Ahad, April 04, 2010

Karma

Saya berasa amat ‘kagum’ berikutan pendedahan berani lelaki di Rawang, Selangor, ‘Saiful’ di akhbar Harian Metro hari ini. Dia mendakwa rela berpisah dengan isterinya kerana ‘cair’ dengan kelembutan amah, gadis Indonesia, Elly.

Mereka dilaporkan berkahwin di Karhwang, Jawa Timur pada 29 Januari 2003 dengan kos RM5,000. Saiful mengaku menjalin hubungan cinta secara senyap dengan Elly sewaktu dia masih beristeri.

“Dia gadis baik, manja dan pandai mengambil hati. Saya terpikat dengan kelembutan tutur kata lebih istimewa daripada isteri,” kata Saiful memuji Elly.

Jika dilihat usia anaknya, Saiful sudah berkahwin dengan isteri lebih 20 tahun kerana mempunyai anak berusia 17 dan 20 tahun.

Manakala hasil perkongsian hidup bersama Elly, Saiful dikurniakan anak perempuan berusia 6 tahun.

13 Februari lalu, Elly melarikan diri kerana ingin keluar dari ‘sangkar kemiskinan’ dan mencari pendapatan tambahan untuk menyara ibu dan 6 adik-beradiknya di Indonesia biarpun Saiful mendakwa memberikan Elly wang belanja RM200 sebulan.

Saiful mendakwa Elly kini menjalin hubungan dengan pekerja Indonesia apabila kerap menyebut nama lelaki terbabit serta menyimpan gambarnya di dalam beg duit.

Bagaimanapun Saiful masih tetap merayu …

“Saya masih sayangkan dia. Pulanglah ke rumah segera, kasihanlah anak masih kecil ini. Saya sanggup korbankan cinta isteri pertama melalui fasakh di mahkamah syariah demi menumpahkan cinta suci terhadapnya”

Bukankah itu karma? Itu pandangan saya.

Jika berkebetulan terlihat Elly, sudikah pembaca menghubungi polis dan melaporkan kedudukan sebenarnya?


Saya yakin tindakan pembaca wanita dan lelaki pasti jauh berbeza. Kita lihat bersama.

24 ulasan:

  1. hmmm...aktif lak amah ni...
    kasi tembak je...
    haha...

    BalasPadam
  2. seriusly memang karma.
    tergamak dia buat isteri dia begitu?
    kalau nampak pun, akan hubungi just because kasihan dengan anak kecilnya~
    bukan sebab suami itu

    BalasPadam
  3. karma.. karma.. karma..
    karma chameleon...
    you come and go..
    you come and go.. oooh...
    tetiba je teringat lagu Boy George hehehe

    BalasPadam
  4. setuju
    sekarang dia rasa apa yg bekas isteri dia rasa kena tinggal dan berlaku curang...
    hukum karma

    BalasPadam
  5. orang kata dunia ni kan berputar maka kekadang kita diatas kekadang dibawah..org memberi kita merasa..bunga taik ayam yg diberi maka busuknya yg kita dapat...

    simpati dgn bekas isterinya..minta dijauhi...dgn usia perkahwian ku ini dah cecah 22 thn thn ini...maaf atas ulasan ini..

    BalasPadam
  6. kena santau ke apa suami elly tu. tak paham tol

    BalasPadam
  7. balasan di dunia untuk tindakan kejamnya meninggalkan isteri yang pertama.
    Kalau tengok foto, tak ada apa istimewanya Minah Indon ni. Inilah lelaki Melayu bodoh dan tolol.

    BalasPadam
  8. lagi kena pukau.

    Lebih2 lagi jika anak2 tak ambil peduli.

    BalasPadam
  9. Dah termakan nasi kangkung ke gamaknya? Hmm.....

    BalasPadam
  10. Salam en mazidul,

    Teringat je cerita perempuan, isteri dan....

    kut dah kena nasi .... itu yang cintan habis..

    cinta isteri pertama dah nampak benci...

    perangi habis-habisan geng mereka ni menyusahkan hidup kita je...

    dah datang rumah kita buat macam rumah sendiri..

    masa kita penat lelah g kerja bukan main dia melaram dengan baju kita, dok senang lenang goyang kaki....senang lenang dengan makanan kat dapur kita..paling sakit hati bawa pakwe dan buat maksiat dalam rumah kita dan anak2 kita tengok...lagi sakit jiwa dia kebas hubby kita...

    cerita ni dah berkurun..sekarang makin menjadi2 sebab kita juga yang beri peluang..tak mahu kemas rumah, tak mahu susah jaga anak, dan tak mahu kotor tangan masak kat dapur...dan suami pun tak rela membantu isteri kat dapur dan jaga anak...

    siapa susah..kita juga susah...

    fikir2 kan...

    wassalam.

    BalasPadam
  11. tak sesekali saya hubungi polis! Buat apa? Kalau dah si Elly ni tak sudi tak da perasaan, tangkap berkali2 pun dia tetap lari! dan kalau demi anak sekalipun, tak de diherannya! Kalau tak, sudah pastinya dibawanya lari anak tu sekali. Butanya Saiful ni! Dayus! Dah trang tang2 isteri bermain kayu tiga, tak pedulikan anak, dan tak sanggup sama2 mengharungi kemiskinan, masih mau perempuan seperti ini lagi? Masih tak menyesal lagi tu!Memang gila bayang tak bertempat! Huh!

    Buat isteri pertama, anda untung kerana bercerai lelaki ini! Cepat sangat terpesona dengan kata2 manis yang palsu! Huh!

    Huh! Geli amat dengan perkataan 'cinta suci' tu;) Wahai Saiful, celiklah akal!

    Rasanya kena tambah bab TIPS TUTUR KATA YANG MEMIKAU dalam kursus kahwin ni;)Kena berjaga2 ni wahai para isteri & bakal isteri:)

    BalasPadam
  12. Kan saya dah kata...bukan saja minah indo minah karan pun bole kalau sekadar nak haprakkan che abang yg mudah goyang lagi cair tuu....

    Saya nasihatkan isteri2 malaysia yg di rampas oleh perempuan indo janganlah ralat sangt ,fikir anda tak bagus ke ,tak lembut ke ,tak ramah ke...bila anda tinggal di Indonesia anda akan lihat kehidupan mereka disana yang selalu berantakan.Disana wanita2nya akan pasang badan dengan tujuan memikat suami dan menggoda laki2.Mereka sanggup tinggalkan suami dan anak2 kalau dapat yg lebih bagus ,sebab itu anak2 terbiar(dipanggil anak jalanan),belum lagi bab agama.
    Kita ada ank,kita bela eluk2 sebab anak2 insyaallah akn kenang kita bila kita tua ,suami kita pun lambat laung akan tua juga...dari bela suami tua baik kita bela anak2 kita yg muda dan sihat.

    BalasPadam
  13. Tindakan yg salah
    Pilihan yg salah
    Akibat yg betul
    Hukum karma yg betul

    Belajarlah daripada kesalahan
    Mulakan dengan cara yg betul

    Kalau saya ternampak wanita itu, saya akan laporkan kpd pihak Polis - sila SIASAT statusnya!

    Kasihan anak kacukan Malaysia-Indonesia itu! Bapanya bebal, Ibunya sengal.

    BalasPadam
  14. "kita akan lebih menghargai apa yang kita ada setelah kita kehilangannya..." Jadinya, jaga2lah sebelum hilang. Salah buat keputusan, selamanya sesal.

    Dari sudut lain, Allah menguji dia dan Allah hanya uji orang yang mampu untuk tempuhi ujian itu sahaja. Jadinya, kalau dia seorang yang sabar...dia akan lulus dengan ujian ini serta mengambil iktibar. Andai tewas...dia rugi semuanya

    BalasPadam
  15. Lelaki melayu mudah dicairkan dengan godaan lembut wanita indon. Rupa paras bukan ukuran.

    BalasPadam
  16. "hukum karma itu pasti.."!

    doa org yg teraniaya dimakbulkan ALLAH swt dgn syarat org itu beriman dgnnye.

    BalasPadam
  17. Ini pandangan saya;
    1. Para isteri selalu ambil mudah dengan suami. Mereka percaya suami adalah milik kekal mereka dengan tidak memberi layanan dan penghormatan yg sewajarnya. Cth: isteri mengherdik suami depan amah, mengumpat suami kepada orang lain, memperlekehkan maruah suami depan amah...
    2. Opportunis (perempuan indon itu) akan menggunakan peluang terbuka ini untuk menarik perhatian dan menggoda si suami yang telah hilang harga diri ini...
    3. Untuk tempoh masa tertentu, si suami akhirnya tergoda dan tertarik...
    4. Di kala si isteri mengetahui skandal ini, ianya sudahpun terlambat...Isteri telah terlambat untuk berubah...si suami telah terlambat untuk berundur...
    5. akhirnya jalan yang ditemui ialah isteri minta fasakh atau diceraikan, suami pula berkahwin lain, bekas isteri menghasut anak membenci ayah sendiri, bekas isteri memfitnah isteri baru bekas suami, dll
    6. Bukan semua isteri baik dan bukan semua suami tidak baik...bukan semua cakap isteri betul...dan bukan semua cakap suami dusta...
    7. WASPADA...
    8. Bukan hukum karma...

    BalasPadam
  18. Ketiga-tiga mereka yang terlibat, ada salah masing-masing... Selagi tidak belajar dari kesilapan, selagi itu anak-anak pula menjadi mangsa keadaan..

    Kesian anak-anak..

    BalasPadam
  19. karma ataupun kurma ataupun nafsu. lu pikirlah sendiri.

    BalasPadam
  20. suami gatal laa. padan muka. what comes around goes around

    BalasPadam
  21. Mazidul... saya amat kesian dengan lelaki tak sedar diuntung ni. Sekali lagi..kesiannn dia!

    BalasPadam
  22. Iyer! memang itu karmanya alam buana; manusia kini gila mengejar duniawi.

    Mana ada cinta sejati jika telah terlalu lama disangkar kemiskinan. Mereka datang sini pun sebab ingin mencari kehidupan yang lebih selesa berbanding di sana.

    Apa kata isterinya yang tua?.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.