"Anak saya ada 9, 4 mati. Hidup punya ada 5, umur 14 sampai 16 tahun. Satu ada IC, sini sekolah. Saya kutip kotak untuk jual, suami umur 45 tahun, ada rumah jaga anak, dia sakit," ujarnya.
Wanita berusia 45 tahun, Jamilah Abdul Rahman, warga Rohingya mendakwa tinggal di Malaysia selama 21 tahun, saya temui sewaktu menyertai operasi bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang, MPS diketui Penolong Pegawai Penguatkuasanya, Megat Ainul Fadlil Ainul Fadzil jam 10 malam tadi.
Sewaktu tiba di lokasi, kesemua peniaga Rohingya melarikan diri meninggalkan ratusan bakul sayur. Lihat gambar terung di bawah ini, sebahagian dikerat, membuang bahagian busuk.
"Sayur 'recycle' dia orang kutip dari itu sampah punya tempat. 10% orang biasa beli, lain dia orang jual sama itu gerai, restoran punya taukeh, Gombak, Selayang dan Kuala Lumpur mari. Dia orang jual murah, itu bayam merah 3 kilogram, RM2. Biasa punya harga satu kilogram RM1.50. Itu customers tarak tahu dia orang makan tong sampah punya sayur," bisik lelaki India mendekati saya.
Berikut gambar tempat pembuangan sampah saya rakamkan, 3 tikus menyelongkar kawasan ini melarikan diri sebelum rakaman.
Majoriti peniaga terbabit, pelarian, pemegang kad UNHCR. Mengikut undang-undang mereka tidak dibenarkan bekerja di Malaysia apatah lagi menggugat rezeki warga tempatan. Namun, jika peraturan itu dilaksanakan, pasti mereka dan ahli keluarga mati kebuluran. Andai itu berlaku, nama negara pasti tercemar di mata dunia.
"Dia orang kebal, kalau polis tangkap, imigresen tangkap, mesti kasi lepas punya, " kata lelaki sama.
'Menariknya', mereka dilaporkan mula berniaga di tepi jalan berhampiran Pasar Selayang sejak lebih 10 tahun lalu tanpa membayar wang sewa tapak.
Malaysia tidak mengiktiraf orang pelarian namun pada masa sama menerima kehadiran mereka, warga Vietnam, Bosnia, Aceh dan Rohingya untuk bermastautin di negara ini sebelum sebahagian mereka pulang ke negara asal.
Apapun, dalam kes di Selayang, sebilangan peniaga warga tempatan mengaut keuntungan. Membeli sayuran kitar semula berharga murah dan menjual sayur dikutip dari tong sampah itu untuk dihidangkan kepada pelanggan mereka.
Uweeeeeek!
sebab tu lah banyak sangat penyakit sekarang ni. rupanya sayur pun dah tak selamat dimakan.
BalasPadamsemua benda pun kena waswas ! =(
macam mana lah yang kita ni makan kat kedai.ntah2 sayur yang kita makan tu di kitar semula =(
BalasPadamUwekkk jugakk...
BalasPadamyang larikan diri tu dapat ditangkap tak?
BalasPadamTiba-tiba terasa kembang tekak! :(
BalasPadam(-_-")
BalasPadamEee...tak terbayang..haih haihh
maaf, Rohingya bangsa apa?
BalasPadam1st time dgr..
rasanya...pelarian sebegini x nk dah balik negara asal mereka..
seronok dgn kemewahan negara kt
tak pernah terfikir pun macam ni. ish..kalau makan sayur kat restoran yang di recycle..eee..gelinya.
BalasPadamthats y kita masak sendiri lebey selamat...pegi pasar, pilih sndiri sayuran!If mkn kt kedai, mmg xsure samada elok/tdk...peniaga pula haruslah prihatin ttg pelanggan...jgn dek kerana 'untung', pelanggan dihidangkan dgn 'sayur recycle'...
BalasPadamUweeeeek!..
Ahhh... dah le aku selalu makan kat kedai.
BalasPadamHazrey, apabila 999 menghubungi Jabatan Imigresen, jawaban mereka "Tak berbaloi ditangkap" (baca: kerana akhirnya terpaksa dilepaskan kerana mereka pelarian dan 'untouchable').
BalasPadamPerutku mungkin sudah dipenuhi sayur tong sampah gara2 hari2 makan kat kedai. Lepas ni ada le alasan suami Vic nak suh Vic masak hari2...
BalasPadamNasib baik bro tak dapat ambik gambar tikus tu... kalau tak sure dah muntah sayur...
huhuu...loya tekak bila terbayangkan kita makan sayur kitar semula...
BalasPadamSilapnya kita, sampah dibuang tapi sampah boleh pula dikitar semula & dijual oleh org awam.
BalasPadamMasalah sampah itu makanan, bukan besi atau plastik yang kena dileburkan.
Jalan terbaik pihak pasar borong diwajibkan sampah mereka dikitar semula secara betul; mungkin tak boleh diusik pihak awam untuk makanan binatang ternakan sahaja. Boleh diaktakan semua ini.
bro
BalasPadamdia orang ni memang perangai 'SAYO', Di kampung sendiri makan sireh kutip tepi jalan, kat tempat kita dia bagi kita makan sayur tong sampah
ha ha ha
uwek jugak lah
mmg pemandangan biasa di Pasar Borong Selayang.(sy selalu ke sana beli stok lauk) so masaklah di rumah,di jamin kebersihan & sedap!!!
BalasPadamishh..ramai yg mkn kencing tikus ni :(
BalasPadamhmm aduihh geli tul la..tapi memnag betul pun..sbb saya selalu ikut hubby pegi NSK selayang..diorang ni memang ramai berderet berniaga kt tepi jalan..
BalasPadamhubby penah bgtau. sapa la nak mkn sayur2 tu.... diorang kutip dri tmpt org buang sampah..
tapi yang peliknya hubby kata ada juga yang beli sbb malas nak bgn pagi2 ke pasar besar selayang..dtg kul 10..bli kt org yang niaga tepi tepi tu..
minta MPS banteras habis habisan..kalau boleh wat je rondaan tiap hari... heee
MALAYSIA mmg negara pemurah.
BalasPadamhahaha...
Bro
BalasPadamTikus( 3 Blind Mice, I suppose) pun lari bila nampak Bro jugak ye...( Macam orang yang jahat jaht tu lah)
Ha ha ha
Sayur di jual ke restoran? Sudah tentunya restoran sekitar 2 kilometer radius dari Pasar Borong Selayang tu. Maka kita jangan makan di restoran. Tanam Sayur sendiri dan masak sendiri lebih bagus.
Ha ha ha
HAPPY EARTH DAY!
nape pelarian nih 'untouchable' lak?bkn ke pelarian de had masa tgl di sesebuah negara?if cmtu, klu bjuta dtg, ssh r kita...td lunch time, tgk sayur pn da xselera tau nk mkn...teringat aje 'posting' nih!
BalasPadamuweekkk.. nex time mkn kt luar, check dpor depa dlu.. sayur fresh or recycle.. bru leh order..
BalasPadamgua tak halalkan ... jangan risau
BalasPadamalahai tak nak makan kedai hajatnya..
BalasPadambeli sayur 'sampah' ada kaitan beri lesen kepada warga luar, utamakan warga luar dan ALIbaba lesen penjaja.
BalasPadamRasanya Orang Malaysia tak sampai hati nak bagi makan benda kotor begitu.
to alidyangon....
BalasPadamPasar borong Selayang tu ramai customer not around radius 2km only but hundreds km...even my frenz from s.alam g sane ntk bli brg...So, kita xley nk pstikan...Sebabkn 'peniaga2 yg mngejar keuntungan' nih, byk peniaga jujur akn merasai tempiasnya...
Tgk gak 999 mlm td...geliiii, da r recycle 1 pkara, yg diorang kutip kt tong smpah hasil buangan tu yg xterdaya...adusss! adusss!kita lak sbg masy. apsal nk beli sayur2 yg da layu? rs2nya, letak penguatkuasa di every pasar borong...
erk...tah dah berapa banyak sayur kitar semula kita telan..uweakkk....tiba2 loya je nih. penguatkuasa kena keja lebih lagi lps ni...pastikan masy dpt bekalan sayur yg terjamin segar, bersih..huhu
BalasPadamTeringat kata-kata suami bila saya nak simpan makanan yang tak habis,di suruhnya saya buang katanya apa yang kita buang nanti jadi makanan makhluk lain macam kuching ,tikus ,burung dan ulat..sebab dia tahu saya fesyen dulu2 berdosa buang makanan.Kadang2 pergi pasar tenguk berbakul org buang sayur2an pun saya rasa sayang..kalaulah saya ada bela arnab atau kambing ,mungkin saya akan ambil bawa pulang.
BalasPadamerm...agak hairan sbb dh lama mereka mnjalankan kgiatan ini ttpi mngapa msih lg bebas berniaga...??
BalasPadamp/s : inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati
http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/
oh..terkejut saya membaca posting ini.Thanks en mazidul kerana berkongsi maklumat ini.oh sebagai pengguna, haruslah kita berhati-hati bila makan di kedai makan/restoran.
BalasPadameloklah kita masak sendiri.
:)
wahh...baru terbaca..terus ragu2 nak makan d luar..
BalasPadam