Itu saja cara yg senang dapat duit bagi mereka..

    Itu yg sedih..bapak yg pergi melanggan mereka ni nafsu setan dan Iblis..

    Mana tok kiyai mereka..pergilah berdakwah dgn bapakx ayam supaya jgn cari makan dgn duit lendir.

    BalasPadam
  12. Bro Mazidul asanya gambar ini sudah lama beredar dalam emel..tp tak dinyatakan lokasi.

    Teruskan usaha bro Mazidul dedahkan perkara jelik ini.Gangster mungkin bro sudah lali dengan ugutan..

    BalasPadam
  13. alamak..apakah itu..tp masa zaman aku remaja..mmg rare dgr cite2 mcm ni..kalo ada pon satu-dua kes..time tu msti da rasa "issshh..apa ni..asal leh jd mcm tu"
    bile da besar mcm ni..rasa cite2 mcm tu da jd kebiasaan kedengaran..
    aduh, risau gak..bile yg mungkar itu diangap normal makanya tanda akhir zaman..ni yg x sdp dgr ni..uhuhuh

    BalasPadam
  14. Speechless!
    Wahai kaum Adam gunakanlah akal mu yg 9 utk menundukkan nafsu yg 1.

    Boleh tak bila TERINGIN tu kamu cucuh ANU kamu dgn api lighter ke, mancis api ke, penunu bunsen ke seterika panas ke? Lepas tu guna akal yg Tuhan dah letak elok2 kat atas kepala tu. BOLEH ke TIDAK???

    Apalah yg anak2 mentah & masih hijau itu boleh fikirkan, boleh lakukan selain mengikut telunjuk orang2 (ORANG ke?) yg kononnya telah DEWASA?

    En. Mazidul - kasi jolok sampai terjojol siapa dalangnya. Kasi tujah sampai pecah nanah & darah hanyir itu. Semoga niat, tiap derap langkahan kaki & tindakan En. Mazidul & team sentiasa berada di bawah payungNya.

    BalasPadam
  15. Ate... kalau saya cakap akal yang satu itu diletakkannya di 'kepala' yang lagi satu tut... nati ada pulak yang marah-marah...

    Wanita bukan tidak bernafsu, tetapi wanita lebih 'pandai' menguruskan nafsu... hu hu...

    BalasPadam
  16. selamat pergi dan selamat kembali...
    take care n all the best utk en. mazidul...

    BalasPadam
  17. salam, setuju dgn pendapat ..

    kerana itu, bila lelaki mengunjur nafsunya kepada perkara lain selain wanita...spt. nafsu golf..nafsu kereta...nafsu kamera..dsbnya, ia jangan dikongkong..wanita/isteri kena sokong krn ia satu bentuk nafsu yg sihat..

    bro, take good care!

    BalasPadam
  18. siapakah agaknya yg sanggup melanggan budak2 yg masih hingusan ni.. kalau tiada permintaan masakan ada penawaran...

    BalasPadam
  19. Vic terbaca satu info dari penyelidikan satu universiti di USA.... 90% lelaki yang melihat perempuan cantik atau yang disukai melintas di hadapannya akan membayangkan wanita itu tanpa seurat benang pun. Vic tak pasti sejauh mana kesahihan penyelidikan ni tapi Vic sebagai perempuan dan yakin perempuan2 seangkatan yang lain pun, kami tak pernah nak membayangkan lelaki yang kami sukai atau yg kacak tanpa seurat benang pun. Walaupun kami mempunyai 9 nafsu.

    BalasPadam
  20. Bro

    Selamat menjalankan tugas

    Selamat pergi dan kembali ke rumah, bukan ke Rahmatullah

    Pasal entry kali ni -> Manusia yang tidak berhati perut memang ramai di muka bumi ini. Kita yang harus memantau dan mengawalnya

    BalasPadam
  21. salam bro... ni mmg takde kene mengena dgn post nih... tapi pasal penghinaan terhadap agama... lagi kes facebok...
    pertama pasal budak yg dikatakan berasal dari kuantan duk hina arwah DB... paling menyakitkan al-fatihah disebut al-f**k...

    http://www.facebook.com/group.php?gid=108038249229889&ref=ss#!/group.php?v=wall&ref=ss&gid=108038249229889


    kedua video clip di bawah..

    http://www.facebook.com/video/video.php?v=1249740365423&ref=mf

    BalasPadam
  22. Hari ini kita hidup hanyalah untuk memenuhi kehendak haiwani. Makan,tidur,kerja dan bersyahwat adalah sifat haiwan (haiwaniyah) di mana sifat ini telah kita didik dan pupuk dengan melaksanakan syariat atau hukum Allah swt. Tanpa syariat pasti hidup kita umpama babi iaitu suka buat apa saja,pakai hentam dan semberono sahaja. Tak kira halal dan haram. Semua belasah. Mencuri,membunuh dan berzina adalah perbuatan yang tiap-tiap hari dilakukan oleh makhluk yang diberi nama haiwan. Tetapi adakah perbuatan kita itu telah melebihi sifat haiwani?adakah haiwan lebih baik daripada diri kita?atau kita sekarang lebih teruk dari haiwan? Aku teringat akan firman Allah swt yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari Jin dan manusia, mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf:178-179)

    http://catatanhamba.blogspot.com/2009/09/sifat-kebinatangan.html

    BalasPadam
  23. take care abg maz..kitorang nntikan kabar dri sana...kasihan anak2 gadis remaja yang diperdagangkan

    gelap masa depan mereka... moga ada jalan keluar bgi mereka...

    BalasPadam
  24. Bro,

    Selamat pergi dan selamat kembali. Moga lebih gagah bertugas sekembali nanti.

    BalasPadam
  25. bawang goreng,

    betul wanita pandai mengurus kulit bawang, agar BAWANG yang nipis hanya diTEMBUSI atau digores/digoreng dengan RELA/Izin dalam terpaksa..

    * opss..

    BalasPadam
  26. ALHAMDULILLAH.. syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan melalui kementerian atau jabatannya telah berjaya menyekat laluan ke web redtube.. teruskan usaha.. sesungguhnya laman2 sebegitu tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk mengotori minda semua golongan dan ianya lebih bahaya jika melibatkan mereka yang dibawah umur..

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. sukar membaca NAFSU lelaki, berubah tiap detik (segelintir), kekadang berubah antara kekebalan IMAN dan nafsu.

    BalasPadam
  29. Kemboja dah, Thailand dah ,lepas ni nak search Indonesia pulak...biasanya kisah2 dagang body ni ,Mat salleh yg suka buat rencana..

    Punca utama ialah kemiskinan ,bersyukur sungguh2 sebb rakyat di Malaysia tak de yg miskin tahap nak jual anak..tapi tak nafikan banyk yg sendiri volunteer jadi pelacur dan laki2 yg berduit pula melanggan.

    BalasPadam
  30. Saya fikir..
    Nafsu lelaki 1 tu maksudnya,
    Kepuasan nafsu lelaki 1 kali saja (klimaks)..then, penat..
    Nafsu perempuan 9 tu mungkin maksudnya..
    Bukankah perempuan mampu klimaks beberapa kali..?

    That is my opinion..
    Logik tak ?

    BalasPadam
  31. EN KORDI, harus saya setuju kelojikannya. Jika tidak kenapa lebih ramai wanita yang jadi pelacur berbanding lelaki?

    BalasPadam
  32. orang yang perdagangkan gadis bawah umur la yang berakal....

    berlipat ganda untungnya.. kate orang long term investment

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  33. akal memang banyak, tapi akal nak menipu je.dan nafsu jadi perdana menteri dalam diri, maka semua jadik.

    BalasPadam
  34. Maka itu saya sering menulis di blog saya; betapa aibnya lelaki jika tak pandai mengawal nafsunya yang cuma 1 berbanding perempuan 9.

    Lelaki sanggup merogol, malahan membunuh lantaran punya 1:9 nafsu berbanding perempuan. Sedangkan 9:1 pertimbangan lekaki mana perginya akal kita sebagai ketua dalam rumah tangga atau pun di medan lain.

    Perlu juga diingat wanita boleh bikin GILA akibat 9:1 nafsu berbanding lelaki. Maka itu pernah berlaku wanita sanggup kerat anu lelaki akibat 1:9 pertimbangan mereka. Akal sudah kalut nafsu telah jadi hantu!.

    Ini bukan dongengan tetapi kenyataan hidup. Cuba siasat siapa yang serahkan anaknya; jadi dalang dalam kes ini!. Saya tetap menyalahkan ibu ayah yang terlalu daif atau ada faktor lain menjadi anak tak berdosa ini mangsa nafsu syaitan manusia bernama lelaki gerladangan.

    BalasPadam
  35. Perkara ni sudah lama tetapi masyarakat setempat mengambil tindakan membutakan mata dan memekak telinga..Saya sendiri sebagai anak tempatan yang tinggal di area begini tidak tahu bagaimana harus mengatasi gejala yang semakin berleluasa. Terus terang saya juga kenal beberapa orang yang jadi 'ayam' ni.Semua mengatakan tidak rela tapi terpaksa.Yang paling menyedihkan mereka adalah muslim dan pandai mengaji.Tapi memilih jalan begini sebagai alasan untuk membantu keluarga.Bagi saya, ini bukan membantu tapi menganiaya diri sendiri. Saya bersimpati dengan nasib remaja yang diperdagangkan. Tapi perkara ini memerlukan usaha yang banyak kerana terlalu banyak pihak yang terlibat. Dan perkara ini yang menyebabkan kes ini sukar diselesaikan.

    BalasPadam
  36. Ustaz sy berkata:

    dlm sehari xkurang 25-30 kali lelaki akan teransang apabile melihat pompuan/wanita...renung2kanlah

    BalasPadam
  37. Itulah bezanya lelaki dengan wanita.
    Lelaki mudah terangsang hawa nafsunya bila berhadapan dengan wanita. Sebab itulah maka berlakunya kes2 merogol, melanggan pelacur/GRO atau sumbang mahram. Sebab itulah lelaki sukar berlaku jujur berhadapan dgn wanita/perempuan.
    Lelaki, bila mengikut hawa nafsu, mereka akan jadi hilang akal yang dianugerahi oleh tuhan, sedangkan mereka dikatakan memiliki akal fikiran melebihi kaum wanita. Sebab itulah mereka tergamak melakukan perkara2 yang kotor dan tidak masuk akal lebih teruk drpd haiwan.
    Yang tepat bagi lelaki, kasih sayang tidak penting bila melakukan seks. Mereka boleh memisahkan kedua2nya dengan mudah.

    Manakala wanita cuma ikut hawa nafsu (walaupun mereka dianggap kurang berfikir) hanya apabila mereka terlalu mengikut perasaan(hati). Bagi wanita, kasih sayang amat penting dalam seks.
    Perbezaan besar seperti inilah membuatkan - wanita mudah menjadi mangsa ketidakjujuran dan kejahatan nafsu serakah lelaki.
    Cuma satu pesanan - jangan mudah terpedaya dan mudah percayakan lelaki dengan membabi buta.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.