Jumaat, April 04, 2014

PERAIRAN AMERIKA SYARIKAT JUGA DIBOLOSI


Perhatikan Key West, titik paling selatan di Florida juga di Amerika Syarikat, AS. Jika berpeluang berkunjung ke situ, pembaca akan melihat batu tanda di bawah, ditulis '90 miles to Cuba'. 

Key West tempat tinggal golongan kaya raya dan di pinggir Selat Florida, saya melihat banyak kapal layar mewah. 


Tatkala berada di Miami, Florida, pada tahun 1988 saya dapati bandaraya itu dibanjiri oleh penduduk hispanik dari Cuba, berbahasa Sepanyol. Kebayakan mereka bekerja di stesyen minyak, di pasaraya dan menjadi peniaga. 

"Hola!"

Itu cara mereka menyapa. Maksudnya, hello.

Tidak semua mampu berbahasa Inggeris, mereka bercakap menggunakan bahasa ibunda. Mereka mempraktikkan budaya dan agama asal.

Kini, 26 tahun telah berlalu sejak saya bermastautin di Miami. Saya percaya, majoriti generasi terkini berketurunan Cuba, fasih berbahasa Inggeris.


Sebelum ini, penduduk Cuba ingin hidup lebih selesa lazimnya sanggup menyabung nyawa menyeberang Teluk Florida dan mendarat di Miami secara tidak sah. Majoriti berhijrah ke Miami berikutan desakan himpitan ekonomi di negara asal.


Pada tahun 2012, 1.2 juta wargaCuba menetap di Miami.

Kira-kira 500,000 pelarian dari Cuba berhijrah ke Miami di sepanajang 15 tahun Revolusi Cuba.

Kesimpulannya, biarpun pihak berkuasa AS dilengkapi pelbagai kapal dan bot berteknologi canggih, sempadan negara mereka masih dibolosi.

Dibolosi pelarian menggunakan 'bot' seperti gambar di atas, bukan bot laju 80 kuasa kuda. AS kini menjadi tempat tinggal 42.8 juta imigran dengan bilangan populasi 310 juta.

1 ulasan:

  1. Seperti pendatang-pendatang dari negara asing di Malaysia, pendatang haram dari Cuba, Mexico dll ini boleh bolos juga mengambil kesempatan sepenuhnya menggunakan hak-hak rakyat di US, baik dalam khidmat perubatan yang mahal, "food stamp" (makanan percuma yang diberi kepada rakyat tempatan yang kurang mampu) juga perkerjaan. Mereka bebas memandu tanpa insuran dan bermasaalah kiranya berlaku kemalangan khasnya kepada rakyat tempatan dan sebagai. Pendeknya secanggih mana pun sesebuah negara itu menghalang pendatang haram masuk ke negeranya, pendatang haram akan terus berusaha juga demi rezeki diri dan keluarga dan apa jugalah sebabnya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.