"Jangan main pisau, nanti luka tangan"
Saya percaya, majoriti kita pernah mendengar larangan rutin itu sewaktu kecil. Orang tua makan garam awal, mereka tahu akibat buruk jika kita cuai sewaktu memegang peralatan tajam. Namun sebilangan kita tetap berdegil, lalu terpaksa dikejarkan ke klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan akibat terluka atau sekadar membalut jari tercedera menggunakan 'handyplast'. Sakit tetap sakit.
Kebanyakan kita belajar daripada kejadian itu dan tidak lagi mengulangi perbuatan sama manakala segelintir lagi terus berdegil mengakibatkan mereka terluka berulang kali.
"Tengok anak mak cik Jah tu, semalam dia main pisau, putus jari kelingking"
Jika bukan kita terluka sekalipun, kita belajar daripada kejadian menimpa orang lain.
Itu berlaku sewaktu kita masih mentah.
Kini ramai pengguna dewasa mengemukakan aduan kepada saya berhubung dakwaan mereka ditipu. Antaranya, ditipu syarikat gores dan menang, sindiket menjual kereta curi dengan harga murah dan syarikat menawarkan pekerjaan palsu.
"Tengok anak mak cik Jah tu, semalam dia main pisau, putus jari kelingking"
Jika bukan kita terluka sekalipun, kita belajar daripada kejadian menimpa orang lain.
Itu berlaku sewaktu kita masih mentah.
Kini ramai pengguna dewasa mengemukakan aduan kepada saya berhubung dakwaan mereka ditipu. Antaranya, ditipu syarikat gores dan menang, sindiket menjual kereta curi dengan harga murah dan syarikat menawarkan pekerjaan palsu.
Mangsa mendakwa kerugian di antara ratusan dan puluhan ribu ringgit.
Kes penipuan terbabit bukan berlaku terhadap mereka sahaja tetapi banyak kali dilaporkan media cetak dan elektronik sebelum ini. Barangkali cuma kelompok penipu dan mangsa berbeza.
Tidakkah mereka mendakwa menjadi mangsa membaca akhbar atau menonton berita di televisyen? Itu soalan utama menerjah minda saya setiap kali menerima aduan orang ramai.
Saya yakin, pelbagai sindiket menipu orang ramai untuk mendapatkan wang secara mudah akan terus wujud di negara kita. Sebaik satu kumpulan ditumpaskan pihak berkuasa, banyak lagi kumpulan lain akan muncul dan beroperasi. Itu hakikat tidak mampu kita sangkal.
Anggaplah kumpulan terbabit sebagai pisau. Pisau mampu mencederakan kita semua jika terleka. Andaikan laporan media itu, pesanan ibu bapa. Jika telinga ditulikan, pasti bahana diundang, Tertipu, terima akibatnya.
Agaknya mereka ingat boleh guna pisau tu untuk potong buah epal atau buah oren.... ekekek..
BalasPadamMana tahu sekali terkerat jari sendiri pula...
Tapi bro, syarikat gores dan menang tu bukan ibarat pisau. Pisau kalau kena pun takat luka jari je...
Ia boleh diibaratkan gergaji kayu elektrik, sekali gergaji habis pokok balak tumbang. hahaha
VIC, saya hairan sampai sekarang ramai lagi kena tipu.
BalasPadamTidakkah mereka tahu mengenai kegiatan sindiket bermula sejak berkurun lama?
Beli kereta murah, ramai sangat ke oeang hendak menjual kereta separuh harga? Tidakkah mereka terfikir apa logiknya di sebalik tawaran itu?
Pening.
Lagi satu perihal SMS kononnya mengatakan pengguna menang duit cash. Siapalah pemurah sangat sanggup menyumbang duit free, kan? Tapi ada juga pengguna sanggup melayan, lepas itu putih mata, terbeliak, tertipu.
Jawabannya, sebab tamak haloba tertanam dalam diri.
Bro
BalasPadamPelik tapi benar (Edisi ke 81)
Masih ramai lagi yang tertipu kerana Aqal tidak dapat mengawal nafsu, nafsu nak jadi kaya, nafsu nak barang murah, nafsu nak barang percuma dan sebagainya.
Kesian kepada mereka yang tertipu dan terkena sampai tahap 'jatuh di timpa tangga'.
Orang tamak selalu rugi, orang rugi selalu mental ha ha ha
p/s:
1. ada orang tamak menaip, dia taip perkataan sikit sikit je, takut computer dia cepat susut nilai kot? ha ha ha ha
2. Ramai pemandu tamak tak mau menyalakan signal ketika memandu, smada membelok, menukar lane atau memperlahankan kenderaan, takut mentol signal dia rosak
3. Ramai pemandu tamak, tak mahu menyalakan lampu ketika hujan atau masuk terowong, takut lampu kepala dia cepat rosak
Tamak betul, terlalu tamak haloba
ha ha ha
lidah setajam pisau...
BalasPadamSamalah juga dengan wanita-wanita yang tertipu dengan warga Afrika tu. Saban hari keluar di berita dan suratkhabar mengenainya, tapi masih juga tidak mahu membuka mata.
BalasPadamSeorang 'kawan' kakcik mengunakan pelbagai helah untuk mendapatkan wang dari suami kakcik kononnya untuk menebus hadiah yang dikirimkan oleh 'teman lelaki dari Afrika' yang berjanji akan mengahwininya. Puas dinasihati dan ditunjukkan contoh, tidak juga dia mahu mempercayai kata-kata kami. Akhirnya, kami menjadi musuhnya kerana enggan meminjamkan (memberikan?) wang sebanyak RM3,000 yang dimintanya.
dalam pada berhati2..acu penah kena tipu..lesap RM3500..huhuhu
BalasPadamsemoga ia nya x berulang lagi :(
yang terkena itu dek nak mencuba, nak merasa kena tipu. kemudian nyesal.
BalasPadampasal duit memang ramai yang mudah ditipu...
BalasPadamdah berulangkali keluar amaran pasal penipuan bagai..tak serik-serik...isk2
mudah terpedaya apabila ditawarkan dengan hadiah atau keuntungan menyebabkan seseorang itu mudah tertipu
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamSekadar berkongsi pengalaman.
Saya pernah ditawarkan pakej insuran yang meliputi semua kategori kemalangan(termasuk bencana alam yang biasanya sangat-sangat jarang ditawarkan. Atau adakah pernah ditawarkan?).
Yang lebih mengelirukan, dengan jumlah pampasan hampir RM700 000, bayaran bulanan cuma tidak sampai RM40 sebulan DAN tawaran tersebut hanya kepada pelanggan terpilih sahaja SERTA ditawarkan melalui panggilan telefon kepada saya. Ini sangat mengelirukan dan tanpa segan silu saya menolak tawaran tersebut (walaupun dalam hati seperti sangat menginginkannya). Saya hanya menjadikan ia sebagai pengajaran daripada 'gores dan menang' dan tawaran wang tunai kononya daripada Petronas mahupun syarikat telekomunikasi.
Ada sesiapa yang lain pernah menerima tawaran pakej 'insuran' seperti ini? Mungkin cara baru bagi menggantikan sindiket 'gores dan menang'.
emmmm...
BalasPadamsy pernah ditipu rakan baik dlm proses membeli kereta...RM2800...itulah sifat tamak namanya, smpaikan rakan baik ditipu...but itu pengajaran(berurusan le ngn pihak yg sepatutnya).Sifat tamak ada dlm diri semua, tpulang ntk menilai.Usually saya xlayan ttg gores n menang even junk mel ttg duit juta2.Ini sume sindiket, but ramai yg terpedaya..Sedangkan 'pak haji' lg kan tertipu, ini pula 'mata duitan' yg lemah2 iman..huhuhu
Isunya kesedaran diri & bagaimana mahu menangkis rasa tamak itu satu hal, satu lagi kenapa mesti akhbar arus perdana pun sanggup menjadi perantaraan dalam sindiket penipuan ini.
BalasPadamCukup kalau kita klik akhbar yang berpengaruh di laman sesawang mereka lihat sahaja lingkaran di bawahnya!. Akhbar ini terkadang memberikan keyakinan untuk kita melabur pada syarikat yang dajal ini.
Perkara ini seharusnya mendapat perhatian bersama.
hmm penah kna tahan dgn syarikat gores n menag kat ipoh.. heee mula2 ckp tak de kena bayr2 apa2... pastu surh gores le apa la. kitorang pun sja la ckp.. awak gores la...pastu dia gores..yoyo ooo je ckp kitorang menang barangan letrik..pastu yg bestnye hubby ckp bukan i yang menang u yang menang becoz u yg gores.. hahahaha
BalasPadamsbb dia kata brg letrik yang kitorang menang tu hrga 10k.. kitorang cuma byr 50% je...bnyk cntik..!
padan muka..marah betul dia...
Manusia tertipu kerana kelemahan diri sendiri.. kelemahan kita senjata musuh.. oleh itu berhati² selalu... jangan sampai dipergunakan..
BalasPadam20tahun lepas ada org datang rumah kononnya dapt lucky draw bentuk cash,tapi kena beli barang ,masa tu mereka offer samada nak set periuk yg bertutp atau air cooler..sebb air cooler dah ada saya ambil periuk..tolak duit lucky draw kena byr juga yg seelbihnya..masih belum rasa kena tipu..bila keluar kepekan tenguk harga periuk dlm supermarket baru tau kena tipu..sampai sekarang masih popular cara ni walaupun dah macm undang2 di keluarkan...saya sekali tertipu ingat sampai mati...
BalasPadamEncik kazel,
BalasPadamPada pendapat saya, apa yg ditawarkan kpd encik adalah merupakan insurans 'personal accident' (p.a) yang mana bukan dalam berbentuk simpanan. ia berlainan dgn 'life insurance'. P.A adalah murah kerana kita membayar setiap bulan tanpa mendapat apa2 simpanan dari situ kecuali coverage drpd sbrg kemalangan. Boleh rujuk dgn mana2 ejen insurans. Kemungkinan besar Rm700k tersebut merupakan jumlah keseluruhan coverage - pampasan sekiranya kemalangan menyebabkan kematian, kecacatan kekal dll. bkn dapat dlm bentuk lump sum - bergantung kpd jenis kemalangan. Dan ia ditawarkan melalui panggilan telefon kerana ianya terlalu murah. malah, encik boleh berhenti bila2 masa. Mereka yg menelefon encik adalah telemarketer. Saya nasihatkan sekiranya encik terima panggilan seperti ini lagi, encik boleh telefon customer service syarikat insurans tersebut utk dptkan kesahihan.