Saya bersama rakan, makan malam di gerai pinggir jalan di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.
"Minta tolong buangkan kulit udang," ujar saya.
Pelayan lelaki berusia 38 tahun terbabit kelihatan faham dengan permintaan itu. Dia kemudian beredar dari meja kami. Dalam tempoh kurang 15 minit, sepinggan char kuey teow diletakkan di atas meja saya.
Setelah dirasa, ternyata, juadah dimasak dalam tempoh singkat itu, enak.
"Memang saya beritahu tukang masak (taukeh), tolong kopekkan kulit udang tetapi dia tidak melakukannya," jelas pelayan.
Dia tersenyum sinis, bukan memohon maaf.
Kegagalan memenuhi kehendak pelanggan itu tidak menyebabkan bumi Kedah Darul Aman bergegar seperti dilanda dek gempa bumi. Namun sedikit mengecewakan saya.
"Sebenarnya begini. Pelanggan makan char kuey teow menggunakan sudu dan garpu, bukan tangan. Agak sukar mengopek kulit udang, keras. Akhirnya udang, terbiar begitu sahaja di pinggan. Jika maklumat tadi disampai dan dilaksanakan, pembaziran tidak berlaku," jelas saya kepada pelayan.
Jika diperhatikan, ramai peniaga char kuey teow lain mencampurkan udang bersaiz kecil ke dalam hidangan itu. Barangkali mereka berasa khuatir, jika kulit udang dikopek, isinya hanya tinggal bersaiz kepala mancis api. Mujur udang di situ bersaiz sederhana. Lebih sedap mata memandang.
Saya amati, senario seperti itu sering berlaku di sebilangan gerai diusahakan oleh peniaga tempatan. Permintaan pelanggan langsung tidak dihormati, dipandang sambil lewa.
"Kalau saya, saya kopek kulit udang itu. Basuh tangan dan tisu kita sediakan di hujung sana," balas pelayan sama.
Kenyataannya mencetuskan satu isu lain. Tisu kekadang dianggap terlalu berharga, mangalahkan nilai berlian.
"Sepatutnya, tisu diletakkan di atas setiap meja, sekali dengan bekas air basuh tangan. Jadi pelanggan tidak perlu bak menagih simpati setiap kali tisu dan air diperlukan," celah rakan saya.
Saya amat bersetuju.
Tisu dan bekas air membasuh tangan, antara keperluan asas dalam perniagaan makanan. Kita tidak boleh mengelap mulut dan tangan menggunakan kerusi. Sebilangan peniaga tidak menyediakan tuntutan itu lebih awal.
"Transaksi perniagaan, pertukaran di antara barangan, dalam kes ini makanan dan wang. Wang dibayar dek pelanggan, boleh digunakan terus, tanpa masalah, tidak perlu dikopek. Justeru mengapakah perlu menyusahkan pelanggan datang ke sini untuk menikmati makanan disediakan? Walhal masalah ini, biarpun mungkin dianggap kecil, boleh diselesaikan jika tukang masak mengambil inisiatif mengopek kulit udang sebelum memasak char kueh teow. Lebih molek andai permintaan pelanggan bukan sahaja disampaikan kepada tukang masak tetapi dilaksanakan secara sempurna," jelas saya.
Selesai makan, saya dan rakan bergerak ke restoran di sebuah hotel. Saya memesan sepinggan nasi goreng.
Berkebetulan, udang, antara ramuan hidangan dipesan. Udang dikopek kulit oleh chef bertugas.
Saya teliti, saiz udang itu lebih kurang sama berbanding saiz udang disajikan didalam kuey teow dijual di pinggir jalan.
Kedua hidangan dimakan menggunakan sudu dan garpu namun ternyata tukang masak char kuey teow dan chef menyediakan nasi goreng kerabu, mempraktikkan kaedah berbeza. Chef di restoran terlebih dahulu mengopek kulit udang, bertujuan memudahkan pelanggan menikmati selesa nasi goreng disediakan.
Tukang masak char kuey teow tidak berbuat begitu. Mungkin dia terpaksa menggunakan tenaga tambahan untuk mengopek kulit udang untuk pelanggan.
Hemat saya, tidak salah jika tukang masak, samada di gerai atau restoran, cuba memenuhi kehendak pelanggan. Mereka hanya ingin makan dalam keadaan lebih selesa, bukan menuntut bulan dan bintang. Usah sesekali memandang remeh permintaan pengguna.
Pelanggan dihargai, lazimnya akan terus berkunjung ke premis menjual makanan sama, tanpa jemu.
Enti yang menarik.. Biar ada usaha lebih sedikit nanti untung pasti berlipat ganda.
BalasPadamBetul tu tuan. Tisu kekadang dianggap terlalu berharga, mangalahkan nilai berlian. Ada kalanya tisu burger yg disediakan.
BalasPadamSoalnya di sini adalah keikhlasan dalam berkerja, sering juga, permintaan demikian akan disambut dengan, awak buka kedai sendiri je...Sehingga peniaga kita sedar dan mula menerima maklum balas pelanggan dan bertindak atas maklum balas itu, keadaan tidak akan berubah
BalasPadampandangan bro mazidul ni molek benar jika diwar-warkan kepada seluruh peniaga gerai makanan terutamanya bumiputera. soal kulit udang, tisu dan bekas basuh tangan selama ini dianggap soal enteng dan sering dikesampingkan. pekedai dan pengusaha gerai makanan selalu menganggap servis mereka tidak perlu disetarakan dengan nilai wang pelanggan. ambil barang wang mesti bayar. mereka lupa dan alpa bahawa tanpa pelanggan, mereka juga tidak akan dapat wang. mungkin chef-chef dihotel telah mengikuti kursus dan pendidikan formal dalam bidang masakan dan penyediaan makanan, sehingga semua keperluan pelanggan mereka ambil berat berbanding tukang masak gerai tepi jalan. tapi dalam soal penambahbaikan dan servis terbaik kepada pelanggan, soal remeh temeh tadi wajar diberi perhatian. ingat, beri nilai yang terbaik untuk wang pelanggan.
BalasPadamMaaf kalau saya nak jelaskan, tujuan tak dikopek supaya udang hanya sepertiga masak dan kulitnya memainkan peranan untuk memanis dan melazatkan hidangan. Akak pernah cuba buat sambal tumis udang berkulit dgn tidak….yang jelas yg berkulit habis langsai berebut anak anak makan, tapi yg bogel tak nak dia org makan. Setakat jeling jer rasa sikit dah...
BalasPadamTekak orang dikaitkan dengan tekak anak dia pulak.
Padamkalau customer nak kulit udang dibuang, buang aje le tak kira la kulit tu bagi manis ke masam ke tawar ke. buang kulit udang bukan macam tebang pokok balak tu pun susah sangat ke?
👍👍👍👍👍👍
PadamPergilah ke mana2 gerai atau restoran Melayu, udang tak dikopekkan kulitnya. Sikap ambil ringan kehendak pelanggan adalah sebabnya ramai yang tidak lagi melanggan gerai/restoran Melayu. Jika terus melanggan sekalipun, dielak menempah hidangan yang ada udang. Dalam hal ini, lebih elok ke restoran yang menghidangkan makanan Thai Selatan.
BalasPadamUdang siap kopek mmg akan hilang rasa manisnya.. Bagaimana pula kalau makan ketam diminta buang kulitnya? Hehehe...
BalasPadamTertarik dengan paparan sdr Mazidul ni,
BalasPadam1. Pernah saya beli daging di pasaraya. Daging beku, bongkah besar, di potong tiga tapi tak putus. Saya perlukan sebahagian. Menjaga kaunter perempuan remaja melayu ( 20an) Saya hanya minta tolong putuskan potongan daging. Dengan muka 'toye' menyuruh saya buat sendiri tanpa menghirau perasaan saya dan umur yang boleh di panggil 'ayah' oleh nya.Apa saya buat ? Saya lempar daging tersebut jatuh di hadapan nya ! Laku biadap di balas biadap ! Semoga dia beritiqomah.
2. Senario begini kerap berlaku. Tanpa perasaan dan keihsanan, orang- orang melayu memang kebanyakkan kategori 'tiada lagi budi bahasa' berbanding kaum cina dengan kerjaya sama. Berbeza sekali. Dalam perniagaan berteraskan khidmat, perkara penting selalu di abaikan oleh peniaga-peniaga 'kasar' melayu. Apa lagi kejelekan yang mereka tunjukkan di alam maya....
3. Malaysia Negara membangun. Modal insan dalam kategori nya tidak lagi di latih membudayakan perniagaan, mengutamakan pelanggan. Itu kenapa kita sering ketinggalan kerana rohani itu sudah di cemari kekotoran. Jika kereta kita rosak di tepi jalan, jarang sekali melayu menghulukan bantuan. Islam tetapi hati semakin keras dan kejam. Amat suka ' mencilakakan' orang dan gelak ketawa di atas bala dan kesusahan orang lain.
Di mana silap nya ? Masih berfikiran kelas ketiga? Kulit udang yang keras, di proses, boleh di jadikan ubat penyerap lemak dalam perut kita. Begini lah teknologi yang di ambil manfaat dari penyelidikan saintis Jepun memberi kebaikan kepada manusia. Mereka tetap tunduk memberi hormat, mewarisi adab dan budaya yang mereka warisi zaman berzaman.
Melayu pula di mana? Apa yang di perhati, tidak mahu menerima teguran, betulkan kepincangan lantas memiliki kejayaan seimbang. Melayu masih suka menikam belakang, menabur fitnah, hasad dengki dan mengambil keburukan sebagai panduan hidup harian. Selalu kalah dalam persaingan kerana suka menjadi lalang !
Rasanya memang dah menjadi ASAS untuk sepinggan char kuey teow memiliki udang yang masih berkulit. manis dan lebih menyelerakan. tambah bila disedut rasa kuah yang ada di udang. manis dan nikmat dia lain macam. tak pernah jumpa lagi char kuey teow dengan udang tanpa kulit. macam pelik pulak. hehe. tapi bab tisu dan air basuh tangan saya setuju lah. itu penting!
BalasPadamBetol..persoalannya sekarang bukan pasal udang tu manis ke tidak...CUSTOMER yang nak udangnya dikopek tapi tak di endahkan...bukan disuruh kopek untuk semua pelanggan tapi untuk die jek...HiHiHi
PadamTeguran yang baik untuk para peniaga, makanan yang sedap dan service yang baik akan jadi bonus kepada peniaga.
BalasPadamKurang setuju pulak jika udang siap dikopek untuk masakan char koew teow ni. Rasanya sudah menjadi kebiasaan bagi penggemar makanan yg berasal dari Pulau Pinang ini. Meminta kulit udang dibuang adalah jika ada permintaan khas dan x perlu tuan menganggap satu kewajipan dlm menghidangkan char koew teow. Rata-rata penggemar akan menghabiskan udang walaupun tidak dikopek dan ianya bukan masalah pembaziran bagi saya hanya kerana udang tidak dikopek. Pembaziran berlaku jika orang yang mempunyai tangan tapi tidak mahu mengupasnya walaupun ingin makan.
BalasPadamtak buang kulit udang char kuew tiow jadi manis?
BalasPadamperasaan je tu. sorang ckp manis pastu berderet org ckap manis haha.
Memang betul pun udang klu x dikopek kulitnya masakan akan berasa lebih manis semulajadinye..awak ni x penah masak kot eh?
Padamdie ni dari tadi x puas hati kt post org atas. hati busuk. memang kulit udang tu manis kalay x buang. pegi la belajar memasak dulu sebelum komen ye
PadamEncik Mazidul kena belajar cara-cara mengopek udang menggunakan sudu dan garfu. kalau dah tahu memang senang, tapi saya lebih suka gunakan tangan dan jari sendiri yang terbukti status halalnya. :D
BalasPadampelanggan perlu diutamakan ....aku pon kdg2 tersilap time jual ayam...ada orang nak potong 4 tapi kadang2 terlebih potong sampai 16 ...rajin plak potong 16 tu....tapi dalam kes ni la aku lihat perniaga tu macam malas betul nak kupas udang....bukan banyak pon...
BalasPadamEncik mazidul, mmg dr dulu char kue teow ditaruk udang yg x dibuang kulitnye dn sy rasa itu bukan lah satu isu yg besar.tp bab pelayan 'menjawab' dn isu tissue tu mmg besar lah..sakit ati jugak la sy pun..
BalasPadamEver read/heard about "mabuk udang"???
BalasPadamPenawarnya ada di kulitnya.
Kes abang kita ni. Sudah pesan... Bikin saja laa...
stuju dgn Bro.. even chitosan yg dok dgr dlm tv tu pn (http://en.wikipedia.org/wiki/Chitosan) asal dr kulit udang... &katanya penawar bg mereka yg alergi isi udang. somehow klu kena kulit udang yg tebal &keras, teman pn tak mkn weihss...
Padamdlm konteks yg dibangkitkan... customer is always right.. ikut je r... unless tulis dh t&c sblm order yg menyatakan 'pelanggan takleh minta pape...'
http://www.youtube.com/results?q=how+to+prawn+shell+using+spoon+and+folk&sm=3&app=desktop
BalasPadamCara2 kupas kulit udang guna garpu Dan Sudu.
Isunya adalah, "permintaan pelanggang harus diutamakan".
BalasPadamItu apa yang aku faham dalam penulisan ini.
Dalam meniaga, bukannya pelanggan kena ikut kehendak jenis masakan peniaga. Walaupun ianya trademark sesuatu masakan perlu ada, tapi pelanggan yang nak makan, biar pelanggan yang putuskan.
Walaupun seorang pelanggan minta Nasi Ayam tanpa ayam. Kalau itu yang pelanggan minta, harus peniaga utamakan.
Kalau kedai runcit, boleh jugak memilih kedai bangsa lain. Tapi kalau restoran/gerai makan, kena memilih jugak :D Ye lah, halal dan kebersihan harus diutamakan.
Tak perlu menyuruh pelanggan belajar pakai garfu ke, senduk ke, kepala keretapi ke. Pelanggan minta, buatkan je.
Isunya ialah gerai tu dh berpuluh tahun ujud & sibuk tak sempat nk kopek kulit.. pelayan patutnya menolak permintaan dgn baik & minta maaf dgn baik..bukan secara sinis mcm MA tulis tu
Padamnk komen cket.mg kebiasaannya/dinafikan saya lihat char kue teow yg dimasak bersama udang tidak dibuang kulit.mungkin utk rasa lebih manis/apa alasannya pun.dan yea boleh dimkn mggunakan sudu dan garpu wlpun tidak dkopek kulitnya sekalipun.soalnya disini,pelanggan yg mmberi duit/gaji pd taukeh/staf/peniaga sudah mmbuat permintaan terlebih dahulu supaya udang dikopek terlebih dahulu utk memudahkan pelanggan tersebut mkn sebelum mknan dihidangkan,(tak kiralah boleh guna sudu/tgn/apapun alasannya hatta sekalipun disediakan geluk air/tisu),adakah permintaan itu terlalu sukar utk dipenuhi dan menjadi isu?itu persolan yg perlu dijwb..
BalasPadamni cerita pasal char kuey tiaw manis ke pasal tukang masak malas? kehendak pelanggan didahulukan ke kehendak tukang masak yg diutamakan? siapa yg makan dan bayar, pelanggan ke tukang masak? kalaupun kulit udang 'wajib' ada dalam char kuey tiaw, apa salahnya tinggalkan bahagian tengah sedikit, bahagian depan dan belakang dibuang. makanan di restoran dan hotel2 tu memang tak manis dan tak sedapkah? soalnya ialah bagaimana penyediaan makanan itu disenangi oleh pelanggan selain rasanya yang sedap. servis! servis! servis! barulah bayar!
BalasPadamMemang entri ini cukup bagus untuk dibincang dengan tujuan penambahbaikan servis usahawan kita, bukan sebaliknya. Nampak seperti mudah diselesaikan. Semudah memasak char kuey teow, kupas kulit udang, masak dan hidang. Masalahnya masih banyak perkara berbangkit berkaitan servis usahawan gerai makanan kita. Ikutkan selera saya sendiri, bukan sahaja tidak suka dengan udang yang tidak dikupas malah lebih lebih suka kalau udang yang bersaiz besar itu dibuang tahi sekali. Kalau tahu kaedahnya, mudah saja tahi udang ditarik keluar semasa udang belum dimasak. Terdapat juga masalah lain berkaitan servis usahawan kita yang patut diberi perhatian selain isu tisu dan air basuh tangan tersorok jauh. Pernah saya memesan char kuey teow di sebuah gerai di Utara, tukang masak masih sempat menyedut rokok sambil memasak. Jika char kuey teow menu telur, diambil terus dari sarang tanpa dibasuh. Paling saya rimas apabila selesai makan, sewaktu nak membayar tauke gerai bertanya kembali semua yang telah dimakan. Alangkah baik dicatatkan semua harga makanan semasa pelanggan sedang makan supaya tidak membuang masa pelanggan memikir semula apa yang telah masuk ke dalam perut barulah tauke terkial-kial menekan mesin kira. Bayangkan kalau kita makan beramai-ramai, pening juga hendak mengingatkan apa yang telah dimakan oleh semua orang.
BalasPadamBetol..klau semua CUSTOMER minta amacam..
BalasPadam(Charkoteaw ni yg ber`iman` tu kan)
Siap.Ini senario di kedai mamak.Anda boleh bayangkanlah.
BalasPadamTak ramai yg suka demand mcm abg mazidul ni iaitu udang tu dikopek tapi bab tisu dan air saya setuju sgt...bila la mentaliti peniaga di malaysia ni nk ubah. Wallahualam.
BalasPadamUdang tu kalau tak makan boleh sedekahkan pada kucing yang mundar mandir berhampiran. Sudah tentu kucing tersebut amat bersyukur dapat makan udang.
BalasPadambukan koey teow "iman". Aku selalu makan juga. Bagi pelanggan yang biasa makan, kebiasaannya takda komplen. sbb kami dah biasa kopek udang dengan garpu dan sudu. Saya faham dengan ketidakselesaan bro. Mazidul sebab tukang masak "tidak ikut arahan".
BalasPadamTapi bagi pengkomen yang mengatakan tukang masak tu pemalas, itu adalah tidak adil. mereka sebenarnya anak-anak muda yang mempunyai pekerjaan tetap lain. Perniagaan waktu malam itu hanya part time.
Mereka sebenarnya budak-budak baik. Jangan bro. Mazidul pandang dari segi cara pelayan tu bercakap. orang kedah memang kadang2 cakap bunyi agak kasar dan kadang2 sinis tapi sebenarnya tidak bermaksud demikian.