Penonton mempunyai pandangan berbeza apabila berbicara mengenai pengacara program televisyen. Segelintir kagum melihat penampilan bergaya pengacara samada lelaki atau perempuan.
Majoriti sukakan 'beauty with brain' atau 'gentleman with brain'. Ya, kata kuncinya 'brain' bermaksud cerdik.
Bukan mudah tampil di kaca televisyen sekiranya kita tidak memiliki bakat dan ilmu. Sewaktu terbabit menjadi tenaga pengajar peserta program Top Host pada 30 Mac lalu, saya kagum melihat 8 bakat baharu terbabit.
Setakat ini saya percaya bakat dimiliki mereka belum diserlahkan sepenuhnya. Apapun dengan ruang dan peluang diberikan, InsyaAllah mereka mampu mewarnai dunia pengacaraan tanah air suatu hari kelak.
"Pengalaman tidak boleh dibeli dengan harga RM50,000 and it drops from the sky. You have to earn it," itu pesan saya kepada mereka.
Hemat saya, pengalaman diraih di dalam bidang kewartawanan, tunjang utama untuk melahirkan pengacara televisyen berkualiti. Dalam erti kata lain, pengacara zaman ini harus dilatih menjadi wartawan berkredibiliti sebelum ditampilkan di kaca televisyen. Profesion kewartawanan mengajar mereka kaedah berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, memberi peluang kepada mereka lebih memahami isu dibincangkan sekaligus berkeupayaan melontarkan soalan bernas kepada tetamu.
Wajah rupawan dan kekacakan sahaja tidak mencukupi kerana penonton kini lebih bijak, mereka arif menilai di antara kaca dan permata.
nak jugak jadi pengacara! agak2 ada jalan pintas x? huhu. =)
BalasPadamaswad yg keluar ekk minggu ni?
BalasPadamkacak dan cantiknya.
BalasPadamCantik ada cam cari Datuk.
Saya jarang berpeluang nak follow reality program ini. Sekali sekala sahaja. Jadi susah nak komen. Sebab tarikan utama saya dan anak2 adalah kerana ALLY ISKANDAR jer.. Suker tengok dia, sbb tu tengok. (Sori)
BalasPadamSaya pun setuju, bakat harus digilap, wajah menawan dan menarik itu bonus. Bergantung juga pada program rasanya. Kalu program menjurus kecantikan, wajar pengacara mesti cantik juga. Itu lumrah..
*Terus teringat, kisah lama yang dikisahkan oleh MAZIDUL, tentang pengalaman awal menjadi pengacara... hehehehehe.. Manis sungguh cerita itu
Salam bro Maz, saya harap sangat kalau bro bleh wat kupasan pasal kelalaian pemandu wanita terutama pemandu wanita bangsa Chinese yang mana baru2 ni kerap menjadi penyebab kematian pengguna jalan raya yang lain, kes kematian di stesen minyak yang menyebabkan seorang yang sedang mengisi minyak mati dilanggan pemandu wanita Cina yang mabuk belum lagi sejuk dah ada dua kematian yang juga melibatkan female drivers dan apa yang saya dengar kemalangan di jalan kuching melibatkan chinese female driver.
BalasPadamBetul tu. Harap2 kebanyakan pengacara yg menghiasai tv skang ni yg hanya datang dengan rupa tanpa bakat dapat digantikan dengan pengacara yg dimaksudkan sebagai beauty /gentleman with brain.
BalasPadamsaya akan memilih pengacara yang berkeyakinan ketika bercakap dan penampilan yang tidak hipokrot.
BalasPadamSetakat kaca dan permata xpe bro. Skrg ni kdg kdg yang kristal, saphire,damar, getah, plastik pun ada! he he he
BalasPadamBercakap itu memang senang tetapi mengacarakan sesuatu itu sukar kalau tak punya disiplin, keghairahan, ketekunan dan pembacaan.
Nahu, syntax, grammar dan ruh pengacaraan wajib menghasilkan keyakinan kepada massa dan dengan sendirinya mendatangkan kredibiliti kepada pengacara.
Lagi satu bro pesan kat depa, ikut resmi padi ek...
Muka2 baru perlu demi kesinambungan otai2. Yg penting seseorang Pengacara itu perlu tahu apa yg patut dilakukannya bkn hanya mengikut arahan & skrip - Siapa audiens, pengisian, etika & setiap patah kata2 hendaklah diambil kisah.
BalasPadamWalaubagaimanapun, 'Nobody is perfert - practice make perfect' Dik... Anda bagus, kami x sakit mata & telinga - Selamat Berjaya!
Bro
BalasPadamAntara jawatan yang amat saya kagumi, kerana saya memang tidak ada 'chance' seumur hidup.
1. saya tak handsome
2. saya memang tak handsome
3. takut jumpa orang yang tidak dikenali (cikgu pesan dulu, don't talk to stranger)
4. Memang tak de kalayakan dan tak kacak (Tembun, hitam, rabun dan **roi)
5. Takut 'rating' jatuh kalau aku jadi host.
Apapun, good luck, all the best and push your luck harder ("Selamat berjaya, doa yang terbaik dan tolak nasib baik anda kuat kuat") untuk mereka semua
Kalau saya, saya rasa saya takde bakat kot jadi pengacara.
BalasPadamBaru duk dpn orang ramai nak present projek pun dah menggeletar.
Bro, leh tak kasi tips camna nak kurangkan nervous bila berhadapan dpn orang ramai? Maksudnya cam nak buat presentation, nak interview ke.
Saya pun hairan selera penonton ada pengacara asyik mengilai pun asyik loyar buruk pun dapat anugerah kenapa pengacara berkarisma .. (kapoor.. Karisma Kapoor .. lawa... kapur barus emmm! seram) pun tak layak dinobatkan pengacara otai lagi disanjung.
BalasPadamSelera manusia berbeda tetapi saya amat benci jika pengacara yg ego sombong berstatus jutawan merasakan dirinya idola. Tenguk wajah pengacara begini pun hilang minat nak menonton rancangan kelolaannya. Ralat!. jauh sekali nak layan suaranya di radio.
Orang lain mungkin berbeda!.
Cumanya kalau ada Bro Mazidul menjadi pengacara memang saya ralit di TV.
(Sila semak istilah Ralat & Ralit di kamus DBP)